| Pengembara . Sebuah . Perjalanan |

"Sesungguhnya seseorang Muslim itu apabila berjalan di Jalan Dakwah, ia tidak berjalan dengan hatinya sahaja tetapi dibawa bersama hati saudara-saudaranya. Justeru itu, setiap pahala yang didapati di sepanjang perjalanannya, pasti akan terbias untuk saudara perjuangannya.."

Pages

Lilypie Kids Birthday tickers

Popular Posts

[Palestin] Istiqomahlah mendoakan mereka..bukan mengikut musim!!


In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful

Assalamualaikum wbt.

Hati saya terdetik untuk memanjangkan kenyataan akhbar yang saya baca dari Malaysia Harmoni ini. Saya mendapat email dari kak Saidatul mengenai isu ini dan meminta supaya dipanjangkan email tersebut kepada adik2 usrah. Harap dengan entry kenyataan akhbar ini, dapat juga saya panjangkan kepada yang lain selain adik2 usrah saya sendiri.

**********

KUALA LUMPUR, 5 Januari – Pusat Kecemerlangan Palestin (PACE) melahirkan rasa dukacita yang amat sangat berhubung tindakan kerajaan Mesir menghalang konvoi bantuan kemanusiaan, Viva Palestina 3 (VP3) yang cuba memasuki negara itu dalam perjalanan ke Gaza. Pengarah PACE, Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor hairan dengan pendirian kerajaan yang dipimpin oleh orang-orang Islam itu dan mendesak mereka mempamerkan rasa persaudaraan seagama di samping nilai kemanusiaan sejagat terhadap penderitaan penduduk Gaza.

aKenyataan tersebut dibacakan oleh Timbalan Pengarah PACE, Dr Ir Selamat Aliman (gambar) dalam satu sidang media yang diadakan di Pusat Komuniti Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) di Taman Melawati di sini.

Konvoi VP3 yang diterajui oleh ahli parlimen British, George Galloway membawa 240 buah ambulans dan kenderaan yang memuatkan makanan, ubat-ubatan dan barang-barang kepeluan asas lain sumbangan masyarakat antarabangsa yang prihatin. Rakyat Malaysia melalui PACE dan Federation of Islamic Medical Associations (FIMA) serta orang perseorangan di bawah Viva Palestina Malaysia (VPM) turut menyumbangkan empat buah ambulans dan bantuan kewangan , manakala lima buah ambulans lagi disumbangkan melalui inisiatif mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun, konvoi yang telah tiba di Aqaba, Jordan tidak dibenarkan masuk ke Mesir oleh kerajaan negara terbabit melalui pelabuhan Nuweiba di Laut Merah. Alasan-alasan yang direka oleh pihak berkuasa Mesir menyebabkan konvoi tersebut terpaksa berpatah balik ke Syria untuk masuk melalui Laut Mediterranean dan pelabuhan al-Arish yang jauh lebih kecil daripada Nuweiba. Untuk pertukaran ini, sebanyak lebih USD500,000.00 diperlukan kerana VP3 terpaksa menyewa 3 buah feri dan perjalanannya juga sangat jauh.

aSelain itu, kerajaan Mesir turut mengenakan dua syarat yang tidak masuk akal iaitu VP3 mesti melalui menyalurkan segala bentuk bantuan melalui badan dunia, UNRWA (United Nations Relief and Works Agency) di samping meminta izin daripada Israel terlebih dahulu untuk memasuki Gaza.

“Adalah satu penghinaan untuk meminta izin daripada entiti Zionis yang menjadi punca kepada kepungan dan penderitaan rakyat Gaza selama ini,” kata Dr Hafidzi.

Pengarah PACE itu menambah, kerajaan Mesir kini bertindak lebih kejam dengan menanam kepingan keluli sedalam 20-30 meter dengan tujuan menutup laluan terowong bawah tanah ke Gaza, satu-satunya ruang yang masih wujud untuk membawa masuk barang-barang keperluan asas ke wilayah tersebut. Justeru, PACE mengajak masyarakat antarabangsa untuk mendesak kerajaan Mesir supaya menunjukkan rasa persaudaraan dan kemanusiaan itu.

PACE seterusnya menuntut agar kerajaan Mesir:

1. mengizinkan konvoi VP3 memasuki negara itu, malah memudahkan lagi dengan menyediakan bantuan logistik dan sebagainya.
2. mengizinkan sukarelawan dunia yang berada di Kaherah untuk menyertai perrakan keamanan di Gaza sebagai tanda sokongan terhadap penduduk Gaza.
3. menghentikan kerja-kerja menanam kepingan keluli dalam tanah. PACE menyokong kenyataan Presiden Kesatuan Antarabangsa Ulama Islam (IUMS), Prof Dr Yusuf al-Qardawi yang menyeru seluruh rakyat Mesir bangkit mendesak kerajaan mereka menghentikan aktiviti kejam ini dan menyeru Liga Arab serta Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) untuk campur tangan.

aPACE turut membidas kedutaan Mesir ke Malaysia yang memberikan berbagai-bagai alasan untuk mewajarkan tidakan kerajaan negaranya menyekat konvoi VP3 tersebut.

PACE juga menyeru rakyat Malaysia supaya menyokong sebarang inisiatif yang mendesak Mesir supaya tunduk kepada desakan masyarakat antarabangsa berkenaan isu ini.

Dalam sidang media tersebut juga, PACE yang mewakili JIM telah menyerahkan sumbangan RM50,000 kepada Viva Palestina Malaysia. Sumbangan telah disampaikan oleh Presiden JIM, Zaid Kamaruddin kepada Setiausaha Agung VPM, Azura Banu.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Felow Kanan PACE, Ir Megat Shariffudin Ibrahim, wakil Haluan Palestin, ahli-ahli jawatankuasa PACE dan VPM serta wakil-wakil media seperti Bernama, RTM dan Utusan Malaysia. Majlis dipengerusikan oleh Felow Kanan PACE, Norazian Anidin.

Orang ramai boleh memanjangkan bantuan kewangan kepada konvoi Viva Palestina melalui Tabung Palestin yang diwujudkan khas untuk tujuan ini. Sumbangan boleh dilakukan dengan memasukkan wang ke dalam akaun khas Maybank, nombor akaun 562209608847 atas nama Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia, dengan menyatakan sumbangan khusus untuk Viva Palestina 3. Slip deposit hendaklah difakskan ke talian 03-41071754 dan sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Md Nasir Tampol di talian 03-41089669.


dipetik dari: http://www.malaysiaharmoni.com/index.php/nasional/nasional-category/216-pace-desak-mesir-pamer-sikap-kemanusiaan

************

Wahai saudara2 seAQIDAH!!

Istiqomahlah dalam memanjatkan doa buat Mujahideen di Palestin.

Bukan dengan berMUSIM!!

Sesungguhnya mereka akan menuntut dari kita di akhirat kelak di hadapan Allah swt. bagi sesiapa yang tidak mempedulikan nasib mereka disana.


0 pendapat pemerhati pengembaraanku: