| Pengembara . Sebuah . Perjalanan |

"Sesungguhnya seseorang Muslim itu apabila berjalan di Jalan Dakwah, ia tidak berjalan dengan hatinya sahaja tetapi dibawa bersama hati saudara-saudaranya. Justeru itu, setiap pahala yang didapati di sepanjang perjalanannya, pasti akan terbias untuk saudara perjuangannya.."

Pages

Lilypie Kids Birthday tickers

Popular Posts

Tebusan >> Surah An-Nasr


Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt.

Salam ukhuwah, salam terindah buat semua pembaca catatan seorang pengembara asing yang hina ini. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat ar-Rahman, ar-Rahim yang masih memberi peluang untuk pengembara ini terus mengembara merebut peluang menjadi pendokong dan pejuang agama Islam. Moga pengembaraan ini berakhir dengan tertegaknya Daulah Islamiyyah di muka bumi ini. Biiznillah, itu pasti.


Untuk perhatian semua.... Perkongsian ini adalah satu tebusan!
Tebusan terhadap kesalahan semalam. Saya bersalah........MySpace

Kesalahan terhadap naqibah saya, kak Saibah. Kesalahan terhadap akhawat seusrah saya, kak Hajar, kak Ain, kak Aifa dan kak Wan. Mohon maafkan kesalahan itu dan terimalah tebusan ini! Lain kali kite tak buat lagiii................MySpace

************

Surah An-Nasr

1. Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan,
2. Dan kamu Lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong,
3. Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima taubat.

Sebagai mukaddimah nya, surah ini diturunkan di Makkah ketika Haji Wada'. Namun seluruh ulama' tafsir bersepakat bahawa surah ini merupakan Surah Madaniyyah. Ini menunjukkan bahawa tidak semua surah yang diturunkan di Makkah itu adalah Surah Makiyyah.

Ini adalah satu surah yang pendek tapi ia membawa satu berita gembira untuk Rasulullah. Berita gembira macam mana tu? Iaitu akan datang pertolongan Allah dan kemenangan (penaklukan Mekah). Dan juga kemasukan beramai2 manusia kepada agama Islam. Itulah khabar gembira dari Allah. Khabar gembira yang membuatkan saidatina Fatimah menangis. Menangis kerana ia satu tanda bahawa agama Allah telah lengkap disampaikan dan............Rasulullah akan pergi meninggalkannya.

Pertolongan dan kemenangan yang dijanjikan tiba. Persoalannya, Nabi dan sahabat2 baginda ke yang menyebabkan kemenangan tu? Tidak,tidak,tidak. Mereka tiada kene mengena dan tiada kaitan pun dalam soal ini. Bukan mereka yang menentukan kemenangan itu. Semuanya urusan Allah. Cuma Allah mahu supaya perkara ini berlaku di tangan mereka. Boleh jadi, kalau Allah nak, Dia akan datangkan kemenangan ini tanpa mereka pun. Allah Maha Berkuasa bukan? Beruntunglah mereka kerana Allah telah memilih mereka.

Dari sudut Aqidahnya, begitulah. Yakin dan percaya bahawa Allah swt adalah penentu segala kemenangan, kesenangan dan kejayaan kita. Bukan kita penentunya!

Dan sekarang, itu semua sudah menjadi sejarah. Sejarah kemenangan mereka. Tapi, kemenangan kita? Sudah tiba ke? Jika belum, yakinkah kita bahawa apabila kemenangan itu tiba, tangan2 kita yang terpilih dalam memenangkan Islam? Kalau kita mahu, berdoalah. InsyaAllah, Allah akan pilih kita. Tapi...........kalau kita masih tidak yakin dan masih berdolak dalih untuk perjuangkan Islam..........tak ape...........kalau kite tak nak, Allah tak rugi walau sikit pon. Allah akan gantikan kita dengan umat yang lain. Umat yang mahu berkorban segala jiwa raga dan harta untuk Allah. Siapa yang rugi? Kite jugak. Agama yang dianuti, Islam dah. Nak kata sedar atau tak pentingnya Islam perlu tertegak, sedar dah....tapi masih membiarkan diri hanyut dengan kelalaian dunia yang sementara. Buta dalam cahaya. Na'uzubillah min zaalik. (mohon dijauhkan....)

