| Pengembara . Sebuah . Perjalanan |

"Sesungguhnya seseorang Muslim itu apabila berjalan di Jalan Dakwah, ia tidak berjalan dengan hatinya sahaja tetapi dibawa bersama hati saudara-saudaranya. Justeru itu, setiap pahala yang didapati di sepanjang perjalanannya, pasti akan terbias untuk saudara perjuangannya.."

Pages

Lilypie Kids Birthday tickers

Popular Posts

Tazkiyatun Nafs


In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful


"Wahai anakku, jauhilah olehmu sifat malas dan banyak mengeluh, kerana sesungguhnya kedua sifat tersebut merupakan kunci dari segala keburukan. Sesungguhnya jika engkau malas, maka engkau tidak akan mampu melaksanakan kewajibanmu. Dan jika engkau banyak mengeluh, maka engkau tidak akan sabar dalam melaksanakan kewajibanmu."

(Muhammad bin 'Ali bin al-Husain bin 'Ali bin Abi Thalib)



p/s: Saya ni banyak mengomel, banyak mengomen, dan banyak mengeluh laa..and also TAK RAJIN.. :'(

Untuk Siapa Kamar-kamar di Syurga??


In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful

Assalamualaikum wbt :)

Entry kali ni ringkas je.
Namun harapnya ia berguna untuk semua. :)

********

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda bahawa di dalam syurga itu terbahagi kepada kamar-kamar. Dindingnya tembus pandang (lutsinar) dengan hiasan di dalamnya yang sangat menyenangkan. Di dalamnya pula terdapat pemandangan yang tidak pernah dilihat di dunia dan terdapat satu hiburan yang tidak pernah dirasakan manusia di dunia.

Maka para sahabat pun bertanya:

"Untuk siapakah kamar-kamar itu wahai Rasulullah?"

Rasulullah pun menjawab:

"Untuk orang yang mengucapkan dan menyemarakkan salam, untuk mereka yang memberi makan kepada yang memerlukan, dan untuk mereka yang membiasakan puasa serta solat di waktu malam saat manusia lelap dalam mimpinya."

Rasulullah menyambung lagi:

"Siapa yang bertemu temannya lalu memberi salam, dengan begitu ia bererti telah menyemarakkan salam. Mereka yang memberi makan kepada ahli dan keluarganya sampai berkecukupan, dengan begitu bererti termasuk orang2 yang membiasakan selalu berpuasa. Mereka yang solat Isya' dan Subuh secara berjemaah, dengan begitu bererti termasuk orang yang solat malam di saat orang2 lain sedang tidur lelap."

Begitulah Rasulullah s.a.w. menjelaskan sabdanya kepada sahabat2 baginda.


********

Aku mendambakan kamar2 yang indah di syurga Mu! Tapi, layakkah aku??

Moga sahabat2 semua terutamanya saya (selaku yang menaip entry ini), mendapat sedikit 'ibrah (tengah belajar arabic katekan..) atau pengajaran dari kisah dan sabda Rasulullah tersebut. InsyaAllah.

Renung2kan dan selamat beramal! :)


p/s: Sayang ummi!! Saaayang abah!! Terima kasih atas segalanya.. Tidak mampu ku berdiri dengan 'seimbang' tanpa pengorbanan dari kalian. Bukan hidup dalam kemewahan atau kelebihan. Dan bukan juga hidup dalam kekurangan. Tapi, hidup dalam penuh kecukupan. Alhamdulillah~ Kamar indah di syurga ku doakan selayaknya buat ummi dan abah. Ameen~

Sepanjang Cuti Semester Lepas~


In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful


Tadaaa..

