| Pengembara . Sebuah . Perjalanan |

"Sesungguhnya seseorang Muslim itu apabila berjalan di Jalan Dakwah, ia tidak berjalan dengan hatinya sahaja tetapi dibawa bersama hati saudara-saudaranya. Justeru itu, setiap pahala yang didapati di sepanjang perjalanannya, pasti akan terbias untuk saudara perjuangannya.."

Pages

Lilypie Kids Birthday tickers

Popular Posts

Era Zionis Kian BERAKHIR

In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful

"Detik-detik kekalahan rejim Zionis Israel semakin hampir"

61 Tahun Nakbah

Kini 61 tahun telah berlalunya Nakbah Palestin, namun rakyat dan negara Palestin terus diganyang rejim Zionis sehinggakan lebih daripada 90% daripada tanah Palestin dikuasai Zionis, Masjid Al-Aqsa yang diberkati terus dicabul kesuciannya, ribuan rakyat Palestin yang tak berdosa merengkok di dalam penjara Israel, ekonomi mereka disekat, jutaan di kalangan mereka menjadi pelarian dan tragedi demi tragedi dilakukan dengan penuh kekejaman terhadap rakyat Palestin.

Penindasan, penodaan dan kekejaman yang dilakukan oleh rejim Zionis ini terhadap rakyat dan negara Palestin telah berlarutan dalam tempoh yang amat panjang. Sudah tentulah ianya tidak harus dibiarkan begitu sahaja.



Pemerkasaan Intifadhah

Kalau 22 tahun dahulunya HAMAS hanya berbekalkan sokongan pemuda dan remaja yang melontarkan batu, namun kini mereka mempunyai bridge ketenteraan yang mampu melancarkan roket sejauh 50 km.

Kalau dahulunya mereka hanya menggunakan kamera usang, namun kini mereka punyai stesen televisyen yang berpusat di Amman, Beirut dan London. Kalau dahulunya mereka hanya punyai pusat tukaran wang, namun kini mereka mampu melancarkan bank nasional walaupun di bawah runtuhan bangunan akibat serangan terbaru. Bahkan media perdana barat kini mengakui peningkatan sokongan masyarakat Palestin yang semakin mantap dan tidak berbelah bagi kepada pimpinan mereka yang dibarisi oleh golongan pemimpin yang kental lagi kukuh kepimpinannya.


Era Zionis Kian Berakhir

Perkembangan mutaakhir memperlihatkan kepada dunia luar tentang senario yang sangat merisaukan rejim Zionis yang kini merasakan bahawa agendanya kini hampir sampai ke penghujungnya. Di antara faktor yang dominan adalah:

  1. Penentangan dan kebangkitan yang berterusan di kalangan rakyat Palestin.
  2. Kebangkitan dan sokongan kepada Hamas secara massa serta kecenderungan kepada kelompok Islam yang bertegas untuk tidak mengiktiraf negara Israel.
  3. Peningkatan kesedaran di kalangan umat Islam dan dunia antarabangsa tentang bahayanya agenda Zionos serta meningkatnya sokongan kepada Palestin.
  4. Berkurangnya bilangan penghijrahan beramai-beramai Yahudi ke Palestin.
  5. Generasi muda Israel tidak lagi menunjukkan minat untuk menyokong apatah lagi berjuang demi agenda politik Zionis.
  6. Pertambahan jumlah rakyat Palestin yang tinggal di tanah jajahan Palestin 1948.
  7. Kegagalan Zionis untuk melemahkan semangat juang rakyat Palestin walaupun mereka telah mencuba dengan pelbagai cara yang kejam dan tidak berperikemanusiaan termasuklah dalam peristiwa yang terkini di Gaza pada awal Januari 2009 yang lalu.

Negara regim Zionis ini juga tidak akan aman dengan permasalahan dalamannya yang semakin memuncak. Apatah lagi dengan suasana sekelilingnya yang sentiasa hangat dengan pertembungan di antara kelompok yang hak dengan kelompok yang batil. Keganasan dan kekejaman rejim yang luar biasa ini menunjukkan tanda jelas isyarat panik lagi terdesak mereka. Agenda Zionis kian berakhir.


Sokongan dan Sumbangan dari Malaysia


Isu Palestin dan bahanya agenda Zionis semakin mendapat tempat di sanubari rakyat Malaysia. Namun kefahaman mengenai isu ini masih perlu diperkasakan lagi melalui penulisan di akhbar dan majalah, ceramah dan pameran serta di media perdana dan alternatif. Sumbangan kemanusiaan, suara di Parlimen serta medan politik antarabangsa pula mesti dipertingkatkan lagi bagi membantu rakyat Palestin yang telah sekian lama tertindas. Tidak keterlaluan jika kita mengatakan bahawa Malaysia seharusnya menjuarai isu sejagat ini, bukan sahaja di kalangan masyarakat tempatan bahkan di persada antarabangsa.


Persoalannya, apakah yang telah dan akan kita lakukan bagi memastikan berkuburnya agenda Zionis ini?


sumber: Majalah Al-Muqawwamah
(terbitan Biro Dakwah dan Penerbitan '09, BADAR, Institusi Pendidikan Hira' 2009)

1 pendapat pemerhati pengembaraanku: