| Pengembara . Sebuah . Perjalanan |

"Sesungguhnya seseorang Muslim itu apabila berjalan di Jalan Dakwah, ia tidak berjalan dengan hatinya sahaja tetapi dibawa bersama hati saudara-saudaranya. Justeru itu, setiap pahala yang didapati di sepanjang perjalanannya, pasti akan terbias untuk saudara perjuangannya.."

Pages

Lilypie Kids Birthday tickers

Popular Posts

Showing posts with label aku dan tarbiyyah. Show all posts
Showing posts with label aku dan tarbiyyah. Show all posts

Enhancing Myself, In My Way.


Bismillah. Salam 'alayk.

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.
Alhamdulillah ya Allah.
Moga aku tetap menjadi hamba yang sentiasa bersyukur kepada-Mu.

Oh..my blog.
Rindu sangat sangat sangat nak update.
Rupa-rupanya last update time praktikal haritu. Bulan Julai.
Update sebelum ni tak dikira pasal copy paste je kan.
Tu pon sebab tangan dah gatal sangat nak update tapi kaku nak taip. Pancit sudah...

Terasa cepat sangat masa berlalu.
Tahun dah bertukar ke 2012.

Umairah dah masuk darjah empat. Semakin bijak berkata-kata.
Maryam tahun ni UPSR. By the way, dia dah join 'kelab' kakak-kakak dia dah :D
Amin dah dua tahun duduk asrama. Harap dia makin biasa la dengan hidup di asrama.
Hakim dah tinggi sikit lagi nak kalahkan Amirah. Tingkatan 4 dah pun kan..
Aiman tinggi dia tak payah cakap lah. Orang pon tak boleh detect dia adik. Dia lah satu-satunya yang sibuuuuuk sangat suruh saya kahwin. Nak kawan katanya.
Amirah macam biasa. Susah nak telefon orang..asyik kita je yang telefon dia. Busy sangat lah kononnya kalah PM. But, she is my very good listener. Sayang yah lebih!
Kak Nisa (apasal macam pelik je bunyinye..) saya tengah kecewa sebab dia tak reply-reply mesej saya !
Akak ! Tak tahulah kakak saya ni layan tak blog usang saya ni. Saya hutang tiket flight dengan dia. Tapi cek bulan November saya tak dapat-dapat lagi nak bayar balik. Sobsss.
Ummi masih mengajar di SRI Hira'. Dan saya tak sabar nak balik jumpa ummi. :') Ummi nak ajak jalan-jalan habiskan baucer buku RM200. :D
Abah..erm..jap. Last day abah datang bawak bekal nasi. Saya kongsi satu bekal dengan abah. First time makan macam tu dengan abah. Seronok sangat rasa tak tahu kenapa. Satu perkara yang saya akan ingat sampai bila-bila.
Saya pulak dah nak habis satu semester untuk pengajian Master. Berakhirnya satu tempoh yang sangat tough bagi saya. Tapi saya enjoy :)
InsyaAllah tinggal lagi setahun dan akan konvo sekali dengan Amirah tahun depan.
InsyaAllah, doakan :)

Itulah kan..perjalanan hidup manusia.
Lepas satu perkara berlalu...satu perkara lain datang.
Nikmat, suka, duka, bahagia, ujian, lelah, futur, semangat.
Setiap dari itu datang silih berganti tak jemu-jemu menyinggah di sepanjang pengembaraan kehidupan manusia.

Dan manusia itu pebagai rupa bentuknya.
Bukan..bukan pelbagai rupa bentuk fizikalnya.
Tapi rupa bentuk hatinya.
Hanya dengan acuan Allah sahaja yang dapat memberi bentuk terbaik.
Supaya menzahirkan tindakan yang terbaik dan tiada penyesalan di kemudian hari.
Sebab apa?
Sebab di akhirat nanti takde dah nak tuding-tuding jari ke arah orang lain atas perbuatan diri sendiri.
Amal kebajikan kita kerjakan, pahala jadi bekalan.
Dosa maksiat kita lazimkan, dosa di beratkan.
Na'uzubillah..