Dan ayat ketiga dalam surah ini, menyarankan kita supaya bertasbih dan bertahmid memuji Allah supaya kita menjadi hamba yang bersyukur atas bantuan dan kemenangan yang diberikan. Disarankan juga supaya banyak beristighfar kerana halusnya hati ini sehingga mampu menyimpang kita dari niat sebenar kita berjuang. Menjadi terlalu rakus untuk menggenggam kejayaan hingga lupa takdir kejayaan itu terletak pada Allah azza wajalla.

Walaubagaimanapun, janganlah kita bersedih hati sekiranya kemenangan Islam itu datang ketika generasi pewaris selepas kita yang meneraju pimpinan. Kita lihat sama2, macam mana flow sirah Rasulullah? Pendidik2 jiwa dan peribadi Rasulullah, seperti Siti Khadijah, Aminah, Abdul Mutallib semua tu, dapat pahala yang berterusan juga kan? Alternatifnya, binalah pelapis dakwah anda. InsyaAllah, pahala sentiasa mengalir sehingga kiamat. Bak kata kak Saibah, "dah jumpe klon kamu yang akan menggantikan kamu kelak?" (Gulpp~)



Yang pasti, kalau nak Islam tertegak macam dulu2 seperti zaman kegemilangan Abbasiyyah, tidak boleh tidak, kite kene ikut flow sirah Rasulullah. Macam mana baginda mula. Apa yang baginda lakukan bersama para sahabat. Kata mudahnya, ikutilah tingkatan2 amal bermula dari individu yang Muslim, keluarga Muslim, Daulah Islamiyah, Khilafah Islam, Empayar Islam dan akhir sekali Ustaziatul Alam yang kita impikan. InsyaAllah!

**********

Akhirnya, tertebus juga~

Erm..tetibe teringat game 1sen, 5sen, 20sen dan 50sen time BTN tahun lepan. Fasi suruh kami letak syiling2 tersebut pada 4 kotak yang tertulis "Negara", "Agama", "Keluarga" dan "Bangsa". Nilaian syiling yang tertinggi diletakkan pada kotak yang terpenting dalam hidup kami. Most of us letak 50sen pada kotak "Agama" dan kami beri hujah bahawa agama adalah asas pada pembangunan tiga kotak yang lain tu.

Tapi tak tahu lah kenapa, fasi kami macam nak sangat kami letak 50sen tu pada "Negara". Hujahnya, kalau Negara kucar-kacir, nak amalkan Agama pon tak boleh. Asal nak solat je kene bom. Tu hujah yang dia bagi la untuk patahkan hujah kami. Ada betulnya. Tapi saya dan beberapa kawan lain tetap bertegas dengan menambah hujah kami menggunakan contoh Kegemilangan Zaman Abbasiyyah yang bermula hanya dengan beberapa individu yang teguh pegangan agamanya, iaitu Rasulullah bersama dengan golongan as-Sabiqun al-Awwalun. Itu kan contoh terrrrrrbaik? Fasi mengalah. Nasib baik tak kene fire dengan die.hehehe..MySpace


p/s: Perkongsian ni mungkin banyak kurangnya dari segi pandangan dan pendapat. Maaf didahulukan kerana saya hanyalah seorang pengembara biasa dan mohon tegur lah ye mana2 yang silap tu..jazakumullah kheir kathiira~MySpace

Tumblr


salam alayk..
MySpace

Tumblr..ape tuh?
MySpace

kalau nak tahu, jom tengok contoh terrrrbaik kat sini..
MySpace

hehe..padahal tak de ape pon lagi..try2 je baru..macam menarik dan ringkas..
ala2 blog sikit..ala2 'mukabuku' pon ade gak..huhu =)

nak beat yang sedia ade kot?
MySpace
ntah le..huhu..

amboi2..nak exam jap lagi pon sempat eh..
study2!!
MySpace

doakan!

wassalam..

