| Pengembara . Sebuah . Perjalanan |

"Sesungguhnya seseorang Muslim itu apabila berjalan di Jalan Dakwah, ia tidak berjalan dengan hatinya sahaja tetapi dibawa bersama hati saudara-saudaranya. Justeru itu, setiap pahala yang didapati di sepanjang perjalanannya, pasti akan terbias untuk saudara perjuangannya.."

Pages

Lilypie Kids Birthday tickers

Popular Posts

Al-Aqsha tetap di hati kita ^_^

Bismillah.

Assalamualaikum ikhwah dan akhawat sekalian,
Kebiasaannya seorang muslim melakukan i'tikaf di Bulan Ramadhan kerana ingin bersungguh-sungguh sebelum Bulan Allah itu berpisah dengan dirinya. Namun apa yang berlaku di Palestin, ada sekelompok muslim yang secara bergilir-gilir beri’tikaf di dalam Masjidil Aqsha semata-mata untuk menjadi benteng bahkan kalau perlu sebagai syuhada’ sebelum mereka benar-benar berpisah dengan Masjid Suci ini.
Masjid Suci hanya berada di tanah suci. Jika Masjidil Haram berada di tanah Makkah dan Masjid Nabawi berada di tanah Madinah, maka bagaimana mungkin Masjidil Aqsha mahu dipisahkan dari tanah Al Quds.
Tetapi, lihatlah keadaan sekarang ini dan bagaimanakah Umat Islam memperlakukan masjid ketiga umat Islam ini yang juga menjadi kiblat pertama umat Islam.
Setiap bulan Zulhijjah, kita akan melihat umat Islam berbondong-bondong bergerak ke  Makkah dan Madinah. Mereka akan bersungguh-sungguh mencari keutamaan di kedua tanah suci ini, solat di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Ini adalah kerana tidak ada yang menghalang gerakan mereka dan juga tidak ada yang menghadang kedatangan mereka. Pintu masuk Masjidil Haram dan Masjid Nabawi itu terbuka luas untuk setiap manusia yang sudah tidak membawa identiti lain selain kalimah tauhid sebagai identiti tunggal mereka. 

Tetapi ada yang berbeza dengan Masjid Terjauh itu. Umat Islam dihalang bila ingin memasukinya.
Silence is not an option! 