Sebelum saya habiskan ayat untuk kali ni, nak tinggalkan satu buah tangan lah.
Sebagai hadiah sudi baca blog saya. ^_^
Sejak dua menjak ni saya suka dengan lagu Rapuh by Opick.
Rasa tersentuh dengan lirik dan melodi nya.
Cuba dengar kat sini --> Rapuh, Opic
Entry saya boleh dikatakan selari la dengan lirik lagu tu.

Kadang kita tersalah dalam melangkah.
Kadang kita sedih, kadang kita lemah.
Tapi Allah sentiasa ada memaafkan dan membantu kita.
Asalkan cinta kita hanya untuk Allah.
Dan jiwa kita hanya ada Allah.
Selamat menghayati !
Moga kalian sentiasa dalam lindungan rahmat Allah


Enhancing Myself, In My Way. In Allah's Way.


pengembara jalan ke akhirat,


Perpustakaan Tun Sri Lanang UKM
12 Januari 2012, 10.09 pm

Al-kisah: Kerana Beg Duit Ungu


“Tiba-tiba, bila saya sampai di rumah saya perasan beg duit saya telah tiada dalam beg galas saya. Puas saya cari di merata tempat kat rumah tapi tak jumpa. Sebab tu saya syak yang beg duit saya hilang di pejabat. Lagipun sebelum ni, memang banyak kes kehilangan barang dan duit di pejabat kami. Saya sendiri pernah hilang sekeping wang not 50 ringgit.”

Bersungguh-sungguh Nurul Sabrina cuba menerangkan situasi siang tadi kepada pihak polis yang bertugas di balai polis tersebut. Kehilangan kad pengenalan dan lesen memandu perlu di laporkan demi keselamatan. Tiada sebab lain kenapa laporan ini dibuat. Jiwa dan perasaannya ketika itu sudah diselubungi kepasrahan dan redha seratus peratus atas apa yang berlaku terhadapnya kerana dia yakin bahawa segala yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi.

***

Sejak dari awal pagi lagi, aku dan Azlina sibuk menyelesaikan tugasan laporan untuk diserahkan kepada pensyarah. Dr. Ummu Hani akan datang berkunjung ke pejabat kami untuk menilai dan mendengar pembentangan aktiviti sepanjang kami menjalani latihan industri di syarikat ini. Sejak tiga minggu yang lalu lagi Dr. Ummu Hani memaklumkan akan kehadirannya.

“Tahniah atas prestasi yang ditunjukkan untuk setakat ni. Teruskan usaha sehingga 3 Ogos nanti. Tak lama dah tu nak habis. Sabar ye.” usik Dr Ummu Hani sambil tersenyum lebar.

“InsyaAllah Dr. Doakan kami ye. Keputusan tawaran untuk proram master dah keluar nanti jangan lupa maklumkan kepada kami tau!” pesan aku kepada pensyarah kesayanganku itu setelah berkali-kali cuba menyungkil rahsia keputusan tawaran program sarjana di UKM. Dr. Ummu Hani hanya tersenyum melihat gelagat kami. Tidak lama selepas itu, Dr. Ummu Hani pon meninggalkan kami dengan memecut laju kenderaan pacuan empat rodanya. “Ada urusan penting agaknya Dr. tergesa-gesa balik.” bisik hati kecilku.

“Fuhhh..lega!” Azlina menjerit kecil.

“Tahu tak pe! Lega dah selesai pembentangan tadi. Sekarang ni, kita rilek dulu lah sampai habis waktu kerja. Amacam?” cadangku kepada Azlina.

“Haruslah!” berderai ketawa aku dengan seloroh Azlina.

Setelah itu sehingga habis waktu kerja, kami hanya berada di tempat duduk kami di dalam pejabat. Keluar makan tengahari pun tidak. Memang duduk terperuk sahaja dalam pejabat. Selamat duit dalam beg duit ungu kesayanganku itu. Jimat sikit duit belanja kan?

Waktu pejabat hampir tamat. Aku dan Azlina segera mengemaskan barang-barang kami kerana ingin segera pulang ke rumah sewa kami. Letih betul rasanya hari ni. Bukan letih buat apa pun tapi letih menunggu masa untuk pulang ke rumah. Tiba-tiba, ketika aku sedang mengemaskan barang-barangku untuk pulang, aku rasa seperti barang-barang di dalam beg galasku itu ada sesuatu yang kurang. Tapi aku tidak begitu mengambil berat akannya dan terus beredar keluar dari pejabat.

