| Pengembara . Sebuah . Perjalanan |

"Sesungguhnya seseorang Muslim itu apabila berjalan di Jalan Dakwah, ia tidak berjalan dengan hatinya sahaja tetapi dibawa bersama hati saudara-saudaranya. Justeru itu, setiap pahala yang didapati di sepanjang perjalanannya, pasti akan terbias untuk saudara perjuangannya.."

Pages

Lilypie Kids Birthday tickers

Popular Posts

Semakin menipis, semakin berat?


Bismillah..

Semakin menipis, semakin berat.

Review SP yang lepas menghasilkan SP baru yang makin menipis. maknanya, kerja makin kurang la ye? oh tidak. makin berat di rasakan kerja2 ini. 49kg berat saya pon belum tentu dapat menggalasnya. hari2 membayangkan rutin hidup setahun yang akan datang ni. macam mana agaknya ye?

mungkin saya nampak kelihatan banyak bermain dan kurang serius. maaf akhawat. saya takbermaksud. sekadar mahu singkirkan rasa gerun dan tertekan di jiwa. saya merasakan seperti ini mimpi ngeri yang tiba2 muncul dalam kamus hidup saya. saya takrasa saya berkemampuan. dulu hanya merasakan ia sekadar perancangan yang belum tentu. dan sekarang, perancangannya sudah menjadi realiti.

namun saya sambutnya dengan redha kerana Allah lebih mengetahui dan Allah takkan bebankan hambaNya dengan bebanan yang takmampu untuk hambaNya pikul. itu janji Pencipta kita. tambah2 lagi, akhawat sentiasa dengan saya kan? jangan tinggalkan saya tau. saya ni baru setahun jagung. (oppss..kak wardah marah nanti. takde maknanya baru nak setahun jagung! huhu..)

ketika kaki ini dijejakkan ke DS (Darus Sakeenah) pada jumaat yang lepas, mata tertarik untuk membaca kata2 yang ditulis kemas oleh tak-pasti-siapa pada whiteboard di ruang tamu:


"Wahai IKHWAN!

Kamu bukanlah pertubuhan kebajikan, parti politik, dan bukan badan yang ditubuhkan untuk tujuan tertentu.

Kamu adalah SEMANGAT BARU yang mengalir di hati Umat ini dan menghidupkan Umat ini dengan Al-Qur'an.

Kamu adalah CAHAYA BARU yang bersinar menghapuskan kegelapan materialisme ke arah mengenali Allah.

Kamu adalah SUARA yang berkumandang bergema melaungkan dakwah Rasulullah saw.

Tidak keterlaluan jika kamu merasakan bahawa kamu adalah orang2 yang memikul beban ini setelah semua membelakangkannya."

(Himpunan Risalah Imam Hasan al-Banna)


sekadar motivasi diri dan sahabat2 pembaca:

jika kita adalah kader2 dakwah yang di harapkan, mengapa perlu berpatah undur menyerah kalah dek kerana ketidaksanggupan memikul bebanan ini? sedang tiada lagi yang lain untuk ummah harapkan. sudah diberi mandat mengapa perlu ditolak? mandat yang diberi adalah saham KEUNTUNGAN di akhirat nanti.

masih takbersedia? bila lagi mahu tunggu untuk kita bersedia sepenuhnya? sedar2 otak berhenti beroperasi, mata tertutup rapat, nafas berhenti menghela, lidah kelu tidak berkata, tangan dan kaki kaku tidak bergerak. saham yang berkeuntungan berlipat kali ganda terlepas begitu sahaja. oh alangkah ruginya kita umat akhir zaman yang masih berkira-kira untuk berjuang di jalan Allah.

umat Islam pasti kan bangkit menggenggam kemenangan, menguasai dunia kembali. bila? "inna nasrullahi QARIIB.." itu kita takpasti. yang pasti kemenangan itu dekat. maknanya ia pasti terjadi. tanamlah azam, tekadkan semangat untuk menjadi sebahagian daripada umat yang berjaya menggenggam kemenangan itu.

kita pasti boleh. ye sakinah..(takde orang nak pujuk. merajuk sendiri, pujuk diri sendiri jelah. huhu..)





p/s: enjoying myself. no stress2 ok. banyak yang telah dikorbankan. so apa salahnya kalau berkorban lagi, lagi dan lagi. hehehe. senyuuuumm sokmo! (^______^)v peace!




9 pendapat pemerhati pengembaraanku:

salam.
kitorg pun buat SP keesokan harinya. bersama abg Wan Am gak. hehe.

betul tajuk nt tu.
ingatkan makin nipis makin kurang kerja.
tapi rupanya makin banyak.
hu.

tapi yes inilah saham kita di akhirat nanti jika kita ikhlas lillahi ta'ala.
ouh saya selalu dilema dengan mandat yg diberikan.
sakinah jgn tinggalkan saya juge ye?
huhu.

tibe2 teringat lirik ini:
"when I get older, I will be stronger!"
:D

 

wsalam syaimaa' :)
tulah,akhi Wan Am pon bitau gak rasenye.huhu.

insyaAllah.
sentiasa renew niat di hati spy tetap ikhlas berkorban.
syaimaa' pon jangan tinggalkan saya jugak tau!

whoaa..
itu lagu world cup tu.
hik3..

ameen~ (^_^)v

 

kinah, kite igt salah msk blog.hehe ad iras2 bolg famy.hehe

kinah kite x tinggal kamu.kamu yg tinggal kite.gi jeram x bawak.hehe.memain ja

 

famy? famy mane plak nih..haha..(buat2 tak kenal) :p

mane ade tinggal kamu. kamu yang takmau ikut. penat dah ajak nih. huhu.. :p

 

salam, semoga terus berjuang ..
teringat ayat dalam cerita spiderman : great power come with great responsibilities.. amanah mmg berat tp jika dipikul bersama insyaALLAH akan dipermudahkan..

bykkan doa ya~ doakan akak sekali

p/s: awak mmg byk main, kalau x byk main tu bukan kinah la...hahhaa

 

tula..banyak main kite ni..

*dush3x*

 

sakinah...sabar ye..ada apa2 ak bleh tolong,insyaAllah ak tolong..jgn risau...ak kawan ko...kawan sampai mati...:D