| Pengembara . Sebuah . Perjalanan |

"Sesungguhnya seseorang Muslim itu apabila berjalan di Jalan Dakwah, ia tidak berjalan dengan hatinya sahaja tetapi dibawa bersama hati saudara-saudaranya. Justeru itu, setiap pahala yang didapati di sepanjang perjalanannya, pasti akan terbias untuk saudara perjuangannya.."

Pages

Lilypie Kids Birthday tickers

Popular Posts

bila dia kebingungan, saya hanya tersenyum =)

In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful


dia: Adik, semalam pergi mengundi tak?

saya: Pergi kak..mestilah pergi..

dia: Ohh..so,menang ke kalah?

saya: Errmm..siapa tu kak?

dia: Yang adik punya lah..menang ke kalah?

saya: Kalah..huhu..

dia: Laa..kalah jugak..bila akak tanya, semua jawab kalah..musykil akak..macam mane yang kalah boleh ramai plak?

saya: (senyum jelah kat akak tu..huhu..)

--end--


p/s: entry ni takde motif..sekadar nak bercerita..lawak kan? semua yang baca wajib gelak sopan2 ye..hehe.. ;)

Pasrah Epilog Mujahid (mode Pilihan Raya Kampus)


In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful

Assalamualaikum wbt.

Salam 1Aqidah.
Salam Ukhuwah.
Salam Perjuangan.
Salam Mujahadah.

Oleh sebab sekarang tengah panas untuk PRK..saya tambah sikit lagi.. =)

Salam Mahasiswa.
dan
Salam Pilihan Raya.
(jangan lupa turun mengundi esok ye..khusus untuk warga UKM sahaja)

eceh~dah macam nak berpidato je cik kinah ni..kat blog sendiri boleh la..huhu.. =P

Entry kali ni, saya nak kongsi satu video yang saya peroleh dari ukhti Ain..dapat time pergi PPN hari tuh..
Bila tengok video ni kan, saya rasa..hurm...entahlah..tak dapat nak diungkap dengan tulisan mahupun kata2..

Jadi, sahabat2 semua tengok lah sendiri..

Mungkin menusuk ke kalbu anda..
(bak kate Dr.Ummul, pensyarah PBT saya..huhu..)

Terutama buat semua muslimin dan muslimat yang sedang berjuang sehabis2nya di medan PRK kali ni..

Dan juga buat akhawat2 saya yang sangat saya sayangi..

Tak lupa buat sahabat2 yang lain, tidak kira dimana anda berada selagi kita berjuang dalam 1Aqidah..

(walaupun nak loading nye lama, tengok tau sampai habis!)


[Pasrah Epilog Mujahid]

Angin malam bertiup lembut
Bersama kedinginan
Menyapu wajah-wajah mujahid
Demi perjuangan
Tidak mereka lalaikan Allah
Walau sebentar jua
Menjadi muqarrabin adalah cita
Melalui mujahadah

Angin malam bertiup lembut
Kini hangat pula
Bersama-sama darah mujahid
Syuhada' fi sabilillah
Apalah dunia pada mereka
Dibandingkan syurga
Bersama kekasih Allah
Muhammad, utusan akhir zaman

Wahai mujahid Allah
Tenangkan hatimu!

Wahai mujahid Allah
Teguhkan citamu!

Wahai mujahid Allah
Bukankah Allah telah berjanji
Syurga firdaus milikmu?
Bukankah Allah telah berjanji
Syurga firdaus milikmu?


Untuk PRK di UKM kali ni, saya cuba untuk sertai.
(bukan calon ye..huhu)
Walaupun saya tidak kenal ramai daripada mereka,
saya cuba untuk bekerja bersama mereka.
Berkempen sekadar mampu, membantu mana2 yang perlu.
Sebab saya tahu, kami memperjuangkan perkara yang sama.
Dan saya dapati bahawa, saya sangat kagum dengan semangat mereka!