Sebelum tiba di rumah, aku singgah sebentar di sebuah kedai burger yang terletak betul-betul di hadapan rumah sewa kami. Pelbagai lagu musikal kedengaran dari perut kosongku akibat tidak menjamah apa-apa makanan sejak tengahari tadi.

Tiba-tiba, hatiku rasa berdebar-debar. Beg duit ungu aku tiada di dalam beg galas! Seluruh bahagian beg galas telah aku selongkar untuk mencari beg duit ungu tersebut. Sah! Perasaan aku seperti ada sesuatu yang kurang di pejabat tadi memang benar.

“Ya Allah. Azlina!!!”
“Kenapa? Kenapa kau menjerit ni Sabrina?”
“Beg duit aku Azlina. Beg duit aku tak ada dalam beg galas aku!”
“Eh, kau biar betul Sabrina. Cuba cari betul-betul. Betul ke tak ada ni?”
“Betullah. Tak kan aku main-main kot. Macam mana ni?”

Sebelum aku betul-betul pasti bahawa beg duit aku hilang, fikiranku bertubi-tubi memujuk hati aku supaya redha dan pasrah jika ia benar-benar terjadi. Sungguh. Amat sukar rasanya fikiran dan hatiku bergelut dengan perasaan sedih, marah, kecewa dan lain-lain sifat negatif dalam diri. Dalam masa yang sama, fikiranku ligat mengingat kembali dokumen-dokumen penting yang ada di dalam beg duit tersebut. “Kad pengenalan, lesen memandu, kad bank, kad insurans perubatan. Apa lagi ye..hurm..”

“Tenang Sabrina. Tenang..” hatiku memujuk diriku sendiri. “Takpelah. Kalau beg duit tu betul-betul hilang, takpelah. Bukan rezeki aku untuk memilikinya lagi.” hatiku terus menerus memujuk diriku.

Lama aku termenung sendirian. Sahabat yang lain tidak banyak bertanya. Mereka terus melakukan aktiviti masing-masing. Takut untuk bertanya barangkali. Aku berfikir bahawa ini tak lain dan tak bukan adalah ‘curi’. ‘Beg duit aku dah kena curi’. Peristiwa aku pernah kehilangan wang not 50 ringgit di pejabat pada bulan lepas menerjah-nerjah ke kotak fikiranku. Ia menguatkan lagi rasa hatiku bahawa ini memang kes curi!

“Memang sah la ni. Ada orang kat pejabat yang ambil beg duit aku tanpa kebenaran aku.” detik hatiku mula mengesyaki. Namun begitu, hatiku tetap tenang menerima dugaan ini. Cuma kadang-kadang terasa marah dengan diri sendiri kerana cuai. Ketika sesi pembentangan dengan Dr. Ummu Hani siang tadi, aku tidak meletakkan beg duit itu di tempat yang berkunci. Aku tidak mengambil pengajaran dengan kejadian yang lalu!

Telefon bimbitku berbunyi. Seperti yang aku jangkakan. Terpampang nama ‘Ummi Cayang’ di skrin. Baru beberapa minit yang lepas aku khabarkan kepadanya tentang kehilangan tersebut melalui khidmat pesanan ringkas.

“Assalamualaikum. Beg duit hilang? Kat mana hilangnya?” ummi bertanya untuk kepastian. “Entah la ummi. Ina letak dalam beg je. Tak keluarkan langsung satu hari ni sebab takde beli apa-apa pun. Kat office tadi tak perasan hilangnya. Sampai rumah baru perasan beg duit dah tak ada dalam beg galas.”  jelasku kepada ummi. Dadaku berombak menahan sebak di dada. Mana tidaknya. Dengar suara ummi je terus terasa nak menangis. Itulah sifat semula jadi wanita yang mudah menangis. Walau macam mana kuat pun jiwanya, hatinya mudah tersentuh. Lebih-lebih lagi kalau tengah mengadu dengan mak sendiri. Akhirnya, air mataku tumpah juga. Teresak-esak menangis sambil menceritakan kejadian yang berlaku.