Setiap gerakan umat Islam yang mengarah ke Masjid Suci ini dihalang dengan penghadang serta ancaman. Sejak dari jarak jejari 200 km dari Masjid Suci ini, penghadang sudah disiapkan untuk menghalang setiap muslim yang bergerak bahkan dengan berjalan kaki hanya untuk berziarah ke masjid ini serta ingin melihat bagaimana keadaan Al Aqsha ketika ini.
Yang dibolehkan memasuki masjid ini hanya mereka yang berusia 50 tahun ke atas. Itupun hanya mereka yang sudah bermukim di Jerusalem .
Di sekitar masjid, tanah sudah diratakan untuk membangunkan bangunan baru. Di bawah masjid, penggalian sudah tidak terhitung berapa banyak hingga menimbulkan keretakan yang tidak terhitung pula.
Mereka yang pernah mempelajari fizik tidak akan ragu bahwa hanya dengan sedikit 'sentuhan' sahaja lagi, maka bangunan yang tegak di atas penggalian itu akan berubah menjadi puing-puing dan debu-debu. Ini hanya persoalan menunggu waktu yang tepat agar kejadian itu kelak menjadi sebuah 'pertunjukan' kepada dunia.
Jika Umat Islam adalah umat yang tidak membezakan antara para nabi, maka bagaimana mungkin mereka melupakan bahwa hampir semua nabi yang diceritakan Al Quran pernah bermukim di Jerusalem .
Dengan mengetahui bahwa Masjid Suci ini adalah kiblat pertama umat Islam ternyata belum cukup untuk menyedarkan umat bahwa hendaknya mereka meletakkan pembebasan Al Aqsha di tempat teratas dalam agenda perjuangan mereka.
Ternyata pesanan Rasulullah saw bahwa lakukanlah perjalanan kepada Tiga Masjid Suci belum cukup menjadi motivasi bagi umat Islam agar suatu ketika, kaki ini mesti menginjak ke tanah suci yang ketiga itu dan kening ini mesti sujud di Masjid Al Aqsa tersebut.
Sungguh aneh apabila 15 juta bangsa Yahudi merasa lebih memiliki Jerusalem berbanding 1.5 Bilion umat Islam yang kebanyakannya ketika ini hanya menonton saudara-saudara mereka yang berjumlah 7 juta sudah terusir dan menjadi pelarian meninggalkan rumah mereka, kerana sejak 60 tahun lalu hingga sekarang, separuh dari populasi Yahudi dunia itu sudah berpindah ke sana dan merampas tanah itu dari pemilik asalnya.
Adakah ini konflik tanah semata-mata?
Adakah ini persoalan penjajahan semata-mata?
Sedarlah wahai muslim!
Bangunlah wahai muslim yang memiliki akal!
Mereka yang merampas Al Aqsha tidak pernah menyebutnya sebagai Masjid Suci. Mereka memanggilnya dengan “The Third Temple”. Mereka ingin membangun kembali kuil mereka setelah dua kali dihancurkan oleh bangsa Babilon dan Romawi.
Mereka sedang menanti Al Masih mereka, Raja mereka yang menurut mereka adalah Raja yang dijanjikan sementara bagi kita sebagai muslim, Raja mereka itu adalah Dajjal, makhluk yang Allah ciptakan agar kelak ketika ia sudah dalam dimensi waktu yang sama dengan kita, maka dia inilah yang akan menipu manusia dengan menggambarkan dirinya sebagai Isa Al Masih.
Sedarlah wahai muslim!
Bangunlah wahai muslim yang memiliki akal!
Mereka yang merampas Jerusalem itu menggelar kaum muslimin sebagai Ya'juj dan Ma'juj.
Mereka mendefinasikan kaum muslimin sebagai kaum perosak yang akan menyukarkan mereka di akhir zaman.
Sungguh sudah banyak kajian bahwa justeru Ya'juj dan Ma'juj itu berkemungkinan besar adalah orang-orang Zionis yang kita kenali ketika ini. Bangsa Yahudi ketika ini kebanyakannya bukanlah bangsa Bani Israil keturunan Nabi Ya'qub itu.
Kebanyakan mereka yang ketika ini mengaku sebagai Yahudi dan Zionis adalah keturunan Bangsa Khazar dari pergunungan Kaukasus yang dengan secara misterinya kemudian memelukagama Yahudi.
Ciri khas pada wajah mereka adalah ciri khas bangsa Khazar. Mereka inilah sang perosak.
1. Mereka adalah kaum yang sama yang memulakan Perang Salib.
2. Mereka adalah kaum yang sama tatkala mencuri Jerusalem dari Khilafah Utsmaniah.
3. Mereka adalah kaum yang sama yang menyalakan Perang Dunia.
4. Mereka adalah kaum yang sama ketika Peristiwa Nakbah berlaku.
5. Mereka adalah kaum yang sama yang ketika ini menggenggam dunia dalam rangka mempersiapkan kembali zaman keemasan untuk menguasai dunia dari Jerusalem seperti di zaman Nabi Sulaiman dan kerajaannya.
Lalu masihkah kita berfikir persoalan ini sebagaimana yang mereka berusaha tampilkan di media-media yang sudah mereka kuasai?
Adakah ini persoalannya sebagaimana yang tersurat?
Ini adalah persoalan akidah!
Ini adalah persoalan kaum yang melempar Taurat dan menggenggam Talmud meyakini apa yang ada di genggaman mereka dan sedang bergerak mencapai tujuan mereka.
Lalu bagaimana mungkin seorang muslim tidak pula menjadikan persoalan ini sebagai bentuk keyakinan mereka pada Al Quran dan Al Hadits lalu bergerak pula untuk memenangkan Kalimat ALLAH ini?
Bila kita mengaku sebagai pengikut Rasulullah saw, maka terimalah hadits–hadits darinya, termasuk hadits mengenai keadaan akhir zaman yang menceritakan keadaan Kaum Muslimin dan Yahudi serta keadaan bumi Palestin yang kita kenali ketika ini.
Sudah cukup Umat Islam terbawa-bawa dengan cara mainan musuhnya sendiri.
Sudah cukup Umat Islam berjalan di muka bumi tanpa agenda yang jelas.
Sudah cukup umat Islam sibuk mengikuti agenda musuh mereka.
“Dajjal” itu sudah memasuki hampir setiap pelosok dunia ini.
Sistem Dajjal sudah mencengkam dunia, bahkan digunakan oleh sebahagian besar kaum muslimin sendiri.
Belum cukupkah ini menunjukkan betapa hari kiamat itu telah dekat?
Sungguh Ya Muslim, kita adalah “count down generation”.
Akhir sejarah itu sudah dalam hitungan menurun.
Mungkin kita atau anak kita akan menjadi saksi kepada episod Akhir Zaman itu.
Sukatan air di Danau Tiberia itu sudah mencapai tingkatan terendah sepanjang sejarah.
Tahukah kita apa episod yang menunggu apabila danau itu mengering?
Bilakah lagi kita akan bangun Ya Muslim, Ya Ummatun Wahidah!
Oh Al Aqsha! betapa mulianya dirimu.
Buraq ditambatkan di tembokmu.
Rasulmu naik hingga langit ketujuh dari batu yang ada di halamanmu.
Baitul Ma'mur tegak lurus berada di atasmu.
Seluruh Nabi dan Rasul solat di hamparanmu dengan junjungan Nabi Muhammad saw sebagai imamnya.
Engkau menjadi saksi perintah solat diturunkan sebagai tiang agama umat harapanmu.
Engkau pula yang kelak akan menjadi saksi betapa Kalimah Allah itu akan menang jua.
Bumi Al Quds sentiasa menjadi bumi ujian dan ia juga menjadi ujian bagi Kaum Muslimin, siapa di antara mereka yang termasuk dalam kelompok yang dijanjikan oleh Rasulullah saw.
Kelompok yang sentiasa ada hingga akhir zaman untuk memerangi mereka yang berusaha memadamkan Cahaya Allah.
Wahai muslim! Kenapakah engkau sibukkan dirimu dengan rancangan membangun rumah duniamu?
Kenapa tidak dari sekarang engkau rancangkan dan tetapkan bila kakimu akan menginjak Bumi Al Quds dan menegakkan bendera tauhid itu di sana ?
“Kalau yang kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperolehi dan perjalanan yang tidak berapa jauh, pastilah mereka mengikutimu, tetapi tempat yang dituju itu amat jauh terasa oleh mereka. Mereka akan bersumpah dengan (nama) Allah : "Jikalau kami sanggup tentulah kami berangkat bersama-samamu." Mereka membinasakan diri mereka sendiri dan Allah mengetahui bahwa sesungguhnya mereka benar-benar orang-orang yang berdusta.” (QS At Taubah : 42)
“Dan bersabarlah kamu, sesungguhnya janji Allah adalah benar dan sekali-kali janganlah orang-orang yang tidak meyakini (kebenaran ayat-ayat Allah) itu menggelisahkan kamu. “ (QS Ar Ruum : 60)

