PERINGATAN!
entry ini khususnya buat warga IZISH (Ibu Zain International Student House) dan umumnya buat sesiapa sahaja selagi boleh diambil manfaat bersama.insyaAllah.moga Allah jauhkan diriku dari sifat riak,ujub dan sebagainya.nauzubillah.kerana ini perkongsian dan PERHATIAN bersama!
saya,selaku penghuni IZISH ingin membuat satu pernyataan dan pemberitahuan buat perhatian semua warga MUSLIM IZISH.

disini,di atas bumi yang kita pijak ini,ada satu MISI yang sudah hampir 2 bulan dilancarkan oleh Kelab Kerohanian IZISH.namun masih ade yang tidur,mamai,tersengguk2 dan mungkin tak tahu langsung tentang misi ini.
apa misi tu?
MISI: Membumikan ISLAM di bumi IZISHsaya boleh join tak misi ni?
MISI ini adalah MISI aku,kamu,kamu dan kamu.ya.kamu juga tak terkecuali.asalkan kamu warga IZISH dan seorang muslim.kamu perlu WAJIB kan diri kamu untuk sertai MISI ini.ya.WAJIB.
MISI ini adalah MISI aku,kamu,kamu dan kamu.ya.kamu juga tak terkecuali.asalkan kamu warga IZISH dan seorang muslim.kamu perlu WAJIB kan diri kamu untuk sertai MISI ini.ya.WAJIB.
wajib? suka hati je nak wajib2 kan plak..
bukan kah tujuan kamu diciptakan di muka bumi ini untuk menjadi khalifah dan beribadah kepada Nya? di wajibkan supaya kamu diberi ruang dan peluang untuk menjayakan MISI SEBENAR KAMU DIHIDUPKAN iaitu menyampaikan yang maaruf dan mencegah yang mungkar.apa lagi? rebut peluang ini selagi nadi kamu masih berdenyut!
baiklah,saya nak join.tapi,macam mana nak join ni?
first step:
first step:
kamu ada facebook? kalau ada,join group MISI ini (Kelab Kerohanian IZISH). disitu terdapat pelbagai maklumat dan iklan aktiviti2 MISI yang akan sentiasa diupdate.
second step:
bila dah dapat maklumat tentang aktiviti2 MISI,gerakkan diri kamu untuk sertai aktiviti2 tersebut.dengan itu,tujuan kamu diciptakan untuk beribadah kepadaNya dapat dilaksanakan.senang bukan?
third step:
kemudian ajak roomate,kawan2 lain untuk join sekali.jangan lepaskan peluang untuk lakukan amar maaruf! hari pertama ajak roomate.hari kedua,kamu dan roomate ajak seorang lagi.boleh buat MLM yang berkeuntungan pahala akhirat ni.. =)
fourth step:
istiqamah dah teruslah istiqamah sehingga akhir hayat~
wah! macam gempak je..peluang dan ruang terbuka luas untuk saya.boleh saya tahu apa antara aktivitinya?
alhamdulillah,peluang dan ruang untuk Allah sentiasa luas.cuma kadang2 kita yang menyempitkan.aktiviti yang ada? dalam seminggu ada macam2 aktiviti.tak dapat join hari isnin,boleh join hari selasa plak..ruang dan peluang sentiasa ada kan..
ISNIN>>
petang: berbuka puasa (iftar) di kafeteria kolej
lepas maghrib: Tadarus Al-Quran dan kelas Tajweed
SELASA>>
lepas maghrib: Ziarah sahabat
RABU>>
lepas maghrib: Bayyan oleh tabligh di surau
KHAMIS>>
petang: berbuka puasa (iftar) di kafeteria kolej
lepas maghrib: Bacaan Yassin dan Solat Hajat (sekali 2 minggu)
SETIAP HARI>>
1) Bacaan al-ma'thurat selepas asar di surau
2) **Gempur subuh (minta tolong team gempur subuh untuk kejutkan subuh)
3) **Kemusykilan agama.(sebarang masalah agama boleh diajukan)
p/s: yang bertanda ** boleh mesej pada no ini: 0136755729
banyaknya aktiviti..saya pernah juga terdengar dalam hebahan2 di facebook dan mesej.teringin di hati untuk join.tapi saya malu dan segan la..
