| Pengembara . Sebuah . Perjalanan |

"Sesungguhnya seseorang Muslim itu apabila berjalan di Jalan Dakwah, ia tidak berjalan dengan hatinya sahaja tetapi dibawa bersama hati saudara-saudaranya. Justeru itu, setiap pahala yang didapati di sepanjang perjalanannya, pasti akan terbias untuk saudara perjuangannya.."

Pages

Lilypie Kids Birthday tickers

Popular Posts

Haa..lalaikan solat lagi..!


Bismillah..

astaghfirullahal 'adzim..!

ampunkanlah dosa2 ku, seluruh ahli keluarga ku dan umat Islam di atas muka bumi ini, ya Allah!



hari itu kala jengking (Huraisy) sebagai peringatan..Ini ular (Syuja'ul Aqra') pula sebagai peringatan..

"Perjalanan menuju Akhirat"

perjalanan menuju ke akhirat amat jauh..
tentunya memerlukan bekalan yang banyak untuk sampai ke sana..
juga untuk menikmati kehidupan selepas mati..
memerlukan bekalan yang sekucupnya..

ketahuilah..
sesungguhnya mati adalah kiamat kecil untuk manusia..

sekiranya baik amalan semasa hidup di dunia dulu..
maka kuburnya akan diluaskan sejauh mata memandang dan sebuah taman dari taman2 syurga..

bagi yang buruk amalannya..
maka Allah sempitkan kuburnya sehingga bersilang tulang rusuknya dan salah satu dari lubang2
api neraka..
na'uzubillah..

Allah juga menghantar sejenis ular untuk menyeksanya yang bernama (syuja'ul aqra') yang diutus khas oleh
Allah untuk menyeksa mereka yang meninggalkan solat dengan sengaja..
dikatakan dalam kitab2, ular ini panjang taringya ialah sehari perjalanan..
dan sekali disengat atau dipalu, hancur seluruh tubuh hingga tenggelam 70 hasta..

ya Allah, aku berlindung denganMu dari azabMu..


Dan tiga siksa di dalam kubur:

1-
Dihimpit oleh kuburnya sehingga tulang rusuk kiri dan kanannya saling bersilangan.
2-
Dinyalakan api di dalam kuburnya, dan ia diguling-gulingkan di dalam api itu siang dan malam.
3- Allah
memasukkan ular berbisa bernama Syuja`ul-Aqra` ke dalam kuburnya, yang kedua matanya memancarkan api, dan kukunya dari besi yang panjang, setiap kukunya sepanjang sehari perjalanan. Ular itu akan memekik kepadanya dengan suara seperti halilintar yang menyambar, "Aku adalah Syuja`ul-Aqra. Tuhanku telah menyuruhku agar memukulmu kerana kamu telah :-

-melalaikan solat Subuh hingga terbit matahari
-melalaikan solat Zohor hingga Asar
-melalaikan solat Asar hingga Maghrib
-melalaikan solat Maghrib hingga Isyak
-melalaikan solat Isyak hingga Subuh.."

Setiap pukulan akan membenamkannya ke tanah sedalam tujuh puluh hasta, ia terus disiksa seperti ini dalam kuburnya sampai hari kiamat.

Semoga Allah menjauhkan kita dari azab kubur.


peringatan terakhir, sama-samalah kita menjaga waktu solat..sebaik2 solat adalah solat diawal waktu..ye SAKINAH~


sumber kat sini..




p/s:

suka tengok bila pemain2 bola pimpin tangan anak2 kecil masuk padang sebelum start main bola tu..macam satu tanda perintis pulak budak2 tu..kalaulah semua bapak2 kat dunia ni buat macam tu kat anak2 dia..tapi pimpin bawak masuk dalam masjid la..fuhh..berapa banyak perintis tuuu! pernah la terfikir..huhu.. (^_^)v



[19jun2010]


'Ala Bashiiroh! (apa tu?)


