| Pengembara . Sebuah . Perjalanan |

"Sesungguhnya seseorang Muslim itu apabila berjalan di Jalan Dakwah, ia tidak berjalan dengan hatinya sahaja tetapi dibawa bersama hati saudara-saudaranya. Justeru itu, setiap pahala yang didapati di sepanjang perjalanannya, pasti akan terbias untuk saudara perjuangannya.."

Pages

Lilypie Kids Birthday tickers

Popular Posts

Jika Hatiku Sebesar Cawan

In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful


Saya ada membaca sebuah majalah Darul Quran. Roomate saya bagi. Dalam tu ada sebuah kisah menarik yang ingin saya kongsikan bersama disini. Kisah yang ringkas tapi padat dengan maksud tersirat. Tapi kisah ni, saya bawa dengan bahasa saya sendirilah sebab malas pulak nak taip sebijik2.hehe..

**********

Ada seorang lelaki. Dia sering berkeluh kesah kerana dia merasakan, sepanjang hidupnya tidak merasa ketenangan yang sebenar. Pelbagai masalah sering datang bertimpa2. Hatinya tidak pernah sepi daripada merasakan kerisauan. Fikirnya, tuhan tidak pernah sudi meminjamkan kedamaian hati padanya. Cembura melihat rakan2 disekeliling asyik bergembira, bergelak ketawa sedangkan dirinya??

Suatu hari dia berkeputusan untuk berjumpa dengan seorang lelaki tua di hujung kampung. Sebabnya, dia dapat melihat pantulan kedamaian dan ketenangan dari raut wajah tuanya. Senyuuumm je memanjang.(bukan gila ok..huhu..) Tapi hidup susah. So, lelaki tu pon pergi lah berjumpa dengan lelaki tersebut untuk minta tips2 sikit. Mane tau berbaloi kan..


Sesampai je kat sana, dia pon menyatakan masalah dia dan menyatakan hasrat dihati nya. Pastu, lelaki tua tu suruh dia buat apa tau?? Lelaki tua tu pon suruh dia ambil sebiji cawan dan 2 paket garam. Then, lelaki tua tu bawa dia ke tepi kolam air. Dia pon pelik la. Apasal tetiba bawa dia ke kolam pulak? Dengan cawan la..garam la.. Tapi dia ni layan jela lelaki tua ni kan.

Arahan seterusnya, lelaki tua tu suruh dia masukkan sepaket garam dalam cawan yang sudah berisi air pastu lelaki tua tu suruh dia rasa air garam dalam cawan tu. Masin gila!! (tak caye, korang try la buat..cawan saiz biasa je ye..bukan cawan orang gergasi punye..huhu..)

Kemudian, lelaki tua tu suruh dia tabur sepeket garam lagi kat dalam kolam air dan rasa plak air kolam tu. Rasanya pastilah lebih tawar dan tak masin pon.

**********

So, sahabat2..

Apa pengajaran yang kita boleh kutip daripada kisah kat atas??

Garam umpama masalah.
Cawan dan kolam pula umpama hati.

Setiap orang pasti mempunyai masalah, dan di uji dengan pelbagai masalah.

Tapi...kita punya dua pilihan...

Jika hati kita sebesar cawan...
>> kita akan merasai 'masinnya' masalah itu. Pedihnya hati kita dan keluh kesahnya kita.

Jika hati kita sebesar kolam...
>> segala masalah yang datang tidak akan menggangu kita. Kita masih boleh senyuuuuuuuumm je. Sebab kita akan mengerti bahawa masalah hadir bukan untuk menyusahkan kita. Masalah dianugerahkan untuk kita berfikir, muhasabah diri, koreksi iman semula. Masalah dan ujian akan memberi hikmah kepada kita.

Apa yang lelaki tua tu beritahu kepada lelaki tadi, lelaki tua tu sentiasa berlapang dada dan membesarkan jiwanya jika ada masalah..supaya dia boleh berfikir tentang perkara2 lain dan masih boleh memberi kebahagiaan pada dirinya. Lelaki tua itu tidak sekali2 membiarkan hatinya kecil seperti cawan sehingga dia tidak mampu untuk menanggung perit sendiri. Begitulah kisah nya... :)

Tapi kadang2 kene sedar gak. Kalau rasa dalam hidup tu tak ada masalah langsung, itulah masalah besar sebenarnya! Lagi2 kalau tak dapat identify masalah sendiri. Parah tuuu... Adalah tu slack kat mane2..hehe..

"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?. Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta”.
(Surah Al-Ankabut : 2-3)


p/s: doakan kesihatan roomate saya ye..dia tengah batuk2..tetibe teringat time demam 5 hari lepas jadi PC untuk minggu MMP..huhu..hargai nikmat sihat anda! :)

3 pendapat pemerhati pengembaraanku:

kinah..immpresive!!bombastic article btw...
begitulah kita dalam kehidupan ini..setiap perkara itu, adalah baik nya...kena sntiasa bersabar...:D

 

mcm ade sequence dari entry ko yg terbaru la tin..huhu.. :)

 

yeker?boleh la kot...huhu:D
(chuckle)