
“Eh,ni blog sape ni? Blog saya ke?? Wah..canteknye blog saya..”
Hee..ni lah padahnye bile dah lame tak bukak dan tak update. Blog sendiri pon dah tak kenal. Padahal hampir setiap hari bukak je. Jenguk2 sikit pastu tutup. Dan setiap hari tu lah saya lihat ada saja penambahan pelawat dari pelbagai tempat dan kawasan. Alhamdulillah dan maaf kalau-kalau lah menghampakan sebab entry tak berubah. Secara jujurnya,masa tidak lah mengekang saya. Cuma,fikiran dan minda saya masih tak memberi ruang untuk saya mencoret di sini.
Banyak perkara dan kisah yang saya nak cuba kongsikan. Tapi,saya tak ada kekuatan. Kekuatan yang menjamin saya untuk berkongsi dengan jujur dan ikhlas dengan semua pembaca. Semakin hari,semakin saya gerun dengan bicara sendiri. Semakin saya takut untuk menasihati. Namun saya gagahkan juga hari ini,petang ini,untuk berkongsi walau sedikit. Dan kamu,janganlah kamu berharap bahawa perkongsian ini banyak input dan faedahnya untuk kamu. Kerana faedahnya lebih untuk saya. Tak salahkan? Maaf sekali lagi.
Sepanjang perjalanan hidup saya,saya jarang-jarang sekali merasa susah. Sesusah-susah hidup saya,susah lagi orang lain. Susah yang macam mana yang saya maksudkan ni?
Yang paling saya nampak sekali,saya tak merasa susah dalam mendapatkan cinta saya iaitu tarbiyah Islam. Maksud saya,kelangsungan tarbiyah saya. Tak pernah putus dari kecil. Masya-Allah. Alangkah bertuahnya saya kan? Saya dilahirkan dalam keluarga yang mengikuti tarbiyah Islam. Suka untuk saya katakan,saya bangga dengannya. Ummi dan abah saya dikahwinkan melalui Baitul Muslim. Bila di ingat-ingat balik kisah mereka sebelum kahwin,terharu sungguh. Tapi,nak tergelak pon ada.
“This is my card.” Kata-kata yang abah pernah ungkap pada ummi dulu. Siapa yang tahu kisah tu,tahu lah. Huhu.. Namun jangan dianggap segalanya sempurna. Alhamdulillah,secukupnya yang kami rasa.
Saya anak kelahiran Terengganu. Lahir di Kemaman ketika ummi dan abah kerja di sana. Lepas saya lahir je,ummi terus berhenti kerja supaya tugas mendidik 3 orang anak di rumah lebih fokus. Dan sekarang,ummi kembali bekerja sebagai guru di sekolah rendah. Walaupun kerja ummi sekarang jauh berbeza dengan kelulusan dan kerjayanya dahulu,ummi pernah mengungkap rasa syukur dengan diulit penuh rasa bangga,saya kira.
Ummi pernah berkata pada saya, “walaupun dah tua-tua macam ni ummi baru nak kerja semula,tapi ummi bersyukur sangat sebab ummi dapat besarkan dan beri tumpuan pada kesembilan anak-anak ummi dengan baik.” Terharu sangat. Berhenti kerja kerana kami. Dan sekarang kembali bekerja juga kerana kami! Hari-hari letih dek kerana memerah keringat tua nya untuk membantu kami. Rungutannya pula terselit seribu satu kepuasan dalam diri. Saya saaaaayang sangat ummi saya!
Oh,maaf. Dah tersimpang sedikit dari kisah asal. Tapi itu lah punca kecintaan saya pada tarbiyah yang telah Allah susunkan. :)
Dan kemudian,abah menghantar saya ke sekolah agama swasta. Sekolah Rendah Islam Hira’ dan kemudian ke Sekolah Menengah Islam Hira’. Kat sekolah tu,tak payah nak kata lah. Tarbiyah adalah core business nya. Selama 11 tahun saya menerima tarbiyah di Hira’. 11 tahun! Paling tak dapat lupa,tarbiyah 5 tahun di sekolah menengah. Di sana lah saya mengenal erti cinta dan kasih sayang pada Allah,pada guru,pada sahabat. Belajar menjadi mad’u,dibimbing rakan-rakan. Kemudian belajar menjadi daie,membimbing rakan-rakan pula. Usrah dengan pelbagai naqibah. Subhanallah. Indah sungguh ukhuwah yang bersemi di atas bumi gersang yang basah dengan tarbiyah itu. Sungguh,saya benar-benar rindukan tarbiyah itu!
Namun, hidup harus tetap diteruskan. Bukan selamanya kita perlu berada dalam kepompong tarbiyah itu. Beri peluang pada yang lain dan juga pada diri sendiri untuk lihat dunia sebenar. Setelah habis SPM,saya bekerja di sekolah rendah. Datang lah pulak kenangan-kenangan time bebudak dulu. Nakal betul! Huhu..
Macam mana dengan tarbiyah saya? Oh,rasa kekeringan tarbiyah itu tidak lama. Ummi tolong arrange kan dengan naqibahnya untuk saya dan kawan-kawan saya yang lain di sekitar rumah saya di Meru. Dapatlah saya naqibah seorang pharmacist sementara menunggu keputusan untuk melanjutkan pelajaran.
Kemudian,takdir telah menempatkan saya di Kolej Matrikulasi Johor. Dengan berbekalkan iman yang secubit ini,saya gagahkan diri untuk nekad cuba mengharungi segalan ujian dan mehnah. Segalanya sungguh menguji keimanan saya. Dalam jutaan manusia yang menguji itu,saya temui sahabat-sahabat dari Sekolah Hidayah Johor yang menjadi penguat dan pengubat rindu lara saya pada tarbiyah Hira’. Naqibah saya yang pharmacist tu yang membantu saya dalam mencari mereka-mereka ini. Berusrah bersama mereka. Berprogram bersama mereka. Sahabat-sahabat kelab Karisma Matrikulasi juga cukup memberi pemangkin kepada saya.
Dan sekarang,di UKM ini,cinta itu tetap diteruskan. Naqibah saya di matrikulasi pula yang membantu saya mendapatkan usrah di sini. Saya di datangi oleh dua orang kakak yang ingin membantu saya meneruskan tarbiyah itu. Sehingga sekarang saya masih dibantu oleh mereka, malah lebih ramai lagi!
Segalanya begitu mudah. Sungguh mudah. Kamu setuju?
Setiap tempat yang saya pergi,ada saja yang membantu saya mendapatkan tarbiyah. Saya tak perlu susah-susah untuk mencarinya malah hanya menunggu sahaja. Mudahnya....
Hakikatnya,nak mendapatkan tarbiyah,semudah ini ke?
Takdir setiap orang itu berbeza-beza. Permulaan kita mengenal dan menghayati Islam itu berbeza-beza. Mungkin perjalanan tarbiyah saya lebih mudah dari orang lain. Ini ujian untuk saya terus thabat dan mempertahankan kelangsungan tarbiyah ini. Sukar juga ye. :)
Dan kamu,mungkin sukar bagi kamu mendapatkan permulaan itu. Dan itu pula ujian buat kamu untuk terus mencari dan tidak rasa lelah untuk terus mendapatkan tarbiyah itu. Permulaan yang macam mana pun,itulah yang terbaik buat kita.
Di akhir perjalanan nanti,itulah yang utama. Sama ada kita masih di atas jalan tarbiyah ini,ataupun sudah tersungkur sebelum perjalanan ini berakhir. Na'uzubillah.
Cinta nya saya pada tarbiyah!
Alhamdulillah, ya Allah. Alhamdulillah.





