| Pengembara . Sebuah . Perjalanan |

"Sesungguhnya seseorang Muslim itu apabila berjalan di Jalan Dakwah, ia tidak berjalan dengan hatinya sahaja tetapi dibawa bersama hati saudara-saudaranya. Justeru itu, setiap pahala yang didapati di sepanjang perjalanannya, pasti akan terbias untuk saudara perjuangannya.."

Pages

Lilypie Kids Birthday tickers

Popular Posts

Berusaha Kerana Tidak Tahu


Bismillah..

Pejam celik, pejam celik..dah masuk bulan November untuk tahun ni. kejap je masa berlalu. semester ni pun dah jumpa penghujungnya. kalau di imbas2 balik, macam2 perkara terjadi tahun ni. makin bertambah sejarah baru yang tercipta untuk satu lagi episod kehidupan yang entah bila penamatnya.

bila berbicara soal penamat kehidupan, masing2 telah di takdirkan sejak azali lagi. baik, buruk penamat bagi kehidupan masing2. rezeki, ajal maut, jodoh pertemuan. semua dah ditetapkan. sekiranya begitu, pasti ada yang akan bertanya. untuk apa kita berusaha? susah2 je usaha sana sini, last2 kalau miskin, kalau ke neraka, buat apa kan?

saya tertarik dengan kata2 yang ditulis oleh Hilal Asyraf dalam buku Langit Ilahi 3, Fanzuru.

"Aku berusaha kerana aku tidak mengetahui."

ya betul. mmg sejak azali dah ditetapkan. tapi kita tahu ke apa kesudahan takdir kita ni? jangan kata penghujung hidup, hari esok pun kita tak tahu apa akan jadi. maka berusahalah dengan sebaiknya untuk apa yang ada pada hari ni untuk memberi yang terbaik pada masa depan nanti. kita hanya perlu berusaha bergerak mencari redhaNya. usaha!

"sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum itu sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri" (Ar-Ra'd:11)


minggu lepas, saya menyertai misi kemanusiaan untuk mangsa banjir di Kedah (DERU). ikut rombongan IKRAM dari selangor. ketika pertama kali baca email menyeru untuk turun padang, hati ni rasa menarik2 tubuh saya untuk sertai. pertama sebab saya memang tak pernah join misi2 bantuan macam ni. kedua sebab nak ke Kedah dan Perlis. kaki belum pernah jejak ke sana lagi. tapi first time jejak kaki kat Kedah boleh demam la pulak. saya alergic ngan Kedah ke, Kedah yang taksuka dengan saya? hurm..huhu.

kalau nak cerita pengalaman ke sana, mmg banyak la. kawasan perumahan dah macam baru lepas kena serang dengan penjajah. sungguh dahsyat. saya ke kawasan yang air die naik sampai paras leher, pinggang. mmg almari semua kena buang takboleh pakai. kesian sungguh. tapi ada jugak yang masih buang sampah dalam sungai. memang tak serik kot air naik sampai paras leher die. ish.

sebab demam, saya sempat tolong satu rumah je. tolong punggah barang keluar rumah dan basuh pinggan mangkuk yg berlumpur. takdapat nak ikut yang lain ke satu rumah ni yang penuh dengan pacat, lintah. ular pon ada! gerun saya dengar.

sedikit gambar yang sempat dirakamkan.


kawasan yang masih belum surut

longgokan sampah sarap

masjid yang ditenggelami air

dalam perjalanan menuju ke Kedah. follow kereta pakcik :)


bersyukurlah bagi sesiapa yang belum pernah merasa musibah ni. musibah ni begitu berat untuk dilihat apatah lagi yang menanggungnya. saya yakin, berbulan2 juga untuk keadaan kembali pulih sepenuhnya. sampai ada antara makcik2 di sana merungut supaya ditutup sahaja tadika tempat dia bekerja. sebab dah tak tahan nak bersihkan dan banyak buku2 dan alatan yang musnah.

dunia semakin tenat. ini antara tanda2 dunia hampir menemui penghujungnya. tapi kita TETAP TIDAK TAHU. bilakah penghujungnya bakal tiba? kerana kita tidak mengetahui, maka bersedialah dan berusahalah sebaiknya. siapakah antara kita yang PALING BAIK amalannya? jom lumba!

wallahua'lam.


[14nov2010, 9.42pm]

2 pendapat pemerhati pengembaraanku:

salam kinah ^_^

hurmm..rmh kita pernah naik air paras leher masa kt kuantan dulu..emm mmg perit..syg byk brng rosak..

~aku berusaha kerana aku tidak tahu~
like2..hehe

-tasneem

 

belum pernah merasa susah nye kalau banjir..hurmm..tengok pon tahu payah..

kite pon suka ayat tu..sbb tak tahu lah kena usaha bukan berserah..