| Pengembara . Sebuah . Perjalanan |

"Sesungguhnya seseorang Muslim itu apabila berjalan di Jalan Dakwah, ia tidak berjalan dengan hatinya sahaja tetapi dibawa bersama hati saudara-saudaranya. Justeru itu, setiap pahala yang didapati di sepanjang perjalanannya, pasti akan terbias untuk saudara perjuangannya.."

Pages

Lilypie Kids Birthday tickers

Popular Posts

Melapor Dari Rumah :)

In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful


Assalamualaikum wbt..

Ehem3..for the first time saya post entry baru dari rumah.. :)

Sebenarnya, tak bercadang pon nak buat entry baru. Tapi tulah kan..saje nak test broadband akak ni laju ke tidak. Jangan marah kak sebab memang laju sikit dari yang sebelum ni. Mekasih. :)

Dah dua hari rumah ni 'full house'. Bak kata kakak saya la ni. Bila semua ada, tak kira lah kat rumah atau kat kolej saya hari tu, di panggil nya sebagai 'full house'. Layan je..memang betul2 FULL pon bila sebelas2 ada kat rumah..huhu..

Malam ni, Aiman tak de. Tak tau plak die ade kursus sembelih lembu ke kambing ntah. (same je kot..huhu) Tetibe je petang tadi die seret beg luggage nak keluar rumah. Ingatkan nak lari dari rumah la tadi. Takkan la sebab tak de ayam kat rumah nak lari pulak kan. Biasala, daging qurban jelah yang ada sekarang nih. Mane mau die makan. Tapi, pergi sembelih lembu, nak plak die..adui.. Harap2 kat sane die makan la daging binatang yang die sembelih sendiri. :)

One more thing, thanx la ye Aiman sebab bagi yue buat pahala sikit tadi. Walaupun ada la marah2 gak kan. Tapi bila fikir2 balik, dapat la buat pahala sikit. :)

Cuba cari 'kerja2' baru nak dibuat. Baru tak bosan. Abah ajak main futsal tadi. Tapi tak jadi sebab hujan. Lagipon saya malas untuk hari ini. So, plan tukar ke hari esok. Kite tengok esok ok. Boys vs Girls. 3 lawan 7! Siapa menang nanti. hehe..aci betul. Umai ngan maryam tak boleh join guys ok! Aiman tak ade, nasib. Abah tak boleh cilok ahli group kami! :p

Next week insyaAllah nak pergi Perak. Kak Hajar minta jadi pemerhati PPWN dan PPN. Nak tengok gak apa sebenarnya PPWN dan PPN ni. Selama ni sekadar dengar je. Mungkin dapat benda baru nanti. Boleh kongsi dengan akhawat lain.

Ok lah. Nak join mereka2 tengok TV. Tengah cerita Kingdom of Heaven. :)


..Wassalamun alaykum..

Redha Akan PerancanganMu

In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful

Astaghfirullah al'adzim.

Sepanjang setahun setengah menuntut ilmu Allah di sini,
pastinya ada tanggungjawab yang dah terabai.
Dek kelemahan diri yang tidak pandai membahagi masa.

Tanggungjawab terhadap agama.
Tanggungjawab dalam jemaah.
Tanggungjawab dakwah.
Tanggungjawab sebagai anak.
Tanggungjawab sebagai kakak dan adik.
Tanggungjawab sebagai akhawat dan kawan.
Dan tanggungjawab sebagai pelajar.
Sehinggah kan menjadi gerun dan takut untuk menerima mana2 tanggungjawab lagi.
Di kolej, terpaksa menjadi 'sunyi' sedikit.

Maafkan diri ini andai ada terdapat mana2 tanggungjawab yang tidak terlaksana terhadap kamu.
Hanya insan kerdil yang banyak silap nya.
Masih belajar menyempurnakan amanah sebaiknya.
Kadang perlu 'diketuk' dan 'ditolak', baru akan bergerak.
Itu pon belum tentu berlari.
Merangkak mungkin.

Maaf sekali lagi.
Ini sahaja yang mampu dilafazkan.
Selain cuba berubah demi kebaikan diri.
Kerana saya tahu dan sedar,
tanggungjawab tidak terhenti hanya setakat ini sahaja!

Mohon sokongan dan teguran semua.

DAN

Alhamdulillah.

Syukur kepada Allah.
Tamat sudah semester kali ini.
Masih tinggal separuh tempoh sahaja lagi di sini.

