| Pengembara . Sebuah . Perjalanan |

"Sesungguhnya seseorang Muslim itu apabila berjalan di Jalan Dakwah, ia tidak berjalan dengan hatinya sahaja tetapi dibawa bersama hati saudara-saudaranya. Justeru itu, setiap pahala yang didapati di sepanjang perjalanannya, pasti akan terbias untuk saudara perjuangannya.."

Pages

Lilypie Kids Birthday tickers

Popular Posts

RAMADHAN: Bulan Jalur Lebar @ Broadband

Bismillah..

Assalamualaikum ikhwah dan akhawat sekalian,


Dalam era informasi, komunikasi dan teknologi, Ramadhan boleh kita umpamakan sebagai bulan "Broadband" atau Jalur Lebar di mana kita berpeluang untuk :"Download" atau memuat turun sebanyak-banyaknya rahmat dan keampunan dari Allah swt. "Upload" atau memuat naik segala amal-amal soleh yang kita lakukan sepanjang bulan Ramadhan tersebut. Di dalam bulan Ramadhan terdapat berbagai kebaikan. Perkara ini terbukti dengan begitu ramainya kehadiran umat Islam di segenap masjid dan surau.


Alhamdulillah, inilah yang membuatkan kita sepanjang tahun merindukan kehadirannya. Kita akan menyaksikan sebuah transformasi penampilan umat Islam yang begitu bermakna.


Kita juga melihat bahawa umat Islam tiba-tiba menjadi :

1. Gemar membaca Al-Qur'an.
2. Gemar memperbanyakkan amal soleh dan amal ibadah.
3. Gemar bersedekah.
4. Gemar solat Tarawikh.
5. Gemar memerhatikan nasib kaum fakir miskin serta anak yatim.
6. Kaum muslimat pula lebih gemar menghiasi dirinya dengan tudung dan pakaian menutup aurat.


Di sisi yang lain pula, keghairahan untuk berbuat perkara keji dan maksiat mengalami penurunan yang drastik. Walaupun tidak dapat dinafikan masih ada di sana sini pihak-pihak yang tetap melakukannya padahal Nabi saw telah bersabda bahawa: "syaitan-syaitan dibelenggu, maksudnya jin."


Oleh kerana itu Imam Al-Qurthubi rahimahullah mengatakan: Kemaksiatan itu berlaku disebabkan oleh sejumlah faktor selain dari syaitan:

1. Jiwa manusia yang buruk.
2. Kebiasaan yang tidak baik.
3. Syaitan dari jenis manusia.


Kalau kita pergi ke negara-negara yang penduduk muslimnya minoriti seperti Amerika, Eropah atau Australia, maka kita akan melihat pemandangan yang jauh lebih menyentuh hati. Di tempat-tempat seperti itu umat Islam tampil penuh dengan ruh persaudaraan dan kasih sayang terutama bila menyambut dan menyediakan acara "ifthar jama'ie" atau majlis berbuka puasa bersama di masjid atau Pusat Islam.


Perlaksanaan majlis berbuka di pelbagai Pusat Islam di negara-negara tersebut menjadi sangat menarik kerana biasanya mereka terdiri dari komuniti muslim antarabangsa yang melibatkan kaum muslimin beraneka keturunan dan bangsa. Kemudian anggota masyarakat masing-masing menyumbangkan makanan khas Negara masing-masing.


Subhanallah..!


Suatu pemandangan yang sungguh menyentuh hati. Berhimpunlah mereka iaitu muslim yang beraneka warna kulit, bangsa dan bahasa duduk dalam suatu majlis dengan hidangan yang berlatar belakangkan aneka selera antarabangsa.


Semua duduk bersama diikat oleh rasa cinta dan persaudaraan yang dikenali dengan "Al-Ukhuwwah Al-Islamiyyah" iaitu persaudaraan Islam. Duduk bersama di rumah Allah ta'ala yang merupakan Tuhan kepada orang kulit putih mahupun kulit hitam, Tuhan orang Arab mahupun bukan Arab. Semuanya berhimpun semata-mata untuk mengharapkan rahmat dan redha Allah ta'ala, Tuhan Yang Maha Esa.