Saje nak selit sket gambar2 'aktiviti2' sepanjang cuti hari tu..hehe..

ok, kalau nak tengok boleh tengok je..

kalau tak nak, sila jangan tinggalkan blog ni..

tapi scroll down jauh sket ye..dan bace entry2 lain yang kat bawah tu..(tiada paksaan disini ok) huhu.. :)


Kenangan jadi pemerhati PPWN dan PPN.
Bergambar bersama housemate, perwakilan wanita JIM dari Sungai Petani Kedah.
Sporting seh makcik2 ni!!
(moga ketemu lagi~)


Kami kumpulan 7, kami adalah juara bagi kumpulan terbaik!!hehe..
Tengok la siapa fasi dia..ngee~
Kenangan di Kem Pintar Soleh untuk anak2 pegawai Bank Negara.
(rindu kamu semua..rindu menatap wajah2 suci, harapan ummah!ameen~)


Hasil daripada beberapa orang yang 'bersilat' di dapur.
Istimewa untuk menyambut anniversary ummi dan abah.
Bape banyak ntah dapat buat..banyak la jugak..dah ramai kot.. :P
(saya tak join 'bersilat'..saya tukang makan dan beli cheese je..hehe..)


Yang ni kek lapis yang dipotong dan disusun cantik oleh kakak..
Antara hidangan sambutan anniversary ummi abah jugak..
(ehem~ :D)


Tahniah umai!!
No.3 dalam kelas dan no.9 keseluruhan darjah satu.
Saya pon turun padang lah time Hari Anugerah Gemilang ni untuk ambil gambar dak kecik ni..huhu..
(tu pon dah sedih sebab tak dapat no.1)


Yang jadi watak utama time Hari Anugerah Gemilang tu bukan umai sorang je.
Ummi saya muallimah kat sekolah umai (berdiri barisan kedua,7 dari kanan).
So, gambar ni adalah barisan muallim dan muallimah di Sekolah Rendah Islam Hira' bersama Pengurus Besar Hira' Development (duduk,tengah2)


Kek hadiah dari kakak sempena besday saya yang ke-20.
Happy Eid kat atas tu sebab esoknya 'Eid Adha.
Yang lawaknya, dua2 kakak saya yang pergi beli kek ni, ingat saya baru masuk 19 tahun! Pasal tu ada bekas tulisan '-1' kat seblah 20 tu..20-1=19..huhu..
Kalau betul2 19 tahun kan bagus..hehe..
("sweet yue"???sweet lagi kew 20 tahun???haha..memang pooonnn..(haha..pasan!) :p)


p/s: Ade pergi main futsal ngan family..tapi bila nak amek gambar je, tengok2 sorang pon tak bawak fon..fon ummi ngan abah adela..tapi mereka punya tak de kamera..huhu..

Jika Hatiku Sebesar Cawan

In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful


Saya ada membaca sebuah majalah Darul Quran. Roomate saya bagi. Dalam tu ada sebuah kisah menarik yang ingin saya kongsikan bersama disini. Kisah yang ringkas tapi padat dengan maksud tersirat. Tapi kisah ni, saya bawa dengan bahasa saya sendirilah sebab malas pulak nak taip sebijik2.hehe..

**********

Ada seorang lelaki. Dia sering berkeluh kesah kerana dia merasakan, sepanjang hidupnya tidak merasa ketenangan yang sebenar. Pelbagai masalah sering datang bertimpa2. Hatinya tidak pernah sepi daripada merasakan kerisauan. Fikirnya, tuhan tidak pernah sudi meminjamkan kedamaian hati padanya. Cembura melihat rakan2 disekeliling asyik bergembira, bergelak ketawa sedangkan dirinya??

Suatu hari dia berkeputusan untuk berjumpa dengan seorang lelaki tua di hujung kampung. Sebabnya, dia dapat melihat pantulan kedamaian dan ketenangan dari raut wajah tuanya. Senyuuumm je memanjang.(bukan gila ok..huhu..) Tapi hidup susah. So, lelaki tu pon pergi lah berjumpa dengan lelaki tersebut untuk minta tips2 sikit. Mane tau berbaloi kan..


