In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful
...moga Allah masih menetapkan niat saya dalam berkongsi dengan semua (^^,)...
Arahan seterusnya yang kumpulan kami terima adalah membuat satu artikel yang bertajuk "Kesan Ibu Bekerjaya Terhadap Institusi Keluarga". Task ini adalah task "Relung Dakwah".
Kami kena buat research dulu before siapkan artikel tu. Boleh bayang tak, nak kene buat research dalam masa lebih kurang 4-5 jam je. Borang soal kaji selidik tak de. Guide line tak de. Objektif kajian pon tak de. Semua tu kene bincang, kene keluar edar borang, kene temuramah 4 jenis manusia yang berbeza pastu buat artikel pulak. Cari fakta lagi. Pergh~ Saya yang tak pernah buat tesis ni, kelabu asap je semua. Research tu pernah la. Tapi, takde lah 5 jam je kot. Paling2 pon sebulan. Tapi nak katenye, time ni la masing2 dapat menyerlahkan 'bakat terpendam'. hehe.. Kak Ila, da biasa da buat tesis, research2 ni semua. Memang artikel tu, fully die yang buat lah. Kak azie yang pada awalnya takut2 nk jumpe orang untuk edar borang, last2 borang die banyak sekali diisi. Hebat ah!
First2 kami dapat sampul yang mengandungi arahan tu, kami diminta untuk melantik ketua, s/u, dan bendahari (Kebijaksanaan organisasi). Dalam sampul tu jugak di bekalkan wang saku untuk sepanjang perjalanan kami. Lain kumpulan, lain tugasannya. Dan lain jugalah jumlah wang sakunya. Kalau tugasan kami kene buat research dan artikel, kumpulan lain ada yang kene belajar buat video tentang Islam pastu masuk kat youtube, temu ramah 10 jenis manusia berbeza, buat kerja amal kat tadika, buat banner sambut pelajar baru dan macam2 lagi lah. Hampir seluruh Selangor kami jajah. Kump saya hanya buat research di Kajang. Kump lain merata2 sampai ke gombak, putrajaya, ntah mane2 lagi. huhu.. Yang penting, tugasan masing2 banyak memberi iktibar dan pengalaman baru pada diri. Ada sebab la tu kenapa ajk bagi tugasan macam tu kan. So, sendiri kene carik la kenapa..
tempat yang ditarget
Ok, berbalik pada tugasan kami tadi, kami bincang dan putuskan untuk mencari responden di Metro Kajang. Lepas semua borang dah siap, lepas solat zohor kami terus ke sana. Fuh, macam2 ragam manusia la. Susah jugak nak cari responden. Kami target ibu2 yang bekerjaya. Tapi, pengunjung2 kat sana ramai ibu2 yang tak bekerja yang tengah sibuk layan anak2 beli barang masuk sekolah. Kalau dorg kerja sekalipon, tak mahu layan nye. Pasal sibuk nak beli barang, bukan nak isi borang! huhu.. Tapi, kalau pergi butik2 yang kat situ, jumpe jugak responden yang tepat ciri2 idaman yang dicari. hehe.. Ni salah seorang yang kami sempat temu ramah. Puan Razimah Abdul Kadir, Pemilik Butik GNI Contour.
Kami berpecah dan saya sudah give up nak cari responden kat dalam metro. Semua sibuk dengan urusan masing2. Nampak kami dengan kertas2 kat tangan semua, lagi la dorg lari. Jangan kata saya tak cuba ye! =) So, saya keluar dari situ dan pergi ke tepi jalanan. Kat tepi metro tu, ramai la yang tengah rilek2. Ade yang melepak, ade yang menunggu orang datang ambil dan macam2 lagi lah. Kat situ, saya try tanye beberapa anak gadis ni. Tanye la mak mereka kerja atau tidak? Tengok muka masing2, bingung je. haih.. Rupe2nya, semua tu orang indonesia. Mak masing2 kat indon le..mane ade kat sisni.. Malu den~ Tak de rupe indon kot!