Tak kira apa pon yang telah, sedang atau bakal berlaku nanti,
yakinlah bahawa jalan yang kita lalui ini,
tidak pernah wujud istilah kalah..
Kita tetap menang,
jika tidak di dunia,
di Akhirat itu pasti.
InsyaAllah.

"Dan janganlah kamu mengatakan terhadap orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati, bahkan mereka itu sebenarnya hidup, tetapi kamu tidak menyedari."
(al-Baqarah:154)

"SELAMAT MENGUNDI.UNDILAH CALON MAHASISWA ANDA.BERSATU BERUBAH!"

peace,no war (^_^)V

[MUKHRIN 09] "10 minit atau 3 hari???"


In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful

Assalamualaikum wbt.
Wah..kelas 2 jam batal la hari ni..huhu..macam tau2 je saya tido lewat semalam..
Kak wan pon takde kelas..jarang kalau siang2 camni dua2 ade kat bilik..dan tadi, kak wan suggest kat saya untuk buka blog ni --> http://nasyid2u.blogspot.com/ atau pon klik [sini].
Ade radio nasyid.fm kat situ..pasang nasyid je 24 jam..mungkin ade yang tak berminat nak dengar ceramah dan slot2 di ikim, so boleh bukak blog ni je.. =)

Ok,back to mukhrin final..
"10 minit atau 3 hari???"

Jom tengok ape maksudnya.. =)

***************

Pagi ahad tu,kami ade qiam fardhi..akhawat buat sendiri2 kat chalet dan ikhwah kat kawasan camping mereka..best dorg,dpt tido dalam khemah..then,akhawat kumpul di chalet ajk untuk subuh berjemaah dan baca ma'thurat..

"Lepas ni, semua balik bilik masing2 dan bersiap dengan pakaian untuk ke laut terus..pukul 8 kumpul di dewan seminar dulu sebelum kita berakit.."

sementara menunggu bilik seminar di buka ^__^

Sebelum buat rakit,kami ade satu slot pengisian.."tazkirah dhuha" namanya..sebab buat time dhuha kan..huhu..dalam tazkirah tu,menegaskan tentang ikatan ukhuwah dalam amal jam'ie..slide2 tu pon banyak diselit gambar2 sepanjang prog 2 hari sebelumnya..pengisian lebih terasa dihati bila kami sama2 menyanyikan lagu tema program, Doa Rabithah..moga Allah pelihara dan rahmati ukhuwwah ini.ameen~

Masa yang ditunggu2 tiba juga..nak buat rakit! lame dah tak buat rakit..last sekali buat rakit time kursus komander muda kat sekolah dulu kot..tapi time tu,buat tanpa ade yang ajar..buat sendiri ikot kemahiran masing2..akibatnye,karam di lautan~~huhuhuu..

Tapi kali ni,ade pakcik trainer yang ajar kami buat..cara2 nak ikat tong,macamane nak ikat dengan kuat,ikat kayu kat tong..time2 ni barulah teringat2 ikatan2 yang penah belajar kat sekolah dulu..ikatan buku sila,bunga keti,ntah ape lagi namenye..tak ingat dah..huhu..

Akhawat bahagi kepada 2 kumpulan besar dan ikhwah satu kumpulan..pakcik2 tu push kami suruh buat cepat2..laju jugak la siap rakit tu..huhu..after semua rakit dah siap,tiba masa untuk uji jaket keselamatan..jalan sikit2 masuk ke laut sampai kaki tak dapat jejak tanah pastu angkat kaki sampai terapung atas air..kalau gelabah2 dalam air tu,tenggelam la..kene tenang je..huhu.. =) nak make sure jaket tu ok ke tak je..takut lemas tak pasal2 kang kat laut tu..

