| Pengembara . Sebuah . Perjalanan |

"Sesungguhnya seseorang Muslim itu apabila berjalan di Jalan Dakwah, ia tidak berjalan dengan hatinya sahaja tetapi dibawa bersama hati saudara-saudaranya. Justeru itu, setiap pahala yang didapati di sepanjang perjalanannya, pasti akan terbias untuk saudara perjuangannya.."

Pages

Lilypie Kids Birthday tickers

Popular Posts

mArYaM mAhiRaH mAzLaN


tanggal 14 Mac 2000,
seorang budak millenium dilahirkan..

budak yang digelar "yue junior" oleh abah..
mula2 ingat die lah yang paling bongsu dalam keluarga..
tak sangka wujud "ierah junior" pulak 3 tahun kemudian..
si umai la tu..huhu..

selamat ulang tahun yang ke-10
buat adik kak nurul,

Maryam Mahirah Mazlan


seorang yang bijak dan baik..
suke tolong kak nurul die yang suke membuli die..huhu..
walaupun selalu gaduh ngan umai,tapi sangat sayang kat adik die yang sorang tu..
selalu mengalah dengan umai..
kalau gaduh dengan umai,die nak main dengan siapa lagi..
abang2 die semua ganas2..huhu..

jadi anak solehah ye!

(^_^)v

Belajar dari dua golongan


BiSmiLLaH..

wajah2 yang bersih,suci dari dosa..penuh dengan keriangan dan gelak tawa..kadang menangis merajuk minta dipujuk..kadang tersenyum simpul penuh bermakna..itulah,anak2 kecil..anak2 yang baru belajar mengenal dunia,mengenal erti kehidupan..mereka ibarat kain putih bersih dan ibubapa lah yang menjadi pencoraknya..mencorak penuh sabar,penuh hikmah..dengan harapan menggunung supaya dewasa nanti anak2 akan menjadi manusia berguna,anak2 akan menjaga mereka ketika usia tua kelak..

Ibu Zain Carnival (IZAC) yang lalu, saya berkesempatan untuk mengendalikan aktiviti2 dan melihat wajah2 suci itu..wajah2 yang bakal merealisasikan kata2 yang tersemat di dada2 mereka..baju yang mereka pakai pada hari itu ada perkataan: "Islam is our way of life"..begitu jelas maksudnya yang begitu mendalam..harapan pendidik2 untuk menjadikan mereka "a little khalifah"! tersenyum saya melihat mereka..inilah dia! inilah penyambung pewaris ummah!


"Islam is our way of life!"

alhamdulillah,keterlibatan saya yang hanya secebis dalam program IZAC tu,dapat saya belajar sesuatu..belajar dari mereka,golongan yang lebih muda dari saya..betullah,tazkirah tu tak kira siapa yang memberi..pada kita untuk mengutip 'ibrah nya atau tidak..terima kasih ye adik2!

rindunya waktu kecik2 dulu......fikir hanya untuk diri sendiri je..fikiran tak dibebani dengan banyak masalah!huhu..

itu golongan pertama..dan golongan kedua,golongan yang lebih berumur dari saya..itu lah golongan yang sudah menempuh pelbagai suka duka kehidupan..pengalaman hidup pasti banyak mengajar mereka erti hidup..saat menatap wajah mereka,seperti tiada tafsiran lagi yang dapat ditafsir..mereka puas ke dengan hidup mereka? atau merasa kecewa? semuanya bercampur aduk..senyum mereka itu..senyum gembira atau senyum duka? sungguh, saya tak dapat tafsir!

semalam,saya dan rakan2 ko-kurikulum set 18 berkesempatan untuk membuat satu lawatan kebajikan ke Rumah Orang Tua Seri Kenangan Cheng..macam2 dugaan yang kami tempuhi..bermula dengan secara tiba2 peruntukan dari PPP dan kolej tak dapat..anggaran penghuni tersasar dua kali ganda (so,budget bendahari pon lari laa..aduyai..) tapi bendahari rilek je..hehe..kesian lagi kat pengarah program..

tapi,bila niat kita memang betul2 nak tolong orang,barakah Allah sentiasa mengiringi..saya dapat rasakan..rezeki Allah datang mencurah2 ke ladang gandum! kolej bersetuju beri sumbangan..ukm holdings nak beri cek..tengok2,budget bendahari terlebih banyak la pulak..alhamdulillah,dapat balik duit yuran tu sket..nanti saya pulangkan ye kawan2.. =)

lakonan "nujum pak belalang" versi IZISH istimewa untuk menghiburkan warga emas disini..tapi macam kami pulak yang gelak lebih..huhu..


masih terbayang wajah2 mereka di sana..pasrah dengan kehidupan yang dilalui..harapan pada anak2 suatu masa dulu,hancur musnah..seperti yang diceritakan oleh penguasa rumah tersebut,hampir semua penghuni di situ tidak pernah dijenguk oleh anak2 mereka..sehingga kan bila diberitahu tentang kematian mereka,anak2 boleh menjawab, "takpelah,dah mati..nak buat macam mana.."

yang membuatkan kami bertambah sedih,kunjungan kami disambut dengan kematian salah seorang penghuni di sana..saya sebak tak tahu nak kata apa..bak kata penguasa,itulah cara terakhir untuk penghuni2 di sana meninggalkan rumah tersebut..hanya dengan mati? ya,mati di saat anak2 tiada disisi..

terima kasih ya,Allah..terima kasih..Kau telah berikan ku ruang dan peluang untuk aku belajar dari dua golongan ini..waktu kanak2 itu,telah lama aku tinggalkan..dan kini,aku meniti usia remaja ku yang kadang ditaburi bunga dan kadang ditaburi duri..dan pastilah,duri itu yang menjuarai..inilah waktu persediaan untuk aku meniti usia tua ku nanti..zaman remaja hanya sekali..jangan di sia2 kan dengan perkara yang menghanyutkan diri..nauzubillah min zaalik!

buat renungan kita sahabat2..belajarlah dari dua golongan ini..satu kita dah lalui dan lagi satu bakal kita tempuhi..bersediakah kita?


ini MISI aku,kamu,kamu dan kamu


PERINGATAN!
entry ini khususnya buat warga IZISH (Ibu Zain International Student House) dan umumnya buat sesiapa sahaja selagi boleh diambil manfaat bersama.insyaAllah.moga Allah jauhkan diriku dari sifat riak,ujub dan sebagainya.nauzubillah.kerana ini perkongsian dan PERHATIAN bersama!

saya,selaku penghuni IZISH ingin membuat satu pernyataan dan pemberitahuan buat perhatian semua warga MUSLIM IZISH.


disini,di atas bumi yang kita pijak ini,ada satu MISI yang sudah hampir 2 bulan dilancarkan oleh Kelab Kerohanian IZISH.namun masih ade yang tidur,mamai,tersengguk2 dan mungkin tak tahu langsung tentang misi ini.

apa misi tu?
MISI: Membumikan ISLAM di bumi IZISH

saya boleh join tak misi ni?
MISI ini adalah MISI aku,kamu,kamu dan kamu.ya.kamu juga tak terkecuali.asalkan kamu warga IZISH dan seorang muslim.kamu perlu WAJIB kan diri kamu untuk sertai MISI ini.ya.WAJIB.

wajib? suka hati je nak wajib2 kan plak..
bukan kah tujuan kamu diciptakan di muka bumi ini untuk menjadi khalifah dan beribadah kepada Nya? di wajibkan supaya kamu diberi ruang dan peluang untuk menjayakan MISI SEBENAR KAMU DIHIDUPKAN iaitu menyampaikan yang maaruf dan mencegah yang mungkar.apa lagi? rebut peluang ini selagi nadi kamu masih berdenyut!

