In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful
KISAH SEMALAM
Mesej dari Umi:
"Salam.macam mana exam?ok?boleh jawab tak?hujung minggu ni, yue buat apa?ada pergi mana2 tak?
Aku membalas dengan calling umi je terus..
Nak di ringkaskan cerita,aku saje menduga umi..
"Kenapa umi tanye?" (kenape lagi..sakinah2..ish) "Umi nak datang kat yue ea..hihi.."
Umi kate,tak tahu lagi boleh datang ke tak..huh..kuciwa sungguh..mane taknye,sejak kat asrama dulu lagi,umi tak pernah tak datang jenguk aku time exam..huhu..
Tapi takpe,alasan2 umi diterima..sebabnya,abah kene pergi seminar daftar ujian maahad tahfiz untuk aiman ahad ni..tak de mase nak kejar2 datang bangi pulak..hurm..tak kesah la umi..doa umi ngan abah pon da cukup untuk yue.. :)
Yang kisah aiman ni plak satu hal lagi..pasal masuk maahad,sampai nangis2..katenya,tak nak masuk maahad kat hira'..mintak umi hantar jauh2..kelantan,perlis,pahang ke..tak kisah..(aiman kan slalu tak kisah..hehe..) tak tahu la awatnye..biaq pi la die tu..pandai2 la berdikari..secara jujurnya,tak pernah kot dalam sejarah keluarga kami,adik beradik aku sekolah lain..
Itu dia.Sejarah baru bakal terlakar.
Harapnya,semua yang terbaik saje bagi dirinya.
KISAH HARI INI PULAK
Sejarah ape ye?
Exam tadi kebetulan aku dapat duduk depan rumate aku..meja aku 580..rumate aku 581..jarang2 berlaku tu..tambah2 lagi kitorg berdua lain fakulti..tak pernah kot exam sesame..tadi tu,exam ko-k..kebetulan terdaftar sama set..kene la pulak no matrik dekat2..huhu..
Sejarah baru tercipta.
Memang hari ini dalam sejarah la..
huhu..
Balik2 dari exam,tengok henset..eh,mesej dari umi la.again. :)
Tapi kali ni,berita gembira..yaaahooo! :D
"Esok tengahari yue ngan akak gi mana2 tak?kami ingat nak pergi sana kejap.adik2 semua nak ikut."
Yes! Aku da agak da..'cara' umai mesti berkesan punye..dengan buat ayat kesian sikit..umai lah guruku..ngee~
Aku pon membalas mesej umi:
"Yue tak ada pegi mane2 pon..duduk kat bilik je..yea2! Umai nak datang! hehe.."
Tahu ape umi balas??
"Nampaknya,umai sorang jela yang pegi..orang lain tak yah lah..hehe.."
Adoi..dengan tanpa segan silu nye,aku membalas:
"Hehehe..seronok semua nak datang la MAK..hehehe.."
Sukenye..semua nak datang esok..abah,umi,ca,ierah,aiman,achik,amin,maryam,UMAI..tak pernah lagi kot semua datang ramai2 camtu kat sini..huhu..
Satu lagi sejarah bakal terukir esok. :)
-end of the 'kisah'-
******************
SEJARAH. Apa ada dengan sejarah ni?
Mungkin sejarah2 yang sudah dan yang bakal berlaku diatas,tidak penting pon..dan mungkin juga,sejarah2 tu orang tak terperasan..
Tapi takpe lah..bagi aku,mana2 sejarah yang terlakar dalam hidup seseorang tu,ada maksud dan makna tersirat bagi mereka..ye dok?
Ada yang menjadikan sejarah mereka sebagai titik tolak untuk berubah..diambil pengajaran yang lalu supaya ianya tidak berulang lagi..
Ada yang menjadikan sejarah itu satu kisah hidup yang besar ertinya pada diri mereka..nanti boleh cerita kat anak cucu semua.. :)
Ada pulak yang menjadikan sejarah itu satu benda yang tak perlu diambil tahu dan tak perlu nak sibuk2 tahu.."sejarah tu semua,kisah lama lah!biarkan jelah ia berlalu.."
(ni fikiran time sekolah dulu2 la ni..subjek sejarah yang bosan~huhu..)
Ada juga yang meletakkan sejarah itu satu yang penting dan perlu dikaji dan dipelajari..kita perlu belajar dari sejarah bukan?
(kalau yang ni,sejarah2 tamadun Islam aku suke laa..tapi tak hebat mane pon..)
Aku ada banyak dengar kisah dari kawan2 aku yang belajar dari kisah silam mereka.."Perubahan aku ini kerana dulu aku........" Aku suka untuk tahu..iktibar buat aku juga.
Ada jugak seorang kakak senior aku disini..banyak bercerita dengan aku kisah2 sejarah nya..time tu,kene dengan situasi aku ketika itu..untuk aku buat keputusan dengan baik,banyak ambil pengajaran..dan dia pon berceritalah..sebab apa? sebab dia sayang kat aku kot..ye ke kak?hehe :)
Dan mungkin juga,sejarah yang kita lakar hari ini,bakal mengubah dunia satu masa nanti..macam sejarah dulu..kalau bukan kerana ramai ahli pemikir Islam menyedari pentingnya ilmu,segala sains dan teknologi sekarang boleh wujud ke? dan kalau bukan kerana ahli sains Barat datang menuntut ke negara Arab,kita dapat ke ilmu yang dikembangkan oleh mereka2 ini?
Tapi,orang sekarang ni,hebat ke macam orang dulu2?(aduss~)
"Besar jugak ye peranan sejarah ni."
So,yang mana satu persepsi kamu tentang SEJARAH?
p/s: Terima kasih kerana sudi membaca repekan2 aku ini. Moga ia repekan bermakna. Jika bukan untuk kamu,untuk aku sudah memadai..wassalam :)