Banyak perkara yang berlaku.
Terduga, diduga, menduga.
Tak terduga juga selalunya.
Perjalanan yang penuh liku.
Namun sering juga diselit suka dan gembira.

Allah itu adil bukan?
Redha akan perancanganNya terhadap perjalanan hidup ini.
InsyaAllah.
Sebenar2 REDHA!


p/s: Tiada kata untuk berpisah. Hanya kenangan untuk separuh tempoh di sini, di UKM, Bangi. Bersyukur takdirku disini. InsyaAllah, segalanya mohon yang terbaik dariNya.

[Palestin] Ia Langsung Tidak Menjamin Apa-Apa

In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful


Perkongsian sebuah artikel yang dipetik dari Palestinkini.info


Barhoum: Rakyat Palestin Semakin Mundur Sejak Pemerintahan Barrack Obama.

Isnin , 09/11/2009 – Isnin lalu, Jurucakap Hamas, Fawzi Barhoum menyatakan bahawa rakyat Palestin telah menyaksikan satu kegagalan yang serius sejak presiden AS Barack Obama mengambil alih pemerintahan .

Dalam satu kenyataan kepada Pusat Informasi Palestin (PIC), Barhoum menyatakan bahawa Mahmoud Abbas begitu ketara menyokong pentadbiran Amerika Syarikat sebagaimana yang pernah dilakukan sebelum ini, yang mana rundingan untuk menentang jenayah pihak Israel semakin tidak serius.

Beliau menggariskan bahawa kebergantungan terhadap pemerintahan Amerika dalam mengembalikan hak rakyat Palestin melalui perundingan hanya menghilangkan pertaruhan, jelas sekali pemerintahan ini hanya sekadar perbincangan dengan perunding Pihak Palestin namun asasnya tetap menyokong akta-akta pemerintahan Israel.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : rohiez


>> Sewaktu saya mengetahui bahawa Presiden baru Amerika iaitu Barrack Obama adalah seorang Islam (seorang yang pernah menganut Islam, sekarang bukan lagi beragama Islam), saya akui, pernah meletakkan harapan padanya untuk menyelamatkan umat Islam di Palestin dari agenda2 kejam Zionis. Tapi, memang betul lah. Perubahan presiden di Amerika memang tak menjamin apa2. Perlantikan Barrack Obama hanyalah sekadar boneka dalam agenda Israel. <<

Try and SUCCESS (insyaAllah)

In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful

Try and insyaAllah it will be success.
If not now, maybe soon.
Allah knows everything.

Satu malam tadi blog ni terpaksa 'ditutup' sementara.
Sebab 'hancur' kejap.
Tapi sudah diperbaiki.
InsyaAllah, dah ok.
Yang lama terpaksa dijadikan kenangan.

Alang2 dah hancur, terus laksanakan niat yang dah lama terpasang.
Saya cuba laksanakan niat dan insyaAllah akan berjaya.
Hope so.
Tak salahkan kalau mencuba?

A very nice and touching qoute from Kak Leza:
"Dalam membuat perkara yang baik ni, kita bukan nak jadi hipokrit. Bukannya tak menjadi diri sendiri. Tapi kita nak memberi dan menunjukkan contoh yang baik.."

Syukran akak. Keberadaan akak di bilik kami ni, pastinya penuh dengan nasihat dan teguran. InsyaAllah, saya sedang cuba kak. Doakan saya. And thanx also for the kritikan2. I accept it! :)

Actually, what i'm trying to do?

Just keep it for myself.
Mohon doa. :)

| Warkah Istimewa Buat Kamu, Kamu dan Kamu |

In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful

**********
Entry kali ni, istimewa buat kamu, kamu dan kamu.. :)

**********

Buat kamu,
adikku Amirah.

"Firstly, yah tolong jangan jelez k. Yue dah habis exam hari ni! hehehe. Tapi masih banyak lagi 'exam'2 besar menanti di hadapan. Tesis, LI, projek. huh~ Rase gerun je nak hadapi semua tu. Nanti yah akan rase jugak semua2 ni. Tahulah macam mane susahnye belajar kat universiti. Lagi susah dari SPM yah nanti. Ha, SPM dah nak dekat kan? This week is it? Buat yang terbaik k. Yue tahu yah boleh punya. Lagi2 akaun. Kacang je tuh. hehe. Nanti kalau diizinkan, yue datang sekolah kejap. Tapi nanti tak nak ramai2 tau. Segan plak yue nak ajar korang kang. Yue ni kan, penyegan orang nye. haha.

