| Pengembara . Sebuah . Perjalanan |

"Sesungguhnya seseorang Muslim itu apabila berjalan di Jalan Dakwah, ia tidak berjalan dengan hatinya sahaja tetapi dibawa bersama hati saudara-saudaranya. Justeru itu, setiap pahala yang didapati di sepanjang perjalanannya, pasti akan terbias untuk saudara perjuangannya.."

Pages

Lilypie Kids Birthday tickers

Popular Posts

Era Zionis Kian BERAKHIR

In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful

"Detik-detik kekalahan rejim Zionis Israel semakin hampir"

61 Tahun Nakbah

Kini 61 tahun telah berlalunya Nakbah Palestin, namun rakyat dan negara Palestin terus diganyang rejim Zionis sehinggakan lebih daripada 90% daripada tanah Palestin dikuasai Zionis, Masjid Al-Aqsa yang diberkati terus dicabul kesuciannya, ribuan rakyat Palestin yang tak berdosa merengkok di dalam penjara Israel, ekonomi mereka disekat, jutaan di kalangan mereka menjadi pelarian dan tragedi demi tragedi dilakukan dengan penuh kekejaman terhadap rakyat Palestin.

Penindasan, penodaan dan kekejaman yang dilakukan oleh rejim Zionis ini terhadap rakyat dan negara Palestin telah berlarutan dalam tempoh yang amat panjang. Sudah tentulah ianya tidak harus dibiarkan begitu sahaja.



Pemerkasaan Intifadhah

Kalau 22 tahun dahulunya HAMAS hanya berbekalkan sokongan pemuda dan remaja yang melontarkan batu, namun kini mereka mempunyai bridge ketenteraan yang mampu melancarkan roket sejauh 50 km.

Kalau dahulunya mereka hanya menggunakan kamera usang, namun kini mereka punyai stesen televisyen yang berpusat di Amman, Beirut dan London. Kalau dahulunya mereka hanya punyai pusat tukaran wang, namun kini mereka mampu melancarkan bank nasional walaupun di bawah runtuhan bangunan akibat serangan terbaru. Bahkan media perdana barat kini mengakui peningkatan sokongan masyarakat Palestin yang semakin mantap dan tidak berbelah bagi kepada pimpinan mereka yang dibarisi oleh golongan pemimpin yang kental lagi kukuh kepimpinannya.


Era Zionis Kian Berakhir

Perkembangan mutaakhir memperlihatkan kepada dunia luar tentang senario yang sangat merisaukan rejim Zionis yang kini merasakan bahawa agendanya kini hampir sampai ke penghujungnya. Di antara faktor yang dominan adalah:

  1. Penentangan dan kebangkitan yang berterusan di kalangan rakyat Palestin.
  2. Kebangkitan dan sokongan kepada Hamas secara massa serta kecenderungan kepada kelompok Islam yang bertegas untuk tidak mengiktiraf negara Israel.
  3. Peningkatan kesedaran di kalangan umat Islam dan dunia antarabangsa tentang bahayanya agenda Zionos serta meningkatnya sokongan kepada Palestin.
  4. Berkurangnya bilangan penghijrahan beramai-beramai Yahudi ke Palestin.
  5. Generasi muda Israel tidak lagi menunjukkan minat untuk menyokong apatah lagi berjuang demi agenda politik Zionis.
  6. Pertambahan jumlah rakyat Palestin yang tinggal di tanah jajahan Palestin 1948.
  7. Kegagalan Zionis untuk melemahkan semangat juang rakyat Palestin walaupun mereka telah mencuba dengan pelbagai cara yang kejam dan tidak berperikemanusiaan termasuklah dalam peristiwa yang terkini di Gaza pada awal Januari 2009 yang lalu.

Negara regim Zionis ini juga tidak akan aman dengan permasalahan dalamannya yang semakin memuncak. Apatah lagi dengan suasana sekelilingnya yang sentiasa hangat dengan pertembungan di antara kelompok yang hak dengan kelompok yang batil. Keganasan dan kekejaman rejim yang luar biasa ini menunjukkan tanda jelas isyarat panik lagi terdesak mereka. Agenda Zionis kian berakhir.


Sokongan dan Sumbangan dari Malaysia


Isu Palestin dan bahanya agenda Zionis semakin mendapat tempat di sanubari rakyat Malaysia. Namun kefahaman mengenai isu ini masih perlu diperkasakan lagi melalui penulisan di akhbar dan majalah, ceramah dan pameran serta di media perdana dan alternatif. Sumbangan kemanusiaan, suara di Parlimen serta medan politik antarabangsa pula mesti dipertingkatkan lagi bagi membantu rakyat Palestin yang telah sekian lama tertindas. Tidak keterlaluan jika kita mengatakan bahawa Malaysia seharusnya menjuarai isu sejagat ini, bukan sahaja di kalangan masyarakat tempatan bahkan di persada antarabangsa.


