"I did not come to Israel. I came to PALESTINE!"
"I don't know what part of this land is promised to you. But I promise you six feet under!"
nak tengok movie ni..!
SANGAT !!




Assalamualaikum wrt bth
Dengan Nama Allah Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani
Kenyataan dan Pendirian Rasmi PACE: Pelaburan berjumlah RM1 bilion oleh Syarikat Coca Cola di Malaysia.
PACE merakamkan rasa dukacita terhadap pelaburan berjumlah RM1 bilion oleh Syarikat Coca-Cola di Malaysia. Syarikat Coca-cola akan mendirikan kilangnya di atas tanah yang dibeli daripada TH (Tabung Haji) Properties di Nilai, Negeri Sembilan dan upacara pecahtanahnya telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Bin Tun Hj Abdul Razak pada 15 Mac 2010.
Lebih meresahkan lagi perkembangan ini berlaku di saat-saat Masjid al-Aqsa dikepung dan pihak Zionis Israel terus mengancam keselamatan Masjid al-Aqsa dengan mengumumkan perasmian kuil Hover di persekitaran kejiranan Masjid. Tindakan regim Zionis ini jelas merupakan provokasi terancang sedang di masa yang sama rakyat Palestin di bawah umur 50 tahun dihalang dari memasuki masjid al-Aqsa yang berada beberapa ratus meter sahaja dari kuil tersebut.
Mungkin orang ramai akan bertanya apa hubungkait di antara pembukaan kilang Coca-cola di Malaysia dengan ketegangan yang berlaku di Baitul Maqdis timur dan di Masjid al-Aqsa. Dua perkembangan ini saling berkaitan kerana Syarikat Coca-cola telah dikenal pasti sebagai penyokong kuat kepada ekonomi Israel dan kewujudan entiti haram Yahudi Zionis yang merampas negara Palestin dan mengusir rakyatnya keluar. Sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat, Malaysia berhak untuk menentukan dasar dan pendiriannya tanpa di pengaruhi oleh mana-mana pihak yang berkepentingan. Namun Malaysia telah mempertahankan dasar luar yang konsisten terhadap penubuhan negara haram Israel sejak mencapai kemerdekaan iaitu tidak akan mengiktiraf entiti haram tersebut, meskipun Israel adalah negara anggota penuh PBB. Berdasarkan kepada hakikat ini, tindakan membenarkan Syarikat Coca-cola melabur dan membina kilang pembotolan produk minumannya di sini adalah sesuatu yang bercanggah dengan prinsip yang dipertahankan sekian lama. Oleh kerana Syarikat Coca-cola menyokong ekonomi Israel secara terbuka maka mereka bersekongkol dengan regim Zionis yang tidak diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Membenarkan kilang syarikat Coca-cola beroperasi di bumi Malaysia boleh memberi implikasi merestui regim Zionis yang bertindak sebagai negara penyangak yang tidak pernah akur kepada undang-undang antarabangsa dan menghormati hak asasi rakyat Palestin.
Sokongan Coca-cola kepada Israel bukanlah berdasarkan dakwaan semata-mata bahkan terdapat dokumentasi lengkap mengenai penglibatan Syarikat Coca-cola di dalam membangunkan ekonomi Israel sejak tahun 1966. Pada tahun 1997, misi ekonomi Kerajaan Israel telah memberi penghargaan kepada Syarikat Coca-cola dalam majlis Penganugerahan Perdagangan Israel atas sokongan berterusan syarikat itu terhadap Israel selama 30 tahun dengan mengabaikan seruan boikot Israel oleh Liga Arab. Pada tahun 2002 Syarikat Coca-cola membuka kilang di atas tanah rakyat Palestin yang dirampas di Kirvat (Qiryat) Gat dalam negara Palestin yang dijajah. Berita ini dilaporkan di dalam akhbar rasmi Israel Haaretz pada 19 Julai 2002. Seperti yang dilaporkan oleh akhbar Ha’aretz pada 18 Oktober 2005, Coca-cola meningkatkan pelaburannya di Israel dengan menguasai 51% saham dalam Tavor Winery, sebuah syarikat pembuat arak di Israel. Ini hanyalah sebahagian dari rekod cemerlang Coca-cola di dalam menyumbang kepada kemakmuran ekonomi Zionis Israel.
Fakta-fakta ini adalah hakikat yang tidak mungkin disanggah tentang betapa eratnya hubungan yang terjalin di antara Syarikat Coca-cola dan entiti haram Israel.
PACE dengan ini mengambil pendirian berikut:
1. PACE memohon agar Kerajaan Malaysia mengkaji semula keputusan untuk membenarkan Syarikat Coca-cola melabur dan membuka kilang operasinya di Malaysia.
2. PACE juga memohon agar TH (Tabung Haji) properties tidak melabur atau terbabit dengan transaksi perniagaan yang meragukan kerana Tabung Haji terlibat secara langsung di dalam menjana pendapatan untuk urusan pengendalian jemaah Haji rakyat Malaysia. PACE mengajak semua pihak supaya prihatin dengan perkara ini kerana secara simboliknya ziarah, umrah dan ibadah haji ke tanah suci Makkatul Mukarramah tidak sewajarnya membawa kepada keruntuhan satu lagi tanah suci, masjid al-Aqsa al-Haram as-Syarif di Baitul Maqdis.
