| Pengembara . Sebuah . Perjalanan |

"Sesungguhnya seseorang Muslim itu apabila berjalan di Jalan Dakwah, ia tidak berjalan dengan hatinya sahaja tetapi dibawa bersama hati saudara-saudaranya. Justeru itu, setiap pahala yang didapati di sepanjang perjalanannya, pasti akan terbias untuk saudara perjuangannya.."

Pages

Lilypie Kids Birthday tickers

Popular Posts

Luruskanlah ya Allah!

Bismillah..

Assalamualaikum wbt.

Rindunya rasa nak mencoret kat sini. Macam-macam yang bermain dalam kepala tapi satu pon tak terluah. Dah berkarat agaknya. Nanti dah mula praktikal, mesti makin bertambah karat. huhu..

Bila cerita tentang praktikal ni, alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan. Awal-awal lagi hal-hal praktikal ni dah settle. Kesian jugak kat kawan-kawan yang agak lambat selesai urusan penempatan praktikal ni. Tapi aturan Allah itu kan indah. Allah beri lambat sebab nak uji sejauh mana kita yakin dengan Allah. Allah nak bagi tempat yang terbaik untuk kita.

So, untuk 3 bulan nanti (Mei-Julai), saya akan praktikal di Malaysian Institute of Road Safety Reasearch (MIROS). Tempat ni di Kajang. Dekat dengan UKM, dekat juga dengan rumah sewa saya sekarang ni. Dekat-dekat pon, kena jalan kaki jugak nanti. huhu.. Kalau siapa-siapa biasa baca akhbar tentang kemalangan yang dahsyat-dahsyat, maksud saya, kemalangan yang menjadi tumpuan orang ramai, mesti biasa dengan nama MIROS ni. Dorang selalu keluarkan statement melalui kajian-kajian dorang. Bila baca tu, rasa tertarik sangat. Rasa tak sabar nak praktikal sana nanti. Tak tahulah kena buat apa. Saya di tempatkan di bawah Road User Behavioural Change Research Centre. Pengarah bahagian ni, ayah akhi Fadhli suami kak MJ rupanya. Dan juga ayah schoolmate dulu. huhu..Kebetulan. Tak tahulah kalau saya diterima sebab dia tengok resumee saya nampak sekolah Hira'. hehe.. Apa-apa pun, terima kasih kat kak Rose sebab cadangkan saya untuk minta kat sana. Tak sabarnya rasa :)

Sabar sakinah..sabar..Walaupun kajian ilmiah dah submit, tp viva belum lagi. Kebetulan, kajian ilmiah saya pon tajuk lebih kurang je dengan praktikal nanti. Tentang hubungan sikap pengguna jalan raya dengan kesesakan lalu lintas. Entah kenapa berminat betul pasal semua benda ni. Ni gara-gara terbaca satu blog sorang pelajar Matematik kat oversea. huhu.. Terima kasih la pada yang berkenaan :)

InsyaAllah exam pertama saya 13 April ni. Then kena prepare untuk slide viva. Viva pulak 19 April. Seminggu selepas viva kena hantar semula laporan kajian ilmiah yang dah dibaiki. Dalam masa yang sama, ada exam 21 April tu. My last paper for all three years i'm here. huhu.. Macam tak percaya! Degree saya dah hampir ke penghujungnya. Lepas praktikal 3 bulan nanti, semua akan selesai. Lepas tu nanti, mula lah sibuk dengan urusan-urusan JPA, mohon kerja dengan SPA, dan macam-macam lagi lah.

Saya merancang untuk tinggal lama di Bangi@Kajang. Sebab tu saya bersyukur sangat-sangat Allah tempatkan saya praktikal di sini. So, untuk menjadikan tempoh itu lebih lama, saya bercadang nak sambung master di UKM. Tapi hati masih berbelah bagi. Borang dah lama ada dalam tangan, tapi tak terisi langsung. Due date hantar pon saya tak pasti bila. Nampak sangat takde kesungguhan. hurm.. Saya rasa saya kena bagi jelas dulu matlamat sebenar kenapa nak sambung master. Ok, saya nak sambung master sebab saya nak tinggal lama di Bangi. Kenapa nak tinggal lama kat Bangi?? Sebab apa sakinah? Sebab apa?? Sebab...arghh..

Kan dah kata awal-awal lagi. Macam-macam yang sedang bermain dalam fikiran ni. Fokus saya hilang entah ke mana.

Mungkin ramai yang merasa lega sebab dah habis semua susah payah. Pada mulanya, saya pon rasa macam tu. Hari last kuliah, sebak juga sebab akhirnya saya berjaya sampai ke penghujung walaupun pengakhiran ini taklah sehebat dan segaya mana. Pointer, biasa-biasa je. Alhamdulillah. Cuma mengharapkan Allah meredhai segala masa yang dilalui sepanjang pangajian di sini.

Tapi hakikatnya, semakin hampir bergelar seorang graduan, semakin terasa beratnya.  Terasa berat dengan amanah segulung ijazah yang bakal diperoleh nanti. Terasa berat untuk merancang masa depan tanpa mengabaikan agenda untuk ummah. Takut-takut salah merancang. Itulah yang sepatutnya bagi seorang muslim. Belajar bukan hanya untuk diri sendiri dan keluarga. Tapi lebih dari itu. Lebih.


Untuk masa yang terdekat ni, saya akan cuba usahakan untuk dapatkan kerja di sekitar Bangi. Borang master, insyaAllah akan diisi selepas persoalan-persoalan di benak fikiran ni terjawab. Kalau dapat master, paling-paling pon bulan 12 baru mula. So, saya perlu kerja untuk survive kalau nak terus berada di Bangi untuk bulan 8 sampai 11.

Hmm..nilah hasilnya kalau dah lama tak merepek kat sini. Serabut jadinya. huhu. Pasal Bangi je banyak..Mungkin kena tukar tajuk entry ni kepada "Bangi yang kucintai" kot. huhu..


Tapi serius. Mereka-mereka ni pasti saya akan rindu.......mereka-mereka yang banyak mengajar saya erti kehidupan..




dinner math batch '08-'11..first time kumpul ramai-ramai :)

team MPR '08..junior+senior..program pertama di UKM..kenangan yang paaaling tak dapat lupa :)



saya akan rindu keduanya sangat2 T_T


malar yang banyak simpan rahsia saya..huhu..seronok tukar-tukar rahsia dengan malarey ni :p

 
ida, yan and fatien..jangan lupa kite tau..! :)
 adik-adik seperjuangan ketika di Ibu Zain dulu..teruskan perjuangan ye adik-adik :)




Cuma satu yang ku pinta.

"Ya Allah, Kau luruskanlah hatiku. Kau luruskanlah niatku. Hanya pada Kau sahaja tujuanku. Hanya pada Kau sahaja matlamatku. Redhailah aku ya Allah.."

Rabbuna Yusahhil~!



p/s: [empty]