In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful
Assalamualaikum wbt :)
Entry kali ni ringkas je.
Namun harapnya ia berguna untuk semua. :)
********
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda bahawa di dalam syurga itu terbahagi kepada kamar-kamar. Dindingnya tembus pandang (lutsinar) dengan hiasan di dalamnya yang sangat menyenangkan. Di dalamnya pula terdapat pemandangan yang tidak pernah dilihat di dunia dan terdapat satu hiburan yang tidak pernah dirasakan manusia di dunia.
Maka para sahabat pun bertanya:
"Untuk siapakah kamar-kamar itu wahai Rasulullah?"
Rasulullah pun menjawab:
"Untuk orang yang mengucapkan dan menyemarakkan salam, untuk mereka yang memberi makan kepada yang memerlukan, dan untuk mereka yang membiasakan puasa serta solat di waktu malam saat manusia lelap dalam mimpinya."
Rasulullah menyambung lagi:
"Siapa yang bertemu temannya lalu memberi salam, dengan begitu ia bererti telah menyemarakkan salam. Mereka yang memberi makan kepada ahli dan keluarganya sampai berkecukupan, dengan begitu bererti termasuk orang2 yang membiasakan selalu berpuasa. Mereka yang solat Isya' dan Subuh secara berjemaah, dengan begitu bererti termasuk orang yang solat malam di saat orang2 lain sedang tidur lelap."
Begitulah Rasulullah s.a.w. menjelaskan sabdanya kepada sahabat2 baginda.
********
Aku mendambakan kamar2 yang indah di syurga Mu! Tapi, layakkah aku??
Moga sahabat2 semua terutamanya saya (selaku yang menaip entry ini), mendapat sedikit 'ibrah (tengah belajar arabic katekan..) atau pengajaran dari kisah dan sabda Rasulullah tersebut. InsyaAllah.
Renung2kan dan selamat beramal! :)
p/s: Sayang ummi!! Saaayang abah!! Terima kasih atas segalanya.. Tidak mampu ku berdiri dengan 'seimbang' tanpa pengorbanan dari kalian. Bukan hidup dalam kemewahan atau kelebihan. Dan bukan juga hidup dalam kekurangan. Tapi, hidup dalam penuh kecukupan. Alhamdulillah~ Kamar indah di syurga ku doakan selayaknya buat ummi dan abah. Ameen~


1 pendapat pemerhati pengembaraanku:
insyaAllah..:D
(chuckle)
fatien..
Post a Comment