"Semua dah ada. Bateri ada, mouse ada, charger bateri ada, cooler pad pun ada! Cuma laptop je tak ada. Hahaha."
Berderai ketawa seisi bilik mendengar celoteh teman bilikku tu. Saya yang sedang menggosok baju disebelah bilik itu pon turut tersenyum. Namun dalam hatinya, siapa yang tahu. Barangkali celotehnya tadi, sekadar nak menceriakan hatinya sendiri. Melihat dia menggulung wayar charger bateri laptop yang telah ketiadaan laptopnya, sayu rasa hati ini. Wajahnya jelas menampakkan kesedihan walau kata-katanya menzahirkan keriangan.
"Ya Allah, sungguh Kau menguji pada hamba-Mu yang benar2 mampu", bisik hati kecilku.
Ujian dan musibah yang menimpa kami seisi rumah DarusSakeenah, benar2 menguji iman dan ukhuwwah kami. Trauma yang masih bersarang di minda, begitu menghantui hidup. Mana tidaknya, 4 biji laptop dan 2 biji henset hilang dalam sekelip mata.
Pada 3 Januari yang lalu, saya dan beberapa rakan rumah yang lain yang masih berada di dalam rumah, tertidur yang sangat nyenyak seperti di pukau. Hinggakan, orang luar masuk ke rumah pun tak perasan dan mengambil laptop yang betul2 berada di sebelah kami yang sedang tidur! Setiap pagi bila bangun dari tidur, memang akan terbayang peristiwa menggerunkan ini. Trauma!
Namun kami bersyukur ya Allah. Seperti kata ustazah di Darus Syifa', syukur Allah masih pelihara kami. Allah lindungi kami dari diapa2kan oleh mereka. Alhamdulillah.
Sepatutnya, pada hari kejadian laptop saya berada dengan saya di rumah ni. Tapi abah tak sempat nak pulangkan pada hari sebelumnya. Abah pinjam untuk digunakan dalam program Palestin yang abah dan Aqsa Syarif Kuala Selangor anjurkan. Dan sempat pulangkan pada malam hari selepas kejadian tersebut. Mungkin berkat dan masih rezeki program Palestin yang akan datang untuk masih menggunakan khidmat laptop ni. Wallahua'lam. Kalau hilang jugak, memang nangis tak berlagu la jawabnya. Baru tukar skrin RM450. huu.
Mohon doakan kami terus thabat dan kuat dalam bekerja demi Islam. Segala bantuan dan sokongan dari semua ikhwah akhawat keluarga Karisma, JIM, IKRAM dll, sangat kami hargai. Terharu. Bertubi2 mesej semangat kami terima. (kecuali saya lah. dah henfon tak ada. huhu.) Rasa besarnya 'keluarga' saya. Jazakumullah kheir kathiir! :)
Dalam kita melangkah, terkadang diuji dgn ujian-Nya, terasa berat hingga kita terduduk lemah dan menangis, peritnya terasa..Tapi, ketahuilah dan renungi kembali ke dalam diri..Mungkin Dia hadirkan air mata untk kita menjahit kembali sejadah iman yang terkoyak, lantaran ada yang tersasar dari keikhlasan..Kerana Al-Khaliq itu Maha Penyayang terhadap hamba-Nya yg tabah..
p/s:
1) sesiapa yang nak saya simpan balik no fon dia, sila mesej ye. dah ada sim baru dan masih guna no lama.
2) rindu kat henfon lama....terima kasih kepada pencuri sebab bagi saya dan kawan2 saya pahala sabar.



2 pendapat pemerhati pengembaraanku:
yup,hanya org yg benar2 mampu...
Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Dia tahu apa yang hambaNya mampu dan tak mampu :)
Post a Comment