baiklah,saya nak join.tapi,macam mana nak join ni?
first step:
kamu ada facebook? kalau ada,join group MISI ini (Kelab Kerohanian IZISH). disitu terdapat pelbagai maklumat dan iklan aktiviti2 MISI yang akan sentiasa diupdate.

second step:
bila dah dapat maklumat tentang aktiviti2 MISI,gerakkan diri kamu untuk sertai aktiviti2 tersebut.dengan itu,tujuan kamu diciptakan untuk beribadah kepadaNya dapat dilaksanakan.senang bukan?

third step:
kemudian ajak roomate,kawan2 lain untuk join sekali.jangan lepaskan peluang untuk lakukan amar maaruf! hari pertama ajak roomate.hari kedua,kamu dan roomate ajak seorang lagi.boleh buat MLM yang berkeuntungan pahala akhirat ni.. =)

fourth step:
istiqamah dah teruslah istiqamah sehingga akhir hayat~

wah! macam gempak je..peluang dan ruang terbuka luas untuk saya.boleh saya tahu apa antara aktivitinya?
alhamdulillah,peluang dan ruang untuk Allah sentiasa luas.cuma kadang2 kita yang menyempitkan.aktiviti yang ada? dalam seminggu ada macam2 aktiviti.tak dapat join hari isnin,boleh join hari selasa plak..ruang dan peluang sentiasa ada kan..

ISNIN>>
petang: berbuka puasa (iftar) di kafeteria kolej
lepas maghrib: Tadarus Al-Quran dan kelas Tajweed

SELASA>>
lepas maghrib: Ziarah sahabat

RABU>>
lepas maghrib: Bayyan oleh tabligh di surau

KHAMIS>>
petang: berbuka puasa (iftar) di kafeteria kolej
lepas maghrib: Bacaan Yassin dan Solat Hajat (sekali 2 minggu)

SETIAP HARI>>
1) Bacaan al-ma'thurat selepas asar di surau
2) **Gempur subuh (minta tolong team gempur subuh untuk kejutkan subuh)
3) **Kemusykilan agama.(sebarang masalah agama boleh diajukan)

p/s: yang bertanda ** boleh mesej pada no ini: 0136755729

banyaknya aktiviti..saya pernah juga terdengar dalam hebahan2 di facebook dan mesej.teringin di hati untuk join.tapi saya malu dan segan la..
tak perlu lah kamu malu dan segan.kita semua sama-sama nak buat pahala kebaikan.dalam mengejar pahala kebaikan ni,kita tak patut ada perasaan tu.misi kita dihidupkan adalah sama.kan lebih indah kalau kita laksanakan misi ini bersama2.saya dan mereka2 tak nak masuk syurga sendiri2.kami nak kamu ada bersama!

jadi,sudikah kamu bersama kami membumikan ISLAM di bumi IZISH tercinta ini?

jika sudi,ambil langkah pertama anda.join group (Kelab Kerohanian IZISH) di facebook.jika tak ade akaun facebook,mesej kesediaan anda pada no ini: 0136755729

langkahan anda,kami iringi dengan doa.doa moga dikuatkan.doa moga ditabahkan.langkah anda itu,juga langkahan kami.ayuh,seiringan kita berjalan!

JOM KITA BUMIKAN ISLAM DI BUMI IZISH!!
(^_^)v

SeLaMAt ya! =)

Bismillah.

SeLaMAt HaRi LaHiR!
SaNaH hELwAh!
TaNjOuBi OmoDeToU!
HaPpY BiRtHdAy!
(pe lagi ye?)

yang ke-18

istimewa ditujukan buat
adikku
AMIRAH WAJIHAH MAZLAN


moga sentiasa dalam lindungan rahmah Allah.
moga jadi anak,adik dan kakak yang solehah.
moga mendapat keputusan yang TERBAIK dalam SPM nanti.
moga berjaya melangkahkan kaki ke universiti yang dimahukan.
(^_^)v

sedap kek tadi..dan yang penting, bubur jagung kegemaranku! rindu2..
terima kasih ummi sebab bawakkan tadi..huhu..

