| Pengembara . Sebuah . Perjalanan |

"Sesungguhnya seseorang Muslim itu apabila berjalan di Jalan Dakwah, ia tidak berjalan dengan hatinya sahaja tetapi dibawa bersama hati saudara-saudaranya. Justeru itu, setiap pahala yang didapati di sepanjang perjalanannya, pasti akan terbias untuk saudara perjuangannya.."

Pages

Lilypie Kids Birthday tickers

Popular Posts

one more award

Bismillah..

award lagi??
heeee....

CREATIVE BLOGGER AWARD

thanx a lot to fairuz liyana atas award ni..



takdelah creative pon blog ni..
blog yang senyap sunyi..
kadang2 bukak pon macam seram sejuk je..
cube tengok bulu roma korang..tegak tak?huhu.. :p

tapi kita kan kena hargai pemberian orang..
lagi2 saya dapat dari kawan saya yang happy go lucky ni..
tapi maaf sangat ye fairuz sebab lambat post award ni..

(^__^)v



HE always come after Abah

Bismillah..

lepas abah, selalunya pasti datangnya DIA..
lepas abah, DIA lah lelaki yang seterusnya dalam keluarga..
lepas abah, DIA lah wali saya..
lepas abah, DIA lah yang selalu diutamakan dalam menu masakan kat rumah..

dan

lepas birthday abah, birthday DIA pulak..

so,entry ni just nak wish Selamat Meningkat Umur dan Selamat Menjadi Lebih Matang buat adik lelaki bertuah saya yang sorang ni..

Amirul Aiman..was born on 29th May 1994..


bila kenal baik2 dengan aiman ni, bagus die ni sebenarnya..
walaupon kadang2 geraaamm sangat dengan 'peel' die ni..
but sometimes, he is a very good big brother for his little bro and sis..
protect adik2 die ni..walaupun sangat suka membuli..
pernah kat sekolah dulu, gelabah + kalut die carik tepon sbb nak bitau ummi yang kepala hakim (atau amin ek?tak ingat dah) berdarah kene baling batu..
dan ade satu kes tu jugak,die lebih percaya adik die dari org lain walaupun adik die betul2 bersalah sebenarnya..just yakin adik die ni baik2 sebenarnya..

tapi...kalau dengan the other four big sisters die ni....kureng sket la good die tuu..haha..
usaha lebih sikit ek untuk jadi adik yang baik untuk kakak2 awak ni.. :)

anyway, gud luck 4 your future life fiddunya wal akhirah!
hafal Quran sampai habis ek!
moga jadi huffaz beriman dan bertaqwa~ameen~


p/s: result exam lepas nak keluar dah..in mode takut dan berharap! harap2 naik lah sikit pointer..



the one and only

Bismillah..

"Salam. Buat apa."

Ini lah mesej ringkas yang kerap kali abah hantar kat saya. Tadi pon baru je dapat. Dalam seminggu tu at least sekali abah akan mesej macam tu. Sejak bila saya tak ingat. Tapi adalah sejak2 saya di ukm ni. Dan selalunya, saya akan reply dengan jawapan2 jujur dan kadang2 kurang jujur jugak. hehe. Saje taknak kantoi. :p

Awal2 dulu, saya akan jawab soalan tu dan tanya balik, "kenapa?". Memang ini lah saya. Suka tanya balik kalau abah atau ummi tanya apa2. Sampai kena marah dengan ummi. "Takboleh ke kalau ummi nak tanya...." Tapi abah ni tak delah marah pulak. Abah jawab jela, "saje tanya.."atau pun,tak reply langsung. (adakah itu juga tanda marah sebenarnya?) Mungkin. Sakinah,sakinah...ish.

Dan sejak hampir dua tahun ni, saya rasa saya pula yang patut mesej begitu pada abah. Tulah anak. Asyik ibubapa je yang ingat pada anak. Anak2 ni, jarang2 nak mesej ngan ibubapa. At least, tanya lah khabar ke kan. Bila saya dapat berbalas mesej dengan abah, rasa seronok sangat. Lagi2 kalau saya yang mula mesej abah dulu. Rasa perlu untuk saya menghargai mereka. Saya tahu, ini takseberapa kalau nak dibandingkan dengan segala keringat yang dah dicurahkan.

