| Pengembara . Sebuah . Perjalanan |

"Sesungguhnya seseorang Muslim itu apabila berjalan di Jalan Dakwah, ia tidak berjalan dengan hatinya sahaja tetapi dibawa bersama hati saudara-saudaranya. Justeru itu, setiap pahala yang didapati di sepanjang perjalanannya, pasti akan terbias untuk saudara perjuangannya.."

Pages

Lilypie Kids Birthday tickers

Popular Posts

Bila Fakta Berbicara..


Bismillah..

Kita manusia tak sedar. sering lupa. di balik secangkir kopi di sudut meja. di balik macet nya ibu kota. di kala murid bertemu gurunya. seperti pagi2 semalam, mentari kembali menyinari..seakan2 tiada apa yang berubah..

Manusia terus dengan agenda mereka tersendiri. haiwan bangun mencari rezeki. bunga2 pula kembang kembali. namun, di sebalik kerutinan dan pusingan robot ini..jarang sekali kita hayati dibalik segala aturan indah yang sering kita lalui..

Tahukah anda?

  1. Matahari, pernah memancarkan angin solarnya yang terkuat sehingga menyebabkan seluruh bandar Mexico City (among the largest city in the world) terputus bekalan elektrik.
  2. Kuasa gempa bumi berskala ritcher 5.0 adalah 10 kali ganda kuat dari kuatnya bom nuklear yang pernah jatuh di Nagasaki dah Hiroshima, dan gempa bumi yang paling kuat pernah dicatatkan adalah di Chile (1960) berskala ritcher 9.5 bersamaan dangan 100,000 kali ganda kuatnya bom nuklear.
  3. Perubahan suhu dunia berskala kecil (1-5 degree celcius) mampu menyebabkan perubahan cuaca yang mendadak di seluruh dunia. dan menyebabkan 'extreme weathers' seperti kemarau, banjir besar, ribut taufan, dan ribut salji.
  4. Menurut saintis, 'global warming' yang sedang melanda bumi sekarang bakal membawa kepada 'the big freeze' dimana seluruh bumi bakal diselaputi salji yang sangat tebal (macam zaman 'ice age') akibat tali sawat semulajadi (conveyor belt) yang menstabilkan suhu bumi telah terbantut.
  5. Jumlah seluruh bintang yang ada di alam semesta ini lebih banyak dari jumlah semua pasir yang ada di atas muka bumi ini. menunjukkan betapa luasnya alam semesta.

Subhanallah. Allahu Akbar. Tiada yang lebih berkuasa daripada-Mu Yang Maha Berkuasa. Cukup untuk membuktikan manusia itu lemah..sangat2 lemah. Manusia ini sangat kerdil dan tak berkuasa walau sedikitpun. Dan satu fakta menunjukkan, saiz matahari sentiasa bertambah dan berkembang. Kemudian dunia ini akan terbakar disebabkan jarak bumi dengan matahari semakin dekat. Dan pasti tiada siapa yang mampu selamat dari bencana ini.

Jadi, apa yang telah kita lakukan selama kita hidup ini?


"Telah hampir saat (kedatangan hari kiamat) dan terbelahlah bulan." (Al-Qamar: ayat 1)


_wallahua'lam_


sumber: majalah al-Muqawwamah

4 pendapat pemerhati pengembaraanku:

Subhaallah, 1perkongsian y menarik,sggh lemah manusia di sisi Allah..jazakillah di atas p'kongsian ini

 

Alhamdulillah.
moga bermanfaat buat semua.