| Pengembara . Sebuah . Perjalanan |

"Sesungguhnya seseorang Muslim itu apabila berjalan di Jalan Dakwah, ia tidak berjalan dengan hatinya sahaja tetapi dibawa bersama hati saudara-saudaranya. Justeru itu, setiap pahala yang didapati di sepanjang perjalanannya, pasti akan terbias untuk saudara perjuangannya.."

Pages

Lilypie Kids Birthday tickers

Popular Posts

[MUKHRIN 09] <5> "Plan Your Journey"


In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful


Assalamualaikum wbt.. =)

InsyaAllah, entry kali ni simple sikit..
Rentetan peristiwa2 sepanjang perjalanan dari Cheras ke Kem Latihan Uniti, Port Dickson dengan di selit beberapa gambar kenangan kami.. =)

***********

Sabtu, 2 Januari 2010

Selepas bergerak keluar dari rumah makcik Umi, saya dan kak Azie menuju ke rumah makcik Ila untuk mengambil dua orang lagi ahli kump kami di sana. Yang lucunya, saya dan kak Azie boleh pulak salah masuk rumah orang. Mana taknye, semalam kami hantar mereka time dah malam,gelap. Yang kami pasti, pintu pagarnya kayu. Memang dah yakin dengan seyakin2nya yang kami masuk tu memang rumah makcik Ila sebab pagar kayu. Masuk pagar die, tengok2 'anak lelaki makcik Ila' tengah sidai kain. Budak tu nampak kami masuk dan kata pada kami,"masuklah.." Kami pon pergi ke pintu dan ketuk sebab tutup pintunya. Budak tu kata lagi,"masuk jee.." Dah tuan rumah bagi masuk, kami masuk jela. Buka pintu, masuk rumah (xde orang pon kat ruang tamu tu..), dan.....tercengang jap.

"akak, kenapa perabot die cam lain je..rumah ni pon cam lain dari semalam..pelik.."

"haah la..eh, kinah..akak rase..kite dah salah rumah ni!"

Meluru keluar balik, mintak maaf kat budak tu, terus masuk kereta..dah la parking btol2 dpn rumah..budget confident je lebey..haha..rupe2nya rumah makcik Ila selang sebuah rumah je..malu10x..huhu.. =D Budak tu pon boleh je bagi kitorg masuk. Pelah..huhu..malu je..dah siap masuk ruang tamu kot..seb bek tak de orang kat situ..kalau tak...........heheee..adoi~

Ok, arahan selanjutnya yang kami terima adalah merancang perjalanan kami menuju ke Kem Latihan Uniti di Port Dickson. Pihak ajk meminta kami untuk membuat plan terlebih dahulu dan memberitahu mereka plan kami dari Cheras. Dah hantar plan tu, lepas dah di'approve' oleh mereka, baru boleh jalan. Supaya ajk mudah nak trace kami la tu. Plan dah approve. Kami mengambil langkah menuju ke destinasi. Jap2..sebelum tu....kami kene cari barang2 ni untuk di bawa bersama ke sana...

1. Minyak
2. Pucuk Tauhu
3. Yogurt
4. Asam Keping
5. Roti (1 buku besar)


kak azie membeli barang2 dapur..hehe..

Alhamdulillah, takdelah susah sangat nak cari. Sebelum keluar Cheras lagi kami dah jumpe semua barang2 tu. Kemudian, bermulalah pengembaraan kami menuju ke Port Dickson. =)

jauh lagi..perjalanan baru bermula..siap boleh terlepas simpang sebab driver khayal..huhu..terpaksa meredah jalan2 di bangi..lorong2 yang tak penah lalu sebelum ni habis saya eksplore..termasuk jalan nak pegi sekolah kiblah..bagus jugak sesat ni rupenye.. ;)

kalau tak silap ni nak masuk highway seremban-PD..nak pegi PD, belok kanan..(yeke?)
adeh, tak ingat dah..

"kad touch n go tak de ke kak??"
"maap, xdela..saya suke pakai manual je..saje nak menuntut kesabaran lebey sket.."
=p

"SELAMAT DATANG KE PORT DICKSON"
ingat dah nak sampai la jumpe gerbang ni..tengok2, jauh lagi..huhuh..
rasa jauh sebab saya bawak slow..dorg kate la..saya cume pentingkan keselamatan mereka je senanya..eceh~ ;p
(seyes!~)

singgah sebentar untuk solat zohor..dan mengecaj bateri2 yang dah kong..
kat sini terserempak ngan kump kak ain..
kesian, kak ain dah terhuyung hayang dah drive sorg2 dari shah alam..
alhamdulillah saya dari Cheras je..

"lapron syadiidon" yang bermaksud, lapar sesangat!
bila lapar, semua sedap kan?huhu.. =)

hujan renyai2..mana lah tokong cina tu..
kalau nampak tokong tu, means dah dekat..
belok kanan, terus jalan ke kem..

alhamdulillah, dah sampai kem uniti.. =)

kak Azie yang tak sabar2 nak terjun laut..hehe..
amik gambar dulu pon jadilah..

subhanallah..cantik nya..
lame dah tak ke pantai..
kalau pantai remis kat depan skolah dulu tu, selalu lah pergi.. =)

akauntan kami mengira lebihan duit perjalanan kami..
berapa entah lebih nye..
tak banyak pon sebab kami guna sebaiknya duit yang dibekalkan.. =)

kami kumpulan kedua yang tiba..
kenelah menunggu kump lain sampai sebelum aktiviti2 di sini diteruskan..
(semua kump ikhwah sampai lambat..sesat ek?..huhu..)

calaran ini, saya yang buat..(mengaku terus)
menggigil kot sebab dah calar kan kereta orang!
lorong tu dah sempit, tapi ade jugak la yang nak parking kat depan simpang..
budget2 macam lepas..rupa2 nya tak lepas..
tersekat kat divider..tekan minyak habis pon tak nak gak keluar..
alamatnya, kete tu kene angkat..
saya dan akhawat2 ke yang angkat?
ohh..pastinya bukan.. =D
terima kasih pada yang menolong dan juga yang offer untuk angkat kereta tu sampai depan..(perli la tu..kureng di asam..)

walau ape pon yang melanda..sesat ke..dah calarkan kete orang ke....
"teruskan perjuangan!"
=)

Ni baru cerita perjalanan kumpulan kami. Kumpulan lain lagi macam2 kisah ada. Tak jumpe perut lembu la (barang yang dorg kene cari)..sesat sampai melaka la..macam2.. tapi itu semua biasa..

Kesimpulan sendiri:

1) Perjalanan dakwah ni, bukan mudah. Banyak likunya. Plan macam mane baik pon perjalanan tu, jangan lupa yang Allah juga ada 'plan' tersendiri. Sesat2 semua tu, plan dari Allah. Sebab Allah tahu apa yang terbaik bagi hamba2Nya.

2) Semua kumpulan datang dari tempat yang berbeza2 dan melalui jalan yang berbeza2. Tapi satu je destinasi kami. Destinasi hidup kita satu juga kan? =)

3) Khas untuk sakinah-->bawak kete leklok sket..habis calar kete orang.......


"akak, lepas ni kite ade aktiviti ape eh?"

"tunggu jelah arahan seterusnya..yang pasti kamu kene tukar pakaian..pakai baju yang sesuai untuk masuk hutan ye.."

"masuk hutan???!"


...bersambung di: [MUKHRIN 09] <6> "Ya Allah, kuatkan lah ikatannya!"

3 pendapat pemerhati pengembaraanku:

huhu..menarik!suker..best ad gmbr..:D

 

*byk gmbr laa..silap..

 

post2 yang seterusnye,mgkn da xbyk gambar..sbb masuk hutan tak bwk kamera..huhu..

thanx tin =)