In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful
Assalamualaikum wbt.
Sebelum saya berkongsi tentang pengalaman saya ketika ber'MUKHRIN' sepanjang 1-3 Jan 2010 yang lalu, ingin saya tegaskan di sini niat sebenar saya dalam membuat perkongsian. Pertamanya, saya telah melalui satu pengalaman yang sangat mencabar yang tidak pernah saya lalui sebelum ini. So, saya ingin mengabadikan pengalaman ini di sini supaya segala yang telah dilalui dapat saya jadikan pedoman dan panduan sepanjang hidup saya. InsyaAllah.
Namun begitu, alangkah indahnya jika saya dapat kongsikan pengalaman ini bersama setiap orang yang membaca blog saya. Mungkin ada perkara yang boleh dicedok dari pengalaman ini, sama ada dari segi aktiviti2 yang dijalankan, skill2 yang digunakan, mahupun, 'ibrah yang saya perolehi. Saya harap ia satu perkongsian yang paling bermakna buat diri saya dan sesiapa sahaja yang membacanya. (^^,)
InsyaAllah ayat2 yang digunakan macam biasa lah. Kejap2 skema, kejap2 tak skema. huhu.. :)
**********
Rabu, 23 Disember 2009.
Seperti yang dijanjikan oleh urusetia, kami akan mendapat mesej dari mereka. Mesej yang menjemput kami untuk menyertai program MUKHRIN 09 ini. MUKHRIN (atau nama panjang nya Mukhayyam + Tamrin) pada kali ini adalah kali yang ke-3 dianjurkan oleh JIM IPT Daerah Hulu Langat. Dalam mesej tersebut, kami diberikan alamat email kumpulan masing2 beserta passwordnya. Dan kami diminta untuk membuka email tersebut dan membaca arahan seterusnya melalui email sahaja. Melalui email tu jugak, kami mengetahui ahli2 kumpulan kami. Saya, kak Ila, kak Azie, kak Lia dan seorang budak USIM yang belum tahu siapa.
Khamis, 24 Disember 2009.
Dalam senarai nama yang saya dapat tu, dua orang je yang saya kenal. Lagi dua orang tu saya tak kenal pon. Xpe2, nanti boleh berkenalan. Tapi masalahnya, kami perlu menghubungi setiap ahli kumpulan tu dan pastikan dia telah mendaftar pada ajk sebelum 25 Dis. Nasib baik ada kak Ila. Dia kenal. So, saya tak perlu lah contact mereka lagi. hehe.. Sebelum saya pastikan yang lain dah mendaftar, baik saya daftar dulu. Akhirnya, saya hanya mendaftar melalui 'facebook' je kat Kak Rose. hehe.. Saya adalah orang yang ke-6 mendaftar. Semangat seh! huhu.. :)
Isnin, 28 Disember 2009 - Rabu, 30 Disember 2009.
Tetiba kak Ila mesej saya dan yang lain. Bertanyakan tentang pendaftaran semua. Yang tu tak de masalah sangat. Yang masalahnya, kami perlu mendapatkan sebuah kereta yang memuatkan semua ahli kumpulan, laptop, kamera digital beserta wayar USB nya, dan lagi satu adalah broadband. Pergh~ Laptop ngan kamera tu boleh tahan lagi kot. Sebab dah ade yang volunteer nak bawak. Kereta tu yang payah sket. Mana nak cari. Mula2 kami ingat kereta ajk tak boleh pinjam. Rupe2nya boleh. Bila nak dekat2 program baru tahu. Tapi semua tu dah terlambat. Kereta2 ajk pon dah habis di booking oleh kumpulan lain. huhu.. Dan akhirnya, kami terpaksa meminta kereta yang disediakan oleh ajk untuk mana2 kumpulan yang tak dapat kereta. Kami kumpulan pertama yang kene panalti pasal tak dapat kereta! wuuu.. Tak pe lah, asalkan kami dapat bergerak time program nanti. huhu..
Kalau broadband plak, pon sama susah. Sebabnya, mana logik budak2 kat UKM ni ada broadband. Wireless jaring dah ade kot. Susah nak jumpe la kalau ade pon. Tapi, alhamdulillah kak Azie dapat pinjam dari abangnya. Laju tuu.. huhu..
Khamis, 31 Disember 2009.
Malam new year 2010 saya disambut dengan ulang alik ambil kereta. huhu.. Saya perlu ke rumah akhi Kamarul untuk ambil keretanya. Yang tu lah kereta panalti kami. hehe.. Panalti2 pon, ade hikmahnya tau. Dah siap servis semua da.. Sebabnya ajk dah inform awal2 nak guna untuk jalan jauh kan. Auto plak tu. Tapi yang cuaknya kereta proton wira. Dah la panjang. Nasib baik saya dah biasa jugak la bawa kereta wira ayah saya. Boleh la main agak2 sket. hehe..
Kisah ulang alik tu sebabnya saya pergi ambil kereta tu dengan kak Liza. Dekat je pon. Belakang KTM je. Tapi time nak keluarkan kereta dari rumah akhi tu, kaki kak Liza kejang. So, saya minta lah tinggalkan kejap kereta akhi Kamarul tu kat luar rumah dia supaya nanti saya tak payah ketuk rumah dia lagi. hehe.. Saya kene pergi DS untuk ambil driver lain plak menggantikan kak Liza yang dah kekejangan. Kesian saya tengok. Gelabah jugak masa tu sebab tetibe je kan. huhu.. Lagi2 dia kene drive untuk kumpulan dia esok. Alhamdulillah semua ok lepas tu. Ni baru sikit ujian saya dengan kak Liza. Belum lagi cerita roomate saya yang pergi ambil kereta sampai sesat2 kat Shah Alam. Tabah betul mereka. Saya tak senang tidur malam tu sebab roomate tak balik2 lagi. Namun, alhamdulillah semuanya selamat. :)
**********
Kami belum start berMUKHRIN lagi, dah macam2 tarbiyah kami dapat. Masing2 punyai tarbiyah masing2. Dari segi nak dapatkan kereta nya, nak hubungi ahli kumpulan yang tak angkat2 telefon nya. Sibuk mungkin. Namun, segalanya masih bermula dengan sempurna kerana ia atas dasar ikatan ukhuwah yang erat. Perlu berlapang dada dengan kerenah sahabat, dengan ujian yang mendatang dan berlapang dada juga menerima segala arahan2 yang diberi oleh pihak ajk. Alhamdulillah buat permulaan ini.
...akan bersambung di entry seterusnya: [MUKHRIN 09] <2> Bekalan di Jalan Dakwah


5 pendapat pemerhati pengembaraanku:
da lame daa ak tunggu ko cte psl ni tauu..huhu..cepat la smbung kinah..xsbr nk mmbacenye lagii..hehe..xpon,cte la live kat ak..tp, best jugak bace kt blog niii..suspen ckit..hehe
fatien
hehe..aku mmg saje tak nak cite live kat ko..nk ko bace sendirik kat cni..huhu..tp kalo ko tanye,ak nk je citer..dah ko tak tanye..hehehh..
ala..kena menanti lagi...
sabau2..pnjg lagi ni..perjalanan kite masih jauh lagi..hehe :p
Post a Comment