Then kami lawan berakit..ade 3 bendera kat tengah laut..lurus je pon..bawa rakit tu terus je insyaAllah boleh sampai asalkan tak belok sane sini..time berakit tu,memang kecoh la..huhu..ikhwah siap ade rima lagi..dan itu yang sebaiknya supaya semua serentak dan melancarkan perjalanan..tapi tak tahulah silap kat mane, ikhwah last sekali sampai ke pantai..kumpulan saya pertama sampai kemudian kumpulan akhawat yang lagi satu..tersilap pusing rakit kot..tapi bak kate lecturer saya semalam; "bad experience is always a good experience!" Dan ia memang benar sebab.......huhu.. =)

sebahagian yang main air laut lepas berakit..best3.. =)

Alang2 dah basah,pe lagi..jom terjun dalam laut!! pakcik2 tu pesan,"kamu jangan main jauh2..tapi kalau nak main jauh2 pon takpe sebab ade jaring kat sekeliling kawasan kem ni..kalau kamu hanyut,jaring tu tangkap kamu lah.." waaa..dah macam ikan la plak..kami akan jadi "hasil tangkapan" kalau hanyut..haha..

Dah penat berakit dan main laut,masa untuk rehat dan berkemas untuk pulang..sebelum pulang kami ade slot terakhir iaitu slot muhasabah atau penutup..time slot yang ni,saya sangat mengantuk sebenarnya..penat sangat2..balik nanti nak kene drive lagi..(alasan~)

tapi.....................

10 minit itu....................

10 minit teguran dari wakil ajk akhawat khusus untuk kami, akhawat sahaja! mengantuk saya tadi tu??? terus hilang dek sentakan dari kak Wardah..banyak salah dan silap kami di pandangan ajk rupenya..ketika itu, dalam hati saya terdetik; "saya salah ke?? kami ade buat salah ke??" sebab saya rase, saya tak de buat salah sebesar itu!

Serius,saya tak perasan langsung ape salah kami..rupe2nye banyak salah yang kami tak perasan..tapi saya rase, tak perlulah saya beritahu disini..cukuplah buat kami sahaja..a big thanks to kak Wardah sebab menyedarkan kami yang alpa dengan kesenangan..kalau akak tak tegur,kami pasti tak perasan..nama pun sesi muhasabah kan.. =)

so................akhawat?

"10 minit yang menyentap atau 3 hari yang menyeronokkan??"

masing2 jawab dalam hati lah ye..yang pasti,ajk mahukan yang terbaik buat kita semua..kalau tak,takkan mereka penat2 rancang program ni selama 3 bulan kan?

Nyanyian lagu Doa Rabithah menggamit perasaan kami kembali..titisan2 air jernih mengalir menginsafi diri.."ampunkan kami..bimbinglah kami..kuatkanlah kami..ya Allah!" Jauh di sudut hati,saya berdoa supaya Allah mengabulkan setiap doa dari kami..ameen..

Saya masih ingat kata2 akhi Reza ketika slot pertama sekali iaitu slot "Bekalan di Jalan Dakwah".

"Setiap permulaan ada pengakhiran. Dan setiap pengakhiran ada permulaan yang baru."

Moga dengan berakhirnya Mukhrin kali ini, memberi satu permulaan baru dan juga menjadi "catalyst" buat kami dalam merancakkan lagi aktiviti2 dakwah..insyaAllah..mohon doa =)

************

Saya rasa,saya kene selalu baca la entry2 [MUKHRIN 09] ni..kadang2 kite ni ingat dan insaf kejap je..pastu buat salah balik..hurm..

Perkongsian Mukhrin ni dah habis..harap ade pengajaran dan input untuk semua..

Erm,nak pergi lawat kak Liza kat hospital jap lagi..doakan supaya akak saya tu cepat sembuh..

^___^

wassalam.

[MUKHRIN 09] "Ya Allah, kuatkan lah ikatannya!"


In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful

^____^
[Semua senyum dulu ye pagi2 ni..huhu..]