Sesampai je kat sana, dia pon menyatakan masalah dia dan menyatakan hasrat dihati nya. Pastu, lelaki tua tu suruh dia buat apa tau?? Lelaki tua tu pon suruh dia ambil sebiji cawan dan 2 paket garam. Then, lelaki tua tu bawa dia ke tepi kolam air. Dia pon pelik la. Apasal tetiba bawa dia ke kolam pulak? Dengan cawan la..garam la.. Tapi dia ni layan jela lelaki tua ni kan.

Arahan seterusnya, lelaki tua tu suruh dia masukkan sepaket garam dalam cawan yang sudah berisi air pastu lelaki tua tu suruh dia rasa air garam dalam cawan tu. Masin gila!! (tak caye, korang try la buat..cawan saiz biasa je ye..bukan cawan orang gergasi punye..huhu..)

Kemudian, lelaki tua tu suruh dia tabur sepeket garam lagi kat dalam kolam air dan rasa plak air kolam tu. Rasanya pastilah lebih tawar dan tak masin pon.

**********

So, sahabat2..

Apa pengajaran yang kita boleh kutip daripada kisah kat atas??

Garam umpama masalah.
Cawan dan kolam pula umpama hati.

Setiap orang pasti mempunyai masalah, dan di uji dengan pelbagai masalah.

Tapi...kita punya dua pilihan...

Jika hati kita sebesar cawan...
>> kita akan merasai 'masinnya' masalah itu. Pedihnya hati kita dan keluh kesahnya kita.

Jika hati kita sebesar kolam...
>> segala masalah yang datang tidak akan menggangu kita. Kita masih boleh senyuuuuuuuumm je. Sebab kita akan mengerti bahawa masalah hadir bukan untuk menyusahkan kita. Masalah dianugerahkan untuk kita berfikir, muhasabah diri, koreksi iman semula. Masalah dan ujian akan memberi hikmah kepada kita.

Apa yang lelaki tua tu beritahu kepada lelaki tadi, lelaki tua tu sentiasa berlapang dada dan membesarkan jiwanya jika ada masalah..supaya dia boleh berfikir tentang perkara2 lain dan masih boleh memberi kebahagiaan pada dirinya. Lelaki tua itu tidak sekali2 membiarkan hatinya kecil seperti cawan sehingga dia tidak mampu untuk menanggung perit sendiri. Begitulah kisah nya... :)

Tapi kadang2 kene sedar gak. Kalau rasa dalam hidup tu tak ada masalah langsung, itulah masalah besar sebenarnya! Lagi2 kalau tak dapat identify masalah sendiri. Parah tuuu... Adalah tu slack kat mane2..hehe..

"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?. Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta”.
(Surah Al-Ankabut : 2-3)


p/s: doakan kesihatan roomate saya ye..dia tengah batuk2..tetibe teringat time demam 5 hari lepas jadi PC untuk minggu MMP..huhu..hargai nikmat sihat anda! :)

[Which One??] or [Is This The One?]

In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful

Sabtu lepas, saya dan beberapa akhawat UKM lain ber'review' SP (Strategik Planning) dengan akhi Wan Am, the only one Gen-Y yang naik ke kerusi ajk perwakilan JIM yang baru. Memang dari generasi awal lagi, mesti akhi Wan Am yang akan membantu akhawat UKM bangi dalam review SP.

Di awal review SP tersebut, satu kelainan besar di bawa oleh akhi untuk semester ni. Kelainan itu benar2 memberi cabaran besar sebabnya.......target pon besar! Dah kalau nama pon bawa misi dan visi yang besar, target pon perlulah besar. Ye dok?

So, kalau target tu dah besar, persediaan jiwa dan raga juga perlulah besar! Perlu menjadi orang yang hebat dalam banyak aspek. Bukankah syurga yang hebat itu hanya untuk orang2 yang hebat? :)

Namun, bukan perkara ini yang ingin saya sampaikan dalam entry kali ini. Mungkin dalam entry yang selanjutnya, insyaAllah akan saya kongsi. Lama sangat saya tak post new entry..huhu.. Doakan panjang umur ye.. ;)


***************

Which one?? Is this the one??