INFINITI tapi SIFAR


Bismillah..
Assalamualaikum wbt. buat pembaca budiman.

Penat.satu ungkapan yang tak patut diungkap. (ish2,sakinah..)
ok,kita renovate sikit ungkapan tu.
Penat,alhamdulillah..[sambil senyum tau]
Always renew niat.insyaAllah pahala dapat.penat pon berbaloi.
kerehatan abadi di syurga nanti yang kita damba, kan? :)

**********
Pembaca yang budiman,
nak tengok satu contoh Islam yang kuat imannya, yang membulatkan dirinya untuk dakwah, yang rela berkorban pada jalan dakwah, walaupun tarbiyah Islam baru bermula dan ilmu Islamnya hanya sekadar dua kalimah syahadah sahaja??

mari sama2 kita telusuri kisah ABU DZAR AL-GHIFARI:

Abu Dzar al-Ghifari merupakan seorang sahabat Nabi SAW yang terkenal dengan perbendaharaan ilmu pengetahuannya dan kesolehannya. Ali RA berkata mengenai Abu Dzar RA: “Abu Dzar ialah penyimpan jenis-jenis ilmu pengetahuan yang tidak dapat diperolehi dari orang lain.”
Ketika dia mulai mendengar khabar tentang kerasulan Nabi SAW, dia telah mengutus saudara lelakinya menyelidiki lebih lanjut mengenai orang yang mengaku menerima berita dari langit. Setelah puas menyelidiki, saudaranya pun melaporkan kepada Abu Dzar bahawa Nabi Muhammad SAW itu seorang yang sopan santun dan baik budi pekertinya. Ayat-ayat yang dibacakan kepada manusia bukannya puisi dan bukan pula kata-kata ahli syair.
Laporan yang disampaikan itu masih belum memuaskan hati Abu Dzar. Dia sendiri keluar untuk mencari kenyataan. Setibanya di Makkah, dia terus ke Baitul Haram. Pada waktu itu dia tidak kenal Nabi SAW, dan melihat keadaan pada waktu itu dia merasa takut hendak bertanya mengenai Nabi SAW. Ketika menjelang malam, dia dilihat oleh Ali RA. Oleh kerana ia seorang musafir, Ali terpaksa membawa Abu Dzar ke rumahnya dan melayani Abu Dzar sebaik-baiknya sebagai tamu. Ali tidak bertanya apa pun dan Abu Dzar tidak pula memberitahu Ali tentang maksud kedatangannya ke Makkah. Pada keesokkan harinya, Abu Dzar pergi sekali lagi ke Baitul Haram untuk mengetahui siapa dia Muhammad. Sekali lagi Abu Dzar gagal menemui Nabi kerana pada waktu itu orang-orang Islam sedang diganggu hebat oleh orang-orang kafir musyrikin. Pada malam yang keduanya, Ali membawa Abu Dzar ke rumahnya.
Pada malam itu Ali bertanya: “Saudara, apakah sebabnya saudara datang ke kota ini?”
Sebelum menjawab Abu Dzar meminta Ali berjanji untuk berkata benar. Kemudian dia pun bertanya kepada Ali tentang Nabi SAW. Ali berkata: “Sesungguhnya dia lah pesuruh Allah. Esok engkau ikut aku dan aku akan membawamu menemuinya. Tetapi awas, bencana yang buruk akan menimpa kamu kalau hubungan kita diketahui orang. Ketika berjalan esok, kalau aku dapati bahaya mengancam kita, aku akan berpisah agak jauh sedikit dari kamu dan berpura-pura membetulkan sepatuku. Tetapi engkau terus berjalan supaya orang tidak curiga hubungan kita.”
Pada keesokkan harinya, Ali pun membawa Abu Dzar bertemu dengan Nabi SAW. Tanpa banyak tanya jawab, dia telah memeluk agama Islam. Kerana takut dia diapa-apakan oleh musuh, Nabi SAW menasihatkan supaya cepat-cepat balik dan jangan mengkhabarkan keislamannya di khalayak ramai. Tetapi Abu Dzar menjawab dengan berani: “Ya Rasullulah, aku bersumpah dengan nama Allah yang jiwaku di dalam tanganNya, bahawa aku akan mengucap dua kalimah syahadah di hadapan kafir-kafir musyrikin itu.”
Janjinya kepada Rasulullah SAW ditepatinya. Selepas ia meninggalkan baginda, dia mengarah langkah kakinya ke Baitul Haram di hadapan kaum musyrikin dan dengan suara lantang dia mengucapkan dua kalimah syahadah.
“Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu pesuruh Allah.”
Tatkala mendengar ucapan Abu Dzar itu, orang-orang kafir pun menyerbunya lalu memukulnya. Kalau tidak kerana Abbas, bapa saudara Nabi yang ketika itu belum Islam, tentulah Abu Dzar menemui ajalnya di situ.
Kata Abbas kepada orang-orang kafir musyrikin yang menyerang Abu Dzar: “Tahukah kamu siapa orang ini? Dia adalah keturunan Al Ghifar. Khafilah-khafilah kita yang pulang pergi ke Syam terpaksa melalui perkampungan mereka. Kalaulah ia dibunuh, sudah tentu mereka menghalangi perniagaan kita dengan Syam.”
Pada hari berikutnya, Abu Dzar sekali lagi mengucapkan dua kalimah syahadah di hadapan orang-orang kafir Quraisy dan pada kali ini juga ia telah diselamatkan oleh Abbas.
Keghairahan Abu Dzar mengucapkan dua kalimah syahadah di hadapan kafir Quraisy sungguh-sungguh luar biasa jika dikaji dalam konteks larangan Nabi SAW kepadanya. Apakah dia boleh dituduh telah mengingkari perintah Nabi? Jawabannya tidak. Dia tahu bahawa Nabi SAW sedang mengalami penderitaan yang berbentuk gangguan dalam usahanya ke arah menyebarkan agama Islam. Dia hanya hendak menunjukkan kepada Nabi SAW walaupun ia mengetahui dengan berbuat demikian, dia melibatkan dirinya dalam bahaya. Semangat keislamannya yang beginilah yang telah menjadikan para sahabat mencapai puncak keimanan dalam alam lahiriyah serta batiniyah.