3. PACE menyeru seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan, bangsa dan agama supaya menyahut seruan boikot barangan Israel yang kini sedang berkumandang di seantero dunia. PACE menyokong kempen BDS (Boikot, Divestment and Sanctions – Boikot, pengalihan pelaburan dan sekatan) ke atas Israel yang diterajui oleh VPM (Viva Palestina Malaysia – sebuah koalisi NGO yang menganjurkan kempen boikot ke atas empat produk utama yang menyokong Israel iaitu Coca-cola, McDonald, L’oreal dan Nestle. PACE menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya mengutamakan produk tempatan dan hanya membeli produk luar khususnya produk Amerika Syarikat apabila perlu sahaja dan sebagai pilihan yang terakhir.
4. PACE akan terus menyokong Kerajaan Malaysia yang secara konsisten mempertahankan dasar tidak mengiktiraf Israel dan sentiasa peka dengan penderitaan rakyat Palestin dengan membangkitkan hak mereka di pelbagai forum antarabangsa terutama di Persidangan Agung PBB dan OIC.
5. PACE berdoa dan mengharapkan negara Malaysia akan terus dilimpahi dengan rezeki yang melimpah ruah dan penuh keberkatan dari Allah SWT.
Prof Madya Dr Hj Hafidzi Mohd Noor
Pengarah
PACE
(Pusat Kecemerlangan Palestin)
http://pacemalaysia.net/
In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful
Assalamualaikum wbt.
Hati saya terdetik untuk memanjangkan kenyataan akhbar yang saya baca dari Malaysia Harmoni ini. Saya mendapat email dari kak Saidatul mengenai isu ini dan meminta supaya dipanjangkan email tersebut kepada adik2 usrah. Harap dengan entry kenyataan akhbar ini, dapat juga saya panjangkan kepada yang lain selain adik2 usrah saya sendiri.
**********
KUALA LUMPUR, 5 Januari – Pusat Kecemerlangan Palestin (PACE) melahirkan rasa dukacita yang amat sangat berhubung tindakan kerajaan Mesir menghalang konvoi bantuan kemanusiaan, Viva Palestina 3 (VP3) yang cuba memasuki negara itu dalam perjalanan ke Gaza. Pengarah PACE, Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor hairan dengan pendirian kerajaan yang dipimpin oleh orang-orang Islam itu dan mendesak mereka mempamerkan rasa persaudaraan seagama di samping nilai kemanusiaan sejagat terhadap penderitaan penduduk Gaza.
Kenyataan tersebut dibacakan oleh Timbalan Pengarah PACE, Dr Ir Selamat Aliman (gambar) dalam satu sidang media yang diadakan di Pusat Komuniti Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) di Taman Melawati di sini.
Konvoi VP3 yang diterajui oleh ahli parlimen British, George Galloway membawa 240 buah ambulans dan kenderaan yang memuatkan makanan, ubat-ubatan dan barang-barang kepeluan asas lain sumbangan masyarakat antarabangsa yang prihatin. Rakyat Malaysia melalui PACE dan Federation of Islamic Medical Associations (FIMA) serta orang perseorangan di bawah Viva Palestina Malaysia (VPM) turut menyumbangkan empat buah ambulans dan bantuan kewangan , manakala lima buah ambulans lagi disumbangkan melalui inisiatif mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bagaimanapun, konvoi yang telah tiba di Aqaba, Jordan tidak dibenarkan masuk ke Mesir oleh kerajaan negara terbabit melalui pelabuhan Nuweiba di Laut Merah. Alasan-alasan yang direka oleh pihak berkuasa Mesir menyebabkan konvoi tersebut terpaksa berpatah balik ke Syria untuk masuk melalui Laut Mediterranean dan pelabuhan al-Arish yang jauh lebih kecil daripada Nuweiba. Untuk pertukaran ini, sebanyak lebih USD500,000.00 diperlukan kerana VP3 terpaksa menyewa 3 buah feri dan perjalanannya juga sangat jauh.
Selain itu, kerajaan Mesir turut mengenakan dua syarat yang tidak masuk akal iaitu VP3 mesti melalui menyalurkan segala bentuk bantuan melalui badan dunia, UNRWA (United Nations Relief and Works Agency) di samping meminta izin daripada Israel terlebih dahulu untuk memasuki Gaza.
“Adalah satu penghinaan untuk meminta izin daripada entiti Zionis yang menjadi punca kepada kepungan dan penderitaan rakyat Gaza selama ini,” kata Dr Hafidzi.
Pengarah PACE itu menambah, kerajaan Mesir kini bertindak lebih kejam dengan menanam kepingan keluli sedalam 20-30 meter dengan tujuan menutup laluan terowong bawah tanah ke Gaza, satu-satunya ruang yang masih wujud untuk membawa masuk barang-barang keperluan asas ke wilayah tersebut. Justeru, PACE mengajak masyarakat antarabangsa untuk mendesak kerajaan Mesir supaya menunjukkan rasa persaudaraan dan kemanusiaan itu.
