Bismillah..
Assalamualaikum wbt..
alhamdulillah,masih di pinjamkan nyawa..masih dipinjamkan anggota yang sempurna..masih dipinjamkan kesihatan..masih dipinjamkan hati dan akal fikiran..
namun diri ini sering mengkhianati amanah2 itu semua..ampunkan hambaMu yang lemah ini,ya Allah..amanah2Mu digunakan untuk melakukan dosa kepadaMu..hinanya diriku......
hurmm..lama tak mengupdate..akan ku gagahkan jua untuk berkongsi semampu nya..ku gagahkan jari-jemari pinjaman Illahi ini menari memberi rentak kesedaran pada diri dan orang lain..sebab ini amanah.
moga perkongsian ini dapat menebus walau sebesar zarah sekalipun amanah2 yang telah dikhianati sebelum ini..sekadarnya dari saya..untuk perkongsian kita bersama..
seperti tajuk entry di atas,4 golongan lelaki yang ditarik wanita ke neraka adalah:
Pertama >> AYAHnya
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti ajar solat, mengaji, dan sbgnya. Dia membiarkan anak2 perempuannya itu tidak menutup aurat. Mana cukup kalau dengan hanya bagi kemewahan dunia je. Maka, si ayah akan ditarik oleh anaknya sendiri ke neraka.
Kedua >> SUAMInya
Apabila seorang suami tak pedulikan tindak tanduk isterinya. Suka2 bergaul bebas di pejabat, hias diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Bila si suami mendiamkan diri even dia seorang yang alim, maka, dia akan ditarik juga oleh isterinya.
Ketiga >> ABANG2nya
Apabila si ayah sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh pada siapa? Pastilah pada abang2 nya. Jika mereka hanya pentingkan keluarga dan harta sahaja, dan adik2 perempuannya dibiarkan melencong dari ajaran Islam...tunggulah tarikan adiknya ke neraka di akhirat nanti.
Keempat >> ANAK LELAKInya
Apabila seorang anak tak menasihati ibunya perihal kelakuan yang haram di sisi Islam, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak...nantikan tarikan ibunya.
Wahh..hebatkan tarikan wanita2 ini?! Bukan sahaja tarikan di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat!!
Maka, wahai kaum lelaki yang bergelar AYAH atau SUAMI atau ABANG atau ANAK..mainkanlah peranan kamu yang sebenar..
Dan wahai kaum wanita..pelihara dirimu..janganlah kerana segala pinjaman Illahi ini,kamu gunakan untuk menjadi penyebab kaum lelaki diseret ke neraka..nauzubillah min zaalik..
sekian..wallahua'lam.


4 pendapat pemerhati pengembaraanku:
menarik..:)
sekadarnya dari aku tin..tunggu kedatangan aku jap lagi..kite blaja mekanik ea..huhu..
suke2..:)
munim suke ape?
Post a Comment