Persoalannya, apakah yang telah dan akan kita lakukan bagi memastikan berkuburnya agenda Zionis ini?


sumber: Majalah Al-Muqawwamah
(terbitan Biro Dakwah dan Penerbitan '09, BADAR, Institusi Pendidikan Hira' 2009)

Terima Kasih Buat Kakak dan Ca :)

In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful


Sedang aku lena dibuai mimpi tadi..(padahal tak mimpi pape pon..hehe..)
Tiba2 lagu Micheal Heart berlagu rancak dari henpon ku.

"A blinding flash of white light. Lit up the sky over gaza tonight. People running for cover. Not knowing whether they're dead or alive. They came with their tanks and their planes. With ravaging fiery flames. And nothing remains.."

Belum sempat lagu tu habis,dalam kemalasan,aku gagahkan jua menggapai henponku yang tak berapa jauh dari aku.Rumate aku tengah study,tak leh bising2. So,aku pon jawab jela.
Ohh..ca rupe2nye..huhu..

Dan bermulalah perbualan ringkas aku dengan ca...

Aku: Ye,ca..kenapa?

Ca: Buat ape tu? Tido dah eh?

(kantoii..die dapat detect la plak aku da tido..hehe..)

Aku: Ha'ah. Da tido da..nak bangun la ni..nak belajar statistik jap lagi..kenapa?

(aku ni,mmg suke tanye kenapa?da terbiasa laa..ummi pon da marah.."tak boleh ke kalo ummi nak tanye?" erk~)

Ca: Ohh..yeke..tadi exam macam mane?

(aik?aku tak de la plak bitau die aku exam hari ni..tapi sekarang ni musim exam kan..pe yg peliknye..)

Aku: (erk? Terkedu sebentar..) Oh,hurm..ok2..ok je exam tadi..

(tak de la ok sangat pon..)

Ca: Ohh..exam bila plak lepas ni?

Aku: Sabtu plak.

Ca: Ohh..sabtu..ok,good luck exam.

Aku: Ok.Thanx.. :)

End Call.

Aku pon sambung la balik tido nye.. :D
Konon je tadi janji nak bangun sambung belajar.hehe..

Best nye la dapat kakak caring macam ni.
Dua2 kakak aku caring.
Walaupun kitorang selalu gado2.hehe..
Kakak tunjukkan caring die dengan caranya tersendiri.
Ca pon same. Ade gaya tersendiri tu..huhu.. :p

Dulu,aku selalu merungut kat umi.
"Umi,yue nak abang..kan best kalo ade abang..caring.."
"Kalo nak abang,kawin jela. Dapat la abang."
Haha..Terbahak aku gelak..kecik2 dulu kan,mane la pikir pasal kawin2 ni sume..huhu..
"Ala..tak nak abang yang tu..nak abang kandung jugak.."
"Kalo camtu,meh sini masuk balik semua sembilan2 dalam perut umi..pastu yue nak tukar yang mane jadi laki? Kakak ke ca?"
Haha..aku pon gelak jela dengan usikan mak aku tu..

Namun aku bersyukur.
Punya dua orang kakak.
Yang aku boleh cerita macam2,minta pendapat.
Bila fikir2 balik,kalo dengan abang kandung,susah kot kalo nak cerita2 sangat.
Orang laki kadang2 bukan faham sangat masalah orang perempuan ni.hehe.
(Kadang2 je ye..tak semua abang macam tu kot..huhu..)


Terima kasih atas segalanya,kakak,ca.
(hehe..jangan kembang2 plak sudey~ :p)


p/s: Hurm..aku ni pon seorang kakak juga..adik aku ade 6 orang..macam mane plak aku dengan adik2 aku tu?dah cukup caring ke??dah cukup baik ke??dah cukup membantu mereka ke??hurm..

Testing..testing..1,2,3..

In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful


Akhirnya..dapat jugak nak upload video..huhu..testing2 jap la..

Let's take a break!



agak2 btol ke ni?? ape2 pon,kagum..kagum..huhu..
good luck to all engineers-to-be!! :)


p/s: Dulu pon hampir2 dah nak amik engineering ni..tapi lepas plus-minus semua, tak apela..tak ada rezeki..huhu..math pon best jugak..huhu..ape2 pon,yang penting...?? Fikir2 lah sendiri..hehe.. :)

Bila Hari JUMAAT Tiba~ (Fadhilat surah al-Kahfi)

In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful

Hari ni hari JUMAAT. Satu hakikat yang aku terlupa.

Ntah macam mane boleh terlupa yang hari ni hari Jumaat. Penghulu segala hari. Hari raya bagi seluruh umat Islam. Patut la pelik tak dengar azan zohor dari surau kolej tadi..huhu.. Kebiasaannya, aku tak akan lupa bila hari Jumaat ni tiba. Sebabnya, bila tiba hari Jumaat, esoknya cuti!!..hehehe..

