| Pengembara . Sebuah . Perjalanan |

"Sesungguhnya seseorang Muslim itu apabila berjalan di Jalan Dakwah, ia tidak berjalan dengan hatinya sahaja tetapi dibawa bersama hati saudara-saudaranya. Justeru itu, setiap pahala yang didapati di sepanjang perjalanannya, pasti akan terbias untuk saudara perjuangannya.."

Pages

Lilypie Kids Birthday tickers

Popular Posts

Bring along your vehicles..don't forget it !


"Ya, Allah.. Thabbit Qulubana ya Allah!"

---------------------------

Tiba2 pihak universiti mengumumkan penukaran jadual exam final kerana memanjangkan tempoh cuti untuk Deepavali. Jadual baru tersangatlah padat. Hari pertama exam, dua paper pagi dan malam. ( jangan terkejut, malam pun diselit sekali ! ) Esoknya pagi2 ada exam satu paper lagi.( confirm syahid ! ) Kemudian exam hampir setiap hari berturut2. Gap yang panjang hanya pada minggu cuti deepavali tu sahaja lah. Itupun lepas cuti, tinggal satu paper jee. ( paper ni wajib A ye sakinah ! )

Ramai yang mengeluh. Termasuk saya. Kat facebook je, semua kemarahan dan ketidakpuashatian diluahkan. Sampai ada yang tukar nickname pada FB kepada nama2 subjek exam nanti. ( yang ni memang gelak guling2 bila dapat tahu. haha )

Pihak universiti perlu ambil kira semua keluhan2 ni. Study week pon takada semester ni. ( semester ni memang pelik betul ) Kenapa tidak di putuskan awal2. Oh, mungkin masalah teknikal berlaku. ( husnu dzhon lebih baik kut ) Tapi banyak betul masalah teknikal nya ye? huhu.

Sebagai anak muda ( yang jiwanya mudah memberontak ) dan juga seorang remaja yang punya tarbiyah Islam, saya cuba mencari keseimbangan dalam masalah ni. Koreksi diri dan kaitkan dengan Allah atas semua yang berlaku.

" Oh, ini ujian Allah. Pihak universiti hanya menjadi satu perantara untuk ujian ini. Lagipon, kalau diberi masa yang lebih, lebih jugak ke revision kamu tu ? Kalau diberi ruang dan peluang terlalu besar, hargai ke semua tu ? Asyik nak mengeluh je. Allah tak suka ! "

Perjalanan ini masih jauh. Diingatkan, jangan lupa bawa sekali 'kenderaan2' kamu.

------------------------


Ibrahim bin Adham keluar dari negerinya untuk menunaikan haji dengan berjalan kaki.
Dalam perjalanan, seorang lelaki yang menunggang untanya bertemu dengan Ibrahim lantas menegurnya:

"Tuan hendak ke mana?"

Ibrahim menjawab:

"Saya hendak pergi menunaikan haji."

"Mana kenderaan tuan? Perjalanannya sangat jauh!"

"Aku mempunyai banyak kenderaan yang kamu tidak nampak."

"Apa dia?"

Ibrahim menjelaskan:

"Apabila aku ditimpa musibah, aku menaiki kenderaan SABAR.
Apabila aku diberi ni’mat, aku menaiki kenderaan SYUKUR.
Apabila berlaku ke atasku qadha’ dan qadar, aku menaiki kenderaan REDHA!"

Lelaki itupun berkata:

"Berjalanlah tuan dengan iringan keberkatan dari Allah. Sesungguhnya tuanlah yang sebenarnya menaiki kenderaan sedangkan aku orang yang berjalan kaki."

---------------------------


Hentikan segala rungutan. Hentikan segala keluhan. Take an action. Prepare well. InsyaAllah Kheir. ^_^



p/s: Malam ni ada ziarah dari JK Tarbiyah KNL !! On my way to siapkan slide database ahli dan program. ( tiba2 rasa otak dah bercabang..huhu..i like! )


[ 19okt2010, 1.16pm]


2 pendapat pemerhati pengembaraanku:

all the best kinah!nak tumpang skali bleh tak?hehe

 

bit taufiq wan najah fil imtihan :)