Keberanian Abu Dzar ini selayaknya menjadi contoh kepada umat Islam dewasa ini dalam rangka usaha mereka menjalankan dakwah Islamiyah. Jika nak dibandingkan ilmu agama kita sekarang dengan ilmu agama yang Abu Dzar peroleh ketika dia menyatakan keislamannya, agak2nya mana lagi banyak dan lagi sempurna? Nak solat macam mana pon Abu Dzar tak tahu lagi. Hadis pulak, satu pun belum sempat hafal. Apatah lagi ayat2 Quran.
Tapi macam mana dengan hanya mengucapkan 2 kalimah syahadah sahaja, dia terdorong untuk menghadapi kaumnya yang confirm2 akan pukul dia jika dia menyatakan keislamannya?
Itulah kualiti nya. Kualiti iman yang tak setanding dengan kualitinya kereta Mercedes. Kualiti iman yang sukar dijumpai pada zaman kini. Tarbiyyah baru sesudu gula, tapi boleh memaniskan seperigi air.
 Kita? Tarbiyyah datang bergolek2 tapi iman tak molek2. Ilmu ada tapi penakut. Ilmu banyak tapi kedekut. Apa salahnya kita kongsi ilmu. Kalau sikit ilmunya, sikit tu jugalah kita kongsikan. Tak jadi masalah. Nanti topup la banyak2 lagi. =)

Untuk akhirnya, saya menyeru diri saya dan pembaca2 sekalian, janganlah kita jadi umat yang,
INFINITI kuantitinya tapi SIFAR kualitinya.
INFINITI ilmunya tapi SIFAR manfaatnya.