Ya Allah, sesungguhnya Al Aqsha sentiasa di dalam hati kami. Buat masa ini kami hanya mampu membantu dengan harta benda dan doa bagi membebaskannya dari cengkaman musuh-musuhMu. Kurniakanlah kekuatan dan kesabaran kepada kelompok-kelompok di sekitar Baitul Maqdis untuk mereka tetap teguh mempertahankan Al Aqsha dan berikanlah kemenangan kepada mereka sebagaimana Engkau berikan kepada Sallahuddin Al Ayyubi.

Ameen Ya Rabbal 'Alameen
-Ustaz Wan Ahmad-





p/s 1: dikongsikan dari mailis
p/s 2: updating from office. hee. (suka hati kamu je sakinah oi..~)



Everydays :)

Bismillah.
Salam alayk~

penat penat. penat duduk dalam kereta je pun. abah yang drive sorang-sorang. pergi melaka kejap tengok rumah abah kat sana. ada jiran nak tumpang rumah untuk kenduri kahwin anak dia. balik nak bagi kunci dan kemas sikit-sikit. sikit-sikit tu pon adalah sebahagian rumah jugak kena basuh pasal anai-anai dah merayap sana sini. nasib baik rumah tu kosong tak bersewa. kalau balik melaka, macam biasa mesti singgah kubur arwah atuk dan pergi tepi pantai makan roti john kat sana. sedap! dulu kecik-kecik rajin sangat makan roti john tu kalau balik kampung. tapi sekarang dah jarang-jarang balik sebab atuk dan nenek dua-dua dah tak ada. dulu roti john dia besar. sekarang dah kecik. huhu..

intro je roti john tu. saja bagi jeles sikit. tu pon kalau nak jeles lah.. :p

semalam adalah hari keempat praktikal di miros. best. best. best. staf-staf semua sporting. hari pertama dah jumpa pengarah bahagian iaitu Dr Faudzi. dia adalah selaku penyelia saya. huu. gerun pulak duduk bawah seliaan pengarah bahagian. diminta buat research. tapi belum ada tajuk yang spesifik lagi. so empat hari ni saya baca segala benda mencapah-capah. yang pasti semua pasal accident. huu. ngeri ngeri.

