| Pengembara . Sebuah . Perjalanan |

"Sesungguhnya seseorang Muslim itu apabila berjalan di Jalan Dakwah, ia tidak berjalan dengan hatinya sahaja tetapi dibawa bersama hati saudara-saudaranya. Justeru itu, setiap pahala yang didapati di sepanjang perjalanannya, pasti akan terbias untuk saudara perjuangannya.."

Pages

Lilypie Kids Birthday tickers

Popular Posts

[MUKHRIN 09] <2> Bekalan di Jalan Dakwah





Alhamdulillah, saya masih diberi kesempatan masa untuk sambung berkongsi mengenai MUKHRIN 09 ni. Sebenarnya saya baru je balik dari meeting MT untuk projek ko-k kami..aduyai..macam2 la..huhu.. Moga Allah permudahkan urusan projek kami untuk subjek yang SATU unit tu..huhu.. :)

**********


Sebelum kami memulakan program kami pada 1 Jan, kami mendapat satu email dari ajk. Mereka memberi arahan kepada kami untuk berada di SRI Ayesha (a private school kat belakang PKNS je..) tepat jam 9 pagi. Pergh~ cuak seh nak terima arahan seterus2nya lagi. Dah gaya macam explorace dah ni. Memang sepanjang minggu tu, berdebar2 je rase. Mana nak pergi ni?? Masuk hutan ke?? Calar kereta orang kang camne?? Ntah2 kene pergi JB kot?? Takpon, jauh ke utara ke?? waaaa..gelabah je 'driver'!! Pasal 'driver' tau drive je, tapi tak tau jalan!! (saya lah tu~haha) :p rilek2..kene berlagak cool sket.. abes semua group saya takut nak naik dengan saya nanti..hehe..(korang takut ke eh??) :p

bersama kereta 'panalti' kami..huhu..

Jumaat, 1 Januari 2010.

Pagi ni, kami belum selesai lagi bab2 kereta ni. Seawal 6.30 pagi, saya meredah kegelapan 'pagi' menuju ke DS untuk ambil kak Ain. Teman dia pergi Hulu Langat untuk ambil kereta. Laju woo kak Ain pecut. Takut tak sempat berada di SRI Ayesha tepat jam 9! Ketepatan masa tu penting bukan? huhu.. Then, pecut punya pecut, ulang alik dari Hulu Langat tu, selamat sampai la di DS semula jam 8 camtu. Sempat lagi. Alhamdulillah la..

Lepas saya ambil kak Azie di UKM, kami terus menuju ke SRI Ayesha. Kak Azie dah survey dulu tempat ni sehari sebelum. So, senang la nak cari pagi tu. Rupa2nya, kami the first team yang sampai dulu. Then, baru lah ade beberapa kereta ikhwah dan akhawat lain tiba.

Atas langkah2 keselamatan, berlaku sedikit reshuffle kumpulan. Kemudian, pemeriksaan kereta oleh ajk terhadap kereta2 kami. Ia atas keselematan juga dengan memastikan semuanya baik2 belaka. (dengar cerita, ajk check2 macam semua kereta failed..ade la yang slack mane2..tapi still bole jalan la..betul ke?huhu..)

Slot pertama dimulakan dengan pengisian yang bertajuk "Bekalan di Jalan Dakwah". Banyak input2 yang diperoleh. Sebagai bekalan untuk perjalanan MUKHRIN kami juga. Pastinya pengisian yang berkaitan dengan sepanjang program kami. Haaa..sebelum terlupa. Tema program kami: "Band of Brotherhood, Thicker Than Blood". Sepanjang jalan dakwah ni, hubungan ukhuwah adalah tunjang kelancaran perjalanan. Itulah antara bekalannya. Saya tertarik dengan kata2 penyampai topik ini iaitu akhi Reza:

"Bukan tidak banyak tanda2 amaran, namun hati2 pengembara ini perlu diikat untuk meneruskan perjalanan daripada termasuk ke dalam lorong2 penyimpangan."

pengisian dari akhi Reza

Benar. Tanpa akhawat di sisi, saya tak tahu lah arah tuju saya ke mana. Mungkin dah terpengaruh dengan banyak yang negatif di alam IPT ni. Akhawat dah ada, tapi, semua itu atas pilihan kita. Mahu sertai mereka di jalan dakwah atau tidak? Dalam surah asy-Syams Allah memberi kita pilihan. Mahu ikut jalan mana? Jalan dakwah atau sebaliknya? InsyaAllah, dengan keterikatan hati2 ini, arah tuju kami lebih terarah dan lebih lancar. (akhawat, target kita besar kan?ohh..pentingnya saya berlapang dada dengan kamu semua..)

