In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful
Assalamualaikum wbt.
Salam 1Aqidah.
Salam Ukhuwah.
Salam Perjuangan.
Salam Mujahadah.
Oleh sebab sekarang tengah panas untuk PRK..saya tambah sikit lagi.. =)
Salam Mahasiswa.
dan
Salam Pilihan Raya.
(jangan lupa turun mengundi esok ye..khusus untuk warga UKM sahaja)
eceh~dah macam nak berpidato je cik kinah ni..kat blog sendiri boleh la..huhu.. =P
Entry kali ni, saya nak kongsi satu video yang saya peroleh dari ukhti Ain..dapat time pergi PPN hari tuh..
Bila tengok video ni kan, saya rasa..hurm...entahlah..tak dapat nak diungkap dengan tulisan mahupun kata2..
Jadi, sahabat2 semua tengok lah sendiri..
Mungkin menusuk ke kalbu anda..
(bak kate Dr.Ummul, pensyarah PBT saya..huhu..)
Terutama buat semua muslimin dan muslimat yang sedang berjuang sehabis2nya di medan PRK kali ni..
Dan juga buat akhawat2 saya yang sangat saya sayangi..
Tak lupa buat sahabat2 yang lain, tidak kira dimana anda berada selagi kita berjuang dalam 1Aqidah..
(walaupun nak loading nye lama, tengok tau sampai habis!)
[Pasrah Epilog Mujahid]
Angin malam bertiup lembut
Bersama kedinginan
Menyapu wajah-wajah mujahid
Demi perjuangan
Tidak mereka lalaikan Allah
Walau sebentar jua
Menjadi muqarrabin adalah cita
Melalui mujahadah
Angin malam bertiup lembut
Kini hangat pula
Bersama-sama darah mujahid
Syuhada' fi sabilillah
Apalah dunia pada mereka
Dibandingkan syurga
Bersama kekasih Allah
Muhammad, utusan akhir zaman
Wahai mujahid Allah
Tenangkan hatimu!
Wahai mujahid Allah
Teguhkan citamu!
Wahai mujahid Allah
Bukankah Allah telah berjanji
Syurga firdaus milikmu?
Bukankah Allah telah berjanji
Syurga firdaus milikmu?
Untuk PRK di UKM kali ni, saya cuba untuk sertai.
(bukan calon ye..huhu)
Walaupun saya tidak kenal ramai daripada mereka,
saya cuba untuk bekerja bersama mereka.
Berkempen sekadar mampu, membantu mana2 yang perlu.
Sebab saya tahu, kami memperjuangkan perkara yang sama.
Dan saya dapati bahawa, saya sangat kagum dengan semangat mereka!
Tak kira apa pon yang telah, sedang atau bakal berlaku nanti,
yakinlah bahawa jalan yang kita lalui ini,
tidak pernah wujud istilah kalah..
Kita tetap menang,
jika tidak di dunia,
di Akhirat itu pasti.
InsyaAllah.
"Dan janganlah kamu mengatakan terhadap orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati, bahkan mereka itu sebenarnya hidup, tetapi kamu tidak menyedari."
(al-Baqarah:154)
"SELAMAT MENGUNDI.UNDILAH CALON MAHASISWA ANDA.BERSATU BERUBAH!"
peace,no war (^_^)V


4 pendapat pemerhati pengembaraanku:
http://cintasuciperawansufi.blogspot.com/2010/01/7-q-hukum-mengundi.html
assalamualaikum sakinah..xnk laa satu2..hehe..
wahh...da mngundi daaa..
ap2 ponn..mmg lmbt aa buffering nii..hihi..bersbr mnunggu..
waalaikumussalam fatien adibah..
huhu..SATU kesabaran..bagus3!! (^^,)V
teruskan thabat.. 1aqidah?
Post a Comment