| Pengembara . Sebuah . Perjalanan |

"Sesungguhnya seseorang Muslim itu apabila berjalan di Jalan Dakwah, ia tidak berjalan dengan hatinya sahaja tetapi dibawa bersama hati saudara-saudaranya. Justeru itu, setiap pahala yang didapati di sepanjang perjalanannya, pasti akan terbias untuk saudara perjuangannya.."

Pages

Lilypie Kids Birthday tickers

Popular Posts

nothing much

Bismillah..

Assalamualaikum wbt.

fuhh..sebulan lebih jugak blog ni dibiarkan kesepian..malas update mungkin..tapi saya taknak lah zalimi blog ni sedang saya yang memulakan 'hayat' nya..hurmm..semester break ni, kebanyakan masa saya di rumah yang internet connection lost katakan..tu yang sepi je blog ni..laptop dimobilasikan semata untuk training skills game yang berlambak2..(kerja2 tu adalah jugak..tapi mmg mostly game takpon movie layan dengan adik2..) kalau kat DS, jangan harap la nak main game..setapak pon hati tak tergerak nak main..paling tidak pon kat rumah tu ada jugak la penonton2 setia yang tengok kehebatan bakat konon terpendam ni..hehe..

cuti kat rumah kali ni memang syok sebab....adik2 semua dah besar..so, pembahagian tugas kerja2 kat rumah tu, bukan bahagian kakak2 je..adik2 baik umai semua kena..bagus2..sepanjang cuti ni, saya tak pernah sekali pon sidai baju dan kemas rumah ! alah, takat yang tu, umai ngan maryam pon boleh settle lah..tugas saya cuma, MASAK ! (tolong ye semua, tolong tutup lopongan mulut anda) umai paling suka tolong saya masak..nak kacau itulah, kacau inilah..pastu lepas dah makan......"emmmm..sedapnya kak nurul masak ! kak nurul kan, dah boleh kawen ni !" dengan mimik muka yang sungguh mengujakan dan thumbs up kedua jari diberikan pada saya..cehhh..senget betul budak kecik ni..bodek kak nurul la tu ! actually, tak kira siapa pon yang masak, dia memang macam tu..haha..

semalam satu rumah umai ni menjerit seronok sebab nak dapat RABIT..periksa lepas dapat no.3 dalam kelas..abah janji nak bagi rabit sekor kalau dapat top 3..umai ni memang suka main dengan haiwan..kucing, rabit, hamster..kalau boleh dia nak semua..hari tu ummi cerita, ada anak kucing ni mati kena bunuh dengan kucing jantan depan mata dia..esak2 nangis sedih kesiankan anak kucing tu..umai2..muallimah saya kata dulu, orang yang sayang kat kucing ni, hati dia lembut..lebih2 lagi kalau lelaki..(habislah..semua laki ngaku sayang kucing lepas ni..haha)

hampir setiap minggu, saya akan berulang alik ke DS..sebab ada seruan misi keselamatan dan kesejahteraan iman a.k.a usrah..tu pon ada jugak la skip 2 kali..jadi fasi KBM dan ikut abah a.k.a driver balik melaka..abah ajak kemas rumah kat sana..pelajar uitm yang sewa kat situ pon dah check out..memang bersyukur tahap langit ketujuh pasal diorang tinggalkan rumah tu tak bersepah sangat..takdelah teruk sangat kerja housekeeping kitorg..hehh..

so, sekarang dah balik DS dan terus stay sampailah buka sem minggu depan..tajuk untuk tesis pon tak jumpa lagi..dalam 2 minggu ni nak kena serah tajuk..huu..tapi alhamdulillah tempat untuk praktikal dah dapat..final decision adalah di Malaysian Institute of Road Safety (MIROS), kajang..final la konon padahal memang satu tempat tu je yang terima saya..jabatan meteorologi kena reject..haha..dua tempat ni je saya mohon..bukan malas nak mohon banyak, tapi MIROS dah bagi jawapan dan saya rasa tempatnya tak banyak masalah..siap elaun tiga ratus hinggit per month lagi..at least kurang sikit beban belanja hari2..alhamdulillah ya Allah..begitu banyak urusan saya yang dipermudahkan..boleh stay kat DS..hikmah2.. ^_^

alhamdulillah sekali lagi..kali ni Allah beri saya pointer yang saya terget..walau tak setinggi mana, syukur ya Allah..result saya tak sehebat macam result orang lain..tapi pernah la merasa dapat slip exam 4flat..hehh..shortsem yang hanya 2 subjek bukan major je pon..terbang ke awang-awangan jugak la time tu..sekali seumur hidup katekan..tapi kena tarik turun balik menjejak bumi nyata..huhu..

satu sem je lagi..kemudian praktikal 3 bulan..kemudian.............. ^_^ dah ada orang kuat al-Amin ajak saya mengajar kat sana lepad grad nanti..nak pergi ke tak ek ? hurmm...wait and see..jadi orang bangi la gamaknya..moga segalanya dipermudahkan Allah..ameen.