Kemudian biasanya kegiatan berbuka puasa di Pusat Islam seperti di atas dijadikan kegiatan "open house" atau rumah terbuka. Maknanya acara tersebut mengundang dan membuka diri bagi kehadiran masyarakat setempat sekalipun mereka bukan muslim. Perkara ini diharapkan dapat menjadi wasilah mengajak mereka mengenali bahkan tertarik dengan ajaran Islam yang penuh dengan nilai-nilai persaudaraan dan cinta yang hakiki.


Hasil penyelidikan membuktikan bahawa seringkali hidayah Allah ta'ala tercurah pada ketika itu sehingga tidak pelik apabila setiap undangan terbuka acara berbuka puasa seperti di atas menyebabkan ada sahaja orang Amerika, Eropah atau Australia yang kemudiannya tersentuh hati lalu masuk Islam kerana memang hanya ajaran Islamlah yang benar-benar sanggup menghimpun dan menyatukan umat manusia dari aneka latar belakang, warna kulit, bahasa, suku, keturunan dan bangsa. Maha Benar Allah ta'ala ketika berfirman:

"Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." (QS Al-Hujuraat : 13)


Maknanya, umat Islam di negara-negara seperti Amerika, Eropah dan Australia sangat kreatif sehingga sanggup memanfaatkan bulan Ramadhan sebagai wasilah berdakwah mengajak kalangan bukan muslim masuk ke dalam rahmat Allah ta'ala, yakni Al-Islam.


Persoalannya :

"Tidakkah kita yang mempunyai penduduk majoriti muslim di negara ini semestinya lebih sanggup lagi untuk merebut hati warga bukan muslim di negara ini melalui pemanfaatan bulan Ramadhan?"

Jawapannya : Semestinya boleh....


Selain itu Ramadhan juga merupakan bulan yang bertaburan dengan rahmat Allah ta'ala. Inilah bulan di mana musuh Allah ta'ala dan musuh orang-orang beriman (yakni syaitan) dibelenggu, pintu-pintu neraka tertutup dan tidak satu pun dibiarkan terbuka sedangkan pintu-pintu syurga dibuka dan tidak satu pun yang tertutup.
Rasulullah saw bersabda:


"Bila tiba malam pertama bulan Ramadhan para syaitan dibelenggu, maksudnya jin. Dan pintu-pintu neraka ditutup dan tidak satupun yang dibuka dan pintu-pintu syurga dibuka dan tidak satupun yang ditutup." (HR At Tirmidzi)


Hadis Nabi saw di atas membuatkan kita mengerti mengapa setiap kali memasuki bulan Ramadhan umat Islam mengalami transformasi penampilan yang begitu penting.


Sedarkah kita bahawa ini semua hanya membuktikan betapa hebatnya Allah ta'ala mencurahkan rahmat-Nya bagi umat manusia yang beriman di bulan Ramadhan?


Maka seharusnya kita merenungi fakta ini dalam tafakkur kita. Maka adalah sayugianya kita memanfaatkan detik berharga ini untuk melaksanakan aktiviti terbaik yang Allah ta'ala perintahkan kita melakukannya. Sudah sepatutnya dalam suasana "banjir" rahmat dan keberkatan dari Allah ta'ala ini, kita umat Islam mengingati kembali firman-firman Allah ta'ala berikut:

"Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah ta'ala, mengerjakan amal yang soleh, dan berkata, "Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri (kaum muslimin)." (QS Fushilat : 33)

"Serulah (manusia) kepada jalan Rabb-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik. Sesungguhnya Rabbmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk." (QS An Nahl : 125)


Pernahkah kita mencuba untuk menimbulkan rasa empati kepada orang-orang bukan muslim di bulan Ramadhan terutama orang-orang yang selama ini kita anggap tidak mempunyai masalah dengan kita ertinya, mereka tidak termasuk golongan "kafir harbi" (orang kafir yang memusuhi Islam). Tahukah kita bahawa bila tiba bulan Ramadhan, orang-orang seperti ini, hatinya cukup tersentuh menyaksikan umat Islam yang sedang mengalami transformasi penampilan yang bermakna.