Anak perempuan kan. Memang susah nak rapat dengan ayah macam mana anak lelaki rapat. Boleh gomol2 dengan abah. Gelut2. Best je tengok adik2 lelaki saya boleh gelut2 dengan abah macam tu. Tapi adik2 saya yang perempuan tu pon, gelut2 jugak dengan abah. Jeles. Kenapa diorg boleh ar? Sebab diorg kecik lagi. Kami yang dah besar2 ni, segan lah kan. Masa kami kecik2 dulu pon gitu jugak. Dulu, abah suka letak saya atas peha dia sambil drive kereta. Kecik2 lagi saya dah pandai drive kereta rupanya. hehe. Memori sungguh!

Kalau abah dah mula bercerita, mesti cerita kisah2 lucu zaman dia muda2 dulu. Takpon, kisah2 pengajaran ke. Tapi sekarang dah jarang bercerita. Saya pon jarang2 berada kat rumah. Satu hari tu, abah bercerita macam mana dia survive belajar di negara orang. Sedih sangat bila dengar. Kena repeat paper dan terpaksa berhutang dengan kawan2. Patutlah abah taksuka kalau kami berhutang dengan kawan2. Abah cerita tu pon sbb nak suruh kami belajar sungguh2. Jangan risau pasal duit selagi abah ada. Kalau bab ni, saya memang taktahan. Sedih.

Abah ni jenis fokus sesangat! Kalau dia tengah fikir sesuatu, berceritalah apa2 pon dengan dia. Konfem tak dengar punya lah. huhu. Kalau buat kerja tu, teliti sangat. Kalau boleh biar semua dia buat baru rasa sempurna dan puas. Sungguh2 dan komited dalam menyelesaikan tugasan. Kalau ada surau jemput untuk buat program palestin, dari pasang banner, tampal poster, pasang itu ini, bertukang semua, sampai lah jadi speaker untuk berucap mengenai palestin tu, abah yang buat. Takde orang nak tolong pon takpe. 2-3 jam sebelum start program lagi dah terpacak kat surau. Tapi siapa yang sanggup tengok dia buat semua tu sorang2 kan.

booth palestin di PKNS shah alam


Anak perempuan dia yang ke-3 ni, banyak ikut perangai dia lah. Cakap laju sampai orang takfaham, takboleh kalau orang ganggu plan yang dah dirancang, kadang2 panas baran. hehe. Kantoi. Lebih rapat dengan ummi tapi ikut perangai abah.. :p

Adoi..banyak pulak saya cerita pasal abah saya ni. Kenapa? Sebab hari tu besday abah tapi lupa nak buat entry untuk abah kat blog ni. Dah jadi benda wajib plak ek? Takpelah, buat kenangan. :)

To my beloved ABAH: Happy Belated Birthday~! Moga hidup abah sentiasa diberkati Allah. Doa kan anakmu ini tabah hadapi semua dugaan hidup. A very2 BIG THANKS atas segalanya abah. Saaaaaaayang abah sangat100x~ (^_^)v

you are the one and only, abah



p/s: nak balikkkk... (takhabis2 nak balik,nak balik,nak balik..balik jelah!) huhu.




Wahai Umar al-Faruq, masih adakah pemimpin sepertimu..?

Bismillah..


mahu share sesuatu sambil2 membaca untuk siapkan assignment Hubungan Insan..kami diminta membuat majalah tentang "kepimpinan"..so,saya nak buat artikel pasal kepimpinan Umar al-Khattab untuk dimasukkan dalam majalah kami tu nanti..menarik bila baca..rasa macam nak copy paste je untuk artikel saya..hehe..tapi takboleh la gitu kan..


Mari sama-sama kita hayati kisah kepimpinan Amirul Mukminin ini untuk dijadikan panduan menjadi seorang pemimpin yang disegani dan diredhai Allah S.W.T. InsyaAllah..





