Bismillah..
Salam alayk~
nothing much..tengah tunggu kawan datang pick-up..ajak teman pindah barang ke rumah sewa kat KL..yelah, minggu depan kami dah mula praktikal..so, sesi pindah memindah ni sedang hangat berlaku sekarang..cuma saya jelah yang tak berapa nak hangat..sebab tak pindah mana-mana pon..still menetap kat DS ni..hurm..rasa macam dah lama sangat tak pindah-memindah barang macam tu..huhu..
jumaat baru-baru ni, due date hantar borang master bagi yang nak buat master semester pertama iaitu bulan September..berkejaran jugak la nak hantar tu..pensyarah-pensyarah yang lalu lalang depan kami pon asyik tegur je sebab tekun sangat mengisi borang..tu bukan tekun Dr..tu namanya baru nak isi pastu mulalah gelabah sana sini..itu tak isi lagi..ini tak dapat sign lagi..huhu..yang lawaknya, Dr Eddie tiba-tiba singgah tempat kami tanya pointer masing-masing..sajalah tu nak mengusik..yelah, mana tau nak kata kami ni tak layak buat master dengan pointer ciput macam tu..huhu..tapi bukan tu yang dia nak kata..dia kata, "eh taklah..bukan macam tu..xpe, iltizam tu yang penting..!" ILTIZAM?? ceh..perli sedap molek..sebab kami TEKUN sangat isi borang tu..iltizam konon..hahaha..
Prof Ishak pulak, saje tanya2.. "wah! isi borang master ke..? ala, tak payah la isi-isi borang master ni..pergi isi tu..borang apa tu..ha, borang kahwin..!" haha..patut la pon Prof cakap macam tu pasal dia tak suka wanita bekerjaya..apa-apa lah Prof..huhu..nanti saya isi ek Prof.. :p
saya hantar borang tu pon kira dah last-last minit punya..kena beratur jugak lah..ramai rupanya nak sambung master ni..senior saya kata, kalau ada duit sambung je master cepat-cepat..sekarang berebut-berebut orang nak buat master..tapi saya ni takde duit pon nak sambung sebenarnya..ada jugak terfikir nak kerja dulu 4-5 bulan untuk kumpul duit..then register master kemasukan bulan Februari depan..tapi, takpelah..nanti cuba lah apply mana-mana scholarship takpon pinjaman..insyaAllah rezeki Allah tu ada dimana2 kan? ^_^
tapi serius..lepas hantar je borang master tu, rasa takut pulak..~
tapi takut lagi nak praktikal nanti..disebabkan esok cuti sempena Hari Pekerja, saya akan mula praktikal hari selasa..tak dapat bayang macam mana hari-hari yang bakal dipenuhi dengan kesibukan nanti..ada hari yang balik-balik je nanti kena masak untuk dinner..tu nasib baik satu hari je..kalau dah kahwin nanti, balik kerja hari-hari kena masak..mesti penat..kira nanti boleh la belajar awal-awal buat persediaan..hahaha..~ tapi memang tinggal kat rumah ni untuk belajar macam-macam kan sakinah? hee.. ^_^
dan nanti bakal berjalan kaki lebih kurang 2 km untuk sampai ke tempat praktikal..nak buat macam mana..kereta tak de..motor pulak, lesen tak ada..tapi kurang la sikit penat tu sebab ada kawan..at least dapat kurangkan berat badan nanti..kawan-kawan kolej yang dah lama tak jumpa ramai kata saya dah tembam..! sabar jelah..~ tak kisah lah..tembam pon tembam laa..huhu..
macam lambat lagi je kawan-kawan saya ni nak sampai..ok lah..saya sambung satu cerita lagi lah..pasal adik saya yang paling comot, Umairah Raihanah..sempena besday dia jumaat lepas..29 April :)
Umai ni, saaaaangat lah suka pada kucing..dulu kecik-kecik, dia suka main kucing kat belakang rumah..tapi satu je masalah dia..dia tak boleh main kucing sebab kulit tapak kaki dia allergic..habis naik kudis-kudis kat kaki dia..so, memang ummi tak bagi dia main kucing sangat..kesian dia..kadang-kadang main jolok-jolok lidi penyapu jela kot celah-celah pagar rumah sebab nak main sangat..haha..
tapi sekarang dah besar ni, macam dah ok sikit..so, dapat la bela kucing mana entah dia rembat..ada dua ekor..mula-mula yang seekor tu dia bagi nama 'meowzy'..sedap plak saya dengar nama tu..pandai jugak umai ni bagi nama kat die..tapi baru-baru ni saya balik, umai kata meowzy dah hilang..tapi ada pengganti kucing lain..dia bagi nama, 'blotchy'..tahu mana dia dapat? dia dengan kak maryam dia, cari dalam kamus! dorang cari 'tompok' dalam english..dapatlah 'blotchy' tu..haha..mula-mula ummi cerita tu, gelak sakan la kami..inilah dia budak-budak zaman sekarang..dulu zaman saya panggil 'si tompok' je..huhu..umai2..
tapi umai ni, dia suka main je dengan kucing ni..suka belai-belai, usap-usap..kalau boleh nak pangku je kucing tu 24 jam..dia malas nak bagi kucing dia makan..kesian kat 'blotchy'..hari tu saya seorang je kat rumah..umai pergi sekolah..dia tak bagi 'blotchy' ni makan lagi..saya kesian bagi lah 'blotchy' ni makan..'baby' yang kat DS ni pon saya takpernah bagi dia makan tau! nasib baik 'blotchy' ni tak banyak kerenah dan baik je..tak macam 'baby'..asyik nak meroyan je..geram betul..kaki dan tangan selalu jadi mangsa gigitan dan kejaran dia..apasal ntah dia geram sangat dengan jari..kat Ds ni, saya lah yang paaaling tak sayang 'baby'..tapi 'baby' ni macam tak paham je yang saya tak sayang dia..dia suka betul naik atas peha saya, lepas tu landing elok-elok buat port untuk dia tidur..tak kiralah tengah usrah ke, tengah taip tesis ke..laptop ni, dialah satu-satunya yang pernah pijak..sabar jela..haha..saya biar je dia tidur atas peha saya..asal dia tak meroyan..tapi kan..makin lama saya makin sayang kat plak kat 'baby' ni..haishh..macam tak percaya..semalam dengan spontannya saya cium dia..waaaa..unbelievable!! haha..
comel kan 'baby' ni..saaaayang 'baby' ^_^
erk~
ok, 'baby' sekarang tengah meroyan..haih.. -_-'
panjang pulak entry ni..nothing much apa nya sakinah..this is too much! haha..
ok lah, got to go.
till we meet again.
Ahlan May. Hope everything would be better ^_^
Ahlan May. Hope everything would be better ^_^
wassalam wbt :)
p/s: missing my buddies too much..especially Fatien Adibah anok cikgu Mad..keh3..entry ni khas untuk ko pasal aku tahu ko mesti tengah rindu rinduan kat aku kan?? haha :p All The Best dear :)




2 pendapat pemerhati pengembaraanku:
hai kinah:)hehe.
hai anok cikgu Mad :)
Post a Comment