| Pengembara . Sebuah . Perjalanan |

"Sesungguhnya seseorang Muslim itu apabila berjalan di Jalan Dakwah, ia tidak berjalan dengan hatinya sahaja tetapi dibawa bersama hati saudara-saudaranya. Justeru itu, setiap pahala yang didapati di sepanjang perjalanannya, pasti akan terbias untuk saudara perjuangannya.."

Pages

Lilypie Kids Birthday tickers

Popular Posts

Wahai Umar al-Faruq, masih adakah pemimpin sepertimu..?

Bismillah..


mahu share sesuatu sambil2 membaca untuk siapkan assignment Hubungan Insan..kami diminta membuat majalah tentang "kepimpinan"..so,saya nak buat artikel pasal kepimpinan Umar al-Khattab untuk dimasukkan dalam majalah kami tu nanti..menarik bila baca..rasa macam nak copy paste je untuk artikel saya..hehe..tapi takboleh la gitu kan..


Mari sama-sama kita hayati kisah kepimpinan Amirul Mukminin ini untuk dijadikan panduan menjadi seorang pemimpin yang disegani dan diredhai Allah S.W.T. InsyaAllah..





KISAH 1 : KHALIFAH UMAR r.a DAN SA'AD ABI WAQQAS r.a


Umar al-Khattab telah melantik Sa'ad Abi Waqqas r.a seorang sahabat besar Nabi s.a.w sebagai gabenor di Kufah, Iraq. Namun terdapat beberapa kumpulan munafiq yang amat benci kepada Sa'ad, lalu membuat aduan palsu kononnya Sa'ad r.a tidak adil dalam pembahagian dan tidak memimpin ketika peperangan. Sedangkan di ketika itu, kerajaan Islam sedang sibuk membuat persiapan untuk menuju ke Nahawand. Amat difahami kumpulan ini ingin mengganggu kelancaran perancangan kerajaan Islam.


Walaupun aduan ini sememangnya telah diketahui palsu oleh Umar Al-Khattab r.a tetapi beliau masih meraikannya secara SERTA MERTA dengan menghantar wakil penyiasat iaitu Muhammad Ibn Maslamah. Umar r.a seorang yang amat sensitif dan serius dengan segala laporan terhadap gabenor lantikannya. Tatkala proses siasatan terbuka dijalankan, semua wakil ketua yang berada di Kufah tidak tahu menahu berkenaan laporan ketidakadilan Sa'ad lalu semuanya mengkhabarkan kebaikan Sa'ad.


Tiba-tiba muncul Usamah Bin Qatadah mendakwa Sa'ad tidak adil dan tidak memimpin perang. Sa'ad menafikan dengan sumpah serta mendoakan buta mata, kurang zuriat dan terdedah kepada fitnah dunia bagi sesiapa yang menipu dan melontarkan fitnah ke atasnya. Hasil doa individu soleh seperti Sa'ad, kesemua kumpulan yang menipu ini mati. Usamah pula menjadi buta, kurang zuriat dan ditimpa nafsu syahwat yang luar biasa.


Walaupun Sa'ad terbukti selepas itu tidak bersalah, demi mengelakkan perpecahan dan menjaga status Sa'ad bin Abi Qaqqas, Umar al-Khattab meminta Sa'ad untuk menamakan penggantinya, lalu dilantik ‘Abdullah bin Abdullah Bin ‘Utban yang merupakan timbalan kepada Sa'ad sebelum ini. Manakala Sa'ad di bawa ke Madinah bagi menyertai ahli Majlis Syura Khalifah di Madinah.



KISAH 2 : UMAR R.A DAN HARTA GABENOR DAN PEGAWAINYA


Umar al-Khattab begitu tegas dan ketat dalam urusan kewangan negara, beliau juga amat ketat dalam meneliti pendapatan dan harta setiap gabenor dan pegawainya. Setiap pegawai yang dilantik akan diminta melakukan deklarasi harta, dan peningkatan hartanya akan disemak dengan begitu kerap. Jika peningkatan berlaku, Umar r.a akan mengambil separuh untuk baitul Mal dan dalam beberapa keadaan Umar r.a mengambil semuanya.Selain itu, Umar r.a turut melakukan lawatan mengejut ke rumah pegawainya bagi memastikan tiada pertambahan harta secara syubhah.