Kenapa?

Ini adalah kerana di dalam diri mereka pun ada aspek fitrah atau kemurnian jiwa yang ditanamkan oleh Allah ta'ala sedangkan fitrah manusia sentiasa cenderung kepada kebaikan.


Fitrah manusia adalah sesuatu yang mampu mengenal pasti mana perbuatan yang baik dan mana perbuatan yang buruk.


Maka ketika orang-orang bukan Muslim yang bukan musuh ini menyaksikan umat Islam tiba-tiba menjadi rajin beribadah, membaca kitab suci, memperbanyakkan sedekah dan menampilkan perpaduan sosialnya, nescaya di dalam diri mereka muncul perasaan terharu kalaupun tidak dapat dikatakan rasa cemburu. Mereka menjadi cemburu kerana sesungguhnya mereka juga ingin merasakan perkara yang serupa. Itulah sebabnya mengapa sebahagian mereka bahkan ada yang secara ikut-ikutan turut sama "berpuasa" bersama umat Islam.


Maka, dalam detik penuh rahmat dan berkat dari Allah ta'ala ini, mengapa kita tidak cuba memanfaatkannya serta terus menawarkan kepada mereka semuanya untuk masuk ke dalam rahmat Allah ta'ala di bulan yang baik ini?


Sampaikanlah kalimat yang biasa Nabi saw sampaikan:

"Aslim Taslam" ertinya "Masuk Islamlah engkau, niscaya engkau bakal selamat di dunia dan di akhirat."


Dengan kedatangan bulan yang penuh rahmat ini, marilah kita bersungguh-sungguh berperanan menjadi penyebar rahmat Allah ta'ala sebagaimana yang diisyaratkan di dalam Al-Qur'an:

"Dan tidaklah kami mengutus engkau (Muhammad saw) melainkan agar menjadi rahmat bagi semesta alam." (QS Al-Anbiyaa : 107)


Inilah hakikat sebenarnya umat Islam menjadi rahmat bagi segenap alam semesta. Kita berusaha untuk berkongsi nikmat yang paling mahal yang dianugerahkan oleh Allah ta'ala, iaitu nikmat iman dan Islam.


Ini adalah kerana kita tidak ingin masuk syurga bersendirian. Kita ingin seramai mungkin manusia turut bersama menuju rahmat dan syurga Allah swt dan untuk meraih rahmat dan syurga Allah swt, tidak ada jalan lain selain dari jalan yang telah ditempuh oleh Nabi Muhammad saw iaitu dengan cara berda'wah kepada manusia dengan menampilkan akhlak yang terbaik sehinga rahmat ini dapat dirasakan dan dikecapi oleh seluruh umat manusia sehingga hari Qiamat.




Ya Allah, kami memahami betapa luasnya rahmat dan keampunan-Mu di bulan Ramadhan. Berilah kekuatan kepada kami untuk kami mampu menarik rahmat dan keampunan-Mu itu dengan amal-amal soleh kami serta doa-doa kami. Kami juga mengharapkan semoga amal-amal kami yang naik ke atas di terima oleh-Mu manakala rahmat dan keampunan-Mu tercurah ke bawah dengan sebanyak-banyaknya menerusi jalur lebar yang tidak bertepi di bulan Ramadhan yang penuh berkat.

Ameen Ya Rabbal ‘Alameen~



--dikongsikan dari email--

[17 Syaaban 1431H 29 Julai 2010]

Semakin menipis, semakin berat?


