Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt.
Salam ukhuwah, salam terindah buat semua pembaca catatan seorang pengembara asing yang hina ini. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat ar-Rahman, ar-Rahim yang masih memberi peluang untuk pengembara ini terus mengembara merebut peluang menjadi pendokong dan pejuang agama Islam. Moga pengembaraan ini berakhir dengan tertegaknya Daulah Islamiyyah di muka bumi ini. Biiznillah, itu pasti.
Untuk perhatian semua.... Perkongsian ini adalah satu tebusan!
Kesalahan terhadap naqibah saya, kak Saibah. Kesalahan terhadap akhawat seusrah saya, kak Hajar, kak Ain, kak Aifa dan kak Wan. Mohon maafkan kesalahan itu dan terimalah tebusan ini! Lain kali kite tak buat lagiii................

************
Surah An-Nasr
1. Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan,
2. Dan kamu Lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong,
3. Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima taubat.
2. Dan kamu Lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong,
3. Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima taubat.
Sebagai mukaddimah nya, surah ini diturunkan di Makkah ketika Haji Wada'. Namun seluruh ulama' tafsir bersepakat bahawa surah ini merupakan Surah Madaniyyah. Ini menunjukkan bahawa tidak semua surah yang diturunkan di Makkah itu adalah Surah Makiyyah.
Ini adalah satu surah yang pendek tapi ia membawa satu berita gembira untuk Rasulullah. Berita gembira macam mana tu? Iaitu akan datang pertolongan Allah dan kemenangan (penaklukan Mekah). Dan juga kemasukan beramai2 manusia kepada agama Islam. Itulah khabar gembira dari Allah. Khabar gembira yang membuatkan saidatina Fatimah menangis. Menangis kerana ia satu tanda bahawa agama Allah telah lengkap disampaikan dan............Rasulullah akan pergi meninggalkannya.
Pertolongan dan kemenangan yang dijanjikan tiba. Persoalannya, Nabi dan sahabat2 baginda ke yang menyebabkan kemenangan tu? Tidak,tidak,tidak. Mereka tiada kene mengena dan tiada kaitan pun dalam soal ini. Bukan mereka yang menentukan kemenangan itu. Semuanya urusan Allah. Cuma Allah mahu supaya perkara ini berlaku di tangan mereka. Boleh jadi, kalau Allah nak, Dia akan datangkan kemenangan ini tanpa mereka pun. Allah Maha Berkuasa bukan? Beruntunglah mereka kerana Allah telah memilih mereka.
Dari sudut Aqidahnya, begitulah. Yakin dan percaya bahawa Allah swt adalah penentu segala kemenangan, kesenangan dan kejayaan kita. Bukan kita penentunya!
Dan sekarang, itu semua sudah menjadi sejarah. Sejarah kemenangan mereka. Tapi, kemenangan kita? Sudah tiba ke? Jika belum, yakinkah kita bahawa apabila kemenangan itu tiba, tangan2 kita yang terpilih dalam memenangkan Islam? Kalau kita mahu, berdoalah. InsyaAllah, Allah akan pilih kita. Tapi...........kalau kita masih tidak yakin dan masih berdolak dalih untuk perjuangkan Islam..........tak ape...........kalau kite tak nak, Allah tak rugi walau sikit pon. Allah akan gantikan kita dengan umat yang lain. Umat yang mahu berkorban segala jiwa raga dan harta untuk Allah. Siapa yang rugi? Kite jugak. Agama yang dianuti, Islam dah. Nak kata sedar atau tak pentingnya Islam perlu tertegak, sedar dah....tapi masih membiarkan diri hanyut dengan kelalaian dunia yang sementara. Buta dalam cahaya. Na'uzubillah min zaalik. (mohon dijauhkan....)
Dan ayat ketiga dalam surah ini, menyarankan kita supaya bertasbih dan bertahmid memuji Allah supaya kita menjadi hamba yang bersyukur atas bantuan dan kemenangan yang diberikan. Disarankan juga supaya banyak beristighfar kerana halusnya hati ini sehingga mampu menyimpang kita dari niat sebenar kita berjuang. Menjadi terlalu rakus untuk menggenggam kejayaan hingga lupa takdir kejayaan itu terletak pada Allah azza wajalla.
Walaubagaimanapun, janganlah kita bersedih hati sekiranya kemenangan Islam itu datang ketika generasi pewaris selepas kita yang meneraju pimpinan. Kita lihat sama2, macam mana flow sirah Rasulullah? Pendidik2 jiwa dan peribadi Rasulullah, seperti Siti Khadijah, Aminah, Abdul Mutallib semua tu, dapat pahala yang berterusan juga kan? Alternatifnya, binalah pelapis dakwah anda. InsyaAllah, pahala sentiasa mengalir sehingga kiamat. Bak kata kak Saibah, "dah jumpe klon kamu yang akan menggantikan kamu kelak?" (Gulpp~)
Yang pasti, kalau nak Islam tertegak macam dulu2 seperti zaman kegemilangan Abbasiyyah, tidak boleh tidak, kite kene ikut flow sirah Rasulullah. Macam mana baginda mula. Apa yang baginda lakukan bersama para sahabat. Kata mudahnya, ikutilah tingkatan2 amal bermula dari individu yang Muslim, keluarga Muslim, Daulah Islamiyah, Khilafah Islam, Empayar Islam dan akhir sekali Ustaziatul Alam yang kita impikan. InsyaAllah!
**********
Akhirnya, tertebus juga~
Erm..tetibe teringat game 1sen, 5sen, 20sen dan 50sen time BTN tahun lepan. Fasi suruh kami letak syiling2 tersebut pada 4 kotak yang tertulis "Negara", "Agama", "Keluarga" dan "Bangsa". Nilaian syiling yang tertinggi diletakkan pada kotak yang terpenting dalam hidup kami. Most of us letak 50sen pada kotak "Agama" dan kami beri hujah bahawa agama adalah asas pada pembangunan tiga kotak yang lain tu.
Tapi tak tahu lah kenapa, fasi kami macam nak sangat kami letak 50sen tu pada "Negara". Hujahnya, kalau Negara kucar-kacir, nak amalkan Agama pon tak boleh. Asal nak solat je kene bom. Tu hujah yang dia bagi la untuk patahkan hujah kami. Ada betulnya. Tapi saya dan beberapa kawan lain tetap bertegas dengan menambah hujah kami menggunakan contoh Kegemilangan Zaman Abbasiyyah yang bermula hanya dengan beberapa individu yang teguh pegangan agamanya, iaitu Rasulullah bersama dengan golongan as-Sabiqun al-Awwalun. Itu kan contoh terrrrrrbaik? Fasi mengalah. Nasib baik tak kene fire dengan die.hehehe..

p/s: Perkongsian ni mungkin banyak kurangnya dari segi pandangan dan pendapat. Maaf didahulukan kerana saya hanyalah seorang pengembara biasa dan mohon tegur lah ye mana2 yang silap tu..jazakumullah kheir kathiira~






2 pendapat pemerhati pengembaraanku:
artikel yg menarik kinah..suke membacenyer..rase mcm ko mmg btul2 bersemangat tulis and discuss evry content..dgn ak skali terbersemangat membacenyer..:D..
p/s:pnjg plak komen ak kali nii.
(chuckle)
huhu..semangat menebus kesalahan..orang bersalah,macam ginilah rupenye..tak tenang,tak leh dok diam..huhuhuu..
Post a Comment