Dan satu lagi, biasanya aku ada agenda tersendiri bila tiba hari Jumaat ni. Iaitu usrah dengan adik2 usrah aku..huhu..Bangun pagi je, fikir nak buat usrah gaya macam mana pulak hari ni..(gaya bebas ke?kuak lentang ke?haha..) Mesej kat adik2 usrah kat mane,kol bape,bla..bla..bla..dtg ke tidak..huhu..macam gitu lah..Tapi sebab kami dah buat usrah semalam,tambah2 dengan study week lagi..Mane taknye aku lupa penghulu segala hari ni tiba. Dok terperuk kat bilik je kan..haha..(lagho btol..aduiii..)


Jom join usrah..huhu..


Ok. Abaikan story kat atas tu. Manusia pelupa memang cenggitu la gamoknye..huhu.. :p


*****************
FADHILAT MEMBACA SURAH AL-KAHFI PADA HARI JUMAAT

Ini lah story yang utama nya. Fadhilat2 kalau baca surah al-Kahfi pada hari Jumaat. Bila tiba hari Jumaat ni, banyak surah yang boleh kita amalkan dengan pelbagai fadhilat masing2. Tapi yang biasa aku dengar, surah al-Kahfi punya fadhilat la. Boleh la kalau ada sape2 nak share fadhilat2 surah lain (^_-)


PERTAMA
Daripada Umar r.a. berkata: Nabi SAW telah bersabda: "Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat." (HR. Ibnu Kathir)

KEDUA
Daripada Mandzur Ibnu Zaid, Ibnu Khalid Al-Juhani dari Ibnu Al-Hussein dari bapanya daripada Ali Marfu'an: "Sesiapa membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat maka dia dihindari daripada segala fitnah selama lapan hari, dan jika al-Dajjal muncul, maka terhindarlah dia daripadanya." (HR. Ibnu Kathir)


Al-Quran dan As-Sunnah sebagai panduan hidup manusia


Rasulullah SAW selalu baca surah al-Kahfi pada malam Jumaat. Means ia adalah satu sunnah nabi. Biasanya orang akan membaca surah Yassin bila tiba malam Jumaat. So, apa kata kalau lepas ni kita tambah dengan surah al-Kahfi. Lebih2 lagi, ia adalah sunnah nabi kita kan?huhu..Selamat Beramal!


***************
Teringat la dulu2, waktu kat madrasah tarbiyyah yang aku rindu (sekolah aku la tu..huhu..), kami sering diingatkan tentang fadhilat ni. Tiba hari Jumaat je, lepas solat Subuh, mesti akan ada yang bangun mengingatkan. Tak pon, lepas solat maghrib,hari Khamis. "..disini ada seorang sahabat kita yang mengajak pelajar banat semua membaca surah al-Kahfi..lepas maghrib ni dah boleh mula baca sebab dah masuk hari Jumaat kan..fadhilat nya,semua tahu.." Masih terngiang2 lagi suara speaker memberi tazkirah..huhu..(serius.aku sangat2 rindu suasana itu! Kalaulah masa boleh diputar kembali..)

Alhamdulillah, tazkirah Allah itu datang tiba2. Kebetulan, bacaan Quran aku masuk surah al-Kahfi hari ni. Maka, berlakulah 'jejak kasih' aku dengan amalan yang dah lama aku tinggalkan..sob..sob..sob.. Jahilnya manusia ni kan. Tapi Allah tetap ada untuk mengingatkan aku tika disini tiada lagi suara2 senior yang membimbing. (Tapi aku tak lupa kawan2 sekeliling yang juga membimbing..huhu..)

Moga DIRIKU dan DIRIMU tetap istiqamah di atas jalan-Nya. Ameen~



p/s: Ni yang buatkan aku nak jejak kasih ke sekolah pulak lepas ni..lama kot tak jenguk sekolah..wuuu.. Kesimpulannya, nak balik umah! hehehe..(sakinah..exam dulu..ngee~ baik!)



BITTAUFIQ WANNAJAH FIL IMTIHAN (ganbate ne!)

~In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful~





ALHAMDULILLAH..bersyukur kehadrat Allah kerana dengan Kebesaran dan nikmat Kasih Sayang-Nya, aku masih hidup dan sihat sejahtera di dalam IMAN dan ISLAM..insyaAllah,ameen~

Ujian yang dihadapi pada hari-hari yang sebelum ini, harap dapat menguatkan aku dan sahabat2 semua..sesungguhnya, ujian yang ditimpakan adalah sebagai tanda Allah masih sayang dan masih peduli pada hamba2-Nya yang lemah ini..

Dan Alhamdulillah, ujian yang datang disusuli juga dengan bantuan Yang Maha Hebat..Tiada yang lain tempat untuk kami bergantung harap dan tempat kami memohon perlindungan..Hanya kepada-Mu, Ya Rabb!

(Pengalaman dua hari yang lalu sungguh2 menguji aku..aku benar2 rasa teruji!)

