| Pengembara . Sebuah . Perjalanan |

"Sesungguhnya seseorang Muslim itu apabila berjalan di Jalan Dakwah, ia tidak berjalan dengan hatinya sahaja tetapi dibawa bersama hati saudara-saudaranya. Justeru itu, setiap pahala yang didapati di sepanjang perjalanannya, pasti akan terbias untuk saudara perjuangannya.."

Pages

Lilypie Kids Birthday tickers

Popular Posts

Fenomena Pilihanraya Kampus. Jom Turun Mengundi!!

Assalamualaikum wbt buat semua pengunjung :)

Alhamdulillah. Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad saw.

Pertamanya, nak tanya. Buat warga UKM, dah pergi mengundi belum ni? Pergilah tunaikan tanggungjawab anda! Buat mahasiswa/i Muslim, jadikanlah mengundi itu SATU IBADAH. Niat kerana Allah, kerana ingin menegakkan syiar Islam. Mudahkan? Pahala pun dapat. InsyaAllah :)





Tiba2 hati ni terdetik untuk nukilkan entry ni setelah berborak dengan kawan sekolah yang juga merupakan junior tahun 1 kat UKM ni di alam maya FB sekejap tadi. Kawan saya ni bertanyakan tentang cara mengundi. Nak pangkah berapa orang? Kena pakai baju formal ke? huhu. Selaku senior, saya pun cerita la serba sedikit. Saya pon tertanya2, pihak kolej atau sesiapa lah yang bertanggungjawab, tak ajar ke mahasiswa/i tahun satu ni cara nak mengundi? Kawan saya kata, diorg ajar cara nak pangkah je. Hmm. Tu penting jugak. Silap pangkah, undi rosak. Dah rugi satu undi. tapi ceritalah lebih lagi. Biar dorg faham betul2. Takdelah undi rosak banyak. Buat rugi je~ =_=!


Apa yang saya lihat, mahasiswa/i UKM ni kurang peka dan fahami dengan betapa pentingnya undian mereka. Mungkin ada setengah2 tu akan berkata,

"ala, aku bukan lah sampai tak cukup makan kat UKM ni. boleh hidup lagi. aku tak kisah lah korang nak perjuangkan apa pon.."

Hello..'jual ikan' betul. Tak tahu ke yang ramai lagi takcukup duit dan kebajikan mereka tak terjaga? Pernah dengar tak ada mahasiswi sampai boleh jual diri sebab dah takde duit sangat. Korang nak ke remaja kita rosak sampai macam tu sekali? Astaghfirullahal'adzim.. Tolonglah jangan pentingkan diri.

Ada juga yang memperkotak katikkan manifesto2 calon..

"tu janji banyak2 tu, boleh ke nak realisasikan semua janji2 tu? jangan buat janji2 kosong sudah..."

Yang ni lagi satu. Tak baik provok macam tu. huhu. Kalau kita rasa manifesto dia penting untuk semua, kita undi dulu, then kita tengok macam mana dia tunaikan janji2 tu. Memang betul, kita kena pastikan calon2 ni tak langgar janji2 dia. Tapi, saling membantu dan menasihati tu kan lebih murni suasananya. Dia offer diri nak tolong kita tu pon dah kira ok apa :)

Satu atmosfera yang kurang segar juga bila junior takut2 nak mengundi atau jadi jentera dalam berkempen. Isu nya, takut kena buang kolej. Takut kena band. Macam2 lagi la.. Padahal belum ada apa2 tanda bakal dibuang lagi, dah takut. Itu satu perkara yang takpasti berlaku kepada diri anda dan kenapa anda mesti takut?

Ok, satu je saya nak nasihat. Saya pernah nasihatkan perkara yang sama kepada junior2 saya dulu. Mereka ni jadi jentera bukan setakat mengundi je. Saya kata, rezeki masing2 kita tak tahu. Mungkin senior yang kena buang tu, sebab bukan rezeki mereka untuk terus berada di kolej ni. Dan mungkin juga, itulah yang terbaik Allah sediakan untuk mereka. Jadi, kalau kena buang kolej sekalipun, bukan sebab pihak kolej semata. Mereka hanya perantara dalam agenda Allah yang pasti lebih baik buat diri! So? Buat apa nak takut? Kalau kita tahu dan yakin apa yang kita buat tu betul dan baik untuk semua kawan2 kita, kita doa banyak2 supaya Allah agendakan yang PALING BAIK buat diri kita. Inilah NILAI AQIDAH yang perlu kita terapkan dalam diri masing2. Tawakkal 'alallah! :)

Ada banyak contoh yang boleh kita ambil. Ada ramai lagi yang buat perkara yang sama tapi takpernah pulak kena buang kolej. Saya sendiri macam tu. Cuma sekarang tinggal di luar sebab 'membuangkan' diri sendiri dari kolej. huhu. See? Walaupun saya dapat kolej, tapi REZEKI SAYA TETAP BUKAN DALAM KOLEJ. Agenda Allah siapa tahu? Yang mana suatu masa dulu saya pon taktahu apa yang bakal berlaku pada saya. Wallahua'lam..

Apa yang saya nak sampaikan disini adalah, undilah calon mana2 pon yang anda mahukan. Jangan selitkan undian anda dengan rasa takut dan gentar.

So sekarang ni, saya BERKEMPEN kepada semua mahasiswa/i untuk ramai2 TURUN MENGUNDI. Bukan kempen calon ye. Masa kempen calon dah tamat. huhu. Tak kiralah universiti mana pon. Laksanakan tanggungjawab anda! Satu undi anda begitu berharga. Seperti yang saya katakan awal2 tadi, jadikan mengundi ini SATU IBADAH. Niatkan kerana Allah. Bukan suka2 nak pangkah je calon tu. Masing2 mesti PASAKKAN OBJEKTIF kenapa pangkah calon tu. Masing2 pasti punya objektif tersendiri. Tak kira lah calon tu dari parti mana2 pon.

Nasihat saya buat pengundi2 Muslim, UNDILAH DENGAN KEHADIRAN IMAN DALAM HATI. :)


Kepada pihak suruhanjaya PRK, jentera2 setiap parti, penyokong2 dan calon2, bersainglah dengan sihat, adil lagi telus. Tunjukkanlah ciri2 manusia NORMAL dan BERMORAL. Plus, CERMINAN ORANG YANG BERIMAN bagi Muslim. Bahang PRK yang terasa ni, panas tu panas juga. Tapi, janganlah kepanasannya 'membakar' diri dan orang lain. *peace!* ^_-v



UNDILAH DENGAN BIJAK

Wallahua'lam~

2 pendapat pemerhati pengembaraanku:

Terima kasih, senior... :)

 

haha..no big deal junior..hehhh~ :p