In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful
Assalamualaikum wbt.. :)
Selamat tahun baru, 1431 H dan 2010 M..
Selamat menambah satu lagi tahun dalam diari kehidupan..
Selamat merealisasikan azam baru..
Selamat meneruskan atau memperbaiki azam lama..
Selamat menempuh suasana baru..
Selamat mengalami pengalaman baru..
Selamat menjalani amanah yang lebih berat..
Moga sepanjang tahun2 yang lalu diberkati Allah..
Moga segala amalan2 yang lepas diterima Allah..
Moga pengalaman2 dan ujian2 yang telah dilalui diambil segala 'ibarah nya..
Moga mendapat segala yang terbaik dari sisiNya..
Moga segala apa yang bakal mendatang ditempuh dengan sabar, tabah dan penuh amanah..
Aik?! Tahun baru ni ada entry la.. Maal Hijrah lepas tak ada ke?? huhu.. Asif, Maal Hijrah baru2 ni saya tak berkesempatan. So, entry kali ni merangkap sekali Maal Hijrah yang lalu. Masakan saya lupa tarikh penuh bersejarah dalam Islam tersebut. Satu anjakan dan pengorbanan Rasulullah bersama sahabat dalam menegakkan syiar Islam di muka bumi.
Saya benar2 bersyukur atas kelahiran saya yang sedia ada Islam. Jika tiada peristiwa hijrah, mungkin nama saya bukan bermaksud "cahaya ketenangan". Jika tiada peristiwa hijrah, mungkin hidup saya tiada rasa kemanisan beriman pada Allah. Nauzubillah. Namun, segala yang berlaku atas perancangan Allah. Aku benar2 bersyukur dan berdoa agar ditetapkan hati sentiasa di atas jalan ini iaitu jalan Islam.
Bersyukur je?? Macam mana nak bersyukur?? Cukupkah hanya dengan bersyukur??
Bersyukurlah dengan disusuli tindakan2 yang mencerminkan kesyukuran. Kalau setakat berkata "aku bersyukur kepada Allah", tetapi tidak menunjukkan tanda2 yang kita bersyukur, belum cukup lagi tu.
Bayangkan, macam mana kalau kamu terima hadiah dari sahabat baik kamu? Kalau kamu benar2 berterima kasih dan sayang padanya, pasti akan dijaga dengan begitu rapi hadiah2 tersebut. Betul tak? huhu..
Macam tu lah bila kita dikurniakan nikmat Iman dan Islam ni. Jika kita benar2 sayang dan cinta pada Pemberi nikmat tersebut, dan juga jika kita benar2 menghargai pemberian nikmat tersebut, pasti kita akan menjaga dengan baik. Tidak mencemarkan, tidak mencalarkan, tidak membiarkan orang lain memijak2 agama kita.
Malah, kita menyebarkan dan saling berkongsi nilai2 Islam supaya semua dapat merasai nikmat yang sama. Kalau hadiah tu, mungkin kita simpan je dan tak bagi orang lain sentuh langsung. Kalau bagi guna kang takut rosak plak kan..huhu.. Takpe lah, yang itu semua terpulang. Tapi, nikmat Iman dan Islam ni jika dikongsi, kan jadi lebih indah. Takkan nak masuk syurga sorang2 je kot.. :)
InsyaAllah, moga dengan kesyukuran ini akan menjadi motivasi saya untuk terus di atas jalan ini. Ameen~

Bila saya check2 balik, banyak jugak perkara2 baru yang bakal dan sudah pon berlaku dalam tahun ni, tahun 2010.
Ummi dah semakin hebat bekerja. Jadi ketua SPPM kat sekolah tuu.. hehe.. Kena mengajar budak2 darjah 5 pulak. Kalau sebelum ni darjah 3 je. Tak tahu lah budak darjah mana lagi senang nak ngajar. Yang pasti bukan budak darjah satu. Dengar ummi cerita je pon dah pening.. huhu.. Moga ummi dapat jalankan amanah2nya dengan sebaik mungkin. Chaiyok2 mak!! :)
Aiman dah masuk sekolah baru. Sekolah Maahad Tahfiz Qiblah kat bangi. Sibuk je dok dekat2 ngan orang. huhu.. Nak ikut saya balik rumah selalu la tu. Tapi, macam lah saya selalu balik rumah. hehe.. Takde lah, saya sebenarnya lebih senang kalau dia berada dekat. Sekurang2nya, ada yang boleh tolong tengok2kan sikit. Sikit je eh. hehe.. Gud Luck untuk Eman. Moga dipermudahkan segala urusan menghafal al-Quran dan menjadi huffaz cemerlang! :)
Amirah pulak sekarang tengah kerja. Jadi kerani kat tadika katanya. Kejap je rasenya. Tak lama lagi dia bakal menyertai kakak2nya ke dunia baru, dunia IPT. Selalu gak takut2kan die dan die memang takut. hehe..berjaya takutkan. Yelah, cabaran di IPT kan sangat2 berbeza dari di sekolah tu. But Irah, I know you can face it! Macam mana nak tahu susah atau senang kalau tak alami sendiri kan? :)
Kakak ku, Dr. Mardhiyyah. hehe.. Tak lama lagi bakal menjadi doktor. Yay! Tahun ni boleh dapat duit raya dari akak! huhu.. The first and the only one doctor in my family. Sedara mara pon belum ada lagi rasenya. Boleh la buat klinik khas untuk keluarga nanti ek..free..! :p Selamat menambah satu lagi doktor Islam kat dunia ni. :)
Amin nak UPSR dan Achik plak dah masuk form 2. Dua2 budak kecik ni, dah jadi budak besar rupanya. Dah nak hampir umur baligh dah. Kalau tengok macam tak percaya je budak dua orang ni dah besar. Badan takde lah besar mana pon. hehe.. Tapi memang hakikat la. Umur makin bertambah, bukan makin berkurang. Budak2 ni makin membesar, bukan mengecil. huhu.. Moga2 bila dewasa nanti menjadi pejuang mujahid sepanjang zaman. :)
Yang lain2; Abah, Ca, Maryam, dan Umai, semua macam biasa je. Tapi semangat tu mungkin berbeza. Lagi2 si umai budak kecik tu. Seronok la die. Dapat beg baru la, selipar baru la. Semua nak pink pulak tu. huhu.. Biaq pi la, asal dia seronok. Jumpa dia semalam. Turun kereta je terus terkam saya. Tapi memang macam tula die dengan kakak2 dan abang2 die. huhu.. Dapat lepaskan rindu sket. eceh~ :)
Anyway, segala yang bakal berlaku pasti ada agenda tersendiri dari Allah Taala. Kita merancang dan Allah juga merancang. Jangan lupa tu, Sakinah! :)
p/s: Nak berkongsi tentang MUKHRIN. Tapi nanti lah ye. Next2 entry, insyaAllah. :)


2 pendapat pemerhati pengembaraanku:
Salam maal hijrah
dan selamat tahun baru
salam maal hijrah dan selamat tahun baru juga :)
Post a Comment