| Pengembara . Sebuah . Perjalanan |

"Sesungguhnya seseorang Muslim itu apabila berjalan di Jalan Dakwah, ia tidak berjalan dengan hatinya sahaja tetapi dibawa bersama hati saudara-saudaranya. Justeru itu, setiap pahala yang didapati di sepanjang perjalanannya, pasti akan terbias untuk saudara perjuangannya.."

Pages

Lilypie Kids Birthday tickers

Popular Posts

Redha Akan PerancanganMu

In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful

Astaghfirullah al'adzim.

Sepanjang setahun setengah menuntut ilmu Allah di sini,
pastinya ada tanggungjawab yang dah terabai.
Dek kelemahan diri yang tidak pandai membahagi masa.

Tanggungjawab terhadap agama.
Tanggungjawab dalam jemaah.
Tanggungjawab dakwah.
Tanggungjawab sebagai anak.
Tanggungjawab sebagai kakak dan adik.
Tanggungjawab sebagai akhawat dan kawan.
Dan tanggungjawab sebagai pelajar.
Sehinggah kan menjadi gerun dan takut untuk menerima mana2 tanggungjawab lagi.
Di kolej, terpaksa menjadi 'sunyi' sedikit.

Maafkan diri ini andai ada terdapat mana2 tanggungjawab yang tidak terlaksana terhadap kamu.
Hanya insan kerdil yang banyak silap nya.
Masih belajar menyempurnakan amanah sebaiknya.
Kadang perlu 'diketuk' dan 'ditolak', baru akan bergerak.
Itu pon belum tentu berlari.
Merangkak mungkin.

Maaf sekali lagi.
Ini sahaja yang mampu dilafazkan.
Selain cuba berubah demi kebaikan diri.
Kerana saya tahu dan sedar,
tanggungjawab tidak terhenti hanya setakat ini sahaja!

Mohon sokongan dan teguran semua.

DAN

Alhamdulillah.

Syukur kepada Allah.
Tamat sudah semester kali ini.
Masih tinggal separuh tempoh sahaja lagi di sini.

Banyak perkara yang berlaku.
Terduga, diduga, menduga.
Tak terduga juga selalunya.
Perjalanan yang penuh liku.
Namun sering juga diselit suka dan gembira.

Allah itu adil bukan?
Redha akan perancanganNya terhadap perjalanan hidup ini.
InsyaAllah.
Sebenar2 REDHA!


p/s: Tiada kata untuk berpisah. Hanya kenangan untuk separuh tempoh di sini, di UKM, Bangi. Bersyukur takdirku disini. InsyaAllah, segalanya mohon yang terbaik dariNya.

2 pendapat pemerhati pengembaraanku:

wahh...minta maaf jugak kinah~~rindu ko ler..:D

 

moga kite ketemu nanti ye fatien..rindu kamu juga..mesti syok kan dok umah tu..ko kan lame xbalik..alhamdulillah ade rezki gak nk blk kan.. :)