Bismillah..

alhamdulillah..isnin malam yang lepas, saya dan family berkesempatan mendengar penyampaian secara langsung dari wakil NGO atas kapal MV Mavi Marmara yang menyertai konvoi kemanusiaan LifeLine4Gaza (LL4G)..bertempat di sekolah rendah islam hira' batu belah..wakil tersebut adalah ustaz Hasanuddin dari Aqsa Syarif..kami dapat makluman yang ustaz tu akan datang ke hira' agak lewat..memang bergegas2 jugak lah nak ke sana takut terlepas walaupun sedikit..nasib baik sekolah tu 15 minit je dari rumah..dan kebetulan saya berada di rumah bukan di ukm..dapat la join sekaki :)

saya teliti satu persatu muka muslimat yang datang malam tu..apasal la macam luar biasa je tetamu malam tu..selalu nya, kalau ada ceramah kat sekolah, saya hanya datang menemani ummi dan tentunya tetamu2 yang hadir adalah golongan makcik-pakcik..kalau ada yang Gen-Y tu, boleh la nak dikira dengan jari..dah program makcik-pakcik kot..kami anak2 Gen-Y ni ikut aje mak ayah masing2..huhu..tapi malam tu macam ada selautan akhawat yang saya kenal!


ada program rupanya kat situ..dan saya....saya taktahu pulak program mukhayyam 2 minggu tu dah tukar ke sekolah hira'..eh2,bukan taktahu..tak amik tahu pasal saya konfem2 takdapat join dek tuntutan kelas (takbek ponteng!) dan juga tuntutan keluarga (balik kampung)..ahhh..apa2 pon, yang penting saya dapat lepaskan rindu dengan menatap wajah2 mereka..jumpa kembar saya yang paling best tuh..nape kembar? sebab nama dia Siti Sakinah Mazlan..hehehe.. (^^,)

seriously, sangat seronok............!!

tapi malam2 yang seterusnya saya dah malas nak datang..ehhh..bukan2..segan beno nye sebab takdaftar untuk join..(boleh pulak kan?) haisshhhh....


ok,enough about that.


seronok yang kedua pulak datang..ustaz Hasanuddin mulakan bicara perkongsiannya..lawak jugak ustaz nih..huhu..ustaz takbanyak kongsi rentetan cerita apa yang dah berlaku..yelah,dah tersebar luas pon kan..tapi ustaz lebih suka berkongsi apa yang ada disebalik peristiwa2 menarik tu :)


'ALA BASHIIROH -atas perancangan (yang dirancang)-

apa yang saya faham, ustaz kata semua yang berlaku, bermula dari pelayaran sehingga penyumbatan tawanan kapal Mavi Marmara ke penjara Israel tu adalah atas perancangan yang Maha Besar..kalau kita tengok apa yang berlaku sekarang ni (kecaman hebat dari seluruh dunia ke atas zionis), misi ini dikira lebih dari berjaya..

kapal kena tawan - berjaya!
ahli kapal syahid - berjaya!
kena ikat macam banduan - berjaya!
kena pijak dengan kasut but - berjaya!
kena humban dalam penjara - berjaya!


kenapa berjaya??

kesakitan yang dialami mereka, benar2 membuka mata dunia! setelah sekian lama zionis sepi dari dikecam, dunia kembali bangkit memaki tindakan yang berada di luar sifat2 kemanusiaan..

jika kita lihat 3 objektif utama yang digariskan oleh IHH untuk konvoi ini:

1) untuk bawa bekalan makanan, bahan binaan rumah dan sekolah, rawatan, ubat-ubatan, dll.
2) memecah dan merobohkan pemulauan ke atas Gaza.
3) membuka mata dunia dan meneruskan momentum mempertahankan Gaza.

walaupun taksampai bekalan2 tu, penyerangan ini memang betul2 membuka mata penghuni dunia yang lama lena dari penipuan zionis..mana2 negara yang tak isytihar kecaman terhadap zionis, akan dikecam oleh negara2 lain pula..mesir, barulah nak terkedek2 bukak sempadan Rafah..tu pon taktahu berapa lama..kerajaan Malaysia, ikhlas tak ikhlas kena jugak mengutuk dan mengecam..huhu..ini yang dikatakan, 'ala bashiiroh!