InsyaAllah, yue nak datang dengan Kak Salimah. Yah ingat lagi tak kat die? Ala..yang adik die Solehah tu. Die kate, die rindu kat suasana sekolah dulu. Yela, keluar sejak form 2 kan. Memang lebih menghargai la daripada kite yang keluar lambat sikit daripada die. So, nikmatilah saat2 akhir kat sekolah tu k. Ambil sebanyak mungkin kenangan. Kalau dulu, kenangan yue dengan kawan2 time SPM, kitorang pergi panjat tangki air. Best~ hehe. Korang buat la yang lebih berfaedah sikit dari ktorang ni. huhu."

Beat my result yang tak seberapa tu. Yah kan rajin belajar kat rumah.. :p
Selamat bertempur.

Salam Perjuangan,
[YuE]

**********

Dan buat kamu,
adikku Aiman.

"Hamboi3.. Mentang2 lah dah habis exam semua. Bukan main berlagak lagi ea dok kat rumah tu. Takpe2. Tengok la nanti..siapa lagi bahagia dok kat rumah tu nanti. haha. Hurm..PMR eman dah lepas. Periksa Diniyyah pon da lepas. So, tak ade nak wish ape2. Sape suruh habis exam awal sangat. hehe. Cumanye, harap eman dapat istiqomah la ye ape2 yang da buat kat sekolah tu. Yue ingat lagi time eman form one. Kalau balik rumah je, eman la yang paling semangat baca ma'thurat semua. Kakak2 eman ni semua kantoi ma'thurat. (time tu yue agak terkedu jugak la..eman da tegur cara tak langsung..) So, harapnya, eman tegur2 la lagi kitorang ni ye. hehe. Eman kan anak laki sulong.. ;)

Pasal eman nak masuk maahad tahun depan tu, eman fikir lah baik2 k. (yue jelez ni~) Semua tu untuk masa depan eman jugak. Mana2 pon same. Cuma nak ke tak nak je. Kalau masuk yang paling bagus sekalipon, eman tak hafal sungguh2, still lambat jugak menghafalnya. Teringin nak ada sorang huffaz dalam family. So, buat betul2 k! huhu.. Eh, eman nak keje kan? Ni ade keje best. Kejenye, dok umah jadi anak dara. Bukan anak raja ye.. :p"

Yue tunggu kat KL Sentral nanti. Lambat sangat, tinggal!

Salam Istiqomah,
[YuE] again..

**********

Juga buat kamu,
adikku Hakim.

"Achik mesti seronok dok kat asrama kan. Abang aiman ade buli? Kalau ade, achik hentam je die balik. Tak yah takut. Kalau nak hentam die kat rumah, jangan lupe ajak yue sekali eh. haha. Achik tengah exam final kan sekarang. Good luck ye achik. Achik belajar tau kat sekolah. Jangan banyak berangan je. Bukan sikit yang dilaburkan. Banyak. Achik kan budak baik. Kan,kan,kan? :)

Macam tak caye la pulak. Tahun depan achik dah nak jadi senior. Budak2 form 1 nanti akan panggil achik, 'Abang Hakim' (ke panggil ape eh?). Wah3. Dah nak jadi abang dah. Padahal achik kecik je. hihi. Tapi kecik2 pon, berapi tu. Jangan main2. Otak strategik katekan. (jangan kembang2 k..huhu.. :p)"

Nanti dok umah join yue jadi anak dara jugak ye. Kalau tak, siap! haha..

Salam Sayang ;) ,
[YuE] again n again..

**********

-end-

p/s: [YuE] is tak sabar nak balik..balik..dan balik.. :)

"Bagai Bayi Sedang Menangis, Lagi di Pukul-Pukul"

In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful

Hmmm..agak2 apa ye maksud perumpamaan kat atas tu?
Mudah je kan nak faham.. :)

Kalau kite nampak bayi sedang menangis, ape kite buat? Pujuk die sampai berhenti nangis ataupun kite pukul2 die supaya diam?

Sudah tentu kite akan pujuk die kan..bagi susu ke..mainan ke..pujuk die baik2 sampai die diam atau tertidur..

Ape jadi kalau kite lagi pukul2 die? Dah la tengah nangis..lagi dipukul2. Makin diam ke bayi tu? Makin melalak le..sakit..(sapelah yang kejam sangat nak wat camtu kan..ish3..)