PACE seterusnya menuntut agar kerajaan Mesir:
1. mengizinkan konvoi VP3 memasuki negara itu, malah memudahkan lagi dengan menyediakan bantuan logistik dan sebagainya.
2. mengizinkan sukarelawan dunia yang berada di Kaherah untuk menyertai perrakan keamanan di Gaza sebagai tanda sokongan terhadap penduduk Gaza.
3. menghentikan kerja-kerja menanam kepingan keluli dalam tanah. PACE menyokong kenyataan Presiden Kesatuan Antarabangsa Ulama Islam (IUMS), Prof Dr Yusuf al-Qardawi yang menyeru seluruh rakyat Mesir bangkit mendesak kerajaan mereka menghentikan aktiviti kejam ini dan menyeru Liga Arab serta Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) untuk campur tangan.
PACE turut membidas kedutaan Mesir ke Malaysia yang memberikan berbagai-bagai alasan untuk mewajarkan tidakan kerajaan negaranya menyekat konvoi VP3 tersebut.
PACE juga menyeru rakyat Malaysia supaya menyokong sebarang inisiatif yang mendesak Mesir supaya tunduk kepada desakan masyarakat antarabangsa berkenaan isu ini.
Dalam sidang media tersebut juga, PACE yang mewakili JIM telah menyerahkan sumbangan RM50,000 kepada Viva Palestina Malaysia. Sumbangan telah disampaikan oleh Presiden JIM, Zaid Kamaruddin kepada Setiausaha Agung VPM, Azura Banu.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Felow Kanan PACE, Ir Megat Shariffudin Ibrahim, wakil Haluan Palestin, ahli-ahli jawatankuasa PACE dan VPM serta wakil-wakil media seperti Bernama, RTM dan Utusan Malaysia. Majlis dipengerusikan oleh Felow Kanan PACE, Norazian Anidin.
Orang ramai boleh memanjangkan bantuan kewangan kepada konvoi Viva Palestina melalui Tabung Palestin yang diwujudkan khas untuk tujuan ini. Sumbangan boleh dilakukan dengan memasukkan wang ke dalam akaun khas Maybank, nombor akaun 562209608847 atas nama Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia, dengan menyatakan sumbangan khusus untuk Viva Palestina 3. Slip deposit hendaklah difakskan ke talian 03-41071754 dan sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Md Nasir Tampol di talian 03-41089669.
dipetik dari: http://www.malaysiaharmoni.com/index.php/nasional/nasional-category/216-pace-desak-mesir-pamer-sikap-kemanusiaan
************
Wahai saudara2 seAQIDAH!!
Istiqomahlah dalam memanjatkan doa buat Mujahideen di Palestin.
Bukan dengan berMUSIM!!
Sesungguhnya mereka akan menuntut dari kita di akhirat kelak di hadapan Allah swt. bagi sesiapa yang tidak mempedulikan nasib mereka disana.
Isnin , 09/11/2009 – Isnin lalu, Jurucakap Hamas, Fawzi Barhoum menyatakan bahawa rakyat Palestin telah menyaksikan satu kegagalan yang serius sejak presiden AS Barack Obama mengambil alih pemerintahan .
Dalam satu kenyataan kepada Pusat Informasi Palestin (PIC), Barhoum menyatakan bahawa Mahmoud Abbas begitu ketara menyokong pentadbiran Amerika Syarikat sebagaimana yang pernah dilakukan sebelum ini, yang mana rundingan untuk menentang jenayah pihak Israel semakin tidak serius.
Beliau menggariskan bahawa kebergantungan terhadap pemerintahan Amerika dalam mengembalikan hak rakyat Palestin melalui perundingan hanya menghilangkan pertaruhan, jelas sekali pemerintahan ini hanya sekadar perbincangan dengan perunding Pihak Palestin namun asasnya tetap menyokong akta-akta pemerintahan Israel.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : rohiez
>> Sewaktu saya mengetahui bahawa Presiden baru Amerika iaitu Barrack Obama adalah seorang Islam (seorang yang pernah menganut Islam, sekarang bukan lagi beragama Islam), saya akui, pernah meletakkan harapan padanya untuk menyelamatkan umat Islam di Palestin dari agenda2 kejam Zionis. Tapi, memang betul lah. Perubahan presiden di Amerika memang tak menjamin apa2. Perlantikan Barrack Obama hanyalah sekadar boneka dalam agenda Israel. <<


“Muhasabah adalah kita melihat pada modal, keuntungan dan kerugian. Modal dalam agama adalah perkara-perkara fardhu, keuntungan adalah perkara-perkara sunat dan kerugian adalah maksiat”
-Ibnu Qudamah-
Ya Allah, mudah-mudahan keuntungan yang aku perolehi.. bukan kerugian disebabkan maksiat-maksiat yang dilakukan akibat keterlanjuran..andai tiada keuntungan, biarlah aku mendapat pulangan modalnya..