KISAH 1 : KHALIFAH UMAR r.a DAN SA'AD ABI WAQQAS r.a


Umar al-Khattab telah melantik Sa'ad Abi Waqqas r.a seorang sahabat besar Nabi s.a.w sebagai gabenor di Kufah, Iraq. Namun terdapat beberapa kumpulan munafiq yang amat benci kepada Sa'ad, lalu membuat aduan palsu kononnya Sa'ad r.a tidak adil dalam pembahagian dan tidak memimpin ketika peperangan. Sedangkan di ketika itu, kerajaan Islam sedang sibuk membuat persiapan untuk menuju ke Nahawand. Amat difahami kumpulan ini ingin mengganggu kelancaran perancangan kerajaan Islam.


Walaupun aduan ini sememangnya telah diketahui palsu oleh Umar Al-Khattab r.a tetapi beliau masih meraikannya secara SERTA MERTA dengan menghantar wakil penyiasat iaitu Muhammad Ibn Maslamah. Umar r.a seorang yang amat sensitif dan serius dengan segala laporan terhadap gabenor lantikannya. Tatkala proses siasatan terbuka dijalankan, semua wakil ketua yang berada di Kufah tidak tahu menahu berkenaan laporan ketidakadilan Sa'ad lalu semuanya mengkhabarkan kebaikan Sa'ad.


Tiba-tiba muncul Usamah Bin Qatadah mendakwa Sa'ad tidak adil dan tidak memimpin perang. Sa'ad menafikan dengan sumpah serta mendoakan buta mata, kurang zuriat dan terdedah kepada fitnah dunia bagi sesiapa yang menipu dan melontarkan fitnah ke atasnya. Hasil doa individu soleh seperti Sa'ad, kesemua kumpulan yang menipu ini mati. Usamah pula menjadi buta, kurang zuriat dan ditimpa nafsu syahwat yang luar biasa.


Walaupun Sa'ad terbukti selepas itu tidak bersalah, demi mengelakkan perpecahan dan menjaga status Sa'ad bin Abi Qaqqas, Umar al-Khattab meminta Sa'ad untuk menamakan penggantinya, lalu dilantik ‘Abdullah bin Abdullah Bin ‘Utban yang merupakan timbalan kepada Sa'ad sebelum ini. Manakala Sa'ad di bawa ke Madinah bagi menyertai ahli Majlis Syura Khalifah di Madinah.



KISAH 2 : UMAR R.A DAN HARTA GABENOR DAN PEGAWAINYA


Umar al-Khattab begitu tegas dan ketat dalam urusan kewangan negara, beliau juga amat ketat dalam meneliti pendapatan dan harta setiap gabenor dan pegawainya. Setiap pegawai yang dilantik akan diminta melakukan deklarasi harta, dan peningkatan hartanya akan disemak dengan begitu kerap. Jika peningkatan berlaku, Umar r.a akan mengambil separuh untuk baitul Mal dan dalam beberapa keadaan Umar r.a mengambil semuanya.Selain itu, Umar r.a turut melakukan lawatan mengejut ke rumah pegawainya bagi memastikan tiada pertambahan harta secara syubhah.


Berikut beberapa kisah prihatinnya Umar r.a. :


- Gabenor kerajaan Islam di Mesir pada ketika itu adalah seorang sahabat bernama ‘Amr bin Al-‘As. Beliau dilaporkan membuat satu mimbar khas untuk dirinya di Mesir. Ini menyebabkan Umar al-Khattab menjadi marah lalu menghantar surat kepada ‘Amru yang menyebut:


"Aku mendengar kamu telah membina satu mimbar agar boleh meninggikan dirimu dari umat Islam, adakah tidak cukup kamu berdiri dan mereka berada di kakimu, aku ingin kamu segera meruntuhkan mimbarmu."