Jangan risau. Ini hanyalah satu perumpamaan sahaja. Orang2 yang tak berperikemanusiaan je akan pukul2 bayi. Nauzubillah.

Dah faham? Mudah je kan.. :)

(Aku tak pasti perumpamaan sebegini wujud atau tidak secara formalnya. Aku dapat ni pon dari seorang sahabat. Bila dengar je, macam unik dan mendalam maksud yang terselindung..)

**********
"Umat Islam sekarang tengah parah. Tapi, sikap umat Islam makin memarahkan keadaan!"

Itulah kata2 yang boleh aku kaitkan dengan perumpamaan di atas. Anda setuju? Ini sekadar pandangan dari pemerhatian dan pengalaman aku sendiri. Dan aku yakin, ramai yang menyedari hakikat ini. Kerana kini, ramai yang mengembleng usaha masing2, dengan cara masing2, untuk menaikkan semula Islam di mata dunia dengan membaiki akhlaq oarang Islam sekarang.

Tidak kiralah mereka berada di tangga yang keberapa sama ada tangga Individu Muslim atau yang sudah berada di tangga Baitul Muslim. Dan tidak kira juga, yang punya kuasa dan yang tidak punya kuasa. Usaha2 ni hanyalah demi mencapai DAULAH ISLAMIYAH. Mengembalikan keagungan Islam suatu masa dahulu. Kerana hanya agama Islam yang Allah redhai sehingga hari Akhirat.

Moga usaha kita semua diredhai Allah. Menggapai Mardhatillah itu yang utama.

Namun begitu, masih ada juga penganut2nya yang tanpa sedar atau tidak, memburuk2kan, menghina dan menjatuhkan lagi Islam dengan perbuatan2 mereka. Tidak kiralah dari sekecil2 dosa hingga sebesar2nya dosa itu. Segala perilaku kita yang bercanggah dengan Islam, mencemarkan Islam bukan? Bawa fitnah kepada agama Islam!

Nauzubillah min zaalik! Jauhkan kami dari itu semua..

Sedarlah wahai diri,

Umat Islam sekarang dalam keadaan genting. Orang2 kafir laknatullah senang2 sahaja memijak2 kita. Tanah kita (al-Aqsa) dirampas. Kita ditindas. Pejuang2 Islam di Palestin, hari2 bermandikan darah, berlagukan tangisan iringan dentuman bom nuklear. Mereka berusaha 'memujuk bayi yang menangis' dengan berjuang dan berjihad mempertahankan Palestin dan agama Islam. Mereka tidak sekali2 cuba 'untuk menambah tangis bayi itu dengan memukul2nya'.

Tapi kita??

Disana-sini kita melihat maksiat dan kemungkaran yang terang dan nyata! Maaf, mungkin agak kasar jika aku mengatakan, adakah pelaku2 ini ingin turut serta berkonspirasi dengan agenda2 Israel yang ingin menghancurkan Islam? Tapi itulah hakikat yang kita tak sedari. Kita bukan sahaja sedang 'memukul2' malah 'menendang2 bayi yang sedang menangis itu'!


Aku bukan lah seorang yang sempurna akhlaknya. Aku juga bukan seorang yang kuat agamanya. Aku hanya insan dan hamba Allah yang sangat banyak dosanya. Sangat banyak. Aku juga tidak terlepas dari dosa2. Ilmu? Lagilah.. Masih banyak yang aku jahil tentang agama ni.

Dan kamu? Kamu pasti jauh lebih baik dari aku. Namun, sekiranya ada dosa2 lampau, kita mohon ampun dan mulakan hidup baru yang lebih bersemangat. Dan sekiranya sedang bergelumang dengan dosa dan mungkar, tinggal2kan. Cukup2lah kita 'memukul2' dan 'menendang2'.

Hakikatnya, agama Islam itu tidak 'menangis' kerana ia cukup sempurna. Cuma kita yang mencemarkan kesempurnaan itu. Malah sebenarnya, kita lah yang sebagai umatnya ini yang sedang 'menangis' itu! Dan kemudian....kite 'memukul2' diri kite sendiri?? Pelik bukan?? Tapi itulah yang terjadi..

Jom ramai2 kite sertai dan menyokong usaha umat Islam yang sedang berusaha 'memujuk bayi yang menangis' kerana kite sangat perlukan Islam sedang Islam tidak memerlukan kite.

Wallahu a'lam.

[_sekadar_peringatan_bersama_]