| Pengembara . Sebuah . Perjalanan |

"Sesungguhnya seseorang Muslim itu apabila berjalan di Jalan Dakwah, ia tidak berjalan dengan hatinya sahaja tetapi dibawa bersama hati saudara-saudaranya. Justeru itu, setiap pahala yang didapati di sepanjang perjalanannya, pasti akan terbias untuk saudara perjuangannya.."

Pages

Lilypie Kids Birthday tickers

Popular Posts

| Warkah Istimewa Buat Kamu, Kamu dan Kamu |

In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful

**********
Entry kali ni, istimewa buat kamu, kamu dan kamu.. :)

**********

Buat kamu,
adikku Amirah.

"Firstly, yah tolong jangan jelez k. Yue dah habis exam hari ni! hehehe. Tapi masih banyak lagi 'exam'2 besar menanti di hadapan. Tesis, LI, projek. huh~ Rase gerun je nak hadapi semua tu. Nanti yah akan rase jugak semua2 ni. Tahulah macam mane susahnye belajar kat universiti. Lagi susah dari SPM yah nanti. Ha, SPM dah nak dekat kan? This week is it? Buat yang terbaik k. Yue tahu yah boleh punya. Lagi2 akaun. Kacang je tuh. hehe. Nanti kalau diizinkan, yue datang sekolah kejap. Tapi nanti tak nak ramai2 tau. Segan plak yue nak ajar korang kang. Yue ni kan, penyegan orang nye. haha.

InsyaAllah, yue nak datang dengan Kak Salimah. Yah ingat lagi tak kat die? Ala..yang adik die Solehah tu. Die kate, die rindu kat suasana sekolah dulu. Yela, keluar sejak form 2 kan. Memang lebih menghargai la daripada kite yang keluar lambat sikit daripada die. So, nikmatilah saat2 akhir kat sekolah tu k. Ambil sebanyak mungkin kenangan. Kalau dulu, kenangan yue dengan kawan2 time SPM, kitorang pergi panjat tangki air. Best~ hehe. Korang buat la yang lebih berfaedah sikit dari ktorang ni. huhu."

Beat my result yang tak seberapa tu. Yah kan rajin belajar kat rumah.. :p
Selamat bertempur.

Salam Perjuangan,
[YuE]

**********

Dan buat kamu,
adikku Aiman.

"Hamboi3.. Mentang2 lah dah habis exam semua. Bukan main berlagak lagi ea dok kat rumah tu. Takpe2. Tengok la nanti..siapa lagi bahagia dok kat rumah tu nanti. haha. Hurm..PMR eman dah lepas. Periksa Diniyyah pon da lepas. So, tak ade nak wish ape2. Sape suruh habis exam awal sangat. hehe. Cumanye, harap eman dapat istiqomah la ye ape2 yang da buat kat sekolah tu. Yue ingat lagi time eman form one. Kalau balik rumah je, eman la yang paling semangat baca ma'thurat semua. Kakak2 eman ni semua kantoi ma'thurat. (time tu yue agak terkedu jugak la..eman da tegur cara tak langsung..) So, harapnya, eman tegur2 la lagi kitorang ni ye. hehe. Eman kan anak laki sulong.. ;)

Pasal eman nak masuk maahad tahun depan tu, eman fikir lah baik2 k. (yue jelez ni~) Semua tu untuk masa depan eman jugak. Mana2 pon same. Cuma nak ke tak nak je. Kalau masuk yang paling bagus sekalipon, eman tak hafal sungguh2, still lambat jugak menghafalnya. Teringin nak ada sorang huffaz dalam family. So, buat betul2 k! huhu.. Eh, eman nak keje kan? Ni ade keje best. Kejenye, dok umah jadi anak dara. Bukan anak raja ye.. :p"

Yue tunggu kat KL Sentral nanti. Lambat sangat, tinggal!

Salam Istiqomah,
[YuE] again..

**********

Juga buat kamu,
adikku Hakim.