MySpace

4 Golongan Lelaki Yang Ditarik Wanita ke NERAKA


Bismillah..

Assalamualaikum wbt..

alhamdulillah,masih di pinjamkan nyawa..masih dipinjamkan anggota yang sempurna..masih dipinjamkan kesihatan..masih dipinjamkan hati dan akal fikiran..

namun diri ini sering mengkhianati amanah2 itu semua..ampunkan hambaMu yang lemah ini,ya Allah..amanah2Mu digunakan untuk melakukan dosa kepadaMu..hinanya diriku......

hurmm..lama tak mengupdate..akan ku gagahkan jua untuk berkongsi semampu nya..ku gagahkan jari-jemari pinjaman Illahi ini menari memberi rentak kesedaran pada diri dan orang lain..sebab ini amanah.

moga perkongsian ini dapat menebus walau sebesar zarah sekalipun amanah2 yang telah dikhianati sebelum ini..sekadarnya dari saya..untuk perkongsian kita bersama..

seperti tajuk entry di atas,4 golongan lelaki yang ditarik wanita ke neraka adalah:

Pertama >> AYAHnya
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti ajar solat, mengaji, dan sbgnya. Dia membiarkan anak2 perempuannya itu tidak menutup aurat. Mana cukup kalau dengan hanya bagi kemewahan dunia je. Maka, si ayah akan ditarik oleh anaknya sendiri ke neraka.

Kedua >> SUAMInya
Apabila seorang suami tak pedulikan tindak tanduk isterinya. Suka2 bergaul bebas di pejabat, hias diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Bila si suami mendiamkan diri even dia seorang yang alim, maka, dia akan ditarik juga oleh isterinya.

Ketiga >> ABANG2nya
Apabila si ayah sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh pada siapa? Pastilah pada abang2 nya. Jika mereka hanya pentingkan keluarga dan harta sahaja, dan adik2 perempuannya dibiarkan melencong dari ajaran Islam...tunggulah tarikan adiknya ke neraka di akhirat nanti.

Keempat >> ANAK LELAKInya
Apabila seorang anak tak menasihati ibunya perihal kelakuan yang haram di sisi Islam, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak...nantikan tarikan ibunya.


Wahh..hebatkan tarikan wanita2 ini?! Bukan sahaja tarikan di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat!!

Maka, wahai kaum lelaki yang bergelar AYAH atau SUAMI atau ABANG atau ANAK..mainkanlah peranan kamu yang sebenar..

Dan wahai kaum wanita..pelihara dirimu..janganlah kerana segala pinjaman Illahi ini,kamu gunakan untuk menjadi penyebab kaum lelaki diseret ke neraka..nauzubillah min zaalik..

sekian..wallahua'lam.

Kepulangan yang dinanti~ :D


Bismillah..
Assalamualaikum wbt..

Selamat bercuti buat semua yang akan bercuti.
Moga selamat pulang ke rumah dan jangan lupa balik ukm semula.
Perjuangan kat sini belum selesai..(dengar tu sakinah)

Yang penting..
cuti seminggu ni dapat dipenuhi dengan perkara2 yang berfaedah.
Tolong ummi abah kat rumah.
Pergi muzakarah di samtaj.
Menyambung proses pembulian keatas adik2.
Nak ajak diorang tengok citer2 best.
Banyak citer ni.
Mesti diorang suke.
Lagi2 si umai kecik tu.

(^_^)

Dan yang laaagi penting!
Study untuk midsem exam.pergh..4 paper lagi!
Dapatkan donation untuk lawatan rumah orang tua.
Nak pergi sekolah..dorg pon cuti gak ke ek?
(nak pergi sangat2...lagi2 lepas tengok gambar2 kat sini..)

dan..