tak perlu lah kamu malu dan segan.kita semua sama-sama nak buat pahala kebaikan.dalam mengejar pahala kebaikan ni,kita tak patut ada perasaan tu.misi kita dihidupkan adalah sama.kan lebih indah kalau kita laksanakan misi ini bersama2.saya dan mereka2 tak nak masuk syurga sendiri2.kami nak kamu ada bersama!
jadi,sudikah kamu bersama kami membumikan ISLAM di bumi IZISH tercinta ini?
jika sudi,ambil langkah pertama anda.join group (Kelab Kerohanian IZISH) di facebook.jika tak ade akaun facebook,mesej kesediaan anda pada no ini: 0136755729
langkahan anda,kami iringi dengan doa.doa moga dikuatkan.doa moga ditabahkan.langkah anda itu,juga langkahan kami.ayuh,seiringan kita berjalan!
JOM KITA BUMIKAN ISLAM DI BUMI IZISH!!
(^_^)v


17 pendapat pemerhati pengembaraanku:
jom mari ayuh!
haaa..dak uitm segamat pon nk join tuh..huhu..
jom,jom,jom!
(^_^)v
Huhu..menarik2.
menarik? jom join sekali.. =)
Huhu..rs hati mmg nak sgt,tp ssh kot .. :)
insyaAllah,senang..asalkan mahu,saya doakan segalanya mudah bagimu..ikutlah rasa hati anda! :)
Waa..bgsnye kt sne,tp nape br 2bln nk wujudkn p'sekitarn islamik,sblm2 ni xde ke? :) sy ad soalan utk awk..mane y lbh kuat..antara kekuatn jati diri atau pengaruh masyarakat?..huhu..sila jwb :)
sebenarnya,persekitaran islamik tu mmg sentiasa wujud disini..cuma kali ni,alhamdulillah,Allah beri kekuatan lebih,Allah gerakkan hati2 yang nak bantu agama Allah disini lebih..dengan adik2 junior yang hebat2 belaka..dan senior2 yang sangat concern dengan adik2nya..saya sendiri kagum dengan mereka..alhamdulillah sgt3!
dan untuk soalan tu,bagi saya jati diri lebih kuat. :)
Awak t'masuk dlm golongan mane junior ke senior huhu..
Utk soaln2,sy xslhkn jwpn awk tp kalo awk dpt buktikn nape jati diri lbh kuat dr masyarakt lg bgs.. :)
saya senior yg baru belajar camane nak concern ngan adik2 kat sini..huhu.. :)
mgkn boleh tgk seerah rasulullah..camane smgt dlm diri yg ada pada golongan awal2 yg memeluk islam..langsung tak tergugah dgn suasana masyarakat yg menggugah..sekadar pandangan :)
tp boleh jd pengaruh sekeliling lbh kuat,bilamana jati diri tu lemah..mcm dua tempat yg berbeza.makin dekat dgn yg satu,makin jauh dgn yg lg satu..
awak ade pndgn lain? boleh kongsikan :)
Salam..waa..pandangan y menarik,sbb2 sy xkte awak salah,tp menurut ibnu khaldun pengaruh masyarakt lbh byk m'pengaruhi drpd jatidiri,sbg contoh,awak seorang y selalu b'solat jemaah surau,awak tggl b'sama kwn2 y lain y lbh ske b'solat di rumah,lama kelamaan awk juga akn t'ikt dgn budaya solat dirumah slg mane awak tggl di rumah i2,huhu..i2 p'dpt org, bg sy kalau akar2 baik,means sejak dr kecil dh ditarbiyh dgn baik pasti akn m'dpt product y baik..dtglh mcm mne p'sekitarn sekalipn,die y akn mula mewujudkn suasana y bek i2,sbb i2 lh pentingnya tarbiyah didik sejak dr awal lg :)
jzkk..betul3..melentur buluh biar dari rebungnya..if kite tengok bola,b4 main tu players akan pimpin budak2 sorang satu..sebagai lambang pelapis pemain ek? nak didik jiwa budak2 tu minat bola pun mungkin.. kalau ayah2 semua buat macam tu kat anak2 die dengan pimpin masuk ke masjid,kecik2 jiwa da terdidik dgn menghidupkan masjid bersama ayah..wahh..pelapis masjid ramai la nanti!huhu..
huhu... :) teringin nak masuk bumi izish..
huhu..awak ade di bumi mana? :)
Bumi hijau..huhu..
great!~ :)
yok.
Post a Comment