Salam 'alayk buat semua.
Last week saya sempat pulang ke rumah sekejap. Jumaat malam sampai rumah, petang esoknya dah bertolak balik ke bangi. Tak sampai sehari pon kat rumah. sobs. Sebab malam sabtu tu ada kateebah dengan adik-adik usrah, esoknya pulak ada daurah 'fikratuna' sambil lari-larian ke ukm untuk tuisyen dengan adik-adik tuisyen.
hmm. Rasa macam banyak pulak "adik-adik" :p
Tapi bukan adik-adik yang kat atas tu yang saya maksudkan untuk entry ni. Tapi adik-adik kandung saya sendiri. Sebelum saya jumpa semua adik-adik yang kat atas tu...
*****
Pagi sabtu tu, adik bongsu saya (umai) minta saya buatkan dia telur dadar. ohhhh..saya sangatlah berat tulang nak buat sebabnya sarapan yang ada pagi tadi banyak lagi taknak pulak dia makan. Report kat umi, tapi umi kata buatkan ajelah. Ok, akhirnya saya mengalah. Sebenarnya dia saja nak manja-manja. Yelah, bukan selalu balik rumah kan..
Then, saya ke dapur dan...waaaahhh..! Telur dua bijik dah siap di basuh, pan dah siap kat atas dapur, sudip dah tersedia kat sebelah pan dan marjerin dah siap terbuka ! O_o
Bersungguh betul budak kecik ni nak makan telur dadar di pagi hari yang jarang-jarang saya kat rumah ni. hu.. -_-"
Nak jadikan sketsa nya, umai ni keliru nama telur apa yang ada dalam bayangan dia tu. Mula-mula sebut nak telur dadar, tapi bila saya mula nak pecahkan telur dalam mangkuk, dia halang. Katanya jangan kacau telur tu. Saya pelik sebab telur dadar kan kena kacau dulu? Jadi saya fikir umai mungkin maksudkan telur mata sebab telur mata tak perlu kacau. Terus je masuk kuali. So saya tanya, "umai nak telur mata ke?" "haaaaa, telur mata! yeay, kak nurul buat telur mata.."
Sambil-sambil tunggu telur mata tu masak, maryam (kakak atas umai) datang cakap nak telur mata jugak. Saya suruh dia basuh telur sendiri kalau nak.
Suddenly umai tanya, "kak nurul tak letak garam ke???"
Dah sudah...telur apa sebenarnya yang dia nak ni? Apa sebenarnya yang ada dalam bayangan dia? Saya rasa dia dah mula keliru nama telur dengan bentuk telur yang dia nak. Saya mula lah membebel-bebel macam mak nenek. "Umairah Raihanah, telur mata mana ada garam leeee. Telur dadar ade leeeee..." Dah sudah, dia buat muka sedih sebab dia dapat rasakan telur mata dia yang dah nak siap tu, tawar tanpa garam.
"kalau macam tu, telur yang lagi satu kak nurul buat telur dadar la.."
Haishhhh. Banyak pulak dia punya demand pagi-pagi tu. Kan betul dia keliru. Habis kena bebel banyak la jugak. Free-free je kena tadah telinga. Maryam yang ada kat dapur pon dapat jugak. Tapi dia selamatlah pasal telur dia tengah basuh lagi. huhu.
"nak sangat telur letak garam kan..ha, amek ni masin terus." sambil saya kacau-kacau telur tu dengan garam yang terlebih letak. Mana taknya, telur dadar biasa orang buat 3-4 biji. Ni sebijik je mana tak terlebih? Memang tak sengaja letak..dah tu tengah membebel kan... :p
Saya pon masukkan telur yang dah kacau tu dalam pan. Umai tengok dalam pan rupa telur dadar dia tu. Dah sudah...muka sedih lagi. Maknanya, rupa telur tu masih bukan dalam bayangan dia !
Allahu rabbi. Apa sebenarnya yang umai ni nak sebenarnya? Saya dah malas nak layan, saya suruh dia makan je. Banyak-banyak buat nanti membazir tak habis.
Yang kelakarnya, Maryam terus cancel order telur dia dengan saya. "takpelah kak nurul, maryam buat sendiri lah telur maryam.." haha..takut masin jugak lah tu :p
*****
Akhirnya, umai makan telur yang masin tu tapi tinggal tepi telur mata. hmm. Pelik sungguh. Telur apa yang tak perlu di kacau tetapi masin? Adakah telur mata yang di tabur garam di atasnya? Tak pernah pulak umi buat macam tu. Sejak dari tu saya dah musykil. Apalah agaknya yang dia belajar masak time berkhemah kat sekolah?? hmm.
Kesian pulak saya dengan dia. Tak pasal-pasal je kena dengan saya. Baru nak bermanja-manja kononnya. huu. Lepas tu, haruslah untuk saya pujuk dia. Memang macam tulah selalunya. Pujuk dia lepas marah@bebel@tegur dia. huhu..
Seriously, saya rasa sedih pulak bila fikirkan balik benda alah ni. Umai yang keliru dengan telurnya. Sampai saya pon naik pening dengan dia ni. Nampaknya, saya masih belum memahami adik-adik saya ni.
Adik-adik saya ramai, 6 orang. 3 lelaki 3 perempuan. Yang lelaki ni, dengan hal-hal dan kerenah mereka tersendiri pulak. Tak tahulah apa yang patut saya buat. Nak tolong adik buat telur pon, tak dapat tolong dengan baik. Apatah lagi nak tolong adik-adik yang punya masalah berganda-ganda lagi besar dari hal telur tu. Masalah yang melibatkan masa depan dia. Kadang-kadang terfikir jugak, nak dapatkan 'orang luar' untuk bantu adik saya ni. Tapi siapa? Saya kakak dia, saya lah kena bantu. Tapi macam mana...sedih sangat rasa. Lebih-lebih lagi bila saya tengah tuisyen. Berpeluang bantu anak dan adik orang lain dalam pelajaran mereka, tapi adik-adik saya?
Ya Allah, bantulah adik-adik saya. Berilah kekuatan jiwa kepada mereka. Berilah kekuatan juga kepada saya dan kakak-kakaknya yang lain dalam membantu mereka. Ameen.
Satu je yang saya harapkan. Walau saya jauh dari mereka, mudah-mudahan dengan usaha saya menghabiskan Master ni sedikit sebanyak memberi dorongan dan galakan kepada mereka untuk buat yang terbaik malah lebih baik lagi. Barulah saya boleh rasa sedikit lega dari perasaan yang bersalah ni. At least I do something here for them. :')
Satu je yang saya harapkan. Walau saya jauh dari mereka, mudah-mudahan dengan usaha saya menghabiskan Master ni sedikit sebanyak memberi dorongan dan galakan kepada mereka untuk buat yang terbaik malah lebih baik lagi. Barulah saya boleh rasa sedikit lega dari perasaan yang bersalah ni. At least I do something here for them. :')
p/s: ni belum tambah 'adik-adik' untuk kelas tutorial saya. hu.. sedihnya. T_T