Assalamualaikum wbt..
Senyum dah? bagus3..
Sejak berbuka puasa dengan budak2 kolej semalam, badan rase tak berapa nak larat..
Takkan la sebab puasa kot kan..dengan izin Allah kene selsema la plak..
Tak pe sakinah..kafarah dosa tu..ameenn.. =)
Dalam keadaan rase cam nak demam ni, saya nak sambung jugak la perkongsian Mukhrin sket..sebab tak nak layan sangat sakit2 ni..nanti demam 5 hari lagi kang..takmo2..tobat..

Yang ni the second last episode..insyaAllah..
Pastu nak edit proposal ko-k yang dikomen sebagai proposal "kanak2" semalam..haha..

^____^

***********

Seperti arahan ketua komanden akhawat, kak Nurul, kami diminta menukar pakaian kami kepada pakaian yang sesuai untuk masuk hutan. Haaa..cuak la tu semua. Rilek2..dalam hutan ade pokok je..(ye je..) Lepas semua ikhwah dah sampai, ketua komanden, akhi Aizudin, briefing sket aktiviti ke hutan jap lagi. Rupe2nye, kami masuk hutan sebab nak main compass marching. Best sangat! Dah lame tak main compass marching. Dulu time kat sekolah pernah la main, tapi dah lame sangat. (waa..rindu kat sekolah laa..)

briefing pembukaan dari ketua komanden

Ketua komanden brief sket2 je. Yang ajar kami cara2 nak main compass marching tu adalah trainer kem tu sendiri. Kite serahkan pada yang pakar je la kan. Senang. Wah..nampak macam mudah. Teori..memang macam senang. Bila dah masuk hutan..tau lah macam mane.

Sebelum kumpulan pertama bertolak masuk ke hutan, fasi mengajak kami berdoa untuk menghindarkan diri dari sebarang kecelakaan atau binatang buas di dalam hutan. Doa tu kene tolak2 tanah. Macam mane ntah. Dulu pernah buat gak time form 1, seblom panjat bukit Jeram. Tapi dah tak ingat. (apelah sakinah ni..semua lupe..haihh..)

ready untuk masuk hutan ^_^

briefing~

Memang betul la..praktikal tak semudah teori. Yang dah pernah main pon boleh buat silap. (that's me :( ) Macam mane ntah, saya tak yakin dengan arah yang saya dapat. Ni gara2 pakcik tula. Main sergah2 je (salah kan orang plak ek..). Hurm, anyway, kami dapat buat dengan baik even kene marah2 ngan pakcik2 trainer tu. Mana taknye, akhawat lepas dulu, tapi ikhwah sampai dulu. Alaa..kitorg bagi can je sebenarnya..hehe..(alasan~)

lebih kurang macam ni lah rupa compass yang kami gunakan..

1) tengok degree yang diberi dalam map.
2) pusing yang hitam tu sampai degree yang diberi selari dengan skala.
3) gerakkan compass sampai jarum merah selari dengan garisan merah dibawahnya.
4) then boleh jalan ikot anak panah yang besar sekali kat depan tu.
5) jalan terus je ikot arah tu sampai jumpe next checkpoint.

Faham tak? ni baru teori..kalau teori pon dah susah, praktikal laaaagi susah. (atau saya tak pandai explain?? huhu..nanti belajar lah ye..) Tambah2 plak dengan satu kumpulan ade 10 kepala. Yang tu kate macam ni lagi baik. Yang ni kate macam ni lagi baik. Bincang bukan main lama. Bak kate pakcik trainer tu, "kamu ni cakap je banyak dari tadi..tindakan nye takde!" adoii..