Antara bekalan2 sepanjang jalan dakwah yang disebutkan adalah:
  1. Kebijaksaan organisasi atau mengurus. Mampu uruskan pelbagai kerenah manusia malah mampu menyatukan hati2 mereka. Tidak gopoh kerana ia menggelincirkan dan tidak terlalu pasif kerana ia mematikan. Berjaya menghampirkan perbezaan2 fikrah, emosi dan rohani sehingga tercetus semangat ukhuwah! (wah..yang ni........huhu..)
  2. Pengawasan pemikiran. Perlu punyai aqidah yang sejahtera kerana asas ini penting bagi mengawasi pemikiran kita. Juga punca kekuatan kita dalam amal tanzimi. Fikiran seseorang tidak ditolak mentah2, namun perlu melalui syura yang bijak menentukan. Jika fikiran kita diterima, tidak berasa riak malah beristighfar lah dan berdoa supaya keputusan syura itu yang terbaik. Kematangan fikiran juga ditentukan oleh banyak nya kita menambah ilmu. (so, yang tak matang2 tu, banyak lagi la ilmu tak tuntut2 ni..hehe..matang tu subjektif ok..)
  3. Sensitiviti keselamatan. Haa..yang ni memang penting. Lagi2 nak jalan jauh. (jalan dakwah ni panjang bukan?) Orang yang berhati2 ni, lahir dari adanya sensitiviti keselamatan dalam diri. Kalau pakai redah je, tak ambil kisah semua, itu adalah satu kelemahan da'ie yang tak sensitif! (huh~terasa..)
  4. Roh persaingan. Ada dua persaingan. Satu, yang terpuji: dalam kebaikan, ilmu dan rezeki yang halal. Dua, yang tercela: rosakkan amalan orang lain. (uish..kejam2..tak baik dengki2..). Yang bestnya persaingan ni, menjana pemikiran kreatif dalam amal perbuatan nya. (macam mane tu??fikirlah sendiri..huhu..jana fikiran tu! :p)
  5. Kerohanian yang tinggi. Bekalan tenaga untuk teruskan perjalanan dakwah. Kalau tenaga rendah, gerakan jadi malap. Dan akhirnya, apa jadi dengan momentum dakwah?? Momentum dakwah jadi tidak hebat atau kuat. (aplikasi fizik ni..yeke?) Bila rohani kuat, tidak rasa terpaksanya buat dakwah. Hati jadi ringan je. Sentiasa ceria, riang, mesra dan positive. Tapi jangan lupa!! Jangan jana tenaga rohani sorang2 je..bantu akhawat2 lain sama. :)
  6. Contoh praktikal. Menjadi insan rabbani yang hidup dan mati hanya kerana Allah. Perkataan dan amalan tidak bercanggah sama sekali. Memang susah nak mempraktikkan namun bermujahadahlah melawan nafsu. InsyaAllah boleh. Kita kan ada Rasulullah sebagai sumber inspirasi mujahadah kita.

Ehem..bila akhi Reza banyak kaitkan pengisian ni dengan perjalanan kami yang seterusnya, banyak la tanggapan2 yang menerjah di fikiran masing2. "Huish, bunyik macam jauh je ni..". "Tengok banner tu, sekitar selangor jelah..fuhh..lega~". "Port dickson?? Best2..eh,kalo sesat nak pegi PD tu macam mane eh?" haha..awal2 lagi dah negative. Positive2!!

Yang penting, bekalan2 di sepanjang jalan 'dakwah' kami nanti, kami bawa semuanya. Kumpulkan semangat, tekad yang kuat, beserta ukhuwah yang mantap..insyaAllah,kami dapat harungi semuanya... Perjalanan yang jauh dan berliku, akan kami redah bersama. Dengan hati yang terbuka, masing2 menyatakan kelemahan diri dan kekuatan diri. Supaya kami dapat lengkap melengkapi. (time ni, saya dapat komen dari kak Ila..dia kata, saya dah semakin matang! sukenye dengar..huhu)

Dan beberapa minit kemudian, kami diminta mengambil sekeping sampul coklat yang mengandungi arahan2 seterusnya. Dengan perasaan yang berkobar2 namun tetap berdebar2, kami pun membuka sampul tersebut. Arahan seterusnya yang kumpulan kami terima adalah.....


...bersambung di: [MUKHRIN 09] <3> "Relung Dakwah"

1 pendapat pemerhati pengembaraanku:

menarikkk!!
:D

(chuckle)