************
 Tika Ujian Dunia Menghampiri~

Sedar tak sedar, sekarang dah mula study week..minggu depan dah final exam..(waaa..takutnye~) Persediaan untuk final exam ni, makin rancak diperhebatkan oleh semua mahasiswa mahasiswi..yelah, semua mahu terbaik kan..

InsyaAllah, usaha kita semua tidak akan disia2kan Tuhan..Jika bukan dibalas dengan kejayaan, InsyaAllah akan dibalas dengan deretan kebaikan yang lain..ameen! =)

Aku pon apa kurangnya..belajar itu kan matlamat utama aku masuk UKM ni (nak ingatkan diri ni balik..supaya tak lupa..hehe..) Disamping matlamat2 utama lain, pelajaran aku di UKM satu yang perlu aku utamakan juga..

Dan InsyaAllah, aku akan berusaha sehabis baik untuk naikkan semula pointer aku (kantoi pointer penah jatuh..huhu..) Yang dah berlalu tu, tinggalkan sebagai sejarah untuk diambil iktibar bersama..naik,turun,terbangun,terjatuh,tersungkur..itu lumrah kehidupan..apa yang penting,USAHA!



gambar ni diambil special dari Kak Haz ku..thanx! Cantik Kak Haz edit.. =)

Berikut adalah hari-hari yang bakal aku 'berperang' dengan bersenjatakan pen,pensel,pembaris dan senjata utama->KALKULATOR..hehe..

27 Okt: Etika Dalam Kegiatan Sains dan Teknologi
(such a boooring subject..tapi kadang2 macam seronok jugak bila ada kait2 dengan Islam..anything about Islam is interesting right??hehe)

29 Okt: Numerical Method
(senang tapi sangat banyak rumus yang pening..adoi~Dr. Nas,lecturer subjek ni @ mentor aku yang tersayang..haha..)

31 Okt: Kursus Pengurusan Persatuan I
(no komen~tak larat nak komen dah..huhu..)

2 Nov: Calculus Complex
(betul2 complex!)

3 Nov: Statistics II
(pembentangan projek rabu ni..waaa..takut2..jangan tanya soalan merepek2 sudah~)

5 Nov: Operations Research
(interesting subject..lecturer pon comel je..ngee~)

9 Nov: Pengenalan Insurans dan Takaful
(teringat kat perkataan 'kin'..semua nak kait ngan nama aku..haha..)

***********

BITTAUFIQ WANNAJAH buat sahabat2 yang nak exam ye..moga kejayaan milik kita semua,biiznillah..

~Pergi ke medan exam dengan iman dan pulang darinya nanti dengan iman yang makin bertambah-tambah~
(ganbate ne!)

Pray for me ;)

 
p/s: tetibe rase tak sabar2 nak exam pasal nak cepat2 habis..hehehe.. =)

Akibat Kurang KASIH SAYANG Dariku~ T__T

~Bismillahirrahmanirrahim~
In The Name Of Allah The Most Gracious and The Most Merciful


DULU..(sebelum raya)



SEKARANG..(bila kerja dah bertimbun2)



SEDIH..Sedih kan tengok gambar pokok kaktus aku ni..aku yang tengok ni dah sedih,lagi la si pokok kaktus tu..mesti dah nangis2..aku tak berniat pon nak biarkan dia hidup macam tu..dari subur dan cantik,sekarang dah layu..(tengok kaktus belah kanan je eh..belah kiri tu,no komen..kak wan,explain sikit...huhu) Akibat kurang nya kasih sayang dari aku,kaktus tu dah tak dapat nak bertahan macam dulu lagi..

Raya baru2 ni,aku bawa balik rumah kaktus ni..sebab bukan ada siapa2 pon kat kolej yang boleh tolong jagakan..mungkin sebab suasana kat rumah tak berapa sesuai,dia makin layu..tambah2 bila dah balik kolej,kerja aku dah makin bertimbun2,aku asyik terlupa je nak jaga dia..adui~maaf ye Kak Nazihah (ex-naqibah aku,dia la yang bagi pokok kaktus ni..)

*************

"KUASA KASIH SAYANG"

Hebat kuasa kasih sayang ni..anda setuju?huhu..bila seseorang tu dah kasihkan dan sayang pada seseorang,apa2 pon sanggup dilakukan..Biasa kita dengar ayat ni, "Laut badai sanggup ku renangi..hutan belukar sanggup ku redahi.." huhu..ayat ni menunjukkan,tak kiralah betapa susah,sakit,perit,jatuh tersungkur,terguling,tergolek ke,ape ke..sanggup berkorban apa saja demi yang dikasihi dan disayangi..


Kasih seorang ayah pada anak2nya..sanggup mengerah keringat tua demi kebahagiaan anak2 yang dikasihi..


Kasih seorang ibu pada anak2nya..rela berkorban menanggung sakit mengandungkan dan melahirkan..mendidik dan menjaga hingga dewasa..


Kasih seorang suami pada isterinya..dan kasih seorang isteri pada suaminya..saling memberi seadanya dan lengkap melengkapi supaya pasangan masing2 merasa bahagia hidup dengannya..