But its ok. Sepakat membawa berkat. huhu.. Kami ada cara tersendiri dan alhamdulillah, ok. Selamat jugak sampai. Kadang2 kite kene buat2 tuli je dengan orang sekeliling yang nak ganggu gugat. Pakcik2 tu saje je nak kacau kitorang. Tu yang malas nak layan. And satu je yang saya lega lepas keluar dari hutan..pacat tak ada! hehee.. :p

keluar dari hutan~

Lepas keluar hutan, kelaparan menyengat. Memang lapar dan penat. Tapi kami diuji pulak dengan task yang seterusnya. Ingat lagi barang2 yang kami kene beli? Yogurt..minyak..pucuk tauhu.. Haaa..semua tu bahan2 untuk dinner kami. Kene masak la...ape lagi...benda wajib kalau camping..

Setiap kumpulan dapat arahan dalam sampul yang berasingan. Tapi arahan semua sama je. Ade ayat trick sket dalam arahan tu. Dan kami faham yang ajk bukan nak kami masak asing2. Tapi masak sama2. Kami kene hasilkan 3 lauk secara bersama.

Bahan2 yang ade ni plak, sebahagiannya mesti guna habis dan boleh letak dalam satu lauk je. Sebahagian lagi, boleh kalau nak gunakan untuk semua lauk dan tak perlu habiskan. Ni belum masak lagi. Nak bincang lauk yang memenuhi syarat2 tu pon dah makan masa. Lagi2, kami tak ade ketua. Tak lantik pon sape2. Memang kene marah ngan ajk bab yang ni. Takde yang nak lead, macam mane nak bincang??? Kami terlupa sangat2 yang tu. Alhamdulillah kak Ila terus lead kami. Bagus la kak Ila.. =)

Seblom mula masak, ajk kene approve dulu pulak. adehh..macam2 la..perut dah lapar. Tapi, satu je. Ukhuwwah. Bukan kite sorang je yang lapar. Semua lapar. So, bincang baik2, masak sama2, pastu makan sama2 k.. Sedap tak sedap, semua makan je..time2 camni, jangan nak banyak songeh. huhu..

sila2..nak beli yang mana..
siput sedut ade..tempe ade..cili ade..bawang ade..
haaa..perut lembu tak ade ye sbb tak jumpe (seb baik! kalau tak, mesti jadi bahan yang wajib masak..)

Alhamdulillah. Lauk yang 'saaaangat sedap'. huhu.. Nasi pon masak cantik je. 'Tak jelatah' langsung! haha.. Nasib baik tak de yang keracunan makanan. Semua kebal2. :p

Lepas menunaikan solat maghrib dan isya' berjemaah, kami ade slot perkongsian. Setiap kumpulan ade cerita die masing2. So, kene kongsi ape yang mereka dapat di sepanjang perjalanan dakwah mereka. Tapi tak banyak yang dapat kongsi sebab masa limited. Semua pon dah penat. Bukaan mata pon separuh je..ngantok.

Kesimpulan sendiri:
1) Compass marching mengajar saya yakin dengan keputusan saya. Tak boleh teragak2. Bila yang memegang compass teragak2, yang lain pon tak yakin dgnnya. Sekali je saya cuba, pastu tak nak buat dah. Takut kumpulan saya sesat. (ish..)
2) Jangan peduli dengan orang sekeliling yang cuba nak jatuhkan kita. Selagi apa yang dibuat tu betul, buat je. Nak perli ke, ape ke..biarkan. Kalau ade teguran yang baik tu, ambil lah.. (semalam rase macam kene perli je ngan KE..huh~)
3) Ape yang penting?! kerjasama..! dan lagi satu, yang penting, lantik seorang ketua dan patuh pada arahan ketua.
4) Tak boleh selfish. Terima je ape yang ade ye.. =)

Saya sedar bahawa aktiviti2 kali ni lebih menjurus kepada kesefahaman dan kesatuan dari semua. Bukan dalam kumpulan sahaja.

"Ya Allah, kuatkan lah ikatan hati2 kami!"