Nak marathon buku ni --> Rindu Bau Pohon Tin

(^_-)V


Buku ni saya beli dua.
Satu saya hadiahkan pada Erni, adik usrah saya sempena hari jadi nya yang ke-20.
Dah sebaya dengan saya sekarang ek.. :D
Nak cuba habiskan jugak. Macam menarik.
Nekad. Sebab saya bukan jenis yang membaca..hehe..

InsyaAllah.


p/s: sedang menanti abah tersayang untuk dibawa pulang..kepulangan yang dinanti ni..sebabnya..adik2 nak main komputer..saya tahu sangat lah! huhu.. :p

AL-QURAN & SAINS >> jom2..pakat mai ramai2!!


Bismillah..

jom ramai2 kite dengar Ceramah Perdana

AL-QURAN & SAINS



siapa Dr. Danial Zainal Abidin ni??

Dr. Danial bin Zainal Abidin berasal daripada Kampung Manggis, Sungai Ara, Pulau Pinang. Beliau merupakan anak kedua kepada Hj. Zainal Abidin bin Hasan dan Hjh. Che Su bte Hj. Jamaluddin dan dilahirkan pada bulan 21 Julai, 1955.

Beliau telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Jelutong, Pulau Pinang. Selepas mendapat gred satu dalam peperiksaan MCE beliau memasuki tingkatan enam di Sekolah Menengah Penang Free sebelum ke Universiti Iskandariah, Mesir, untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan.

Di Mesir beliau menjadi Presiden Kelab Pelajar-Pelajar Malaysia di Iskandariah pada tahun 1975. Kesempatan belajar di Mesir telah digunakannya untuk mendalami bahasa Arab dan menimba ilmu agama dari ulama yang berkaliber, antaranya, seorang ulama hadis yang terkenal, as-Syeikh Muhammad Najib Al-Muthi’i. Pada tahun 1981 beliau memperoleh ijazah M.B.Ch.B. dalam bidang perubatan.

Jawatan beliau sekarang ialah sebagai Pengarah Urusan kepada syarikat Danial Zainal Consultancy (M) Sdn. Bhd. Beliau juga ialah pengurus dan pengamal perubatan di Klinik Syifa, Gelugor, Pulau Pinang. Di samping itu, beliau menjadi pakar motivasi undangan di Mutiara FM, Pulau Pinang, mengendalikan slot Motivasi Mutiara dan Islam Moden. Beliau juga menyampaikan motivasi secara berkala di Perlis FM dan Perak FM.

lagi info klik [disini]


sebar2kan

wallahua'alam :)

Bila Fakta Berbicara..


Bismillah..

Kita manusia tak sedar. sering lupa. di balik secangkir kopi di sudut meja. di balik macet nya ibu kota. di kala murid bertemu gurunya. seperti pagi2 semalam, mentari kembali menyinari..seakan2 tiada apa yang berubah..

Manusia terus dengan agenda mereka tersendiri. haiwan bangun mencari rezeki. bunga2 pula kembang kembali. namun, di sebalik kerutinan dan pusingan robot ini..jarang sekali kita hayati dibalik segala aturan indah yang sering kita lalui..

Tahukah anda?

  1. Matahari, pernah memancarkan angin solarnya yang terkuat sehingga menyebabkan seluruh bandar Mexico City (among the largest city in the world) terputus bekalan elektrik.
  2. Kuasa gempa bumi berskala ritcher 5.0 adalah 10 kali ganda kuat dari kuatnya bom nuklear yang pernah jatuh di Nagasaki dah Hiroshima, dan gempa bumi yang paling kuat pernah dicatatkan adalah di Chile (1960) berskala ritcher 9.5 bersamaan dangan 100,000 kali ganda kuatnya bom nuklear.
  3. Perubahan suhu dunia berskala kecil (1-5 degree celcius) mampu menyebabkan perubahan cuaca yang mendadak di seluruh dunia. dan menyebabkan 'extreme weathers' seperti kemarau, banjir besar, ribut taufan, dan ribut salji.
  4. Menurut saintis, 'global warming' yang sedang melanda bumi sekarang bakal membawa kepada 'the big freeze' dimana seluruh bumi bakal diselaputi salji yang sangat tebal (macam zaman 'ice age') akibat tali sawat semulajadi (conveyor belt) yang menstabilkan suhu bumi telah terbantut.
  5. Jumlah seluruh bintang yang ada di alam semesta ini lebih banyak dari jumlah semua pasir yang ada di atas muka bumi ini. menunjukkan betapa luasnya alam semesta.

