Assalamualaikum wbt.
Sebelum teruskan membaca, jom kita layan dulu nasyid ni..klik [sini]
nostalgia ni.. :)
"..alam persekolahan, penuh dengan cabaran..perlukan ketabahan, keteguhan iman..oh Tuhan.."
Waktu sekolah dah lama berlalu. Tempoh pembelajaran di dalam kelas atau kuliah pula sudah lebih 2 bulan ditinggalkan..adakah tempoh ini bakal dilanjutkan?? Jeng,jeng,jeng…doakan ye :) Kalau alam persekolahan dah penuh dengan cabaran, alam selepas graduasi pulak? Melimpah2 dengan cabaran kot? ^_-
Maknanya, hampir 2 bulan jugalah saya menjalani tempoh ala-ala wanita bekerjaya..tapi pekerja tahap miskin tegar lah pasal ‘gaji’ below RM1000…eh, below RM500..nampak la lebih sikit ketegaran tu..hoho..
Namun pengembaraan itu tetap perlu diteruskan..
Melihat dunia secara realiti..
lebih luas dari biasa..
mungkin..
dan begitu hampir dengan saya..
mungkin..
mungkin??
mungkin??
luasnya...~
-----------------------------------
Seorang wanita tua yang sering mengeluh dan mengadu akan kesusahan hidupnya..mengaku akan keislamannya walaupun dari segi fizikal, dilihat orang tiada ciri-ciri wanita muslim..tiada bimbingan katanya..ibubapa, suami, anak-anak..semuanya sudah lama meninggalkannya sendirian di atas muka bumi ini..
Sekeping not warna hijau bukan lagi ‘bakal’ menjadi rezeki apabila tiba-tiba hilang dari kedudukan asalnya..iaitu di dalam beg duit yang terbiar di atas meja office..sesetengah yang lain pula, bukan juga ‘bakal’ rezeki buat mereka apabila beberapa paket 3in1 tiada lagi ditempatnya iaitu juga di atas meja..yang mengambil tu terdesak agaknya..
Best student yang tersungkur ketika lagi beberapa langkah untuk tiba ke garisan penamat..bukanlah kegagalan dalam peperiksaan yang menjadi faktor..mungkin kekuatan dalaman belum cukup ampuh untuk menampung beban di fikiran..atau mungkin juga kekuatan luaran daripada rakan-rakan seperjuangan di sekelilingnya tidak mencapai tahap maksima yang diperlukan? muhasabah untuk dirinya dan juga rakan-rakan sekelilingnya..benar, kedua-dua pihak ada ujiannya tersendiri..
Setiap hari keluar mencari rezeki atau mungkin menuntut ilmu walaupun tiada keupayaan untuk berjalan, bercakap dan mendengar secara normal..tabahnya..
Ibu-ibu muda yang selalu bergosip atau bertukar-tukar cerita tentang anak-anak, suami, tips-tips kekeluargaan dan pelbagai lagi..’bakal-bakal’ ibu pulak sekadar tersenyum, tersengih dan kadang-kadang buat-buat tak dengar tapi nak dengar..
Terdapat individu-individu yang ingin mengislahkan diri mereka hadir memeriahkan surau pejabat dengan mengadakan usrah, tazkirah dan solat jemaah..susana alam pekerjaan yang begitu harmoni apabila aktiviti-aktiviti Islamic meriah dijalankan..
Rungutan seorang pekerja tentang work load yang berlambak gara-gara politik kerja..rasa dizalimi..namun cuba positifkan diri dengan kata-kata semangat untuk menyiapkan semua work load yang ada..
Seorang wanita bercerita dengan penuh emosi tentang kes seorang ibu membunuh bayinya sendiri yang baru dilahirkan..kata wanita tersebut, “orang lain nak anak, tak dapat..dia dah dapat anak main campak-campak je..!” ..rupa-rupanya, wanita ini belum ada rezeki untuk menimang anak setelah keguguran anak pertama setahun yang lalu..namun begitu positif dan sabar menanti..