[Doa Rabithah by Izzatul Islam]

Sesungguhnya Engkau tahu
bahwa hati ini telah berpadu
berhimpun dalam naungan cintaMu
bertemu dalam ketaatan
bersatu dalam perjuangan
menegakkan syariat dalam kehidupan

Kuatkanlah ikatannya
kekalkanlah cintanya
tunjukilah jalan-jalannya
terangilah dengan cahayamu
yang tiada pernah padam
Ya Rabbi bimbinglah kami

Lapangkanlah dada kami
dengan karunia iman
dan indahnya tawakal padaMu
hidupkan dengan ma'rifatMu
matikan dalam syahid di jalan Mu
Engkaulah pelindung dan pembela

**lagu tema MUKHRIN**


"kak Ila, dalam tentatif tu kate esok kite ade aktiviti ape ye?"

"owh..esok kite akan buat rakit katenye..pastu penutup.."


...bersambung di: [MUKHRIN 09] "10 minit atau 3 hari???"

[MUKHRIN 09] <5> "Plan Your Journey"


In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful


Assalamualaikum wbt.. =)

InsyaAllah, entry kali ni simple sikit..
Rentetan peristiwa2 sepanjang perjalanan dari Cheras ke Kem Latihan Uniti, Port Dickson dengan di selit beberapa gambar kenangan kami.. =)

***********

Sabtu, 2 Januari 2010

Selepas bergerak keluar dari rumah makcik Umi, saya dan kak Azie menuju ke rumah makcik Ila untuk mengambil dua orang lagi ahli kump kami di sana. Yang lucunya, saya dan kak Azie boleh pulak salah masuk rumah orang. Mana taknye, semalam kami hantar mereka time dah malam,gelap. Yang kami pasti, pintu pagarnya kayu. Memang dah yakin dengan seyakin2nya yang kami masuk tu memang rumah makcik Ila sebab pagar kayu. Masuk pagar die, tengok2 'anak lelaki makcik Ila' tengah sidai kain. Budak tu nampak kami masuk dan kata pada kami,"masuklah.." Kami pon pergi ke pintu dan ketuk sebab tutup pintunya. Budak tu kata lagi,"masuk jee.." Dah tuan rumah bagi masuk, kami masuk jela. Buka pintu, masuk rumah (xde orang pon kat ruang tamu tu..), dan.....tercengang jap.

"akak, kenapa perabot die cam lain je..rumah ni pon cam lain dari semalam..pelik.."

"haah la..eh, kinah..akak rase..kite dah salah rumah ni!"

Meluru keluar balik, mintak maaf kat budak tu, terus masuk kereta..dah la parking btol2 dpn rumah..budget confident je lebey..haha..rupe2nya rumah makcik Ila selang sebuah rumah je..malu10x..huhu.. =D Budak tu pon boleh je bagi kitorg masuk. Pelah..huhu..malu je..dah siap masuk ruang tamu kot..seb bek tak de orang kat situ..kalau tak...........heheee..adoi~

Ok, arahan selanjutnya yang kami terima adalah merancang perjalanan kami menuju ke Kem Latihan Uniti di Port Dickson. Pihak ajk meminta kami untuk membuat plan terlebih dahulu dan memberitahu mereka plan kami dari Cheras. Dah hantar plan tu, lepas dah di'approve' oleh mereka, baru boleh jalan. Supaya ajk mudah nak trace kami la tu. Plan dah approve. Kami mengambil langkah menuju ke destinasi. Jap2..sebelum tu....kami kene cari barang2 ni untuk di bawa bersama ke sana...

1. Minyak
2. Pucuk Tauhu
3. Yogurt
4. Asam Keping
5. Roti (1 buku besar)


kak azie membeli barang2 dapur..hehe..

Alhamdulillah, takdelah susah sangat nak cari. Sebelum keluar Cheras lagi kami dah jumpe semua barang2 tu. Kemudian, bermulalah pengembaraan kami menuju ke Port Dickson. =)

jauh lagi..perjalanan baru bermula..siap boleh terlepas simpang sebab driver khayal..huhu..terpaksa meredah jalan2 di bangi..lorong2 yang tak penah lalu sebelum ni habis saya eksplore..termasuk jalan nak pegi sekolah kiblah..bagus jugak sesat ni rupenye.. ;)

kalau tak silap ni nak masuk highway seremban-PD..nak pegi PD, belok kanan..(yeke?)
adeh, tak ingat dah..