- Dalam satu keadaan lain, Sa'ad juga dilaporkan membina pagar di sekitar rumahnya (di ketika itu amat jangkal rumah mempunyai pagar kecuali terlalu kaya), sehingga orang ramai menggelarkannya "ISTANA SA'AD". Dinyatakan bahawa Sa'ad membina pagar itu kerana rumahnya berhampiran dengan pasar dan amat bising, lalu dibinanya agar dapat menghalang sedikit kebisingan. Apabila berita sampai kepada Umar al-Khattab, beliau melihat mudarat pagar itu lebih besar dari manfaatnya, lalu dengan segera menghantar Muhammad bin Maslamah untuk membakar pagar tersebut.


- Umar r.a telah melantik Mujasha' bin Mas'od untuk beberapa tugasan, dan kemudiannya mendapat laporan isteri Mujasha' bernama al-Khudayra kerap membeli perabot baru dan hiasan dinding. Lalu Umar r.a menghantar surat kepada Mujasha' agar mengoyakkan semua hiasan dinding. Mujasha' menerima surat itu ketika bersama orang ramai, lalu dengan segera beliau mengarahkan isteri keluar lalu diminta orang ramai masuk ke rumah dan membantu mengoyak dan menurunkan semua hiasan dinding baru yang dibeli isterinya. Sebenarnya, Umar r.a tahu ia dibeli dengan harta syubhah akibat jawatan Mujasha', kerana itu diarahkan sedemikian. Anda juga boleh melihat betapa kuatnya taat dan yakinnya para pegawai dengan keikhlasan dan kejujuran Umar r.a.


- Umar r.a pernah melawat pegawai-pegawainya di Syria, dan kemudian Yazid Bin Abi Sufyan menjemputnya datang ke rumah, ketika Umar r.a memasuki rumah lalu dilihatnya penuh dengan hiasan dinding bergantungan. Umar r.a mula mengambilnya sambil berkata:


"Barang-barang ini boleh digunakan oleh rakyat jelata untuk melindungi diri mereka dari kesejukan dan panas."


- Umar r.a juga pernah mengambil beberapa bahagian harta adik-beradik gabenornya dan pegawainya apabila hasil penyelidikannya mendapati keraguan. Contohnya seperti beliau mengambil sebahagian dari harta Abu Bakrah. Namun Abu Bakrah cuba membantah dengan mengatakan:


"aku tidak pernah berkhidmat denganmu (sebagai pegawai kerajaan)."


Umar r.a menjawab:


"Ya benar, tetapi adikmu berkhidmat sebagai penyelia Baitul Mal, dan dia telah memberikan beberapa pinjaman kepadamu agar kamu boleh berniaga dengannya."


Kesimpulannya, semua tindakan Umar r.a ini tidaklah diambil secara sembrono, kisah ini hanyalah ringkasan sahaja, dan tindakan beliau semuanya bagi mengelakkan jawatan di jadikan PELUANG UNTUK MERAUT KEKAYAAN.


Ibn Taymiah mengulas beberapa tindakan Umar r.a tadi bagi membuang segala keraguan rakyat terhadap pendapatan para gabenor dan pegawainya, yang mungkin menjadi kebiasaan diberi hadiah oleh rakyat jelata disebabkan oleh jawatannya.



KISAH 3 : KHALIFAH UMAR r.a DAN DENDA ANAKNYA


Abd Rahman bin Umar Al-Khattab, salah seorang anak Umar al-Khattab berada di Mesir dan dilaporkan telah melakukan kesalahan dengan meminum arak. Beliau kemudiannya meminta Amru bin Al-‘As untuk melaksanakan hukuman ke atasnya.


Namun Amru al-‘as r.a merasa serba salah kerana ia adalah anak khalifah lalu menjatuhkan hukuman secara sedikit berbeza iaitu mencukur kepalanya dan ia disebat secara tertutup di dalam rumahnya. Sepatutnya prosedur di ketika itu bagi hukuman meminum arak mestilah dicukur dan disebat pada waktu yang sama di hadapan khalayak ramai.