Berikut beberapa kisah prihatinnya Umar r.a. :


- Gabenor kerajaan Islam di Mesir pada ketika itu adalah seorang sahabat bernama ‘Amr bin Al-‘As. Beliau dilaporkan membuat satu mimbar khas untuk dirinya di Mesir. Ini menyebabkan Umar al-Khattab menjadi marah lalu menghantar surat kepada ‘Amru yang menyebut:


"Aku mendengar kamu telah membina satu mimbar agar boleh meninggikan dirimu dari umat Islam, adakah tidak cukup kamu berdiri dan mereka berada di kakimu, aku ingin kamu segera meruntuhkan mimbarmu."


- Dalam satu keadaan lain, Sa'ad juga dilaporkan membina pagar di sekitar rumahnya (di ketika itu amat jangkal rumah mempunyai pagar kecuali terlalu kaya), sehingga orang ramai menggelarkannya "ISTANA SA'AD". Dinyatakan bahawa Sa'ad membina pagar itu kerana rumahnya berhampiran dengan pasar dan amat bising, lalu dibinanya agar dapat menghalang sedikit kebisingan. Apabila berita sampai kepada Umar al-Khattab, beliau melihat mudarat pagar itu lebih besar dari manfaatnya, lalu dengan segera menghantar Muhammad bin Maslamah untuk membakar pagar tersebut.


- Umar r.a telah melantik Mujasha' bin Mas'od untuk beberapa tugasan, dan kemudiannya mendapat laporan isteri Mujasha' bernama al-Khudayra kerap membeli perabot baru dan hiasan dinding. Lalu Umar r.a menghantar surat kepada Mujasha' agar mengoyakkan semua hiasan dinding. Mujasha' menerima surat itu ketika bersama orang ramai, lalu dengan segera beliau mengarahkan isteri keluar lalu diminta orang ramai masuk ke rumah dan membantu mengoyak dan menurunkan semua hiasan dinding baru yang dibeli isterinya. Sebenarnya, Umar r.a tahu ia dibeli dengan harta syubhah akibat jawatan Mujasha', kerana itu diarahkan sedemikian. Anda juga boleh melihat betapa kuatnya taat dan yakinnya para pegawai dengan keikhlasan dan kejujuran Umar r.a.


- Umar r.a pernah melawat pegawai-pegawainya di Syria, dan kemudian Yazid Bin Abi Sufyan menjemputnya datang ke rumah, ketika Umar r.a memasuki rumah lalu dilihatnya penuh dengan hiasan dinding bergantungan. Umar r.a mula mengambilnya sambil berkata:


"Barang-barang ini boleh digunakan oleh rakyat jelata untuk melindungi diri mereka dari kesejukan dan panas."


- Umar r.a juga pernah mengambil beberapa bahagian harta adik-beradik gabenornya dan pegawainya apabila hasil penyelidikannya mendapati keraguan. Contohnya seperti beliau mengambil sebahagian dari harta Abu Bakrah. Namun Abu Bakrah cuba membantah dengan mengatakan:


"aku tidak pernah berkhidmat denganmu (sebagai pegawai kerajaan)."


Umar r.a menjawab:


"Ya benar, tetapi adikmu berkhidmat sebagai penyelia Baitul Mal, dan dia telah memberikan beberapa pinjaman kepadamu agar kamu boleh berniaga dengannya."


Kesimpulannya, semua tindakan Umar r.a ini tidaklah diambil secara sembrono, kisah ini hanyalah ringkasan sahaja, dan tindakan beliau semuanya bagi mengelakkan jawatan di jadikan PELUANG UNTUK MERAUT KEKAYAAN.


Ibn Taymiah mengulas beberapa tindakan Umar r.a tadi bagi membuang segala keraguan rakyat terhadap pendapatan para gabenor dan pegawainya, yang mungkin menjadi kebiasaan diberi hadiah oleh rakyat jelata disebabkan oleh jawatannya.



KISAH 3 : KHALIFAH UMAR r.a DAN DENDA ANAKNYA


Abd Rahman bin Umar Al-Khattab, salah seorang anak Umar al-Khattab berada di Mesir dan dilaporkan telah melakukan kesalahan dengan meminum arak. Beliau kemudiannya meminta Amru bin Al-‘As untuk melaksanakan hukuman ke atasnya.


Namun Amru al-‘as r.a merasa serba salah kerana ia adalah anak khalifah lalu menjatuhkan hukuman secara sedikit berbeza iaitu mencukur kepalanya dan ia disebat secara tertutup di dalam rumahnya. Sepatutnya prosedur di ketika itu bagi hukuman meminum arak mestilah dicukur dan disebat pada waktu yang sama di hadapan khalayak ramai.