Kasih seorang anak pada ibubapanya..belajar bersungguh2 demi membahagiakan orang tuanya..ada yang merantau jauh,hidup berdikari sendiri..walau susah macam mane pon hidup,tetap nak berjaya supaya orang tuanya gembira..

Kasih seorang sahabat pada sahabatnya..sanggup bersabar dengan kerenah sahabatnya..mengajar dan belajar erti kehidupan bersama2..susah senang sama2 diharungi..


MasyaAllah,betapa hebatnya kuasa kasih sayang! Kadang2,benda yang tak pernah terjangkau di fikiran pon,kita sanggup buat..terjun bangunan pon boleh..ish3..jom hayati lirik nasyid Raihan kat bawah ni..

Kasih sayang itu titi
Kasih sayang penghubung hati
Kasih sayang itu tali
Kasih sayang pengikat diri

Dari kasih timbul simpati
Dengan sayang ada persaudaraan
Kerana kasih ingin berbakti
Saling sayang maaf memaafkan

Kasih sayang itu baja
Kasih sayang penyubur jiwa
Kasih sayang itu penawar
Penguat cinta penghapus duka

Kasih manusia sering bermusim
Sayang manusia tiada abadi
Kasih TUHAN tiada bertepi
Sayang TUHAN janji-NYA pasti

Tanpa kasih sayang TUHAN
Tiada simpati tiada persaudaraan
Tanpa kasih sayang TUHAN
Tiada bakti tiada kema'afan

Kasih sayang pada semua
Kasih sayang sesama kita
Kasih sayang oooo dunia
Moga selamat di Akhirat sana



Rasa kasih dan sayang ni,tak lain tak bukan adalah milik Allah..anugerah yang Allah berikan pada hamba2Nya yang hina dina ni..maka jangan lah kita cemarkan ia dengan nafsu kita dengan meletakkan kedudukan kasih sayang ni bukan pada tempatnya..peliharalah ia dengan sebaiknya ok..sesungguhnya,kasih Tuhan tiada bertepi..dan sayang Tuhan janjiNya pasti..sejauh mana sayang kita pada seorang ibu dan ayah,sayang kita pada anak2,sayang kita pada suami atau isteri,sayang kita pada sahabat kita..ingatlah pada yang memberi rasa kasih sayang itu..maka pada Dia lah selayaknya untuk kita kasihi dan sayangi..

 

**********


Hurmm..maknanya sekarang ni,kuasa kasih sayang aku terhadap kaktus aku ni belum cukup hebat la ni..aku belum buat pengorbanan besar lagi..aduii..Tapi,aku dapat idea dari Kak Ros..dia suruh aku tinggalkan kaktus aku di DS.."Bagi pada Kak Hajar kamu ni..biar dia tolong rawatkan.." Ting,ting,ting!! IDEA2!! hehe..okeh,berehh..esok aku nak bawak balik DS..bagi pakar kasih sayang rawat kaktus aku..lagi2 Kak Hajar tak ada exam kan..boleh la..huhu..

p/s: nantikan kemunculan rupa kaktus ku yang baru..insyaAllah.. :)

Mengisi Jiwa Yang Kosong~ (A big THANKS to Kak Wan!)

~In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful~



Semalam,aku pergi satu ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Hasrizal a.k.a saifulislam. Aku kesana atas ajakan roomate kesayanganku, Kak Wan.. (huhu..) Alhamdulillah, banyak input yang sangat bermanfaat dapat aku peroleh dari ceramah ustaz tersebut. Bukan sekadar pengisian dari ustaz sahaja, malah disebalik tu pon aku dapat belajar sesuatu..(indahnya tarbiyah kan??kat mane2 pon bole dapat..)

1) Aku dapat menggembirakan roomate aku. Ni la yang paling best sekali. Bila dia dapat tahu aku datang ceramah tu, dia sangat2 la seronok mungkin sebab nya ceramah tu adalah program FPI. Yela, aku kan budak FST..(ape kene mengena nye??hehe..) Reaksi keseronokan dia tu, tak pernah lagi aku lihat sebelum ni tau. Aku agak terkesima jugak la..huhu..mungkin dia rase bahagia sebab dapat memberi, macam yang ustaz tu kate dlm ceramah tu..(sape yg pegi paham la kot..yang xpaham,sape soh x g..hehe..)