dan semalam jugak, saya rasa agak penat lah sikit. sebab balik kerja kena masak. ada jugalah mengeluh penat. malas nak masak. tapi kak hajar pesan. tu tanggungjawab kepada akhawat. sebelum makin panjang lebar saya kena tazkirah, terus cepat-cepat saya masuk dapur untuk masak. huhu.

sambil-sambil masak, teringat ummi kat rumah. bukan sehari dua ummi kena masak lepas balik kerja. hari-hari. kerja ummi pulak berganda-ganda lebih penat dari saya. biasalah guru. sekolah rendah pulak tu. hmm. semoga Allah sentiasa beri kekuatan dan ketabahan hati pada ummi.

kalau nak cerita tentang pengorbanan ummi pada kami sekeluarga, tak terdaya untuk saya senaraikan. hanya Allah yang mampu membalas segalanya. selagi hayat dikandung badan, selagi kudrat masih bersisa, saya akan sedaya upaya untuk membalas segalanya dengan menjaga hatinya dan menjaga akhlak saya terhadapnya.

ni baru sikit. semakin jauh pengembaraan hidup ini dilalui, semakin terasa segala pengorbanan dan jerih perih ummi. itulah manusia, lebih menghargai apabila sesuatu itu dilaluinya sendiri. baru tahu senang atau susah. manis atau pahit. suka atau duka.

mudah-mudahan penghargaan kita pada ummi, ibu, mak, mama, bonda, ma, mommy kita tetap kekal berhari-hari. bukan hanya wujud pada satu hari.


















~Selamat Hari-Hari Ummi~

(^_-)V


p/s: 13 minggu lagi ... berdebar-debar :)

Ahlan May :)

Bismillah..

Salam alayk~

nothing much..tengah tunggu kawan datang pick-up..ajak teman pindah barang ke rumah sewa kat KL..yelah, minggu depan kami dah mula praktikal..so, sesi pindah memindah ni sedang hangat berlaku sekarang..cuma saya jelah yang tak berapa nak hangat..sebab tak pindah mana-mana pon..still menetap kat DS ni..hurm..rasa macam dah lama sangat tak pindah-memindah barang macam tu..huhu..

jumaat baru-baru ni, due date hantar borang master bagi yang nak buat master semester pertama iaitu bulan September..berkejaran jugak la nak hantar tu..pensyarah-pensyarah yang lalu lalang depan kami pon asyik tegur je sebab tekun sangat mengisi borang..tu bukan tekun Dr..tu namanya baru nak isi pastu mulalah gelabah sana sini..itu tak isi lagi..ini tak dapat sign lagi..huhu..yang lawaknya, Dr Eddie tiba-tiba singgah tempat kami tanya pointer masing-masing..sajalah tu nak mengusik..yelah, mana tau nak kata kami ni tak layak buat master dengan pointer ciput macam tu..huhu..tapi bukan tu yang dia nak kata..dia kata, "eh taklah..bukan macam tu..xpe, iltizam tu yang penting..!" ILTIZAM?? ceh..perli sedap molek..sebab kami TEKUN sangat isi borang tu..iltizam konon..hahaha..

Prof Ishak pulak, saje tanya2.. "wah! isi borang master ke..? ala, tak payah la isi-isi borang master ni..pergi isi tu..borang apa tu..ha, borang kahwin..!" haha..patut la pon Prof cakap macam tu pasal dia tak suka wanita bekerjaya..apa-apa lah Prof..huhu..nanti saya isi ek Prof.. :p

saya hantar borang tu pon kira dah last-last minit punya..kena beratur jugak lah..ramai rupanya nak sambung master ni..senior saya kata, kalau ada duit sambung je master cepat-cepat..sekarang berebut-berebut orang nak buat master..tapi saya ni takde duit pon nak sambung sebenarnya..ada jugak terfikir nak kerja dulu 4-5 bulan untuk kumpul duit..then register master kemasukan bulan Februari depan..tapi, takpelah..nanti cuba lah apply mana-mana scholarship takpon pinjaman..insyaAllah rezeki Allah tu ada dimana2 kan? ^_^