Apa kata Mustafa Masyhur tentang dakwah dan tarbiyyah?

“Sesungguhnya kita tidak kekurangan kuantiti tetapi kita kekurangan kualiti. Kita kekurangan contoh Islam yang kuat imannya yang membulatkan dirinya untuk dakwah, yang rela berkorban pada jalan dakwah dan jihad fi sabilillah”

dan apa pula kata Imam Ghazali?
“Ketahuilah setiap orang yang hanya duduk di rumahnya, walau di mana pun dia berada sebenarnya juga melakukan kemungkaran di zaman ini. Mereka hanya duduk berdiam diri tanpa memberi panduan kepada manusia, tidak mengajar mereka dan tidak membawa mereka kepada kebaikan.”

Sumber : Buku Rijal Haular Rasul (Khalid Muh.Khalid)

**********
Maaf agak panjang. Tengah ada mood dan terdorong untuk berkongsi bila baca kisah Abu Dzar ni. Terima kasih kerana sudi terima 'kasih' saya. Eh, bukan2. Terima kasih kerana sudi terima perkongsian saya. huhu..
Doakan exam statistik saya malam esok. Alhamdulillah la exam bisnes pagi tu batal. hehe.. =D

Wallahua'lam.

SIHAT itu NIKMAT

Bismillah..


Assalamualaikum wbt..(semua diminta senyum comel2 macam baby ni..huhu..)
salam dihulurkan buat semua pembaca yang dikasihi..moga hari-hari anda ditempuhi dengan penuh semangat..bukan macam hari saya untuk hari ini..sungguh tak bersemangat! tak tahu kenapa..pagi tadi je semangat jogging2 semua..kemudian semangat tu hilang..terbang melayang ntah kemana..tika saya sedang menaip entry ini, saya masih mencari2 semangat saya..harap boleh jumpe semula sebelum mata ini terlelap buat sementara..mungkin juga selamanya~wallahua'lam~

SIHAT. satu antara dua nikmat (selain kelapangan) yang sering manusia lupa dan lalai..tak bersyukur ketika sihat..bila dah sakit,baru nak ingat nak buat itu,nak buat ini..baru rase yang bila sihat tula yang best dan syok untuk buat semua kerja..hati mula meraung2,"aku nak sihat semula!!nak sihat semula!!"..dan alhamdulillah la kalau time sakit tu masih ingat Allah..kalau tak?asyik2 salah menyalahkan di sane sini..salahkan Allah??nauzubillah!

penting sangat ke kesihatan ni????

satu masa dulu,saya pernah menghadiri satu daurah di Muar,Johor..ketika itu,saya baru menghabiskan pengajian saya di matrik johor..kiranya,tengah tunggu masa untuk masuk universiti jela ni..dan daurah itu adalah daurah Ini Sejarah Kita..tapi bukan pasal sejarah yang nak saya bawakan..tapi, berkenaan dengan satu kata2 yang disebut oleh seorang pakcik merangkap suami kepada naqibah saya ketika di matrik dulu iaitu,makcik Sazira..

ayat pakcik tu lebih kurang macam ini lah..saya topup2 sket la ayat ni supaya sampai maksud yang ingin disampaikan..huhu..

