| Pengembara . Sebuah . Perjalanan |

"Sesungguhnya seseorang Muslim itu apabila berjalan di Jalan Dakwah, ia tidak berjalan dengan hatinya sahaja tetapi dibawa bersama hati saudara-saudaranya. Justeru itu, setiap pahala yang didapati di sepanjang perjalanannya, pasti akan terbias untuk saudara perjuangannya.."

Pages

Lilypie Kids Birthday tickers

Popular Posts

[MUKHRIN 09] "Ya Allah, kuatkan lah ikatannya!"


In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful

^____^
[Semua senyum dulu ye pagi2 ni..huhu..]

Assalamualaikum wbt..
Senyum dah? bagus3..
Sejak berbuka puasa dengan budak2 kolej semalam, badan rase tak berapa nak larat..
Takkan la sebab puasa kot kan..dengan izin Allah kene selsema la plak..
Tak pe sakinah..kafarah dosa tu..ameenn.. =)
Dalam keadaan rase cam nak demam ni, saya nak sambung jugak la perkongsian Mukhrin sket..sebab tak nak layan sangat sakit2 ni..nanti demam 5 hari lagi kang..takmo2..tobat..

Yang ni the second last episode..insyaAllah..
Pastu nak edit proposal ko-k yang dikomen sebagai proposal "kanak2" semalam..haha..

^____^

***********

Seperti arahan ketua komanden akhawat, kak Nurul, kami diminta menukar pakaian kami kepada pakaian yang sesuai untuk masuk hutan. Haaa..cuak la tu semua. Rilek2..dalam hutan ade pokok je..(ye je..) Lepas semua ikhwah dah sampai, ketua komanden, akhi Aizudin, briefing sket aktiviti ke hutan jap lagi. Rupe2nye, kami masuk hutan sebab nak main compass marching. Best sangat! Dah lame tak main compass marching. Dulu time kat sekolah pernah la main, tapi dah lame sangat. (waa..rindu kat sekolah laa..)

briefing pembukaan dari ketua komanden

Ketua komanden brief sket2 je. Yang ajar kami cara2 nak main compass marching tu adalah trainer kem tu sendiri. Kite serahkan pada yang pakar je la kan. Senang. Wah..nampak macam mudah. Teori..memang macam senang. Bila dah masuk hutan..tau lah macam mane.

Sebelum kumpulan pertama bertolak masuk ke hutan, fasi mengajak kami berdoa untuk menghindarkan diri dari sebarang kecelakaan atau binatang buas di dalam hutan. Doa tu kene tolak2 tanah. Macam mane ntah. Dulu pernah buat gak time form 1, seblom panjat bukit Jeram. Tapi dah tak ingat. (apelah sakinah ni..semua lupe..haihh..)

ready untuk masuk hutan ^_^

briefing~

Memang betul la..praktikal tak semudah teori. Yang dah pernah main pon boleh buat silap. (that's me :( ) Macam mane ntah, saya tak yakin dengan arah yang saya dapat. Ni gara2 pakcik tula. Main sergah2 je (salah kan orang plak ek..). Hurm, anyway, kami dapat buat dengan baik even kene marah2 ngan pakcik2 trainer tu. Mana taknye, akhawat lepas dulu, tapi ikhwah sampai dulu. Alaa..kitorg bagi can je sebenarnya..hehe..(alasan~)

lebih kurang macam ni lah rupa compass yang kami gunakan..

1) tengok degree yang diberi dalam map.
2) pusing yang hitam tu sampai degree yang diberi selari dengan skala.
3) gerakkan compass sampai jarum merah selari dengan garisan merah dibawahnya.
4) then boleh jalan ikot anak panah yang besar sekali kat depan tu.
5) jalan terus je ikot arah tu sampai jumpe next checkpoint.

Faham tak? ni baru teori..kalau teori pon dah susah, praktikal laaaagi susah. (atau saya tak pandai explain?? huhu..nanti belajar lah ye..) Tambah2 plak dengan satu kumpulan ade 10 kepala. Yang tu kate macam ni lagi baik. Yang ni kate macam ni lagi baik. Bincang bukan main lama. Bak kate pakcik trainer tu, "kamu ni cakap je banyak dari tadi..tindakan nye takde!" adoii..

But its ok. Sepakat membawa berkat. huhu.. Kami ada cara tersendiri dan alhamdulillah, ok. Selamat jugak sampai. Kadang2 kite kene buat2 tuli je dengan orang sekeliling yang nak ganggu gugat. Pakcik2 tu saje je nak kacau kitorang. Tu yang malas nak layan. And satu je yang saya lega lepas keluar dari hutan..pacat tak ada! hehee.. :p

keluar dari hutan~

Lepas keluar hutan, kelaparan menyengat. Memang lapar dan penat. Tapi kami diuji pulak dengan task yang seterusnya. Ingat lagi barang2 yang kami kene beli? Yogurt..minyak..pucuk tauhu.. Haaa..semua tu bahan2 untuk dinner kami. Kene masak la...ape lagi...benda wajib kalau camping..

