| Pengembara . Sebuah . Perjalanan |

"Sesungguhnya seseorang Muslim itu apabila berjalan di Jalan Dakwah, ia tidak berjalan dengan hatinya sahaja tetapi dibawa bersama hati saudara-saudaranya. Justeru itu, setiap pahala yang didapati di sepanjang perjalanannya, pasti akan terbias untuk saudara perjuangannya.."

Pages

Lilypie Kids Birthday tickers

Popular Posts

Fatien: Rahsia Inspirasiku


Bismillahirrahmanirrahim.

Oh ! Pagi yang sungguh cerah dan mendamaikan ! Dengan kemeriahan bunyi kicauan sekawan burung sahut-menyahut, yang didahului dengan salakan anjing di belakang rumah. (uik ? salakan anjing ??) Ya, salakan anjing ni memang hari2 lah ada. Mana tak nya, asal jalan kaki turun tunggu bas di hentian kajang je, mesti bertembung dengan anjing lah. Kadang2 siap main acah2 lagi dengan anjing2 ni. Saya nak jalan ke sana, dia pon lintas jalan untuk ke sana. Bila saya patah balik sebab taknak bertembung dengan dia, dia pon lintas jalan balik sebab sibuk nak bertembung dengan saya! haishh..kalau comel takpe la jugak. Dah la fobia dengan anjing2 ni. Pernah kena kejar sampai tercabut2 kasut kot ! Nasib baik kawan saya Fatien tolong kutipkan kasut tu walaupun muka dia lebih pucat ketakutan daripada saya. heheheh..

Ok, cerita pasal kawan saya Fatien yang comel ni, saya nak tujukan post ni khas buat dia.

(Ehem3.. Tien, ni aku nak balas entry ko yang ni --> sakinah (^_^) )


Memori.

Actually, lagu kehidupan tu memberikan banyak memori2 masa lalu. Jika dikenang memori2 lama ni, seriously nak nangis sangat. Sebab ada satu tanggungjawab yang dah diabaikan terhadap 'mereka'.

Dan Fatien bagai mencipta satu memori baru yang seakan dengan 'mereka'. Dan yang pasti, saya taknak mengulangi kesilapan yang sama terhadap dia. Sebab tu tajuk entry 'Inspirasiku'. ^_^


Makan.

Yang tadi, inspirasi dari segi lain. Kali ni, inspirasi tentang.....MAKAN. hehe. Fatien ni suka makan. Saya pulak suka tengok dia makan. Kalau orang lain kata pada saya macam ni: "Kinah makan besemangat ! Kalau makanan yang taksedap pon boleh tengok macam sedaaap sangat bila tengok kinah makan." Tapi Fatien lebih lagi la dari tu. Rasa macam nak makan setiap hari dengan dia je. Sungguh berselera ! hehe..


Tangis dan tawa.

Suka bila dia ketawa. Buat hati rasa gembira. Memang seorang yang saangat periang. Kalau duduk depan laptop tu, ada jelah yang menggembirakan hati dia. Sebab tu kalau dia nangis, saya tak tahan. Rasa nak nangis jugak. huu..


Cerminan Umairah.

Bila tengok Fatien, saya membayangkan macam mana adik bongsu saya Umairah bila sebaya dia nanti. Sebabnya, Fatien ni pon bongsu jugak. Kakak2 berderet kat atas dia. Same goes with Umai. Bertuah ada kakak2 dan abang2 yang baik macam Fatien jugak kot nanti. hee.. Atau mungkin setiap minggu pening nak balik rumah kakak yang mana satu ?? haha.. :p


Rahsia Inspirasiku.

Fatien, teruslah jadi inspirasi aku ok ! Kini rahsia, bukan lagi rahsia. Itu yang aku nak ko tahu. huhu.. ^_^v




p/s: Perancangan mendadak untuk pulang hari ni dibuat lepas dapat mesej dari abah tanya balik rumah ke tak minggu ni. Ada yang rindu rupanya. ahaks !




[8.56am]



1 pendapat pemerhati pengembaraanku:

heee..kinah comel la entry ni!:)

alahai kinah syg,ko pon mnjd sumber inspirasi ak jugak.hehe.ey,bab makan tuh pon,ak mmg suke tgk time habiskan makanan,itu inspirasi ak utk xnak mmbazir.hehe
and lastly,sikap ko yg suke bersangka baik tu jgak ak suker.hmm..bertuah dpt kwn mcm ko,kata najihah anak buah aku..hehe

thanks kinah for being my friend!sayang kinah!:)