2) Aku tak tahu pulak yang ustaz nak cerita sikit pasal dakwah dia dengan berblogging ni..kebetulan pulak,aku ni baru nak mula berblogging2 ni..so,ustaz ni kongsi la serba sedikit tentang mengapa dia buat blog dan macam2 lagi lah..best sangat penyampaian ustaz ni..huhu.. :)

3) Ni yang paling aku sedih + gembira..sebabnya,aku dah lama sangat tak isi rohani aku dengan ceramah2 ni semua..usrah aku pon,jarang2 ada atas kesibukan dan kekangan masa masing2..(Ya Allah,berikanlah kami kelapangan masa dan buka seluas2 nya jalan ini untuk kami!) Tula pasal aku macam seakan 'jakun' la jugak..lagi2 dapat dengar ceramah best macam tu..hihi..aku rase gembira..maka,alhamdulillah.. :)

4) Di akhir2 ceramah ustaz,ada sedikit pesanan..ustaz berpesan pada semua bloggers supaya menjaga bahasa yang digunakan ketika menulis dalam blog masing2..bila dah 3-4 tahun nanti,kita yang malu sendiri bila baca ayat2 kita tu..huhu..(tu yang aku jadi banyak fikir bila nak tulis entry baru..takut salah guna bahasa!) Ustaz pesan, bila buat ayat tu, seboleh2 nya jangan biar orang lain boleh menyebab kan entry2 kite tu lari dari topik yang dibincangkan..contohnya la,entry tu bincang pasal ikhlas..pastu ade satu perkataan 'talkin' terselit sikit..tibe2,komen yang kita dapat,tanya pasal talkin tu pulak..kan dah lari topik tu..(susah jugak ehh..lagi2 aku yang tak pandai nak mengayat ni..tengokla..ayat atas cam skema..bila da sampai sini,da tak berapa nak skema..haha..adoi..)

 5) Lagi satu,tulislah entry2 anda dengan apa yang pembaca2 perlukan..bukan sekadar apa yang kita tahu..(cara2 nak berdakwah la ni..huhu..) Tapi buat masa ni,bagi aku,blog ni untuk aku jugak..so,aku pon kira pembaca la kan..aku akan tulis apa yang aku perlu lah..hehe..(bole dok gini?? ngee~)


Anyway, apa yang penting........(kerjasama!) hehe..bukan,apa yang penting,



 Dan dalam perjalanan untuk jadi lebih baik ni,kita perlukan teman yang boleh mengingatkan,yang boleh membantu,yang boleh beri sokongan dan macam2 la! Dan aku bersyukur kerana ada ramai kawan2 yang boleh aku ingat pada Allah..Kak Wan as my roomate byk NASIHAT kat aku..(ada orang kata,roomate adalah lebih kurang macam 'suami' atau 'isteri' kita..apa2 pon, kongsi lah dengan roomate..rahsia di bilik pon,jangan sampai orang luar tahu..huhu..) Nasihat dia bukan semua dengan ayat tau..mcm2 cara..huhu.. So,aku sangat bersyukur dapat roomate macam Kak Wan..(jangan kembang2 plak ye Kak Wan..ngeh3) Dan jugak,kawan2 yang aku sering bersama mereka; Kak Haz,Fatien,Izyan,Malar,Imah,Aliya,Kak Yuni,Kak Fiqa..Aku banyak belajar dari kalian..Jazakillah khairon jazak!


***************************

--a big THANKS to Kak Wan..dan aku sandarkan semua ni pada Allah kerana Dia yang mengaturkan segala2nya..a very2 big THANKS to ALLAH!--

"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak"

"okairi!!" :)

aku sebenarnya baru sampai ke bilik lebih kurang pukul 9 pg td dari DS(Darus Sakeenah)..aku tidur disana dek kepenatan yang amat sangat..sebelum ke DS,untuk aku memenuhi undangan open house akhawat disana,aku pergi mengembara 'jauh'..mengembara ke UiTM shah alam je sebenarnya..huhu..dengan kekuatan pacuan kereta antik Munim,kami tiba ke destinasi khusus untuk berjumpa dengan sahabat tercinta,Fauzia..mereka berdua ni sahabat baikku ketika di matrik johor dulu..sahabat2 yang memahami dan menyokong aku tika dalam susah dan senang..Munim,Fauzia,Mira,Ikin,Bear..aku rindu kalian!!


Ketika pengembaraan 2 hari ini,aku tertarik dengan satu topik yang kami bincangkan secara spontan..borak2 biasa je sebenarnya..tengah makan dinner..tiba2,salah seorang dari kami membangkitkan satu cerita..dialog kami begini:


Aku: Korang ingat lagi tak sorang budak masjid ni..muslimat..bla..bla..bla..
(aku describe la sket muslimat tu camane..)

Fauzia: Ooo..ingat2..kite rase,die ade post sumthing kat friendster KMJ..die post pasal 'couple'..katenya,couple tu haram la..xelok la..bla..bla..bla..
(ape ntah lagi yang Fauzia ni cakap..da xingat sbb byk sgt yang die citer..hehehe..)

Aku: Habis,ape respond org lain tentang post tu??
(teringin la nak tahu jugak kan..)

Fauzia: Tula ni..ade yang komen perli2 die..katenye kalau nak tegur orang ke,nak nasihat orang ke,tengokla dulu diri sendiri tu..tengok la dulu pakaian tu dulu..
(aku pon xpasti pakaian dia tu macam mane..dari yang aku faham,mgkn biasa2 je kot sbb bg orang yang komen tu,pakaian dia mcm x sampai piawai nak menegur plak..ape daa..)