Subhanallah. Allahu Akbar. Tiada yang lebih berkuasa daripada-Mu Yang Maha Berkuasa. Cukup untuk membuktikan manusia itu lemah..sangat2 lemah. Manusia ini sangat kerdil dan tak berkuasa walau sedikitpun. Dan satu fakta menunjukkan, saiz matahari sentiasa bertambah dan berkembang. Kemudian dunia ini akan terbakar disebabkan jarak bumi dengan matahari semakin dekat. Dan pasti tiada siapa yang mampu selamat dari bencana ini.

Jadi, apa yang telah kita lakukan selama kita hidup ini?


"Telah hampir saat (kedatangan hari kiamat) dan terbelahlah bulan." (Al-Qamar: ayat 1)


_wallahua'lam_


sumber: majalah al-Muqawwamah

Siapa paling lasak sebenarnya??


In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful

Assalamualaikum wbt.

Siapa paling lasak??
Siapa time kecik2 dulu paling lasak skali??

Ahad lepas, abah datang kolej saya dengan kakak,aiman dan achik..tetibe je datang..time bitau tu dah ade kat bangi dah..huhu..saya pulak tengah join kursus pengurusan jenazah kat kolej ni..nasib baik belum makan lagi nasi yang disediakan..kalau tak,tak dapat lah abah nak belanja saya makan tengahari..huhu..abah nak ajak keluar makan..tu yang datang ambil saya kat kolej..yahuu..dapat mengubat hati yang sedikit luka ni..cewwah.. =D

Tengah makan2 tu,saya borak2 la dengan abah..saya dapat satu berita sedih..abah kate umai luka kat kepala dan kene jahit 5 jahitan..alahai..kesian kat umai..die panjat para kat sinki tu sebab nak ambil sudu..pastu jatuh tersembam kat lantai dapur..dah la waktu hari die jatuh tu,ummi takde kat rumah sebab balik terengganu tengok wan saya sakit..kesian kat umai..tak pasal2 dapat lah parut kat dahi tu..huhu..

Saya pon terus telefon ke rumah..ade suara comel yang saya rindui menjawab panggilan..umai la..sape lagi..huhu..

saya: umai jatuh ke? sakit tak? kesian adik kak nurul..

umai: haah..jatuh kat sinki..sakiiiit....
(tapi suara tak macam sakit pon..mintak simpati la tuhh..huhu..)

Lepas borak ngan umai,saya kata kat kakak saya..

"nampaknya,semua adik beradik kite ade parut kat dahi..kecuali yue sorang jelah..wah,yue dapat kekalkan rekod tuu!"

Dari kakak sampai ke umai (kecuali saya), semua ade kisah masing2 mendapatkan parut di dahi mereka..huhu..ade yang kene langgar kereta..kene langgar basikal..jatuh tersadung kat kerusi..jatuh kat tangga..huhu..macam2..lasak sungguh mereka ye! hehe..

Tapi,tau tak kakak saya jawab ape??

"Tapi kan yue,dalam adik beradik kite ni,siapa ye yang pernah kene simen tangan die??????"

Erk~tak semena2..saya kene jugak la angkat tangan saya..

"yue yang kene simen...........ok,fine.."


Kesimpulannya.....

siapa yang paling lasak sebenarnya ni?? saya atau mereka??

Takde istilah PALING LASAK..sebab KAMI SEMUA LASAK..sehati sejiwa katekan..huhu.. =)


p/s: umai cepat2 sembuh ye..nak tengok parut baru di dahi umai tuuu..hehehe.. =D