| Pengembara . Sebuah . Perjalanan |

"Sesungguhnya seseorang Muslim itu apabila berjalan di Jalan Dakwah, ia tidak berjalan dengan hatinya sahaja tetapi dibawa bersama hati saudara-saudaranya. Justeru itu, setiap pahala yang didapati di sepanjang perjalanannya, pasti akan terbias untuk saudara perjuangannya.."

Pages

Lilypie Kids Birthday tickers

Popular Posts

'Ala Bashiiroh! (apa tu?)


Bismillah..

alhamdulillah..isnin malam yang lepas, saya dan family berkesempatan mendengar penyampaian secara langsung dari wakil NGO atas kapal MV Mavi Marmara yang menyertai konvoi kemanusiaan LifeLine4Gaza (LL4G)..bertempat di sekolah rendah islam hira' batu belah..wakil tersebut adalah ustaz Hasanuddin dari Aqsa Syarif..kami dapat makluman yang ustaz tu akan datang ke hira' agak lewat..memang bergegas2 jugak lah nak ke sana takut terlepas walaupun sedikit..nasib baik sekolah tu 15 minit je dari rumah..dan kebetulan saya berada di rumah bukan di ukm..dapat la join sekaki :)

saya teliti satu persatu muka muslimat yang datang malam tu..apasal la macam luar biasa je tetamu malam tu..selalu nya, kalau ada ceramah kat sekolah, saya hanya datang menemani ummi dan tentunya tetamu2 yang hadir adalah golongan makcik-pakcik..kalau ada yang Gen-Y tu, boleh la nak dikira dengan jari..dah program makcik-pakcik kot..kami anak2 Gen-Y ni ikut aje mak ayah masing2..huhu..tapi malam tu macam ada selautan akhawat yang saya kenal!


ada program rupanya kat situ..dan saya....saya taktahu pulak program mukhayyam 2 minggu tu dah tukar ke sekolah hira'..eh2,bukan taktahu..tak amik tahu pasal saya konfem2 takdapat join dek tuntutan kelas (takbek ponteng!) dan juga tuntutan keluarga (balik kampung)..ahhh..apa2 pon, yang penting saya dapat lepaskan rindu dengan menatap wajah2 mereka..jumpa kembar saya yang paling best tuh..nape kembar? sebab nama dia Siti Sakinah Mazlan..hehehe.. (^^,)

seriously, sangat seronok............!!

tapi malam2 yang seterusnya saya dah malas nak datang..ehhh..bukan2..segan beno nye sebab takdaftar untuk join..(boleh pulak kan?) haisshhhh....


ok,enough about that.


seronok yang kedua pulak datang..ustaz Hasanuddin mulakan bicara perkongsiannya..lawak jugak ustaz nih..huhu..ustaz takbanyak kongsi rentetan cerita apa yang dah berlaku..yelah,dah tersebar luas pon kan..tapi ustaz lebih suka berkongsi apa yang ada disebalik peristiwa2 menarik tu :)


'ALA BASHIIROH -atas perancangan (yang dirancang)-

apa yang saya faham, ustaz kata semua yang berlaku, bermula dari pelayaran sehingga penyumbatan tawanan kapal Mavi Marmara ke penjara Israel tu adalah atas perancangan yang Maha Besar..kalau kita tengok apa yang berlaku sekarang ni (kecaman hebat dari seluruh dunia ke atas zionis), misi ini dikira lebih dari berjaya..

kapal kena tawan - berjaya!
ahli kapal syahid - berjaya!
kena ikat macam banduan - berjaya!
kena pijak dengan kasut but - berjaya!
kena humban dalam penjara - berjaya!


kenapa berjaya??

kesakitan yang dialami mereka, benar2 membuka mata dunia! setelah sekian lama zionis sepi dari dikecam, dunia kembali bangkit memaki tindakan yang berada di luar sifat2 kemanusiaan..

jika kita lihat 3 objektif utama yang digariskan oleh IHH untuk konvoi ini:

1) untuk bawa bekalan makanan, bahan binaan rumah dan sekolah, rawatan, ubat-ubatan, dll.
2) memecah dan merobohkan pemulauan ke atas Gaza.
3) membuka mata dunia dan meneruskan momentum mempertahankan Gaza.

walaupun taksampai bekalan2 tu, penyerangan ini memang betul2 membuka mata penghuni dunia yang lama lena dari penipuan zionis..mana2 negara yang tak isytihar kecaman terhadap zionis, akan dikecam oleh negara2 lain pula..mesir, barulah nak terkedek2 bukak sempadan Rafah..tu pon taktahu berapa lama..kerajaan Malaysia, ikhlas tak ikhlas kena jugak mengutuk dan mengecam..huhu..ini yang dikatakan, 'ala bashiiroh!


SEGALANYA KEMBALI KEPADA ALLAH

paling saya tersentuh, bab ustaz cerita yang dia kena pijak..memang ahli2 kapal tu disusun berbaring dengan tangan diikat yang sangatlah ketat..kalau gerak sikit boleh melecet..dah la baring himpit2 pastu tentera2 ni boleh pulak meniti2 atas badan2 mereka dengan kasut besar tu..

tapi ustaz kata, time kena pijak tu dia berfikir2.."kaki yang pijak ni, kaki milik Allah..orang yang punya kaki tu juga milik Allah..dan saat kena pijak ni, Allah yang takdirkan.."

segalanya kembali pada Allah swt..ingatan dan sentiasa bersangka baik dengan Allah..jikalau saya lah yang berada ditempatnya............memang Allah beri ujian pada orang yang tepat!


ULANG SEERAH RASUL

ustaz kata lagi, kapal Mavi Marmara ni mengulang seerah Rasulullah saw..yang mana ketika Rasulullah dan umat Islam masuk ke Mekah dengan pakai ihram..Rasulullah masuk ke Mekah secara aman tanpa senjata dengan berpakaian ihram..jika Quraisy menyerang rombongan aman tu, seluruh puak dan kabilah yang bukan Islam akan mengutuk dan mengecam tindakan mereka..


begitu juga dengan kapal Mavi Marmara..yang mana pada perancangan asalnya cuba untuk masuk ke Gaza dengan tanpa senjata dan menunggu di sempadan perairan Gaza berbulan2 sebagai tanda protes dan menunggu support dari antarabangsa yang bukan Islam dan seluruh dunia..ironi nya memang ada persamaan..tapi perancangan Allah itu lebih teliti..support itu datang lebih awal tanpa perlu menunggu dua bulan untuk protes..Allahu Akbar!




banyak lagi yang nak dikongsikan..tapi ini jelah yang mampu untuk disampaikan..huhu..kalau berkesempatan, datang lah dengar sendiri dari mereka2 ni..semua sukarelawan2 ni ada hampir dengan anda..cuma kena carik lah sikit dan alert dengan iklan2 atau makluman..memang mereka bergerak keserata Malaysia untuk meneruskan momentum ni..(ustaz Hasanudin takbalek2 rumah lagi sejak tiba di Malaysia)

seluruh warga dunia bertindak mengecam zionis..anda pula bagaimana? masih dengan dunia sendiri? paling tidak pon, cuba lah mujahadah memboikot 4 produk utama Israel ni --> NESTLE (paling ramai takboleh tinggalkan), LO'REAL, COKE, MCD


anda mampu mengubahnya! (^^,)



p/s: taksabar nak tunggu hari bersejarah Ahad ni..! exam juga jangan dilupakan..4flat! oyeh! (^_^)v



[18jun2010]



4 pendapat pemerhati pengembaraanku:

syukran atas perkongsian kak sakinah..
moga kita dijauhkan dari perkara2 yang mendatangkan kemurkaan Allah..=)

 

afwan mimiemitochondria..huhu.. =)

 

terbagus la kinah =)

 

sharing is caring kan.. v(^_-)v