"Achik mesti seronok dok kat asrama kan. Abang aiman ade buli? Kalau ade, achik hentam je die balik. Tak yah takut. Kalau nak hentam die kat rumah, jangan lupe ajak yue sekali eh. haha. Achik tengah exam final kan sekarang. Good luck ye achik. Achik belajar tau kat sekolah. Jangan banyak berangan je. Bukan sikit yang dilaburkan. Banyak. Achik kan budak baik. Kan,kan,kan? :)

Macam tak caye la pulak. Tahun depan achik dah nak jadi senior. Budak2 form 1 nanti akan panggil achik, 'Abang Hakim' (ke panggil ape eh?). Wah3. Dah nak jadi abang dah. Padahal achik kecik je. hihi. Tapi kecik2 pon, berapi tu. Jangan main2. Otak strategik katekan. (jangan kembang2 k..huhu.. :p)"

Nanti dok umah join yue jadi anak dara jugak ye. Kalau tak, siap! haha..

Salam Sayang ;) ,
[YuE] again n again..

**********

-end-

p/s: [YuE] is tak sabar nak balik..balik..dan balik.. :)

"Bagai Bayi Sedang Menangis, Lagi di Pukul-Pukul"

In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful

Hmmm..agak2 apa ye maksud perumpamaan kat atas tu?
Mudah je kan nak faham.. :)

Kalau kite nampak bayi sedang menangis, ape kite buat? Pujuk die sampai berhenti nangis ataupun kite pukul2 die supaya diam?

Sudah tentu kite akan pujuk die kan..bagi susu ke..mainan ke..pujuk die baik2 sampai die diam atau tertidur..

Ape jadi kalau kite lagi pukul2 die? Dah la tengah nangis..lagi dipukul2. Makin diam ke bayi tu? Makin melalak le..sakit..(sapelah yang kejam sangat nak wat camtu kan..ish3..)

Jangan risau. Ini hanyalah satu perumpamaan sahaja. Orang2 yang tak berperikemanusiaan je akan pukul2 bayi. Nauzubillah.

Dah faham? Mudah je kan.. :)

(Aku tak pasti perumpamaan sebegini wujud atau tidak secara formalnya. Aku dapat ni pon dari seorang sahabat. Bila dengar je, macam unik dan mendalam maksud yang terselindung..)

**********
"Umat Islam sekarang tengah parah. Tapi, sikap umat Islam makin memarahkan keadaan!"

Itulah kata2 yang boleh aku kaitkan dengan perumpamaan di atas. Anda setuju? Ini sekadar pandangan dari pemerhatian dan pengalaman aku sendiri. Dan aku yakin, ramai yang menyedari hakikat ini. Kerana kini, ramai yang mengembleng usaha masing2, dengan cara masing2, untuk menaikkan semula Islam di mata dunia dengan membaiki akhlaq oarang Islam sekarang.

Tidak kiralah mereka berada di tangga yang keberapa sama ada tangga Individu Muslim atau yang sudah berada di tangga Baitul Muslim. Dan tidak kira juga, yang punya kuasa dan yang tidak punya kuasa. Usaha2 ni hanyalah demi mencapai DAULAH ISLAMIYAH. Mengembalikan keagungan Islam suatu masa dahulu. Kerana hanya agama Islam yang Allah redhai sehingga hari Akhirat.

Moga usaha kita semua diredhai Allah. Menggapai Mardhatillah itu yang utama.

Namun begitu, masih ada juga penganut2nya yang tanpa sedar atau tidak, memburuk2kan, menghina dan menjatuhkan lagi Islam dengan perbuatan2 mereka. Tidak kiralah dari sekecil2 dosa hingga sebesar2nya dosa itu. Segala perilaku kita yang bercanggah dengan Islam, mencemarkan Islam bukan? Bawa fitnah kepada agama Islam!

Nauzubillah min zaalik! Jauhkan kami dari itu semua..