"sepanjang perjalanan dakwah kita ni,kita dikira belum berjaya mengekalkan diri di medan ini sekiranya kita belum melalui 3 tempoh masa..iaitu;tempoh pekerjaan,tempoh perkahwinan dan tempoh mempunyai anak2..jika kita sudah melalui ketiga2 fasa itu dan masih kekal berada di atas jalan dakwah (tak kiralah umur ketika itu berapa pon..), barulah kita dikira berjaya..kerana tempoh2 tersebut adalah tempoh yang amat sukar dilalui oleh pendakwah sekiranya tidak merancang dengan baik demi untuk kelangsungan dakwah.."

sebab itulah agaknya,naqib atau naqibah kita sangat concern tentang tempat kita bakal buat latihan industri, tempat yang bakal kita bekerja, calon yang bakal kita kahwini dan macam2 lagi lah..itu semua demi menjaga dan memelihara kita dalam kelangsungan di jalan dakwah ini..

jap2..apa kaitannya dengan kesihatan???

macam ni..saya ada lagi satu kisah..hehe..ingat lagi entry2 saya tentang MUKHRIN?? di sepanjang program tersebut, saya dan ahli kumpulan saya di arahkan untuk temu ramah dua orang makcik..salah seorangnya adalah makcik Umi (yang saya dapat baju free tu..hehe..)..ketika saya temu ramah makcik Umi dan suaminya,saya teringat kata2 pakcik yang kat Muar tu..saya pon bertanya perihal 3 ujian besar tersebut (kerja,kahwin dan anak)..dan makcik Umi bersetuju dengan kata2 tersebut..tetapi makcik Umi menambah satu lagi perkara iaitu KESIHATAN..

sebenarnya,makcik Umi ni menghidap penyakit kencing manis yang memerlukannya setiap pagi menyuntik insulin pada badan sendiri..alamak aii..saya memang tak boleh la kalau bab2 cucuk mencucuk ni..takut!! bila saya tengok sendiri makcik Umi letak ubat pastu pergi cucuk badan sendiri..aduyai..tabah nya lah!

tapi saya kagum..ketidaksihatan diri tak pernah menghalangnya untuk meneruskan kerja2 dakwah..walaupun mungkin kadang2 membantutkan kerja2nya, tapi semangat nya tak hilang! kita??? sihat pon tak bersemangat nak jalani kehidupan..apatah lagi kalau sakit nanti..memang betullah,ujian keempat itu adalah kesihatan..sebab belum tentu kalau kita sakit,kita boleh tetap dalam medan dakwah malah mungkin akan menjadikan ia sebagai satu alasan untuk tidak berdakwah..nauzubillah~sama2 kita doakan agar makcik Umi dapat tempuhi ujian kesihatan itu dengan tabah..ameen~




kalau nak diikutkan,3 ujian yang pertama tu (kerja,kahwin,anak) insyaAllah pasti akan kita lalui..so,nak tak nak memang kene bersedia lah..tapi kalau yang kesihatan ni,boleh jadi kita tak kan lalui..means,kita boleh elak dari mempunyai penyakit la kan..so, kawan2?? jagalah kesihatan diri baik2..kalau rasa diri tu buat perkara2 yang boleh datangkan penyakit (cth: pemakanan tak jaga),haa..saya ada satu tips..dapat dari kak Ain..hehehe.. tipsnya adalah, lontarkan satu pertanyaan pedas pada diri sendiri.."wahai diri, badan kamu ni nak guna sampai umur berapa tahun? 21 tahun?? 22 tahun?? ke nak pakai lagi sebulan je??" amacam?? laser tak soalannya? menusuk ke kalbu bila dapat ayat tu dari kak Ain~huhu..


SIHAT itu NIKMAT..dan orang2 yang bijak menggunakan nikmat itu adalah orang2 yang bersyukur..

monolog dalaman:
"..yang penting jaga kesihatan ye sakinah..terutama kesihatan hati dan jiwa tu.." =)

sekian,wallahua'lam..


p/s: rancang nak buat medical check-up la..rasa something wrong pada badan..hurm..tapi kalau rasa something wrong pada hati?? MySpace