In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful
Ambil masa sikit lah untuk sambung perkongsian mukhrin ni.. =)
Jom baca...( kalau nak baca lah.. :) )
***********
Serius. Arahan semakin serius. Email yang kami terima mengandungi satu senario yang berbunyi:
"Antum telah tamat pengajian dan telah mendapat tawaran kerja di Daerah Cheras. Antum perlu berpindah ke Daerah tersebut untuk memenuhi tuntutan kerja, dalam masa yang sama antum merasa penting untuk terus istiqamah dalam tarbiyah dan dakwah. Untuk kesinambungan tarbiyah antum, antum telah dipesan untuk menghubungi 2 orang akhawat yang tinggal di daerah tersebut."
1) Akhawat pertama merupakan isteri kepada Timbalan Yang Di-Pertua (TYDP) JIM Cheras Sesi 2010.
2) Akhawat kedua merupakan Bendahari Wanita JIM KL Sesi 2010.
Aiseh. Kami tak kenal mereka ni. Ni lah padahnye. Mentang2 bukan akhawat di daerah kami. Lagi2, keduanya adalah makcik2. Laaaagi lah tak kenal. huhu.. Tiada sebarang maklumat mengenai kedua2nya langsung. Dan yang lebih parah lagi, arahan serius ajk - kami kene tiba disana tepat kol 8! Masa yang tinggal tak sampai sejam untuk tiba tepat pukul 8. First, kene cari nama mereka dan no fon untuk kami hubungi. Second, kene tahu alamat rumah. Then, nak kene cari jalan ke sana pulak (driver la paaaling gelabah sekali..wuuu..). Plus minus semua, tak mungkin la..tak mungkin kami dapat tiba sane tepat pukul 8. So, dengan 'tenang'nya, kami syura untuk maghrib dulu baru jalan sambil2 hubungi siapa2 yang tahu.

Dengan berbekalkan tawakkal 'alallah, kami bertolak keluar dari kajang. Tapi tak de arah tuju yang tepat lagi. Masih mencari siapakah mereka berdua. Saya memandu kereta dan yang lain dah macam dalam ofis dah. Tepon sane, tepon sini. Saya senyum sendiri jela... (untuk mengubat rase tension dalam diri). Sakit mata la drive malam2. Silau saya agak tinggi. But its ok. Sebabnya, baru lah saya tahu yang saya dapat atasi kesilauan mata ni. =D
Yang lain masih terus berusaha. Saya berhenti mengisi minyak kereta dulu. Takut2 sesat ke nanti, minyak tak de plak. Baik isi penuh2 dulu (bekalan ni..huhu). Then, kami dapat maklumat mengenai akhawat pertama iaitu makcik Ila. Dan alhamdulillah, makcik Ila bagi direction dengan baik sekali kepada saya. Satu simpang pon saya tak terlepas. huhu.. Kesian makcik Ila melayan kerenah saya yang tak tahu jalan ni. hehe.. Lepas ni, dah boleh dah kalau nak pergi lagi. Saya dah tahu jalan! =D


Rumah makcik Ila berpagar kayu katenye. Tengah2 mencari rumah makcik kat perumahan tu, ternampak la makcik melambai2 ke arah kami. Dah tunggu kat luar rumah rupanya! Segan~ sebab lewat sampai..pukul 9 lebih kot..mesti da tunggu lama..waa.. Dah la tengah risau sebab tak dapat hubungi makcik yang seorang lagi iaitu makcik Umi. Mesti laaaaagi la lama die tunggu. adoi..
Masuk rumah makcik Ila dulu la. Mungkin boleh dapat maklumat dari makcik Ila. Then, makcik Ila kate, rumah makcik Umi tu, jalan kaki je pon boleh. Dekat sangat. Rumah Dr. Harlina pon dekat2 situ je rupenye. Tapi ikhwah yang diarahkan ke sana kot. Saya borak2 kejap dengan makcik Ila. Dia kate, mereka diberitahu bahawa kami akan tiba around 5pm. Lamenye mereka tunggu~malu~huhu..

