Bismillah.
Salam alayk~
penat penat. penat duduk dalam kereta je pun. abah yang drive sorang-sorang. pergi melaka kejap tengok rumah abah kat sana. ada jiran nak tumpang rumah untuk kenduri kahwin anak dia. balik nak bagi kunci dan kemas sikit-sikit. sikit-sikit tu pon adalah sebahagian rumah jugak kena basuh pasal anai-anai dah merayap sana sini. nasib baik rumah tu kosong tak bersewa. kalau balik melaka, macam biasa mesti singgah kubur arwah atuk dan pergi tepi pantai makan roti john kat sana. sedap! dulu kecik-kecik rajin sangat makan roti john tu kalau balik kampung. tapi sekarang dah jarang-jarang balik sebab atuk dan nenek dua-dua dah tak ada. dulu roti john dia besar. sekarang dah kecik. huhu..
intro je roti john tu. saja bagi jeles sikit. tu pon kalau nak jeles lah.. :p
semalam adalah hari keempat praktikal di miros. best. best. best. staf-staf semua sporting. hari pertama dah jumpa pengarah bahagian iaitu Dr Faudzi. dia adalah selaku penyelia saya. huu. gerun pulak duduk bawah seliaan pengarah bahagian. diminta buat research. tapi belum ada tajuk yang spesifik lagi. so empat hari ni saya baca segala benda mencapah-capah. yang pasti semua pasal accident. huu. ngeri ngeri.
dan semalam jugak, saya rasa agak penat lah sikit. sebab balik kerja kena masak. ada jugalah mengeluh penat. malas nak masak. tapi kak hajar pesan. tu tanggungjawab kepada akhawat. sebelum makin panjang lebar saya kena tazkirah, terus cepat-cepat saya masuk dapur untuk masak. huhu.
sambil-sambil masak, teringat ummi kat rumah. bukan sehari dua ummi kena masak lepas balik kerja. hari-hari. kerja ummi pulak berganda-ganda lebih penat dari saya. biasalah guru. sekolah rendah pulak tu. hmm. semoga Allah sentiasa beri kekuatan dan ketabahan hati pada ummi.
kalau nak cerita tentang pengorbanan ummi pada kami sekeluarga, tak terdaya untuk saya senaraikan. hanya Allah yang mampu membalas segalanya. selagi hayat dikandung badan, selagi kudrat masih bersisa, saya akan sedaya upaya untuk membalas segalanya dengan menjaga hatinya dan menjaga akhlak saya terhadapnya.
ni baru sikit. semakin jauh pengembaraan hidup ini dilalui, semakin terasa segala pengorbanan dan jerih perih ummi. itulah manusia, lebih menghargai apabila sesuatu itu dilaluinya sendiri. baru tahu senang atau susah. manis atau pahit. suka atau duka.
mudah-mudahan penghargaan kita pada ummi, ibu, mak, mama, bonda, ma, mommy kita tetap kekal berhari-hari. bukan hanya wujud pada satu hari.
~Selamat Hari-Hari Ummi~
(^_-)V
p/s: 13 minggu lagi ... berdebar-debar :)




4 pendapat pemerhati pengembaraanku:
selamat hari ibu!!! sama-samalah kita menghargai mereka sementara mereka masih disisi kita
selamat2.
insyaAllah. yuk sama2..~
^_^
hehe kinah...comel la entry ni..mengubat kerinduan:)
^_^
tahu dah. mesti tengah rindu rinduan kat aku. :p
Post a Comment