Setiap kumpulan dapat arahan dalam sampul yang berasingan. Tapi arahan semua sama je. Ade ayat trick sket dalam arahan tu. Dan kami faham yang ajk bukan nak kami masak asing2. Tapi masak sama2. Kami kene hasilkan 3 lauk secara bersama.

Bahan2 yang ade ni plak, sebahagiannya mesti guna habis dan boleh letak dalam satu lauk je. Sebahagian lagi, boleh kalau nak gunakan untuk semua lauk dan tak perlu habiskan. Ni belum masak lagi. Nak bincang lauk yang memenuhi syarat2 tu pon dah makan masa. Lagi2, kami tak ade ketua. Tak lantik pon sape2. Memang kene marah ngan ajk bab yang ni. Takde yang nak lead, macam mane nak bincang??? Kami terlupa sangat2 yang tu. Alhamdulillah kak Ila terus lead kami. Bagus la kak Ila.. =)

Seblom mula masak, ajk kene approve dulu pulak. adehh..macam2 la..perut dah lapar. Tapi, satu je. Ukhuwwah. Bukan kite sorang je yang lapar. Semua lapar. So, bincang baik2, masak sama2, pastu makan sama2 k.. Sedap tak sedap, semua makan je..time2 camni, jangan nak banyak songeh. huhu..

sila2..nak beli yang mana..
siput sedut ade..tempe ade..cili ade..bawang ade..
haaa..perut lembu tak ade ye sbb tak jumpe (seb baik! kalau tak, mesti jadi bahan yang wajib masak..)

Alhamdulillah. Lauk yang 'saaaangat sedap'. huhu.. Nasi pon masak cantik je. 'Tak jelatah' langsung! haha.. Nasib baik tak de yang keracunan makanan. Semua kebal2. :p

Lepas menunaikan solat maghrib dan isya' berjemaah, kami ade slot perkongsian. Setiap kumpulan ade cerita die masing2. So, kene kongsi ape yang mereka dapat di sepanjang perjalanan dakwah mereka. Tapi tak banyak yang dapat kongsi sebab masa limited. Semua pon dah penat. Bukaan mata pon separuh je..ngantok.

Kesimpulan sendiri:
1) Compass marching mengajar saya yakin dengan keputusan saya. Tak boleh teragak2. Bila yang memegang compass teragak2, yang lain pon tak yakin dgnnya. Sekali je saya cuba, pastu tak nak buat dah. Takut kumpulan saya sesat. (ish..)
2) Jangan peduli dengan orang sekeliling yang cuba nak jatuhkan kita. Selagi apa yang dibuat tu betul, buat je. Nak perli ke, ape ke..biarkan. Kalau ade teguran yang baik tu, ambil lah.. (semalam rase macam kene perli je ngan KE..huh~)
3) Ape yang penting?! kerjasama..! dan lagi satu, yang penting, lantik seorang ketua dan patuh pada arahan ketua.
4) Tak boleh selfish. Terima je ape yang ade ye.. =)

Saya sedar bahawa aktiviti2 kali ni lebih menjurus kepada kesefahaman dan kesatuan dari semua. Bukan dalam kumpulan sahaja.

"Ya Allah, kuatkan lah ikatan hati2 kami!"

[Doa Rabithah by Izzatul Islam]

Sesungguhnya Engkau tahu
bahwa hati ini telah berpadu
berhimpun dalam naungan cintaMu
bertemu dalam ketaatan
bersatu dalam perjuangan
menegakkan syariat dalam kehidupan

Kuatkanlah ikatannya
kekalkanlah cintanya
tunjukilah jalan-jalannya
terangilah dengan cahayamu
yang tiada pernah padam
Ya Rabbi bimbinglah kami

Lapangkanlah dada kami
dengan karunia iman
dan indahnya tawakal padaMu
hidupkan dengan ma'rifatMu
matikan dalam syahid di jalan Mu
Engkaulah pelindung dan pembela

**lagu tema MUKHRIN**


"kak Ila, dalam tentatif tu kate esok kite ade aktiviti ape ye?"

"owh..esok kite akan buat rakit katenye..pastu penutup.."


...bersambung di: [MUKHRIN 09] "10 minit atau 3 hari???"

4 pendapat pemerhati pengembaraanku:

salam....pndai kinah msak!!hehe...nnt beli bhn2 tuu..msak utk ak..nasi ak msak..ak da tau msk nasi...hehehe

(chuckle)

 

wsalam..

owhh..biasalah..bab masak2 ni,ak mmg pakar..kan mak ak dah bitau ko yg ak dah boleh kawen..huhuhu..ahaks~ (masak untuk kawen je kew??no,no,no..) :D

bagus tin..ko da pndi masak nasi..ikot jejak langkah ak dgn baik..gud job!hehehe.. :p

 

tu la inah..suh amik geology taknak..kalau tak.setakat tgk kompas?? sebelah mata je..hehe

 

eleh..sejak bile ntah soh kite amek geology tu..alaa..tak yah amek geology pon boleh main lagi laaa..salah2 tu biasalah..haha.. :p