Sedarlah wahai diri,

Umat Islam sekarang dalam keadaan genting. Orang2 kafir laknatullah senang2 sahaja memijak2 kita. Tanah kita (al-Aqsa) dirampas. Kita ditindas. Pejuang2 Islam di Palestin, hari2 bermandikan darah, berlagukan tangisan iringan dentuman bom nuklear. Mereka berusaha 'memujuk bayi yang menangis' dengan berjuang dan berjihad mempertahankan Palestin dan agama Islam. Mereka tidak sekali2 cuba 'untuk menambah tangis bayi itu dengan memukul2nya'.

Tapi kita??

Disana-sini kita melihat maksiat dan kemungkaran yang terang dan nyata! Maaf, mungkin agak kasar jika aku mengatakan, adakah pelaku2 ini ingin turut serta berkonspirasi dengan agenda2 Israel yang ingin menghancurkan Islam? Tapi itulah hakikat yang kita tak sedari. Kita bukan sahaja sedang 'memukul2' malah 'menendang2 bayi yang sedang menangis itu'!


Aku bukan lah seorang yang sempurna akhlaknya. Aku juga bukan seorang yang kuat agamanya. Aku hanya insan dan hamba Allah yang sangat banyak dosanya. Sangat banyak. Aku juga tidak terlepas dari dosa2. Ilmu? Lagilah.. Masih banyak yang aku jahil tentang agama ni.

Dan kamu? Kamu pasti jauh lebih baik dari aku. Namun, sekiranya ada dosa2 lampau, kita mohon ampun dan mulakan hidup baru yang lebih bersemangat. Dan sekiranya sedang bergelumang dengan dosa dan mungkar, tinggal2kan. Cukup2lah kita 'memukul2' dan 'menendang2'.

Hakikatnya, agama Islam itu tidak 'menangis' kerana ia cukup sempurna. Cuma kita yang mencemarkan kesempurnaan itu. Malah sebenarnya, kita lah yang sebagai umatnya ini yang sedang 'menangis' itu! Dan kemudian....kite 'memukul2' diri kite sendiri?? Pelik bukan?? Tapi itulah yang terjadi..

Jom ramai2 kite sertai dan menyokong usaha umat Islam yang sedang berusaha 'memujuk bayi yang menangis' kerana kite sangat perlukan Islam sedang Islam tidak memerlukan kite.

Wallahu a'lam.

[_sekadar_peringatan_bersama_]

Didedikasikan Khas Buatmu ;)

In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful

Lagu
"Kehidupan" ini, didedikasikan khas buat........

sahabat2 ku, as my
ex-roomates at Matrik Johor; Syarifah Amirah Syed Amran dan Nurul Ashikin Ibrahim.
(kite tak tahu lah korang bace ke tak entry ni.huhu..harap2 bace lah ye :) )

kat entrance KMJ :)


Bile dengar je lagu ni,aku mesti ingat kat mereka berdua. Lagi2 Miera. Sebabnya dia sangat lah suka dengan lagu ni. Sampaikan pernah satu masa tu, kitorang pasang lagu ni berpuluh2 kali. Dok pusing tang tuu jugak la..huhu.. Dalam banyak2 lagu nasyid dalam mp3 aku tu, lagu yang ni jela kitorang layan sampai tak kesudah..hehe..kenangan~best~

Sekarang
Miera kat UiTM Melaka. Buat accountancy (btol kan?heheh). The one and only yang amek akaun dalam bilik kitorg. Shikin amek fizik. Sama macam aku. Sekarang Shikin kat UM amek jurusan sains kimia. Die memang hebat kimia..huhu..

with Kak Dayah :)


Haaa..kan dah. Teringat kat matrik la plak. Huh. Macam2 kenangan kat sane. Kejutan budaya la yang paaaaling aku tak boleh lupe.huhu. Mane tak nye, aku kene buat 'chicken dance' berdua je dengan sorang kawan perempuan tu. Di depan budak2 laki, pompuan ntah mane2 ntah yang aku pon baru nak kenal. Adui. Geram betul time tu! Aku buat pakai dan jela. Jadilah aku seekor ayam 'kaku'. Peduli apa time tu. Sape suruh kan? huhu..