**Jap2..silingan..huhu..mesti pelik kan? aku yang utara kan dulu pasal budak masjid tu..mestilah aku kenal siapa..tapi bila kawan aku ni cerita kisah ni plak,rupa2 nya,budak yang diceritakan kawan aku ni lain daripada yang aku utarakan awal2 tu..haishh..aku pon da pening!psl tu aku xpasti pakaian budak tu macam mane..aku pon assume jela berdasarkan cerita kawan aku tu..huhu..

So, kalau betulla ape yang aku assume kan tu..aku jadi hairan la..

Aku: Aik Fauzia?! pelik..apesal plak xleh nak tegur macam tu..bukan salah pon ape yang di tegur..lagipon benda baik kot ape yang die buat..amar makruf nahi mungkar..kenapa?kalau nak tegur orang kene jadi baik dulu ke??kene pakai pakaian tutup litup macam kelambu dulu ke??hurmm...

Fauzia: Entah la kinah..xtahulah saya! (mcm penah dengar je ayat ni..hehe..)


Begitulah alkisah nye perbualan ringkas aku dan Fauzia..aku pon xfaham la dengan mentaliti orang zaman sekarang ni..kalau bab2 tegur menegur yang baik2 ni,mesti kene ustaz-ustazah ke??kdg2 nasihat ustaz-ustazah pon x makan saman..habis tu,macam mane?adakah ia sekadar alasan atau ego dengan diri sendiri?? mungkin dah tahu,tp saje2 nak kondem orang lain..adoi..kalau betulla macam tu,x terhijrah la diri kita ni..

Malam tadi,aku ade baca komik Alwan..sebuah komik dakwah yang menarik..(bagi aku la..) Dalam komik tu,ada cerita pasal seorang yang sangat minat dengan melukis komik kartun dalam menyampaikan dakwah nya..tapi ade yang kondem kate, "Ape laa sangat impaknya dengan  ko lukis komik2 ni semua??ntah2 xde yang bace pon..kan lagi baik ko bagi ceramah ke,khutbah ke..bla..bla..bla.." (Adui..kondem lagi!) Korang tahu ape si pelukis komik ni kate?? Dia kate, "Sekarang ni,sana sini orang bagi ceramah,khutbah semua..kira nya dakwah yang advance2 punye laa..tp manusia sekarang??same je..ramai lagi yang jauh dari simpang kebenaran..ramai lagi yang buat maksiat..so??ape masalahnya sampai nak kondem2 aku lukis komik2 simple ni?? Asal aku ade usaha daripada x de keje nak kondem2 dengan ape yang orang lain buat.."

Tengok tu..ceteknya pemikiran orang sekarang..dalam berdakwah ni,kita xperlu kan sesuatu yang hebat yang tak mampu kita buat..kalau kita mampu berdakwah dengan suara lantang,silakan..dan kalau kita mampu berdakwah melalui bakat seni,silakan..dan kalau kita mampu berdakwah sekadar melalui post artikel di group friendster,juga silakan..ruang lingkup dakwah ni luas sebab Islam itu juga luas..jangan kita sempitkan dengan pemikiran kita yang sempit tu! Sifat ego juga perlu di hakis dari dalam diri supaya kita dapat terima nasihat orang lain dengan rasional..hati biar bersih..xdelah sampai nak kondem2 tak tentu pasal..dan sepanjang perjalanan dakwah ni,aku x nafikan yang kita perlu kan pembaikan diri,peningkatan diri..tambah lagi ilmu,usaha untuk jadi lebih baik,dan menjadi qudwah hasanah untuk mad'u..qudwah hasanah adalah cara dakwah yang paling berkesan seperti apa yang Rasulullah lakukan..ye dok??huhu.. :)

Apa yang dapat aku simpulkan:
>> Berdakwah lah dan sampaikanlah kebenaran mengikut kemampuan kita..seperti hadis Rasulullah,cegah dengan tangan(kuasa)..kalau xmampu,cegah dengan mulut(tegur,nasihat)..dan kalau xmampu gak,cegah dengan hati(benci pada yang mungkar)..nah..kalau xreti nak hujah2 agama pon boleh cegah mungkar gak pe,cegah dgn hati!say no to mungkar!huhu..
>> Sentiasa cuba memperbaiki diri dan menyeru yang lain untuk bersama2 masuk syurga Allah..jangan sellfish ye!! "Islah Nafsak,Wad'u Ghairak","Memperbaiki Diri,Dan Menyeru Yang Lain"

Wallahu a'lam.. :)

p/s: Munim,kita tunggu Fauzia datang UKM plak ye..Fauzia,ktorg tunggu awak datang nih..xde alasan ehh..hoho..

YAKIN? FAHAM?