Ini adalah antara persoalan2 yang akan terbit sekiranya kita dalam dilema membuat pilihan. Kalau saya macam tulah. Tak tahulah kalau anda. :)

Tapi, adakah kita akan membiarkan persoalan2 ni berlegar2 di fikiran sahaja? Apa tindakan kita selanjutnya? Mestilah kita akan menyusun tindakan2 yang sepatutnya untuk membuat pilihan yang terbaik dan paling tepat untuk diri kita.

Namun dalam banyak2 pilihan yang mendatang, kadangkala kita pon tak terperasan yang pilihan dia mudah sahaja. Pilihan yang ada di depan mata tu, sudah jelas mana yang haq dan mana yang batil. Tapi kenapakah kita masih berkira2 dalam memilih? Itu semua, masalah dalam diri yang sengaja mahu mencari alasan dalam menolak yang haq. Biasalah manusia. Yang batil itu kan lebih seronok, bukan? Astaghfirullah~

Dan dalam banyak2 pilihan itu juga, ada yang perlu kita berfikir kesan dan natijah di masa depan. Perlukan penelitian dan timbangan yang waras dalam memilih. Kalau salah pilih nanti, menyesal tak sudah. Tapi manusia memang selalu macam tu. Tak bersyukur. Selalu menyalahkan takdir. Sedangkan itu pilihannya sendiri.

Jadi, kalau dah tahu kita manusia yang lemah dan banyak kurangnya, kenapa kita tak minta bantuan yang Maha Kuat lagi Maha Hebat? Petunjuk dan hidayahNya pasti membantu kita dalam membuat pilihan yang tepat. Lakukan istikharah berterusan. Mohon yang terbaik buat diri dan agama. Terbaik untuk masa kini dan akan datang, di dunia dan akhirat sana. Pendapat dan pandangan dari yang lebih arif juga perlu diusahakan. Mungkin terdapat nasihat berguna dari mereka. :)


***************

Ewah2..pandai saya beri hujah ye. Padahal, saya betul2 tak suka membuat pilihan! Sebabnya, saya ni malas sikit nak berfikir2 banyak. Kalau pergi beli barang, nampak satu dah ok, terus ambil, jalan.. Malas nak fikir2 banyak. Lepas tu nanti menyesal. Itu tak ok, ini tak ok. Lemah betul.

Tapi itu dulu lah. Segala salahpilihan yang telah berlaku, membuatkan saya menjadi takut untuk memilih. Impaknya, bila pergi beli barang, asyik ambil dan letak. Ambil semula, lepas tu letak semula. Macam tulah bila dah jadi banyak berfikirnya. And finally, satu barang pon saya tak ambil! Itu kalau contoh satu barang yang mungkin tak penting pon. Tapi kalau yang penting2 tu macam mana? Yang memerlukan saya memilih juga?


"Hidup ini penuh dengan pilihan. Setiap nafas yang disedut, memberi ruang dan peluang kepada kita dengan pelbagai pilihan. Kita melalui setiap detik masa yang tidak sunyi daripada pilihan. Dan daripada pilihan2 itu semua, MENANGKAN pilihan IMAN atas pilihan KEMUNGKARAN."

maka wahai diriku,

..kembalilah kamu kepada Tuhan mu..
..sungguh dia Maha Mengetahui sedang kamu tidak mengetahui..
..dan kerana pilihan IMAN itu pasti datang dari iman yang sebenar2nya..

"Ya Allah! Show me the way!"

Jom Santai Sebentar~

In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful

Nak tengok sesuatu yang cool tak?
Try tengok video ni..
Saje santai2 jap sesudah pening berSP sepanjang hari..huhu.. :)





Amacam?? :)
Nampak gaya macam betul2 memerlukan pengiraan yang accurate untuk setiap step tu..
Kira2..jangan tak kira sekali..huhu :p