SEGALANYA KEMBALI KEPADA ALLAH

paling saya tersentuh, bab ustaz cerita yang dia kena pijak..memang ahli2 kapal tu disusun berbaring dengan tangan diikat yang sangatlah ketat..kalau gerak sikit boleh melecet..dah la baring himpit2 pastu tentera2 ni boleh pulak meniti2 atas badan2 mereka dengan kasut besar tu..

tapi ustaz kata, time kena pijak tu dia berfikir2.."kaki yang pijak ni, kaki milik Allah..orang yang punya kaki tu juga milik Allah..dan saat kena pijak ni, Allah yang takdirkan.."

segalanya kembali pada Allah swt..ingatan dan sentiasa bersangka baik dengan Allah..jikalau saya lah yang berada ditempatnya............memang Allah beri ujian pada orang yang tepat!


ULANG SEERAH RASUL

ustaz kata lagi, kapal Mavi Marmara ni mengulang seerah Rasulullah saw..yang mana ketika Rasulullah dan umat Islam masuk ke Mekah dengan pakai ihram..Rasulullah masuk ke Mekah secara aman tanpa senjata dengan berpakaian ihram..jika Quraisy menyerang rombongan aman tu, seluruh puak dan kabilah yang bukan Islam akan mengutuk dan mengecam tindakan mereka..


begitu juga dengan kapal Mavi Marmara..yang mana pada perancangan asalnya cuba untuk masuk ke Gaza dengan tanpa senjata dan menunggu di sempadan perairan Gaza berbulan2 sebagai tanda protes dan menunggu support dari antarabangsa yang bukan Islam dan seluruh dunia..ironi nya memang ada persamaan..tapi perancangan Allah itu lebih teliti..support itu datang lebih awal tanpa perlu menunggu dua bulan untuk protes..Allahu Akbar!




banyak lagi yang nak dikongsikan..tapi ini jelah yang mampu untuk disampaikan..huhu..kalau berkesempatan, datang lah dengar sendiri dari mereka2 ni..semua sukarelawan2 ni ada hampir dengan anda..cuma kena carik lah sikit dan alert dengan iklan2 atau makluman..memang mereka bergerak keserata Malaysia untuk meneruskan momentum ni..(ustaz Hasanudin takbalek2 rumah lagi sejak tiba di Malaysia)

seluruh warga dunia bertindak mengecam zionis..anda pula bagaimana? masih dengan dunia sendiri? paling tidak pon, cuba lah mujahadah memboikot 4 produk utama Israel ni --> NESTLE (paling ramai takboleh tinggalkan), LO'REAL, COKE, MCD


anda mampu mengubahnya! (^^,)



p/s: taksabar nak tunggu hari bersejarah Ahad ni..! exam juga jangan dilupakan..4flat! oyeh! (^_^)v



[18jun2010]



don't make it worse again


Bismillah..

the worse thing that my sister told me is: bila seorang perempuan rosak kereta atau tayar pancit tengah2 malam, dalam keadaan hujan, dan berlaku time keseorangan takberteman..

"fuhh..alhamdulillah! ni kira tak worse lagi la sebab ada yue sekali..kalau tak, mau akak nak kene tukar tayar ni sorang2, tengah2 malam hujan renyai2 ni..jangan laa.."

akak pick-up saya kat ukm rabu lepas..balik rumah sebab nak balik kampung jumaat tu..memang kondisi kereta ok je time kat ukm..tengah2 jalan lepas tol sg. besi baru rasa macam takseimbang je kereta tu..tapi takde la pulak dengar bunyi meletop ke ape ke..maybe sebab hujan lebat,so takdelah dengar sangat..lagipon tayar yang meletop tu kat belah belakang..kitorg dok kat depan..siyes,memang takdengar apa2 langsung..dengan jammed lagi..kereta pon jalan macam siput je..haha..time dah boleh laju sikit, baru lah dengar bunyi kuat berulang2 kat belakang..

saya sebenarnya, bukan la nak story sangat pasal tayar meletop ni semua..tapi saya ni carelessssssss sangat10x..hurmm..geram dengan diri sendiri..membahayakan diri! dush3x..