Tempat: DKG124 (bangunan sains matematik,FST)
Masa: 8 Okt 2009, 8-9pg

"...bila kita buat satu insurans,kita kena baca betul2 apa yang ada dalam polisi tu..jenis kerosakan yang macam mana insurans akan cover bila kita ditimpa musibah nanti..kamu kena kaji betul2..supaya nanti kamu dapat membela diri jika berlaku sebarang masalah..seperti insurans tidak layan aduan kita sedangkan kerosakan itu tersenarai dalam polisi insurans tu..so,nanti kalau buat insurans,jangan lupa apa hak kamu dalam polisi tu..bagi faham betul2 ok.." 

-pensyarah Insurans aku-


*******************************

Aplikasinya:

1) bila ade orang tanye ape2 kat kite tentang agama Islam,tak kira lah muslim atau non-muslim,boleh la nak jawab sket2 kan..jahil2 ilmu agama pon skurang2 nya biar la ade sket ilmu agama di jiwa tu..sbb tu kene paham la agama yang kita anuti ni..bukan setakat muslim pada nama je..

2) bila ade penjual aiskrim suggest kite beli aiskrim oren..pastu kite kate kat die,"saya xnak beli yg oren..saya nak yang coklat tu.." kalau pakcik aiskrim tu desak2 kite beli yang oren (xde keje pe nak desak2..huhu...) even yg tu lg murah,tentunya kite tetap nak beli yang coklat sbb kite dah yakin dan pasti nak yang coklat dgn sebab2 tersendiri contohnye sangat2 suke dgn perisa coklat ke..camtulah..yakin dan faham dgn ape yg dimahukan..
**contoh plg merepek..haha..**

3) bila orang bertanya kenapa pegi usrah..kenapa mesti berada dalam jemaah..kenapa dan kenapa dan kenapa..so, jawapannya??sesiapa yang berada dan ikut usrah ni,mesti bleh jawabkan..kalau korg boleh jwb means korg faham dan yakin lah dgn ape yg korg buat tu..maka teraplikasilah ape yang aku nak sampaikan ni..huhu~

"قال رسول الله (ص) اليقين ايمان كله"
yakin itu adalah iman keseluruhannya

BERHABUK!!! huhuhu~

Bismillahirrahmanirrahim..

ya ampun..kalo korg perasan tarikh yg kat bwh ni,mesti korg setuju punyelah dgn topik kat atas..mane taknye,tahun 2007 kot!huhu..time buat blog ni dulu,saje2 je senanye..title kat atas pon len..kakak nak ajar buat blog,ikot jela..brape umur aku ek time tu??2007..hurm..lepas SPM..time cuti2 tggu result tu kot..time tgh tggu nak masuk matrik..huhu..ehh..bukan la..bulan oktober..so,cuti raye tu..nk dekat ngan final sem1 matrik..hehe..lame dah weii..

nak tau asal x bukak blog ni??psl,aku pon da lupe address blog aku sendirik..hahaha..smalam la..saje2 taip kat search email aku ni > lightofequanimity..then tubik le mende alah ni..akhirnye,aku jumpe jgk..huhu..

tp masalah nye skrg..aku pon xtau nak wat pe ngan blog nih..mgkn akan dibiarkan berhabuk blk kot setelah aku bersihkan die sket2 ni..bg cantik sume pastu aku nk kuar la..bukan ape..aku ni bkn nye pandai tulis2 nih..nak luah perasaan pon aku xreti..kalo cerita sket2 tu boleh la..tu pon kalo ngan kwn2 rapat aku je..ummi pon aku cite gak..sbb nye ummi suke bg pendapat..tp kdg2 aku xsuke gak pendapat ummi..EGO!hehe~

sejak2 ni,aku byk temui kekeliruan yg aku kelirukan sendiri..kire carik masalah la...so,aku dpt simpulkan yg idop aku skrg ni masih byk yg perlu aku belajar dan masih byk yg aku perlu betulkan..byk dosa aku..byk sgt2..kalo aku beritahu kat korg,mesti korg x caye yg aku bleh wat mende2 camtu..tp,nk wat camne kan..jiwa remaja dan yg pasti,x sume manusia tu sempurna..aku mmg menerima byk tarbiyyah yg x sume org lain dpt..mudah sgt perjalanan tarbiyah aku..sangat mudah!tp aku leka..aku lalai..aku xbersyukur dgn semua tu..kalo org yg sgt mencari2 tarbiyah tp susah nk dpt,mesti da ketuk2 kepala aku nih!!psl x gune nikmat ni sebaiknye!!huh~

dah2 la tu..aku bersyukur masih menerima tarbiyyah keluarga,kwn2,akhawat2 yg syg kat aku..aku harap aku tetap thabat dlm ape yg aku lakukan dgn IKHLAS seikhlas2 nye..ameen!

wallahua'lam

"Ya Allah!Kau berilah aku kekuatan dan bimbingan!Janganlah Kau lalaikan aku dgn dunia yg tidak kekal ini.Jangan Kau lalaikan aku dari mengingatiMu.Kau berkatilah hidup aku, keluarga dan sahabatku.Dan Kau rahmatilah kami dengan naungan mahabbah kasih MU,Ya Rabb!!"