Peristiwa ini bocor kepada Umar r.a lalu beliau menghantar surat yang antara lainnya menyebut:


"engkau telah menyebat dan mencukur Abd Rahman di dalam rumahmu dan KAMU TAHU IA BERTENTANGAN DENGAN APA YANG AKU HARAPKAN (hukuman seperti orang lain). Abd Rahman adalah salah seorang warga di bawah tanggungjawabku (DI AKHIRAT), dan kamu beralasan dengan mengatakannya adalah anak Khalifah sedangkan kamu tahu aku TIDAK SESEKALI BERKOMPROMI dengan sesiapapun dalam melaksanakan amanah terhadap Allah swt"



KISAH 4 : KHALIFAH UMAR r.a DAN KHALID IBN WALID r.a


Khalid Ibn Walid, yang terkenal sebagai ‘pedang islam' dilucut jawatan sebanyak dua kali oleh Umar r.a al-Khattab, iaitu pada tahun 13 Hijrah sejurus selepas Umar r.a dilantik sebagai khalifah dan sekali lagi pada 17 Hijrah. Namun kedua-dua peristiwa ini bukan kerana Khalid tidak baik dan bermasalah. Namun ia adalah dari sebab berikut :


- Menjaga keyakinan umat Islam terhadap Allah, ia jelas dari surat umum yang dihantar Umar r.a kepada umat Islam memberitahu agar mereka tidak terlalu ‘attached' dengan Khalid sehingga tersilap sangka kemenangan Islam disebabkan oleh kehandalan Khalid dan bukan kerana bantuan Allah swt.


- Pentadbiran; iaitu dalam urusan dan keputusan pembahagian harta.


- Pentadbiran: Umar r.a inginkan ketelitian dan laporan berterusan dari setiap pegawainya, namun Khalid inginkan pentabdiran yang bebas dari penelitian sentiasa oleh Khalifah.


Di waktu Khalid dipecat dari jawatannya sebagai gabenor di Syria, belia berkata :


"Amir al-Mukminin (Umar r.a) melantik aku sebagai gabenor dan setelah urusan menjadi licin dan lancar, beliau melucutkan jawatanku."


Lalu seorang lelaki berkata :


"Sabarlah wahai ketua, ia waktu untuk bermulanya fitnah."


Khalid membalas :


"selagi anak Al-Khattab ini hidup, selagi itu TIADA RUANG FITNAH untuk berlaku"


Demikian hormat dan keyakinan Khalid terhadap Umar r.a walau dalam keadaan beliau dilucutkan jawatan, amat difahaminya tindakan Umar r.a adalah untuk mengelak fitnah, bukan mencipta fitnah.


Di ketika Khalid r.a hampir wafat (beliau wafat pada 21 H), beliau berkata kepada Abu Darda r.a :


"Wahai Abu Darda, bila Umar r.a al-Khattab r.a wafat kelak, kamu akan dapati sesuatu yang kamu benci berlaku."


Dan berkata lagi sambil mengelap air matanya:


"Aku memang merasa sedikit kecewa dengan beliau dalam sesetengah isu, tetapi setelah aku fikirkan kembali berkenaannya di ketika aku sakit ini, aku menyedari bahawa Umar Al-Khattab r.a melakukannya dengan ikhlas dan hanya mengharapkan rahmat Allah dari setiap tindakannya."


Khalid juga melantik Umar r.a sebagai waasi (pengurus harta pusakanya). Ketika Umar al-Khattab r.a menerima surat wasiat itu, beliau turut menangis.


Cuba kita bayangkan ketegasan Umar al-Khattab r.a tersebut dan bagaimana tingginya taqwa beliau dan juga para sahabat yang bersamanya. Mengapa mereka tidak melenting akibat diambil sebahagian harta dan sebagainya. Kerana Umar sendiri mengambil hartanya untuk umat Islam, dan beliau tidak makan daging sehingga semua orang miskin di bawah pentadbirannya makan terlebih dahulu.


Cuba pula kita membandingkan kehidupan para pemimpin di sekeliling kita hari ini. Bagaimana mereka jika berada di bawah pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab r.a. Sesungguhnya wahai Umar al-faruq, kami merindui pemerintahanmu..