Banyak la kenangan pahit manis ngan miera dan shikin. Kan korang kan? huhu..walaupun setahun je, tapi ia begitu bermakna. Cari aiskrim tengah2 malam.(jangan terkejut..ktorg jumpe aiskrim tu..huhu) Buat dapur khas dalam bilik. Pusing petang2 satu KMJ,(yang ni paling malas skali aku nak buat.hehe.) Main baling selipar.(juara aras tau..dont play2!) Pergi program KBM sama2. Join Perkasa Matrik. Banyak lagi lah..huhu..enjoy da time~

time jadi fasi KBM :)


Walau kite semua jauh, namun korang berdua tetap dekat dihati kite. :)
(skali skala nak jiwang jap.. :p)

Moga ukhuwah kite tetap berkekalan sampai akhirat. Ameen.

One more thing,
buat Nurul dan Ern, akak tujukan khas buat kamu berdua juga..Nurul, lagu ni la yang Ern cerita dalam usrah hari tu..kan tak jumpe cari time tu..moga bermanfaat buat kamu. Dan buat akak juga. ;)


p/s: Miera, kate nak tepon kite..masih menanti ni..kalau kite tepon kang,awak bz plak..huhu :)
Shikin plak, slalu same2 on9 YM, tapi kite tak berani nak kaco awak..orang bz katekan..heheh.. :)



[Sekadar Memerhati Tanpa Bicara]

In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful


(Astaghfirullah al-'adziim)

.
benar ke tidak berbicara??
tidak untuk sebelum ini.
kerana ketika itu,ade bicara.
banyak bicaranya.
dihati.
"salah aku ke?"
"kenapa macam ni?"
"tak patut aku buat macam ni.."
"dah2 la sakinah..fokus.."
"hurm.."
.
konfius dgn hati sendiri.
mungkin ini lah yg dikatakan.
bila hati tak selari dengan akal fikiran.
.
akal tahu.
"ni salah.."
"ni boleh..tak apa.."
"tinggalkan sementara semua tu..fitnah dunia semata.."
.
tapi hati?
"tak boleh ke?salah?"
"boleh plak yg ni??huh~"
"sementara je?macam mane ni..serabut la.."
hati yang tak dapat menerima.
bicara akal sendiri.
huh~

.
maka akhirnya.
jadilah pemerhati.
yang tiada bicaranya.
dek kebingungan dgn akal dan hati sendiri.
yang tidak selari.
.
aku terdiam terus.
terdiam sambil mencari jawapan.
sedang jawapan itu jelas.
jika berfikir dengan hati dan jiwa yang bersih.
.
sebentar.
mencari jawapan?
ia perlukan bicara akal dan hati, sakinah!
dan ia akan kembali kpd bicara asal itu!
.
sedarlah!
bangunlah!
.
sucikan hatimu.
bersihkan jiwamu.
luruskan fikiran dan akalmu.
hanya kepada Yang Haq!
.
dan kemudian.
selarikan lah akal dan hatimu.
bicarakanlah yang benar.
walau yang benar itulah,
pahit diterima.
namun ia adalah yang terbaik buat kamu dan semua.
dan juga terbaik buat agama mu.
.
"Ya Allah,luruskan lah hati dan akal ku..
tetapkan lah hatiku diatas jalan Mu ini..
jangan lah sesekali Kau pesongkan aku dari jalan ini..
moga aku tetap tabah dengan dugaan kecil ini..
kerana aku tahu,
dihadapan ku masih berjuta lagi dugaan yang menanti..
kuatkan aku Ya Allah.."
.
[senyum sedikit]
.
-aku yang tak punya kekuatan apa2.
kecuali hanya Allah disisi ku-


*diadaptasi dari 'secreto' ;)

The Story of The QASSAM ROCKET

In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful


Video ini adalah lanjutan daripada entry sebelum ini, "Era Zionis Kian BERAKHIR".
( Bagi yang belum baca,sila2 lah baca ye.. :) )





"Kalau 22 tahun dahulunya HAMAS hanya berbekalkan sokongan pemuda dan remaja yang melontarkan batu, namun kini mereka mempunyai bridge ketenteraan yang mampu melancarkan roket sejauh 50 km."
(Dipetik daripada entry sebelum ini)


Doa Qunut Nazilah

اللهم أَعِزَّ الإسلامَ و المسلمين , اللهم أَذِلَّ الشِركَ و المُشرِكِين , أللهم انْصُرْ اخوانَنَا المسلمين و المجاهدين و المُسْتَضْعَفِين , فى فلسطين و فى لُبْنَان و فى العراق وفى كل مكان و فى كل زمان.

"Ya Allah! Muliakan Islam dan orang Islam. Ya Allah! Hinakan Syirik dan musyrikin. Ya Allah! Tolonglah saudara-saudara kami yang muslim dan mujahidin dan golongan-golongan lemah, di Palestine, di Lubnan, di Iraq dan di semua tempat dan di semua masa."

اللهم دَمِّرْ أعْدَائَك أعداءَ الدِّين , اللهم أهْلِكِ الكَفَرَةَ و الشِرْكَ و المُنَافقين , اللهم اِنَّنا نَجْعَلُ فى نُحُورِ أعداءِنَا و نَعُوذُ بِك مِن شُرُورِهِم, اللهم بَدِّدْ شَمْلَهُم و فَرِّقْ جَمْعَهم و شَتِّتْ كَلِمَتَهم و زَلْزِلْ أَقْدَامَهم و سَلِّطْ عليهم كَلْبًا مِن كِلَابِك

"Ya Allah! Binasakan musuh kamu, musuh agama (Islam). Ya Allah! Hancurkan kekufuran, Syirik dan Munafiq, Ya Allah! Sesungguhnya kami jadikan pada leher-leher musuh kami (kami serah kepada-Mu) dan kami berlindung dengan-Mu dari kejahatan-kejahatan mereka. Ya Allah! Cerai beraikan himpunan mereka, pisahkan kesatuan mereka, selerakkan kalimah-kalimah mereka, gegarkan ketetapan mereka, Kalahkan mereka dengan anjing dari anjing-anjing kamu."

Ameen~

Hari Ini Dalam Sejarah

In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful


KISAH SEMALAM

Mesej dari Umi:
"Salam.macam mana exam?ok?boleh jawab tak?hujung minggu ni, yue buat apa?ada pergi mana2 tak?

Aku membalas dengan calling umi je terus..
Nak di ringkaskan cerita,aku saje menduga umi..
"Kenapa umi tanye?" (kenape lagi..sakinah2..ish) "Umi nak datang kat yue ea..hihi.."
Umi kate,tak tahu lagi boleh datang ke tak..huh..kuciwa sungguh..mane taknye,sejak kat asrama dulu lagi,umi tak pernah tak datang jenguk aku time exam..huhu..

Tapi takpe,alasan2 umi diterima..sebabnya,abah kene pergi seminar daftar ujian maahad tahfiz untuk aiman ahad ni..tak de mase nak kejar2 datang bangi pulak..hurm..tak kesah la umi..doa umi ngan abah pon da cukup untuk yue.. :)

Yang kisah aiman ni plak satu hal lagi..pasal masuk maahad,sampai nangis2..katenya,tak nak masuk maahad kat hira'..mintak umi hantar jauh2..kelantan,perlis,pahang ke..tak kisah..(aiman kan slalu tak kisah..hehe..) tak tahu la awatnye..biaq pi la die tu..pandai2 la berdikari..secara jujurnya,tak pernah kot dalam sejarah keluarga kami,adik beradik aku sekolah lain..

Itu dia.Sejarah baru bakal terlakar.
Harapnya,semua yang terbaik saje bagi dirinya.


KISAH HARI INI PULAK

Sejarah ape ye?

Exam tadi kebetulan aku dapat duduk depan rumate aku..meja aku 580..rumate aku 581..jarang2 berlaku tu..tambah2 lagi kitorg berdua lain fakulti..tak pernah kot exam sesame..tadi tu,exam ko-k..kebetulan terdaftar sama set..kene la pulak no matrik dekat2..huhu..