tapi serius..lepas hantar je borang master tu, rasa takut pulak..~

tapi takut lagi nak praktikal nanti..disebabkan esok cuti sempena Hari Pekerja, saya akan mula praktikal hari selasa..tak dapat bayang macam mana hari-hari yang bakal dipenuhi dengan kesibukan nanti..ada hari yang balik-balik je nanti kena masak untuk dinner..tu nasib baik satu hari je..kalau dah kahwin nanti, balik kerja hari-hari kena masak..mesti penat..kira nanti boleh la belajar awal-awal buat persediaan..hahaha..~ tapi memang tinggal kat rumah ni untuk belajar macam-macam kan sakinah? hee.. ^_^

dan nanti bakal berjalan kaki lebih kurang 2 km untuk sampai ke tempat praktikal..nak buat macam mana..kereta tak de..motor pulak, lesen tak ada..tapi kurang la sikit penat tu sebab ada kawan..at least dapat kurangkan berat badan nanti..kawan-kawan kolej yang dah lama tak jumpa ramai kata saya dah tembam..! sabar jelah..~ tak kisah lah..tembam pon tembam laa..huhu..

macam lambat lagi je kawan-kawan saya ni nak sampai..ok lah..saya sambung satu cerita lagi lah..pasal adik saya yang paling comot, Umairah Raihanah..sempena besday dia jumaat lepas..29 April :)


Umai ni, saaaaangat lah suka pada kucing..dulu kecik-kecik, dia suka main kucing kat belakang rumah..tapi satu je masalah dia..dia tak boleh main kucing sebab kulit tapak kaki dia allergic..habis naik kudis-kudis kat kaki dia..so, memang ummi tak bagi dia main kucing sangat..kesian dia..kadang-kadang main jolok-jolok lidi penyapu jela kot celah-celah pagar rumah sebab nak main sangat..haha..

tapi sekarang dah besar ni, macam dah ok sikit..so, dapat la bela kucing mana entah dia rembat..ada dua ekor..mula-mula yang seekor tu dia bagi nama 'meowzy'..sedap plak saya dengar nama tu..pandai jugak umai ni bagi nama kat die..tapi baru-baru ni saya balik, umai kata meowzy dah hilang..tapi ada pengganti kucing lain..dia bagi nama, 'blotchy'..tahu mana dia dapat? dia dengan kak maryam dia, cari dalam kamus! dorang cari 'tompok' dalam english..dapatlah 'blotchy' tu..haha..mula-mula ummi cerita tu, gelak sakan la kami..inilah dia budak-budak zaman sekarang..dulu zaman saya panggil 'si tompok' je..huhu..umai2..

tapi umai ni, dia suka main je dengan kucing ni..suka belai-belai, usap-usap..kalau boleh nak pangku je kucing tu 24 jam..dia malas nak bagi kucing dia makan..kesian kat 'blotchy'..hari tu saya seorang je kat rumah..umai pergi sekolah..dia tak bagi 'blotchy' ni makan lagi..saya kesian bagi lah 'blotchy' ni makan..'baby' yang kat DS ni pon saya takpernah bagi dia makan tau! nasib baik 'blotchy' ni tak banyak kerenah dan baik je..tak macam 'baby'..asyik nak meroyan je..geram betul..kaki dan tangan selalu jadi mangsa gigitan dan kejaran dia..apasal ntah dia geram sangat dengan jari..kat Ds ni, saya lah yang paaaling tak sayang 'baby'..tapi 'baby' ni macam tak paham je yang saya tak sayang dia..dia suka betul naik atas peha saya, lepas tu landing elok-elok buat port untuk dia tidur..tak kiralah tengah usrah ke, tengah taip tesis ke..laptop ni, dialah satu-satunya yang pernah pijak..sabar jela..haha..saya biar je dia tidur atas peha saya..asal dia tak meroyan..tapi kan..makin lama saya makin sayang kat plak kat 'baby' ni..haishh..macam tak percaya..semalam dengan spontannya saya cium dia..waaaa..unbelievable!! haha..

comel kan 'baby' ni..saaaayang 'baby' ^_^
erk~


ok, 'baby' sekarang tengah meroyan..haih.. -_-'

panjang pulak entry ni..nothing much apa nya sakinah..this is too much! haha..

ok lah, got to go.
till we meet again.

Ahlan May. Hope everything would be better ^_^

wassalam wbt :)


p/s: missing my buddies too much..especially Fatien Adibah anok cikgu Mad..keh3..entry ni khas untuk ko pasal aku tahu ko mesti tengah rindu rinduan kat aku kan?? haha :p All The Best dear :)