Selepas mematikan perbualan tersebut, tiba-tiba aku teringat akan kata-kata yang pernah aku terbaca dulu di dalam internet.

“Menangislah dan senyumlah. Bangkitlah dari kesedihan dan ubatilah hatimu dengan mengingati Allah!”

Sungguh mendalam maksud kata-kata ini. Jika  kita diselubungi kesedihan, zahirkanlah kesedihan tersebut. Menangislah semahunya. Tetapi janganlah sesekali kita biarkan kesedihan itu terus menyelubungi diri kita selamanya. Bangkitlah. Bangkitlah dari kesedihan itu dan tinggalkan ia di belakang. Sesungguhnya, setiap ujian yang Allah turunkan itu adalah teguran langsung dari Allah. Itu tandanya Allah sayangkan kita. Dia mahu kita ingat kepadanya di kala kesusahan. Kerana Dia telah menjanjikan bahawa, di sebalik kesusahan itu, terselit kemudahan dan kemanisannya. Allah…Allahu Akbar.

Aku bingkas bangun dan menggapai sebuah buku ma’thurat dan terus membacanya. Tenang sekali ya Allah. Tenang hatiku membaca ayat-ayat pujukan dan ketenangan itu. Subhanallah…

Aku mengambil langkah keselamatan dengan menelefon pihak bank untuk menyekat sebarang pengeluaran wang melalui kad bank. Kurang dari setengah jam, kedua-dua kad bank telah berjaya disekat. Kini, aku perlu membuat laporan polis atas kehilangan kad pengenalan dan lesen memandu. Sarimah, teman serumahku menawarkan dirinya untuk membawa aku ke balai polis membuat laporan tersebut. Aku pun bersetuju dan terus bersiap untuk pergi ke sana bersamanya.

***

Ketika pulang dari balai polis, jam di dinding rumah menunjukkan waktu telah hampir lewat malam. Aku terus bersiap untuk masuk ke bilik dan tidur. Walau apa pun yang terjadi, esok aku tetap harus kembali bekerja. Seperti biasa sebelum masuk ke bilik, aku akan ke bilik air terlebih dahulu. Aku teringat akan ubat gigi yang baru aku beli petang semalam selepas pulang dari tempat kerja kerana ubat gigi yang sedia ada telah kehabisan. Ubat gigi itu adalah kali yang terakhir sekali aku membeli dengan mengeluarkan duit dari beg duit ungu kesayanganku itu. Iyalah, sepanjang hari tadi mana aku beli apa-apa kan. Eh, kali terakhir???

Hatiku rasa berdebar-debar. Kencang. Aku cepat-cepat menyelongkar beg plastik barang yang aku beli petang semalam. Hah?!!

“Ya Allah. Alhamdulillah! Tapi kenapa aku tak terfikir pon nak periksa beg plastik ni tadi..adui..”

Malunya rasa…malu dengan sifat cuai diri sendiri..malu dengan ummi, malu dengan pegawai polis tadi, malu dengan semua orang!


Kemudian, tak semena-mena aku tergelak sendiri bila mengenang kembali apa yang berlaku sepanjang hari ni. Hanya kerana beg duit ungu kesayanganku itu…




p/s: kene buat kad bank baru la plak..pastu, rasa membazir ayaq mata pon ade jugak! Hahaha.. eh, bukan saya yang kata, Nurul Sabrina ni yang beritahu kat saya tadi.. :p


“Some stories must be told. Because they have the power to inspire!”



Assalamualaikum wbt.


Sebelum teruskan membaca, jom kita layan dulu nasyid ni..klik [sini]
nostalgia ni.. :)


"..alam persekolahan, penuh dengan cabaran..perlukan ketabahan, keteguhan iman..oh Tuhan.."




