| Pengembara . Sebuah . Perjalanan |

"Sesungguhnya seseorang Muslim itu apabila berjalan di Jalan Dakwah, ia tidak berjalan dengan hatinya sahaja tetapi dibawa bersama hati saudara-saudaranya. Justeru itu, setiap pahala yang didapati di sepanjang perjalanannya, pasti akan terbias untuk saudara perjuangannya.."

Pages

Lilypie Kids Birthday tickers

Popular Posts

Bila Hari JUMAAT Tiba~ (Fadhilat surah al-Kahfi)

In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful

Hari ni hari JUMAAT. Satu hakikat yang aku terlupa.

Ntah macam mane boleh terlupa yang hari ni hari Jumaat. Penghulu segala hari. Hari raya bagi seluruh umat Islam. Patut la pelik tak dengar azan zohor dari surau kolej tadi..huhu.. Kebiasaannya, aku tak akan lupa bila hari Jumaat ni tiba. Sebabnya, bila tiba hari Jumaat, esoknya cuti!!..hehehe..

Dan satu lagi, biasanya aku ada agenda tersendiri bila tiba hari Jumaat ni. Iaitu usrah dengan adik2 usrah aku..huhu..Bangun pagi je, fikir nak buat usrah gaya macam mana pulak hari ni..(gaya bebas ke?kuak lentang ke?haha..) Mesej kat adik2 usrah kat mane,kol bape,bla..bla..bla..dtg ke tidak..huhu..macam gitu lah..Tapi sebab kami dah buat usrah semalam,tambah2 dengan study week lagi..Mane taknye aku lupa penghulu segala hari ni tiba. Dok terperuk kat bilik je kan..haha..(lagho btol..aduiii..)


Jom join usrah..huhu..


Ok. Abaikan story kat atas tu. Manusia pelupa memang cenggitu la gamoknye..huhu.. :p


*****************
FADHILAT MEMBACA SURAH AL-KAHFI PADA HARI JUMAAT

Ini lah story yang utama nya. Fadhilat2 kalau baca surah al-Kahfi pada hari Jumaat. Bila tiba hari Jumaat ni, banyak surah yang boleh kita amalkan dengan pelbagai fadhilat masing2. Tapi yang biasa aku dengar, surah al-Kahfi punya fadhilat la. Boleh la kalau ada sape2 nak share fadhilat2 surah lain (^_-)


PERTAMA
Daripada Umar r.a. berkata: Nabi SAW telah bersabda: "Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat." (HR. Ibnu Kathir)

KEDUA
Daripada Mandzur Ibnu Zaid, Ibnu Khalid Al-Juhani dari Ibnu Al-Hussein dari bapanya daripada Ali Marfu'an: "Sesiapa membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat maka dia dihindari daripada segala fitnah selama lapan hari, dan jika al-Dajjal muncul, maka terhindarlah dia daripadanya." (HR. Ibnu Kathir)


Al-Quran dan As-Sunnah sebagai panduan hidup manusia


Rasulullah SAW selalu baca surah al-Kahfi pada malam Jumaat. Means ia adalah satu sunnah nabi. Biasanya orang akan membaca surah Yassin bila tiba malam Jumaat. So, apa kata kalau lepas ni kita tambah dengan surah al-Kahfi. Lebih2 lagi, ia adalah sunnah nabi kita kan?huhu..Selamat Beramal!


***************
Teringat la dulu2, waktu kat madrasah tarbiyyah yang aku rindu (sekolah aku la tu..huhu..), kami sering diingatkan tentang fadhilat ni. Tiba hari Jumaat je, lepas solat Subuh, mesti akan ada yang bangun mengingatkan. Tak pon, lepas solat maghrib,hari Khamis. "..disini ada seorang sahabat kita yang mengajak pelajar banat semua membaca surah al-Kahfi..lepas maghrib ni dah boleh mula baca sebab dah masuk hari Jumaat kan..fadhilat nya,semua tahu.." Masih terngiang2 lagi suara speaker memberi tazkirah..huhu..(serius.aku sangat2 rindu suasana itu! Kalaulah masa boleh diputar kembali..)

Alhamdulillah, tazkirah Allah itu datang tiba2. Kebetulan, bacaan Quran aku masuk surah al-Kahfi hari ni. Maka, berlakulah 'jejak kasih' aku dengan amalan yang dah lama aku tinggalkan..sob..sob..sob.. Jahilnya manusia ni kan. Tapi Allah tetap ada untuk mengingatkan aku tika disini tiada lagi suara2 senior yang membimbing. (Tapi aku tak lupa kawan2 sekeliling yang juga membimbing..huhu..)

Moga DIRIKU dan DIRIMU tetap istiqamah di atas jalan-Nya. Ameen~



p/s: Ni yang buatkan aku nak jejak kasih ke sekolah pulak lepas ni..lama kot tak jenguk sekolah..wuuu.. Kesimpulannya, nak balik umah! hehehe..(sakinah..exam dulu..ngee~ baik!)



5 pendapat pemerhati pengembaraanku:

hmm..insyaALLAH kte cuba amalkn nnt..dan tq gak kpd insan yg mengingatkan inah yg ari ni adela ari JUMAAT.haha

 

haha..sape la agaknye orang tu ye..haha..terima kasih byk2!! :p
(seb bek kite yg tergerak nk tanye ehh..hehe :p)

 

haha..ye la tu.layan je la adik2..:p

 

setahu ana, takde hadith2 lain ttg surah Al-Kahfi ni selain hadith berikut:

Sesiapa membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, dipancarkan cahaya untuknya antara dua Jumaat, yakni selama seminggu.
Direkod dalam Sunan Baihaqi (no: 5792) dan Mustadrak Al-Hakim (no: 3392)

Ibn Hajar kata hadith ni sebagai Benar & Ada Melakukan Kesilapan sbb seorang perawi namanya Nuaim bin Hammad dipertikaikan tetapi Syeikh Albani telah mensahihkan hadith ini.

Selain drpd hadith di atas ana tak pasti pula. Even ada yg kata ada daripada hadith Imam Muslim tapi ana cuba cari sumbernya tak jumpa lagi. Mungkin ada yg lebih berilmu boleh sampaikan.

 

bismillah..

Sesungguhnya Allah dan rasulnya lebih mengetahui..

bukan untuk memenangkan adik sendiri tapi kita boleh rujuk perbahasan panjang mengenai hadith ttg fadhilat Kahfi dlm banyak rujukan, preferably Arab edition (kena faham Arab dululah)

untuk hadith kedua, ana jumpa matan yang sama tapi sanad yang berbeza. juga dituruti beberapa hadith yang menyokong..

وقال ابن قدامة : " ويستحب قراءة الكهف يوم الجمعة ؛ لما روي عن علي رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : " من قرأ الكهف يوم الجمعة فهو معصوم إلى ثمانية أيام , من كل فتنة , فإذا خرج الدجال عصم منه " رواه زيد بن علي في كتابه بإسناده , وعن أبي سعيد الخدري أنه قال : "من قرأ سورة الكهف يوم الجمعة أضاء له من النور ما بينه وبين البيت العتيق , وقال خالد ابن معدان : " من قرأ سورة الكهف يوم الجمعة قبل أن يخرج الغمام كانت له كفارة ما بينه وبين الجمعة , وبلغ نورها البيت العتيق " المغني (3/236-237) , الكافي (1/504) , الفروع (3/160) , المبدع (2/170) , الإنصاف (5/271-282) , منار السبيل (1/105).

wallahua'lam..