Bismillah..
Tanggal 20 Jun 2010, Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) telah sempurna dilancarkan oleh Presiden IKRAM (2010-2014), Dr Mohd Parid bin Sheikh Ahmad..atau lebih biasa dipanggil ustaz Parid..
buat sesiapa yang taksempat menghadirkan diri ke majlis penuh bersejarah buat seluruh warga ahli IKRAM ini, segala berita dan informasi tentang penyempurnaan majlis, boleh dilihat di sini,sini, dan juga sini..takde lah segala2 nya pon..sedikit sebanyak la info..huhu.. (^_^)v


kulit depan buku pelancaran

Ustaz Zawawi Ali.
ustaz ni lah yang cadangkan nama saya sekarang ni kat abah..
akhirnya..dapat jugak saya tengok secara live time hari pelncaran ni..
suke3.. (^___^)

Dr. Harlina bersama wakil2 negeri IKRAM akhawat

"Ukhuwah Teras Kegemilangan!"
like this picture~ (^_-)v

ucapan perasmian oleh Presiden

selautan ikhwah dan akhawat IKRAM..
untuk pengetahuan, ada lagi satu dewan kat belah belakang..
untuk parents yang bawa anak2 kecil..

sidang media

Tazkirah Tarbawi Perdana: Bekalan di Perjalanan
oleh Ustaz Alias.
sangat berkobar bila ustaz minta pemuda dan remaja yang ada dalam dewan untuk berdiri!

Sheikh Muntalaq tekun mendengar

artis nasyid Saff One mendendangkan lagu rasmi IKRAM

ustaz Hasanudin dari Aqsa Syarif

tayangan video sempena majlis pelancaran IKRAM
rentetan perjuangan ahli2 IKRAM sejak tahun 80-an lagi..

bersemangat melaungkan lagu rasmi IKRAM
sekadar ini jelah gambar2 nye..bukan kamera saya pon..saya rembat dari sini dan sini..kalau nak tengok yang lain2 tengok kat situ jelah ek..hehe..sharing is caring..rembat aja. (^_^)v
sedang saya jalan2 ambik angin kat blog orang, saya terbaca ayat ni pada entry dia tentang pelancaran IKRAM ni..murobbi nya pernah berkata padanya:
"IKRAM bukanlah tongkat sakti, yang dengan kelahirannya tiba-tiba suasana berubah. Yang mengubah suasana adalah ahli-ahli IKRAM yang sanggup melakukan perubahan besar dalam diri mereka dan komitted untuk lakukan perubahan disekitarnya. Jadilah seperti Mus'ab bin Umair."
ya benar..kita sebagai ahli2 nya lah ejen penggerak yang menentukan momentum disekitarnya..Allahu Akbar!
walaubagaimana pun, terdapat banyak lagi pertubuhan atau NGO2 Islam lain yang mempunyai matlamat dan dasar yang sama dengan IKRAM iaitu mendaulatkan kembali Islam di bumi Malaysia yang tercinta ini..justeru antara pendekatan IKRAM adalah bekerjasama dengan mana2 pihak untuk bersama dalam apa2 isu yang berkaitan dengan kepentingan umat Islam. yuk sama2! (^_^)
"Ukhuwah Teras Kegemilangan"
"Brotherhood , The Foundation of Glory"
"ukhuwah yang penuh padat,
moga terus kuat,
moga tetap thabat,
moga terus kuat,
moga tetap thabat,
bergerak di jalan dakwah dengan hebat."
p/s:
-banyak betul link ke page lain kali ni..hehe..
-baru habis satu paper tadi..next paper this friday pulak..ganbatte ne!
-mode = "akhirnya..."
[21jun2010]