Waktu sekolah dah lama berlalu. Tempoh pembelajaran di dalam kelas atau kuliah pula sudah lebih 2 bulan ditinggalkan..adakah tempoh ini bakal dilanjutkan?? Jeng,jeng,jeng…doakan ye :) Kalau alam persekolahan dah penuh dengan cabaran, alam selepas graduasi pulak? Melimpah2 dengan cabaran kot? ^_-

Maknanya, hampir 2 bulan jugalah saya menjalani tempoh ala-ala wanita bekerjaya..tapi pekerja tahap miskin tegar lah pasal ‘gaji’ below RM1000…eh, below RM500..nampak la lebih sikit ketegaran tu..hoho..

Namun pengembaraan itu tetap perlu diteruskan..

Melihat dunia secara realiti..
lebih luas dari biasa..
mungkin..
dan begitu hampir dengan saya..
mungkin..


mungkin??

 luasnya...~
-----------------------------------

Seorang wanita tua yang sering mengeluh dan mengadu akan kesusahan hidupnya..mengaku akan keislamannya walaupun dari segi fizikal, dilihat orang tiada ciri-ciri wanita muslim..tiada bimbingan katanya..ibubapa, suami, anak-anak..semuanya sudah lama meninggalkannya sendirian di atas muka bumi ini..

Sekeping not warna hijau bukan lagi ‘bakal’ menjadi rezeki apabila tiba-tiba hilang dari kedudukan asalnya..iaitu di dalam beg duit yang terbiar di atas meja office..sesetengah yang lain pula, bukan juga ‘bakal’ rezeki buat mereka apabila beberapa paket 3in1 tiada lagi ditempatnya iaitu juga di atas meja..yang mengambil tu terdesak agaknya..

Best student yang tersungkur ketika lagi beberapa langkah untuk tiba ke garisan penamat..bukanlah kegagalan dalam peperiksaan yang menjadi faktor..mungkin kekuatan dalaman belum cukup ampuh untuk menampung beban di fikiran..atau mungkin juga kekuatan luaran daripada rakan-rakan seperjuangan di sekelilingnya tidak mencapai tahap maksima yang diperlukan? muhasabah untuk dirinya dan juga rakan-rakan sekelilingnya..benar, kedua-dua pihak ada ujiannya tersendiri..

Setiap hari keluar mencari rezeki atau mungkin menuntut ilmu walaupun tiada keupayaan untuk berjalan, bercakap dan mendengar secara normal..tabahnya..

Ibu-ibu muda yang selalu bergosip atau bertukar-tukar cerita tentang anak-anak, suami, tips-tips kekeluargaan dan pelbagai lagi..’bakal-bakal’ ibu pulak sekadar tersenyum, tersengih dan kadang-kadang buat-buat tak dengar tapi nak dengar..

Terdapat individu-individu yang ingin mengislahkan diri mereka hadir memeriahkan surau pejabat dengan mengadakan usrah, tazkirah dan solat jemaah..susana alam pekerjaan yang begitu harmoni apabila aktiviti-aktiviti Islamic meriah dijalankan..

Rungutan seorang pekerja tentang work load yang berlambak gara-gara politik kerja..rasa dizalimi..namun cuba positifkan diri dengan kata-kata semangat untuk menyiapkan semua work load yang ada..

Seorang wanita bercerita dengan penuh emosi tentang kes seorang ibu membunuh bayinya sendiri yang baru dilahirkan..kata wanita tersebut, “orang lain nak anak, tak dapat..dia dah dapat anak main campak-campak je..!” ..rupa-rupanya, wanita ini belum ada rezeki untuk menimang anak setelah keguguran anak pertama setahun yang lalu..namun begitu positif dan sabar menanti..

“Ada orang lama menunggu jodoh tak sampai-sampai..yang jodoh dah sampai awal ni pulak, menunggu kelahiran anak pertama bertahun-tahun lamanya..yang ada rezeki anak-anak ramai pulak, banyak pulak kerenah dan ragamnya sampai pening kepala nak selesaikan..yang anak-anak semua tak ada masalah pulak, suami pulak mula melilau cari yang kedua walau takdelah semampu mana..dugaan tu kalau Allah nak beri, Dia beri je..nak tengok sejauh mana hamba-hambaNya ni terus bergantung harap pada-Nya..tak kiralah siapa pon kita..bersyukurlah sentiasa dengan apa yang kita ada sekarang..” kata-kata dari seorang kakak dan adik-adik yang mendengarnya menganggukkan kepala tanda bersetuju..

Bersaing dalam mencari rezeki..walaupun dengan kawan baik sendiri..siapa cepat dia dapat..siapa lambat dia ketinggalan..siapa yang tak tahu apa-apa, terus dibiarkan tak tahu apa-apa..terus kena tinggallah senang cerita..bak kata Jambu ML, apa pun tak boleh..!  kesian kan?

Seorang yang jiwanya begitu kental dan subur dengan dakwah dan tarbiyah, boleh tersungkur sedikit demi sedikit tika pengembaraan hidupnya masih panjang lagi..ujian yang dilalui memang perit untuk dilihat..apatah lagi rasa yang menanggung..namun masih kelihatan cebisan-cebisan jiwa seorang yang ditarbiyah itu wujud dalam dirinya..mungkin sedang mencari-cari turning point untuk bermula semula dalam mengislahkan diri kepada yang lebih baik..

Lastly, ada satu jiwa manusia ni yang tengah sedikit cuak-takut-gerun untuk meneruskan pengembaraan hidup dia..dan jugak sedikit serabut dengan plan masa depan dia..ada orang kata, itulah dilema orang yang akan bergraduasi..sebab tu ramai yang dah bekerjaya kata, zaman belajar lah paling seronok..tak payah fikir huruf A, B, C, D, E dan seterusnya sampai Z (baca: susunan plan)...

-----------------------------------

disebalik lensa, terdapat satu dunia yang lebih luas 
untuk diterokai dan diambil pengajaran bersama



Inilah pengalaman.

Selain pengalaman sendiri, pengalaman orang lain juga harus untuk kita ambil dan dijadikan pedoman serta pengajaran dalam meniti hari-hari yang mendatang..
Mungkin tak semua cabaran dari pengalaman orang lain tu, dapat kita atasi jika ia terjadi kepada kita di kemudian hari..
Tapi sekurang-kurangnya, kita boleh bersedia untuk menghadapinya..
Dan bersyukur dengan segala kurniaan-Nya kepada kita sehinggalah ke hari ini..

Alhamdulillah..thummal hamdulillah!

Usrah semalam pon ada bincang juga tentang pengalaman ni..
Pengalaman adalah salah satu metod dalam berdakwah supaya para pendakwah tidak jatuh dalam lubang yang sama berulang kali..
Dengan pengalaman juga, sesuatu yang baik itu boleh diguna ulang oleh para pendakwah dalam melajukan lagi langkahnya..
Seperti pengalaman dakwah Rasulullah..
Kisah pengalaman dakwah baginda begitu berguna buat para pendakwah sepanjang zaman..
Ia perlu dicerita dan terus diceritakan kepada anak cucu kita..
Kerana kisah dakwah baginda ini adalah sunnah yang paling agung buat seluruh umat manusia..


Begitu juga dengan kisah-kisah nabi yang terdahulu.

Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran. (Kisah Nabi-nabi yang terkandung dalam Al-Quran) ia bukanlah cerita-cerita yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa yang tersebut di dalam Kitab-kitab agama yang terdahulu daripadanya dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman. (12:111) 
 
Di dalam al-Qur'an lah Allah menceritakan segalanya.
Maka adakah orang yang mengetahui bahawa Al-Quran yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu (wahai Muhammad) perkara yang benar, sama dengan orang yang buta mata hatinya? Sesungguhnya orang-orang yang mahu memikirkan hal itu hanyalah orang-orang yang berakal sempurna. (13:19)





“Some stories must be told. Because they have the power to inspire!”



^_^

Wallahua’lam.
Sesen dua dari saya untuk kali ni.
Entry dua hari baru siap sebab semalam dah mengantuk -_-‘

Till we meet again.
Wassalam :)



p/s: Ummi dapat cabutan bertuah istimewa kat family day sekolah pagi tadi..dapat microwave dan bread toaster katanya..alhamdulillah..selama ni rumah kami tak pernah ada satu pon microwave..bread toaster pon dah buruk benor rupanya..huhu..(maaf, saya jakun..haha) ^_^