lepas da parking tu, kitorg dua2 keluar kereta tengok belakang..memang da penyek habis la tayar tu..urat2 benang tayar tu pon sampai da tersembul keluar..saya tepon abah nak inform dulu..then baru start tukar tayar..saya matikan enjin..tapiiiiiiiiiiiiiiiiiii........LUPA TUTUP LAMPU...........!! waa..geram2..

da elok2 tayar boleh tukar semua..tapi takleh start enjin lak..bateri dah habis..waaa..!! dah la parking baekkk punya port, bawah pencawang letrik..sebelah TNB kot..hujan2 plak tu,bahaya betul..terang2 ada signboard takleh duduk situ..dah cabut tayar baru pasan..nasib laa..huhu..so terpaksa la tepon abah dengan nada cool bitau enjin takleh start..kesian abah~~~~nak kena datang pulak..haihh..

sepanjang abah try2 nak start enjin, saya takbanyak cakap sbb TAKUUUT..dan salah satu cara supaya abah takjadi nak marah sbb tengok muka kesian..haha..tapi abah bajet2 cool je time tu.. :p

so.....pengajarannya adalah..........???

benda yang takberapa nak worse tu, boleh jadi worse sangat2 bila kita CUAI..sepatutnya sebagai 'bayaran', saya dah kena marah kaw2 jugak kat situ..sebab cuai sangat..so, lepas ni..apa2 jadi kene tenang dan bertindak lebih agresif dan peka..jangan cuai2 lagi ye..

tapi bagus jugak meletop malam tu..kalau tak, naye je meletop time balik kampung, kan? bateri pon, dapat tukar baru..hee..pape pon,setiap yang berlaku pasti ada hikmah nya.. (^_^)v



p/s:
1) pernah tak bukak lampu sepanjang jalan sampai la masuk ukm baru perasan tak pasang lampu..memang jenis tak alert dengan lampu kereta.. :(
2) pengalaman jugak tukar tayar malam2 dengan kakak..kire lulus la kan kitorg tukar tayar? heheh..



[2.39am, 15jun2010]




secebis dari diari 6 jun 2010

Bismillah..

6 jun yg lepas.
seawal 7 pagi lagi dah menyelinap keluar bilik menuju ke hentian bas.
meredah kabus pagi.sejuk.
namun digagahkan juga kudrat ini turun ke bawah.
menunggu pakcik driver bergaji seringgit-sekali-naik.
kalau bernasib baik, dapat la pakcik driver percuma-setiap-kali-naik. (bas ukm la tu)
kemudian meredah pula suasana bak halaman kampung-moden.
diriku pula bagai anak dara keluar rumah pergi pasar cari barang dapur.
boleh tahan jugak la.haha.

destinasi: sekolah menengah sri al-amin bangi.
ada program ABJZ (anda bijak jauhi zina) untuk student sekolah sekitar bangi.
datang just tolong jadi gadis dulang. (haha..kak wardah yang bagi nama ni ok)
tak sesibuk mana pon.
tapi lupa sesuatu.
dan tapi jugak,saya takpasti apa.
ok,fine.abaikan kejap.

sampai bilik,makan2,bukak fb.
bertubi2 ayat2 datang menerjah ke dinding fb kakak saya.

"sanah helwah ya gameelah!!~ ♥"

"hapy besday kak nisa!"

"happy birthday. God bless! XD"

"tanjoubi omedettou k.keyro0n!!! may Allah bless :D"

"eib milad saied kak khairun!allah yubaarik fiik :)"


owk.yang ni rupanya yang lupa tu.kui3.

saya pon terus hantar mesej beserta 9 kuntum bunga.
tapi dapat reply nak berjuta2 kuntum pulak.adeh.

whatever it is,

HAPPY 22nd BIRTHDAY!


moga sukses2 selalooo..
and gudluck exam kos killer tu.
sesuai dengan ca.kui3. :p



p/s: oooOOo..balik kampung! oooOOoo..balik kampung!! ganu kito~hee..
: ihzimhum wansurna 'alaihim~!





shame on me.. T_T

Bismillah..

happy..
gumbira..
riang ria..
senyum sampai telinga..
gelak tawa..
hilai manja..