Peristiwa ini bocor kepada Umar r.a lalu beliau menghantar surat yang antara lainnya menyebut:


"engkau telah menyebat dan mencukur Abd Rahman di dalam rumahmu dan KAMU TAHU IA BERTENTANGAN DENGAN APA YANG AKU HARAPKAN (hukuman seperti orang lain). Abd Rahman adalah salah seorang warga di bawah tanggungjawabku (DI AKHIRAT), dan kamu beralasan dengan mengatakannya adalah anak Khalifah sedangkan kamu tahu aku TIDAK SESEKALI BERKOMPROMI dengan sesiapapun dalam melaksanakan amanah terhadap Allah swt"



KISAH 4 : KHALIFAH UMAR r.a DAN KHALID IBN WALID r.a


Khalid Ibn Walid, yang terkenal sebagai ‘pedang islam' dilucut jawatan sebanyak dua kali oleh Umar r.a al-Khattab, iaitu pada tahun 13 Hijrah sejurus selepas Umar r.a dilantik sebagai khalifah dan sekali lagi pada 17 Hijrah. Namun kedua-dua peristiwa ini bukan kerana Khalid tidak baik dan bermasalah. Namun ia adalah dari sebab berikut :


- Menjaga keyakinan umat Islam terhadap Allah, ia jelas dari surat umum yang dihantar Umar r.a kepada umat Islam memberitahu agar mereka tidak terlalu ‘attached' dengan Khalid sehingga tersilap sangka kemenangan Islam disebabkan oleh kehandalan Khalid dan bukan kerana bantuan Allah swt.


- Pentadbiran; iaitu dalam urusan dan keputusan pembahagian harta.


- Pentadbiran: Umar r.a inginkan ketelitian dan laporan berterusan dari setiap pegawainya, namun Khalid inginkan pentabdiran yang bebas dari penelitian sentiasa oleh Khalifah.


Di waktu Khalid dipecat dari jawatannya sebagai gabenor di Syria, belia berkata :


"Amir al-Mukminin (Umar r.a) melantik aku sebagai gabenor dan setelah urusan menjadi licin dan lancar, beliau melucutkan jawatanku."


Lalu seorang lelaki berkata :


"Sabarlah wahai ketua, ia waktu untuk bermulanya fitnah."


Khalid membalas :


"selagi anak Al-Khattab ini hidup, selagi itu TIADA RUANG FITNAH untuk berlaku"


Demikian hormat dan keyakinan Khalid terhadap Umar r.a walau dalam keadaan beliau dilucutkan jawatan, amat difahaminya tindakan Umar r.a adalah untuk mengelak fitnah, bukan mencipta fitnah.


Di ketika Khalid r.a hampir wafat (beliau wafat pada 21 H), beliau berkata kepada Abu Darda r.a :


"Wahai Abu Darda, bila Umar r.a al-Khattab r.a wafat kelak, kamu akan dapati sesuatu yang kamu benci berlaku."


Dan berkata lagi sambil mengelap air matanya:


"Aku memang merasa sedikit kecewa dengan beliau dalam sesetengah isu, tetapi setelah aku fikirkan kembali berkenaannya di ketika aku sakit ini, aku menyedari bahawa Umar Al-Khattab r.a melakukannya dengan ikhlas dan hanya mengharapkan rahmat Allah dari setiap tindakannya."


Khalid juga melantik Umar r.a sebagai waasi (pengurus harta pusakanya). Ketika Umar al-Khattab r.a menerima surat wasiat itu, beliau turut menangis.


Cuba kita bayangkan ketegasan Umar al-Khattab r.a tersebut dan bagaimana tingginya taqwa beliau dan juga para sahabat yang bersamanya. Mengapa mereka tidak melenting akibat diambil sebahagian harta dan sebagainya. Kerana Umar sendiri mengambil hartanya untuk umat Islam, dan beliau tidak makan daging sehingga semua orang miskin di bawah pentadbirannya makan terlebih dahulu.


Cuba pula kita membandingkan kehidupan para pemimpin di sekeliling kita hari ini. Bagaimana mereka jika berada di bawah pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab r.a. Sesungguhnya wahai Umar al-faruq, kami merindui pemerintahanmu..


Masih adakah lagi sepertimu wahai Umar al-Faruq~



Sumber: http://muslimean.blogspot.com/2009/07/kisah-kepimpinan-umar-al-khattab-amirul.html