"kad touch n go tak de ke kak??"
"maap, xdela..saya suke pakai manual je..saje nak menuntut kesabaran lebey sket.."
=p

"SELAMAT DATANG KE PORT DICKSON"
ingat dah nak sampai la jumpe gerbang ni..tengok2, jauh lagi..huhuh..
rasa jauh sebab saya bawak slow..dorg kate la..saya cume pentingkan keselamatan mereka je senanya..eceh~ ;p
(seyes!~)

singgah sebentar untuk solat zohor..dan mengecaj bateri2 yang dah kong..
kat sini terserempak ngan kump kak ain..
kesian, kak ain dah terhuyung hayang dah drive sorg2 dari shah alam..
alhamdulillah saya dari Cheras je..

"lapron syadiidon" yang bermaksud, lapar sesangat!
bila lapar, semua sedap kan?huhu.. =)

hujan renyai2..mana lah tokong cina tu..
kalau nampak tokong tu, means dah dekat..
belok kanan, terus jalan ke kem..

alhamdulillah, dah sampai kem uniti.. =)

kak Azie yang tak sabar2 nak terjun laut..hehe..
amik gambar dulu pon jadilah..

subhanallah..cantik nya..
lame dah tak ke pantai..
kalau pantai remis kat depan skolah dulu tu, selalu lah pergi.. =)

akauntan kami mengira lebihan duit perjalanan kami..
berapa entah lebih nye..
tak banyak pon sebab kami guna sebaiknya duit yang dibekalkan.. =)

kami kumpulan kedua yang tiba..
kenelah menunggu kump lain sampai sebelum aktiviti2 di sini diteruskan..
(semua kump ikhwah sampai lambat..sesat ek?..huhu..)

calaran ini, saya yang buat..(mengaku terus)
menggigil kot sebab dah calar kan kereta orang!
lorong tu dah sempit, tapi ade jugak la yang nak parking kat depan simpang..
budget2 macam lepas..rupa2 nya tak lepas..
tersekat kat divider..tekan minyak habis pon tak nak gak keluar..
alamatnya, kete tu kene angkat..
saya dan akhawat2 ke yang angkat?
ohh..pastinya bukan.. =D
terima kasih pada yang menolong dan juga yang offer untuk angkat kereta tu sampai depan..(perli la tu..kureng di asam..)

walau ape pon yang melanda..sesat ke..dah calarkan kete orang ke....
"teruskan perjuangan!"
=)

Ni baru cerita perjalanan kumpulan kami. Kumpulan lain lagi macam2 kisah ada. Tak jumpe perut lembu la (barang yang dorg kene cari)..sesat sampai melaka la..macam2.. tapi itu semua biasa..

Kesimpulan sendiri:

1) Perjalanan dakwah ni, bukan mudah. Banyak likunya. Plan macam mane baik pon perjalanan tu, jangan lupa yang Allah juga ada 'plan' tersendiri. Sesat2 semua tu, plan dari Allah. Sebab Allah tahu apa yang terbaik bagi hamba2Nya.

2) Semua kumpulan datang dari tempat yang berbeza2 dan melalui jalan yang berbeza2. Tapi satu je destinasi kami. Destinasi hidup kita satu juga kan? =)

3) Khas untuk sakinah-->bawak kete leklok sket..habis calar kete orang.......


"akak, lepas ni kite ade aktiviti ape eh?"

"tunggu jelah arahan seterusnya..yang pasti kamu kene tukar pakaian..pakai baju yang sesuai untuk masuk hutan ye.."

"masuk hutan???!"


...bersambung di: [MUKHRIN 09] <6> "Ya Allah, kuatkan lah ikatannya!"