seronok berjalan-jalan..bersiar-siar melihat keindahan alam ciptaan Allah..memerhatikan kehebatan dan keagungan Allah..yang menciptakan dunia serba indah..yang mengurniakan keamanan dan ketenangan di tempat saya..memberi saya sahabat2 yang berkongsi kegembiraan..melihat kehebatan manusia iaitu makhluq Allah yang membina lampu2 hiasan indah di kala malam menjelma..bergelak ketawa menonton cerita2 lucu..bersenang hati tika perut penuh diisi makanan..

sedang asyik menonton cerita di skrin laptop, dapat satu mesej:

"Kapal konvoi diserang Israel..2 orang telah syahid dan 30 lagi cedera..mohon doa!"

berita yang di takuti tiba juga..risau..resah.. "apa dah jadi kat sana ni.."

nak cepat2 habiskan cerita dan search di internet pasal ni..nak update terbaru!

tiba2 blackout! satu UKM takde eletrik..pakcik JARING pon automatik 'berehat'..takdapat nak update berita tapi yang dapat kepanasan suhu dek kipas tak berpusing..

lupa terus pada mesej tadi..hilang ke mane ntah niat mengupdate tadi..

saat nikmat ditarik satu persatu..kepanasan..pastu pakcik jaring pengsan pulak..kelas dah nak start,baju tak iron lagi..cepat2 turun nak ke kelas..hampir tiba kat dewan kuliah,kelas batal sebab takde eletrik..haihh..nak balik bilik, taktahu nak buat apa..semua aktiviti perlu eletrik kot!

mengeluh,mengeluh,mengeluh..hurmm..

eletrik dah ada semula..ape lagi, nak update pasal kapal konvoi!!

huh,kecewa! pakcik jaring masih pengsan lagi!

tunggu, tunggu, dan tunggu..

pakcik jaring bangun je,terus bukak fb dan tengok video2 yang di post ke dinding2 fb..

takdapat menahan air mata ni dari mengalir..melihat video2 penyerangan tentera Israel ke atas kapal konvoi itu,barulah tersentak hati ni..mesej2 tadi sekadar pegetahuan minda sahaja rupanya..kosong..dikaburi ujian kecil..

Ya Allah.....

SHAME ON ME!! malu sungguh..

air mata malu..malu pada mereka yang berada di atas kapal itu..malu sangat2 atas keseronokan,kegembiraan,kegirangan dan juga kekeluhan atas ujian sebesar kuman tadi..apa saya dah buat ni......maaf kan aku ya Allah... T_T

selepas jam 8 mlm tadi,perasaan saya berganti.

malu..
sedih..
geram..
marah..
menyampah!
meluat...!

hancur Yahudi Laknatullah!
mati kau ke neraka!!
sedang mati para syuhada' kami ke SYURGA!!

TAKBIR!! Allahu Akbar!!


"wahai org2 mu'min, mahukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yg dpt myelamatkan kamu dari azab yg pedih? (iaitu) kamu beriman kpd Allah dan rasulNya, dan bjihad di jalan Allah dgn harta dan jiwamu. itulah yg lebih baik jika kamu mengetahui. nescaya Allah mengampuni dosa2mu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai2, dan ke tempat tinggal yg baik di dlm syurga `Adn. itulah kemenangan yg agung. dan (ada lagi) kurnia yg lain yg kamu sukai, (iaitu) ptolongan dari Allah dan kemenangan yg dekat (waktunya). dan sampaikanlah berita gembira kpd org2 mu'min."
(61: 10 - 13)




one more award

Bismillah..

award lagi??
heeee....

CREATIVE BLOGGER AWARD

thanx a lot to fairuz liyana atas award ni..



takdelah creative pon blog ni..
blog yang senyap sunyi..
kadang2 bukak pon macam seram sejuk je..
cube tengok bulu roma korang..tegak tak?huhu.. :p

tapi kita kan kena hargai pemberian orang..
lagi2 saya dapat dari kawan saya yang happy go lucky ni..
tapi maaf sangat ye fairuz sebab lambat post award ni..

(^__^)v