Bismillah..

Semakin menipis, semakin berat.

Review SP yang lepas menghasilkan SP baru yang makin menipis. maknanya, kerja makin kurang la ye? oh tidak. makin berat di rasakan kerja2 ini. 49kg berat saya pon belum tentu dapat menggalasnya. hari2 membayangkan rutin hidup setahun yang akan datang ni. macam mana agaknya ye?

mungkin saya nampak kelihatan banyak bermain dan kurang serius. maaf akhawat. saya takbermaksud. sekadar mahu singkirkan rasa gerun dan tertekan di jiwa. saya merasakan seperti ini mimpi ngeri yang tiba2 muncul dalam kamus hidup saya. saya takrasa saya berkemampuan. dulu hanya merasakan ia sekadar perancangan yang belum tentu. dan sekarang, perancangannya sudah menjadi realiti.

namun saya sambutnya dengan redha kerana Allah lebih mengetahui dan Allah takkan bebankan hambaNya dengan bebanan yang takmampu untuk hambaNya pikul. itu janji Pencipta kita. tambah2 lagi, akhawat sentiasa dengan saya kan? jangan tinggalkan saya tau. saya ni baru setahun jagung. (oppss..kak wardah marah nanti. takde maknanya baru nak setahun jagung! huhu..)

ketika kaki ini dijejakkan ke DS (Darus Sakeenah) pada jumaat yang lepas, mata tertarik untuk membaca kata2 yang ditulis kemas oleh tak-pasti-siapa pada whiteboard di ruang tamu:


"Wahai IKHWAN!

Kamu bukanlah pertubuhan kebajikan, parti politik, dan bukan badan yang ditubuhkan untuk tujuan tertentu.

Kamu adalah SEMANGAT BARU yang mengalir di hati Umat ini dan menghidupkan Umat ini dengan Al-Qur'an.

Kamu adalah CAHAYA BARU yang bersinar menghapuskan kegelapan materialisme ke arah mengenali Allah.

Kamu adalah SUARA yang berkumandang bergema melaungkan dakwah Rasulullah saw.

Tidak keterlaluan jika kamu merasakan bahawa kamu adalah orang2 yang memikul beban ini setelah semua membelakangkannya."

(Himpunan Risalah Imam Hasan al-Banna)


sekadar motivasi diri dan sahabat2 pembaca:

jika kita adalah kader2 dakwah yang di harapkan, mengapa perlu berpatah undur menyerah kalah dek kerana ketidaksanggupan memikul bebanan ini? sedang tiada lagi yang lain untuk ummah harapkan. sudah diberi mandat mengapa perlu ditolak? mandat yang diberi adalah saham KEUNTUNGAN di akhirat nanti.

masih takbersedia? bila lagi mahu tunggu untuk kita bersedia sepenuhnya? sedar2 otak berhenti beroperasi, mata tertutup rapat, nafas berhenti menghela, lidah kelu tidak berkata, tangan dan kaki kaku tidak bergerak. saham yang berkeuntungan berlipat kali ganda terlepas begitu sahaja. oh alangkah ruginya kita umat akhir zaman yang masih berkira-kira untuk berjuang di jalan Allah.

umat Islam pasti kan bangkit menggenggam kemenangan, menguasai dunia kembali. bila? "inna nasrullahi QARIIB.." itu kita takpasti. yang pasti kemenangan itu dekat. maknanya ia pasti terjadi. tanamlah azam, tekadkan semangat untuk menjadi sebahagian daripada umat yang berjaya menggenggam kemenangan itu.

kita pasti boleh. ye sakinah..(takde orang nak pujuk. merajuk sendiri, pujuk diri sendiri jelah. huhu..)





p/s: enjoying myself. no stress2 ok. banyak yang telah dikorbankan. so apa salahnya kalau berkorban lagi, lagi dan lagi. hehehe. senyuuuumm sokmo! (^______^)v peace!