“Ada orang lama menunggu jodoh tak sampai-sampai..yang jodoh dah sampai awal ni pulak, menunggu kelahiran anak pertama bertahun-tahun lamanya..yang ada rezeki anak-anak ramai pulak, banyak pulak kerenah dan ragamnya sampai pening kepala nak selesaikan..yang anak-anak semua tak ada masalah pulak, suami pulak mula melilau cari yang kedua walau takdelah semampu mana..dugaan tu kalau Allah nak beri, Dia beri je..nak tengok sejauh mana hamba-hambaNya ni terus bergantung harap pada-Nya..tak kiralah siapa pon kita..bersyukurlah sentiasa dengan apa yang kita ada sekarang..” kata-kata dari seorang kakak dan adik-adik yang mendengarnya menganggukkan kepala tanda bersetuju..
Bersaing dalam mencari rezeki..walaupun dengan kawan baik sendiri..siapa cepat dia dapat..siapa lambat dia ketinggalan..siapa yang tak tahu apa-apa, terus dibiarkan tak tahu apa-apa..terus kena tinggallah senang cerita..bak kata Jambu ML, apa pun tak boleh..! kesian kan?
Seorang yang jiwanya begitu kental dan subur dengan dakwah dan tarbiyah, boleh tersungkur sedikit demi sedikit tika pengembaraan hidupnya masih panjang lagi..ujian yang dilalui memang perit untuk dilihat..apatah lagi rasa yang menanggung..namun masih kelihatan cebisan-cebisan jiwa seorang yang ditarbiyah itu wujud dalam dirinya..mungkin sedang mencari-cari turning point untuk bermula semula dalam mengislahkan diri kepada yang lebih baik..
Lastly, ada satu jiwa manusia ni yang tengah sedikit cuak-takut-gerun untuk meneruskan pengembaraan hidup dia..dan jugak sedikit serabut dengan plan masa depan dia..ada orang kata, itulah dilema orang yang akan bergraduasi..sebab tu ramai yang dah bekerjaya kata, zaman belajar lah paling seronok..tak payah fikir huruf A, B, C, D, E dan seterusnya sampai Z (baca: susunan plan)...
-----------------------------------
disebalik lensa, terdapat satu dunia yang lebih luas
untuk diterokai dan diambil pengajaran bersama
Inilah pengalaman.
Selain pengalaman sendiri, pengalaman orang lain juga harus untuk kita ambil dan dijadikan pedoman serta pengajaran dalam meniti hari-hari yang mendatang..
Mungkin tak semua cabaran dari pengalaman orang lain tu, dapat kita atasi jika ia terjadi kepada kita di kemudian hari..
Tapi sekurang-kurangnya, kita boleh bersedia untuk menghadapinya..
Dan bersyukur dengan segala kurniaan-Nya kepada kita sehinggalah ke hari ini..
Alhamdulillah..thummal hamdulillah!
Usrah semalam pon ada bincang juga tentang pengalaman ni..
Pengalaman adalah salah satu metod dalam berdakwah supaya para pendakwah tidak jatuh dalam lubang yang sama berulang kali..
Dengan pengalaman juga, sesuatu yang baik itu boleh diguna ulang oleh para pendakwah dalam melajukan lagi langkahnya..
Seperti pengalaman dakwah Rasulullah..
Kisah pengalaman dakwah baginda begitu berguna buat para pendakwah sepanjang zaman..
Ia perlu dicerita dan terus diceritakan kepada anak cucu kita..
Kerana kisah dakwah baginda ini adalah sunnah yang paling agung buat seluruh umat manusia..
Begitu juga dengan kisah-kisah nabi yang terdahulu.
Di dalam al-Qur'an lah Allah menceritakan segalanya.
Maka adakah orang yang mengetahui bahawa Al-Quran yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu (wahai Muhammad) perkara yang benar, sama dengan orang yang buta mata hatinya? Sesungguhnya orang-orang yang mahu memikirkan hal itu hanyalah orang-orang yang berakal sempurna. (13:19)
“Some stories must be told. Because they have the power to inspire!”
^_^
Wallahua’lam.
Sesen dua dari saya untuk kali ni.
Entry dua hari baru siap sebab semalam dah mengantuk -_-‘
Till we meet again.
Wassalam :)
p/s: Ummi dapat cabutan bertuah istimewa kat family day sekolah pagi tadi..dapat microwave dan bread toaster katanya..alhamdulillah..selama ni rumah kami tak pernah ada satu pon microwave..bread toaster pon dah buruk benor rupanya..huhu..(maaf, saya jakun..haha) ^_^