Jalan depan sikit, jumpe 2 orang kakak dengan anak2 kecik mereka. Yes! Mak ade, anak pon ade. Boleh bagi dua2 jenis borang terus. Satu untuk mak, satu untuk anak. Alhamdulillah, daku dilayan selepas kenalkan diri dan tujuan saya. Sebabnya, mereka tak sibuk beli2 barang tapi tengah menunggu. So, ade masa la nak borak2 semua. Kesimpulan sendiri: kene bijak cari responden yang sesuai. Dalam dakwah pon, kene pandai target mad'u yang berpotensi supaya dakwah lebih mudah. At the same time, tak abaikan yang lain.. =)
tekun mengisi borang~
Langkah saya diteruskan. Deretan kedai di tepi jalan arah tuju saya yang seterusnya. Tegur seorang adik lelaki ni. Muka cam takut2 je. Dah buat muka paling 'solehah' da ni..takut jugak? huh~ Dalam ketidakmenegrtian ku itu, ayah budak tu datang tarik die. Tercengang kejap. adui.. Saya pon berlalu la pergi dengan muka tebal berinci2. waaa.. Finally, i realize that my approaching skills tadi tak bagus. Mana tak nye. Terus2 tanye mak keje atau tak. Kenalkan diri pon takde. (tak tahu nape time budak ni saya tak kenalkan diri..nak cepat kot..) Malu sebentar disitu~ Kesimpulan sendiri: Dakwah ni kene ade skills..mane boleh pakai aci redah je sakinah oii..
Malu tak malu, misi kene diteruskan! Masa dah semakin suntuk. Tetibe, terpandang target baik punye. Bila bagi salam dan perkenalkan diri (ambil pengajaran tadi..), makcik tu melayan persoalan2 saya. Alhamdulillah. Seorang cikgu. Suami die lecturer. Anak seorang, baru lepas PMR. Katenya, PMR anak lelaki die tak berapa bagus sebab tak fasih bahasa melayu. Pelik. Mak ayah cikgu. Rupe2nya, dari kecik dok kat UK. Mereka baru 3 tahun di Malaysia ni. padan la... Baru nak kaitkan kesan negatif ibu bekerjaya terhadap pelajaran anak. huhu.. Best borak sampai tak perasan suami dan anak die terpacak kat sebelah. Lepas kene soal macam2 dengan pakcik sporting tu, saya pon berlalu pergi. Tak lupe jugak untuk bagi sedikit cenderahati dari kami. Kesimpulan sendiri: belajar hargai mad'u kite..borak berhikmah. =)
Saya masuk metro semula dan berjumpe dengan ahli kump yang lain. Tengok progress semua. Kurang baik. Teruskan lagi dalam beberapa minit. Agih tugasan ad hoc. Dua orang pergi temu ramah, dua orang lagi pergi habiskan borang. Alhamdulillah selesai~
habis daa..jom balik!
Tapi kami dah lari sikit dari masa. Bergegas pulang ke DS semula dan bertungkus lumus siapkan artikel dan laporan. Dah lambat. Around 6.45 macam tu baru send email semua. Fuhh..lega! Kalut jugak nak siapkan. Kemahiran kak Ila sangat2 diperlukan time2 macam ni. Saya tolong buat pie chart, dll. Akhirnya, sengal2 badan dan sakit kepala ni dapat la dilegakan sebentar sambil menunggu email arahan yang seterusnya..
"Cepat2! Ada email baru!"
...bersambung di: [MUKHRIN 09] <4> "Istiqomah Dakwah dan Tarbiyyah"


6 pendapat pemerhati pengembaraanku:
Salam
wah..wah posting menarik, meh lah kita tukar2 link dan dijemput ziarah blog saya...
wassalam
dah jugak ke blog akak lagi satu
http://izat-syah.blogspot.com
wahh..menarik lagii~~xsbr tunggu post seterusnyer..:D
(chuckle)
soleh solehah: wsalam..terima kasih sudi membaca..moga bermanfaat =) akak buat sendiri ye semua brg2 jualan kat blog akak tu? nice.. =)
tin: huhu..thanx la tin..ko setia membaca.. :)
Assalamu'alaikum..
Tahniah atas perkongsian yang menarik...
tak sabar nak tunggu untuk entri yang seterusnya..
-k.hajar-
waalaikumussalam kak hajar..
jazakillah kak sbb bace..nak tahu gak cerita kumpulan2 lain..rituh tak sempat nk tukar2 cerita sgt..tau skit2 je..huhu.. :)
Post a Comment