Masih adakah lagi sepertimu wahai Umar al-Faruq~



Sumber: http://muslimean.blogspot.com/2009/07/kisah-kepimpinan-umar-al-khattab-amirul.html

kene tag lagi~from fatien :)

Bismillah..jawab aja...

1) Adakah anda rasa anda Hot?
-uishh..first2 lagi soalan die dah 'hot'..sejuk je..takde lah hot pon..haha..

2) Upload Wallpaper PC/LAPTOP yg anda guna sekarang!



3) Cerita pasal gambar.
-nak cerita ape ehh..erm,just nak bitau yang dah dekat 2 bulan background lappie saya ni hitam..saya malas nak solve genuine ni laa..huhu..(nasib baik hitam..kalau tak kantoi la gambar apa yang saya letak!haha..)

4) Bila kali terakhir anda makan pizza?
-lama sangat dah takmakan pizza..tapi tadi baru makan biskut perisa pizza sambil layan adamaya..hee..(tetibe suke plak ngan watak mika.. lawoks sungguh laa.. :p)

5) Lagu yg terakhir anda dengar?
-semalam by Demascus..very nice..layan~

6) Apa yg anda buat selain menyelesaikan Tag ini?
-chatting, layan nasyid2 best, cek email, blog walking and study 'mukabuku'..hee.

7) Selain nama sendiri,anda dipanggil nama apa?
-adus..segan la pulak..haha..ok la,kat rumah family panggil yue..diadaptasi dari 'nurul' la tu..huhu..tapi kadang2,ummi abah panggil nurul je..adik bongsu si umai tu panggil kak nurul..kawan2 selalu nya panggil kinah,sakinah,kin..ada jugak la sorg tu ntah kenapa panggil inah..layan jela senior sengal tu..haha..and ada jugak dua,tiga orang yang panggil nurul..dulu2,time sekolah rendah,kawan baik panggil adik..sebab antara kami bertiga,saya paling muda..hee..

8) Tag lagi 8 orang
1-syifa'
2-munim
3-abg khairi (chess)
4-mimah
5-kak gee
6-kak liza
7-kak asma'
8-kak lini

9) Siapakah orang no 1 anda?
-she's the very best friend i ever met..my schoolmate dari darjah satu sampai la SPM..ex-dormate,ex-usrahmate,ex-classmate,ex-'panjat tangki'mate..haha..baru je jumpe die semalam kat bangsar..tapi die balik cepat la pulak..saaaaayang syifa' fillah!

10) Katakan sesuatu tentang orang no 5?
-kak gee ni satu kolej dengan saya kat ukm ni..die senior la tapi..baik,lawak pon lawak jugak..huhu..dan saya taktahu yang die dah balik rumah ke belum sekarang..dah balik ke?takjumpe kite pon..huk3..(atau kite yang kene pergi jumpe akak?hehe..soriiiii~)

12) Bagaimana pula dengan orang no 4?
-sama jugak macam syifa'..ex-schoolmate,ex-roomate,ex-usrahmate..senang cerita,kami kan duduk asrama..so,memang baik lah :)

13) Pesanan buat orang no 6.
-saya nak pesan kat die supaya.................................nanti lah eh..face-2-face jelah senang..hee..

14) Kata-kata cinta untuk orang no 2.
-uhibbuki fillah munim..ukhuwah fillah never dies.. :)
(pujuk fauzia datang ukm! die tengah shortsem kat shah alam tu~)

15) Adakah orang no 7 dan 8 mempunyai persamaan?
-ada..satu kolej..and,dua2 cute je.. :D

16) Berikan 5 perkara yang anda tahu tentang orang yg mengetag anda.
-1-comel,baik hati,suke gelak depan lappie die..
-2-my extra-rumate..opppss..kantoi~
-3-satu kos,satu kolej,dan satu kepala kalau bab makan..kami suke makan..suke,suke,suke (^^,)
-4-dari tadi suruh saya basuh baju..kejap ehhh... :p
-5-semalam die sungguh tekun menjaga kaunter pendaftaran..as a volunteer untuk bazar viva palestina..khusyuk! hee..

17) Persamaan antara kambing dengan lembu?
-makhluk Allah (ofkos la kan)..binatang berkaki empat..valid untuk disembelih korban.. :D

18) Perasaan anda ketika anda jawab tag ini
-ntah laa..layan je.

19) Adakah anda tahu Rizman tu sengal?
-Rizman tu siapa la pulak..takde dalam kamus hidup..auta2!!