Lepas kami hubungi makcik Umi, saya dan kak Azie bergerak ke rumah makcik Umi. Malam ni, kump kami kene berpisah. 2 orang di rumah makcik ila, dan 2 orang lagi di rumah makcik Umi. Setibanya di rumah makcik Umi tu, alangkah terkejutnya saya! Tahu kenapa? Kat rumah tu terdapat 'selautan tshirt'! Berlambak2 tshirt2 labuh di setiap sudut rumah tu. Naik tangga, ada lagi kat tepi2 tu. hehee.. Pakcik Nazeli dan makcik Umi ni pon kate mereka lama menanti kami2 yang tak kunjung tiba dari asar lagi. Kesian pulak rasa. Dah la tunggu kami lama, siap simpan makan malam lagi. Saya dan kak Azie pon ape lagi.. makan.. makan.. makan.. borak.. borak.. =P
Borak punye borak, rupe2 nya, mereka adalah mak dan ayah saudara kepada kawan sekolah rendah saya dulu. Fatah namenya. (actually, saya kenal camtu2 je, tak pernah bercakap pon..sbb Fatah ni budak kelas pertama..saya ni....takat kelas kedua,ketiga je..huhu..) "Haah la pakcik..muka pakcik ada rupa dia!" hehe.. Habis saya interview pakcik tu pasal anak sedara die. Eh2, bukan2. Pakcik tu yang cerita, saya pon dengar lah.. :P
Sporting seh pakcik makcik ni. Anak2 mereka pon sporting. Banyak betul adik2 tu nak bercerita dengan kami. Sampai kami tak terlayan sebab penat sangat. But, our mission still tak complete lagi ni..kene interview mereka. Banyak la soalan2 yang kami kena tanya. But, alhamdulillah.Banyak yang ditanya, banyak jugak la yang dapat kan? Memang banyak perkara berharga yang diperoleh. Nasihat dan pengalaman pakcik dan makcik insyaAllah akan saya jadikan teladan dan pedoman di sepanjang jalan dakwah dan tarbiyah ini. Pakcik ada menyebut satu kata2 yang diungkap oleh Hassan al-Banna; "Berilah kerja2 dakwah ni kepada orang2 yang sibuk nescaya mereka dapat menguruskannya kerana dah terbiasa dengan disiplin." (ooohhh....patutla laju je "mereka2" tu buat kerja...) Em, banyak lagi lah nasihat. Pasal menjaga kebajikan ikhwah akhawat lain, baitul muslim, pastikan diri sentiasa diikat dengan dakwah, dll. Kalau nak tahu lebih banyak, kene la tanya saya sendiri ye..tak larat den nak taip..heheh.. =D
Lepas dah habis 'mengganggu' mereka dengan soalan2 'panas' kami, belek2 jap baju2 kat ruang tamu tu. huhu.. Naik atas je, terus terlelap sebab tersangat2 la letih. Kesian Khadijah ngan Fatimah sebab kami tak dapat nak layan cerita2 dorg.

Esok pagi2 kami bangun untuk siapkan laporan untuk di emailkan kepada ajk. Lambat hantar kang, lambat la kami gerak macam malam tadi. Cepat2 la siapkan semua. Saya saje tanye kak Wan; rumate saya, yang mereka kene pergi mana malam tadi. Kebetulan, kump kak Wan kene pergi Meru. Rumah makcik Arfah, kawan seusrah ummi saya. Dekat je rumahnya. Tapi sangat payah nak cari sebab kawasan kampung yang aman damai dan sentosa katekan. Jalan banyak betul cabangnya. hehe.. Patutnya malam tu, ummi saya kene join sekali dorg nak datang, tapi pakcik saya datang dari Terengganu. Tak dapat la ummi jumpe dorg.. Seb bek bukan kump saya yang ke sane..alamatnya, balik rumah la saya.. =P Haaa..kat atas ni adalah gambar sambal nasi lemak ala2 gaya terengganu gitu. Lauk ikan. Ni lah sarapan kami. Sedap.. Saya turun ke dapur tolong2 masak skit (konon2 je ni.. ). Yang banyaknya tolong ganggu je..hehe..
Alhamdulillah diberi kesempatan untuk kenal dengan keluarga ini. Walaupun dah bekerjaya dan bekeluarga, still istiqomah dalam dakwah dan tarbiyah lagi. Macam mane nak jadi macam mereka? haa..tulah pengajaran dari task ni.. Lepas ni kalau betul2 kene 'campak' kat Cheras, macam senario kat atas tadi, saya tahu nak carik sape.. Lagi2 lepas saya dan kak Azie dapat tshirt FREE dari makcik.. =D Rambang mata kami nak pilih..(jangan jelez eh..nanti kite pegi rumah makcik Umi sama2 ye..huhu..) Kami pun hantar laporan setelah siap dan tunggu arahan seterusnya..
"Email baru!"
Kami baca dengan teliti...dan kemudian..
"Kene pergi Port Dickson la...bestnye!"
...bersambung di: [MUKHRIN 09] <5> "Plan Your Journey"


7 pendapat pemerhati pengembaraanku:
salam kak kinah...rindu nyer..
oh, cam besh je mukhrin nih...
bile la kat ganu nk wat nih..huhu
wsalam..
alhamdulillah,best2! (^^,)
mintak la jim ipt kat ganu buat kan..huhu :)
jap2..sape eh 'uhibbunurilahi' ni?
nasihah la k kinah..hehe~
nasihah ke..ingat2..mestilah ingat..junior dorm dulu kan..huhu..lame tak jumpe..rituh pegi ihtifal skola rendah,mak awak kate awak g program kat usim..program utk pendakwah muda ke ape ntah..xingat da.. :)
thnx kinah update lgii~~..nnt smbung lagi yer!!best bace...:D
p/s:nk komen time dlm lab td..tp,ko kat blakang ak...nnt kang nmpk plak ap yg ak nk komen..huhu..malu la ak nnt..huuh
papeponn~..ak mmg suke bace penulisan ko..menarik kinah..thniah!
hahah..kite pon tggu je dlm lab tu..bile la fatien nak komen..ngehhee..xdela..men je..thanx bace tin..nntkan sambungan nye ye.. ;)
salam
jika cik/puan berkunjung ke blog akudiadan lagu1.blogspot. hati hati. Kerana blog ini adalah blog penciplak. Menciplak semua artikel saya dan mungkin kawan2 blogger yang lain. Beliau bukan penulis blog yang jujur tapi tapi penipu dan tak beretika. Blog anaklaut2009.webpress.com juga blog beliau tapi telah ditutup kerana saya dapat mengesan beliau menciplak seluruh artikel dari blog saya muharrikdaie@webpress.com.
Hati hati dengan sipenipu ini yang mungkin ada agenda tertentu terhadap pengunjung.
Maaf, saya hanyalah pendakwah yang ingin menegakkan hak saya.
tkasih
tolog sebarkan msg saya ini.
Post a Comment