Sejarah baru tercipta.
Memang hari ini dalam sejarah la..
huhu..

Balik2 dari exam,tengok henset..eh,mesej dari umi la.again. :)
Tapi kali ni,berita gembira..yaaahooo! :D

"Esok tengahari yue ngan akak gi mana2 tak?kami ingat nak pergi sana kejap.adik2 semua nak ikut."

Yes! Aku da agak da..'cara' umai mesti berkesan punye..dengan buat ayat kesian sikit..umai lah guruku..ngee~

Aku pon membalas mesej umi:
"Yue tak ada pegi mane2 pon..duduk kat bilik je..yea2! Umai nak datang! hehe.."

Tahu ape umi balas??
"Nampaknya,umai sorang jela yang pegi..orang lain tak yah lah..hehe.."

Adoi..dengan tanpa segan silu nye,aku membalas:
"Hehehe..seronok semua nak datang la MAK..hehehe.."

Sukenye..semua nak datang esok..abah,umi,ca,ierah,aiman,achik,amin,maryam,UMAI..tak pernah lagi kot semua datang ramai2 camtu kat sini..huhu..

Satu lagi sejarah bakal terukir esok. :)

-end of the 'kisah'-

******************
SEJARAH. Apa ada dengan sejarah ni?

Mungkin sejarah2 yang sudah dan yang bakal berlaku diatas,tidak penting pon..dan mungkin juga,sejarah2 tu orang tak terperasan..

Tapi takpe lah..bagi aku,mana2 sejarah yang terlakar dalam hidup seseorang tu,ada maksud dan makna tersirat bagi mereka..ye dok?


Ada yang menjadikan sejarah mereka sebagai titik tolak untuk berubah..diambil pengajaran yang lalu supaya ianya tidak berulang lagi..

Ada yang menjadikan sejarah itu satu kisah hidup yang besar ertinya pada diri mereka..nanti boleh cerita kat anak cucu semua.. :)

Ada pulak yang menjadikan sejarah itu satu benda yang tak perlu diambil tahu dan tak perlu nak sibuk2 tahu.."sejarah tu semua,kisah lama lah!biarkan jelah ia berlalu.."
(ni fikiran time sekolah dulu2 la ni..subjek sejarah yang bosan~huhu..)

Ada juga yang meletakkan sejarah itu satu yang penting dan perlu dikaji dan dipelajari..kita perlu belajar dari sejarah bukan?
(kalau yang ni,sejarah2 tamadun Islam aku suke laa..tapi tak hebat mane pon..)


Aku ada banyak dengar kisah dari kawan2 aku yang belajar dari kisah silam mereka.."Perubahan aku ini kerana dulu aku........" Aku suka untuk tahu..iktibar buat aku juga.

Ada jugak seorang kakak senior aku disini..banyak bercerita dengan aku kisah2 sejarah nya..time tu,kene dengan situasi aku ketika itu..untuk aku buat keputusan dengan baik,banyak ambil pengajaran..dan dia pon berceritalah..sebab apa? sebab dia sayang kat aku kot..ye ke kak?hehe :)

Dan mungkin juga,sejarah yang kita lakar hari ini,bakal mengubah dunia satu masa nanti..macam sejarah dulu..kalau bukan kerana ramai ahli pemikir Islam menyedari pentingnya ilmu,segala sains dan teknologi sekarang boleh wujud ke? dan kalau bukan kerana ahli sains Barat datang menuntut ke negara Arab,kita dapat ke ilmu yang dikembangkan oleh mereka2 ini?

Tapi,orang sekarang ni,hebat ke macam orang dulu2?(aduss~)

"Besar jugak ye peranan sejarah ni."

So,yang mana satu persepsi kamu tentang SEJARAH?


p/s: Terima kasih kerana sudi membaca repekan2 aku ini. Moga ia repekan bermakna. Jika bukan untuk kamu,untuk aku sudah memadai..wassalam :)