20) Gay or les?
-??????????????????????????????


p/s: selesai pon tin tag ko nih..lame gak flight delay..hehe..

Beautiful kah?

Bismillah..

apa yang beautiful sangat tu?

ni haa..saya dapat award dari seorang kawan saya ni..

dia comel, baik hati, soft hearted, suka gelak sorang2 kat depan laptop (takpe,itu sihat!), anak bongsu yang takberapa nak manja sangat (kot..hehe), ada banyak abang ipar tapi sorang je kakak ipar, dan yang pasti ada raaamai anak buah yang semuanya dia rindu setiap hari! (saya nak jadi anak buah dia lah gitu..hee..)

ni la award nyee..~beautiful blogger~(beautiful ke?haha..)

anyway, thanx fatien for this award!! i love it! lagi2 i dapat dari u kan..lagi i suka! hee.. :D

ok,now..bagi melengkapkan tugas yang diberi selepas di anugerahkan award ni, saya pon kene la menganugerahkan award ni kepada kawan2 saya pulak..saya taknak bagi banyak2 la..fatien pon kate tak kisah berapa2 kan..

dengan ini, saya mengumumkan.....penerima anugerah "Beautiful Blogger" di beri kepada........jeng jeng jeng....!!

first, kawan sekelas saya di sekolah menengah dari form1 sampai form5:

second, kawan sekolah saya jugak:

then, seorang kakak ni..yang saya rindu bangat sama dia:

and for the last one, kawan kat matrik dulu sampai la kat ukm nih:


tu jelah kot..so,yg special2 ni sila jangan segan2, malu2 kucing untuk ikut arahan saya di bawah ye.. :p

1. buat entry ttg award yg cntik ni.
2. copy badge 'Beautiful Blogger Award'.
3. ucapan terima kasih dan letak link pemberi award (saya lah tuu..) pada
entry tersebut.
4. senaraikan your chosen blogger sebagai penerima award. Tak kisah berapa banyak blog pon yang korang nak pilih.


p/s: assignment..presentation..majalah..artikel..kesihatan..kepimpinan..ape semua nih?? waa..!!

wishes just for them

Bismillah..

fuhh..tercapai jugak niat dihati nak update blog yang satu ni.. (macam banyak la pulak kan..)
but for now, just nak wish birthday kat dua adik saya ni.
so, ni entry khas buat dua si kecik ni walaupun dua2 memang tak akan baca..haha.
just wanna be fair jela..amirah ngan maryam buat jugak kan sebelum ni.

tanggal 24 april 1996, lahirlah adik lelaki saya yang ke-2 ni.
seingat saya lah, waktu dia lahir, saya tak ingat apa2 pon.. (paham?) hee.
maksudnya, saya pon tak ingat dah cerita2 time ummi nak bersalinkan dia.
maybe sebab time tu saya kecik lagi..darjah satu kot..takpaham apa2 sangat.

nama penuh amirul hakim.
kami dalam keluarga panggil dia "achik".
seorang yang tak banyak cakap sangat..tapi very strategic person..for me la.
and kalau terlebih caring je dengan dia, nanti mula lah senyum2 simpul.. (macam kat gambar bawah ni haa..) malu la kunun..huhu.
yang special nya, dia ni ada kakak, ada abang, ada adik lelaki, ada jugak adik perempuan.
jelez2.

selamat hari lahir yang ke-14 ye achik..moga jadi anak soleh wa musleh..ameen.
(^__^)



dan yang kedua buat si kecik yang sorang lagi.
what we call her "umai"..umairah raihanah nama penuh dia.
was born on 29th April 2003.
time umai lahir, ingat la jugak kisah nya.
yang paling ingat, saya jadi orang pertama yang tahu adik baru saya ni perempuan..huhu.

malas pulak nak cerita panjang pasal budak ni..haha.
cuma satu je, pasal birthday present dia.
sehari sebelum lagi dah mintak tapi hadiah yang saya takmampu nak dapatkan.
adui la..taktahu la mana nak carik benda alah tu..(dah macam org mengidam la plak~haha..)
last2, tak bagi apa2 pon lagi kat dia..huhu..kesian pulak.

tapi takpe lah kan umai..umai kan adik yang baik..hee.
nanti kalau jumpa, kak nurul bagi eh..
be a very2 good girl ok?
happy belated birthday~
(^__^)



p/s: short sem mode..soooo boring~haha~