[16disember2010, 8.44am]

Berusaha Kerana Tidak Tahu


Bismillah..

Pejam celik, pejam celik..dah masuk bulan November untuk tahun ni. kejap je masa berlalu. semester ni pun dah jumpa penghujungnya. kalau di imbas2 balik, macam2 perkara terjadi tahun ni. makin bertambah sejarah baru yang tercipta untuk satu lagi episod kehidupan yang entah bila penamatnya.

bila berbicara soal penamat kehidupan, masing2 telah di takdirkan sejak azali lagi. baik, buruk penamat bagi kehidupan masing2. rezeki, ajal maut, jodoh pertemuan. semua dah ditetapkan. sekiranya begitu, pasti ada yang akan bertanya. untuk apa kita berusaha? susah2 je usaha sana sini, last2 kalau miskin, kalau ke neraka, buat apa kan?

saya tertarik dengan kata2 yang ditulis oleh Hilal Asyraf dalam buku Langit Ilahi 3, Fanzuru.

"Aku berusaha kerana aku tidak mengetahui."

ya betul. mmg sejak azali dah ditetapkan. tapi kita tahu ke apa kesudahan takdir kita ni? jangan kata penghujung hidup, hari esok pun kita tak tahu apa akan jadi. maka berusahalah dengan sebaiknya untuk apa yang ada pada hari ni untuk memberi yang terbaik pada masa depan nanti. kita hanya perlu berusaha bergerak mencari redhaNya. usaha!

"sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum itu sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri" (Ar-Ra'd:11)


minggu lepas, saya menyertai misi kemanusiaan untuk mangsa banjir di Kedah (DERU). ikut rombongan IKRAM dari selangor. ketika pertama kali baca email menyeru untuk turun padang, hati ni rasa menarik2 tubuh saya untuk sertai. pertama sebab saya memang tak pernah join misi2 bantuan macam ni. kedua sebab nak ke Kedah dan Perlis. kaki belum pernah jejak ke sana lagi. tapi first time jejak kaki kat Kedah boleh demam la pulak. saya alergic ngan Kedah ke, Kedah yang taksuka dengan saya? hurm..huhu.

kalau nak cerita pengalaman ke sana, mmg banyak la. kawasan perumahan dah macam baru lepas kena serang dengan penjajah. sungguh dahsyat. saya ke kawasan yang air die naik sampai paras leher, pinggang. mmg almari semua kena buang takboleh pakai. kesian sungguh. tapi ada jugak yang masih buang sampah dalam sungai. memang tak serik kot air naik sampai paras leher die. ish.

sebab demam, saya sempat tolong satu rumah je. tolong punggah barang keluar rumah dan basuh pinggan mangkuk yg berlumpur. takdapat nak ikut yang lain ke satu rumah ni yang penuh dengan pacat, lintah. ular pon ada! gerun saya dengar.

sedikit gambar yang sempat dirakamkan.


kawasan yang masih belum surut

longgokan sampah sarap

masjid yang ditenggelami air

dalam perjalanan menuju ke Kedah. follow kereta pakcik :)


bersyukurlah bagi sesiapa yang belum pernah merasa musibah ni. musibah ni begitu berat untuk dilihat apatah lagi yang menanggungnya. saya yakin, berbulan2 juga untuk keadaan kembali pulih sepenuhnya. sampai ada antara makcik2 di sana merungut supaya ditutup sahaja tadika tempat dia bekerja. sebab dah tak tahan nak bersihkan dan banyak buku2 dan alatan yang musnah.

dunia semakin tenat. ini antara tanda2 dunia hampir menemui penghujungnya. tapi kita TETAP TIDAK TAHU. bilakah penghujungnya bakal tiba? kerana kita tidak mengetahui, maka bersedialah dan berusahalah sebaiknya. siapakah antara kita yang PALING BAIK amalannya? jom lumba!

wallahua'lam.


[14nov2010, 9.42pm]

Bebas Palestin (Video Nasyid)


.:BEBAS PALESTIN:.




La ilaha illallah
Muhammadur Rasulullah
Hidup mati kerana Allah
Berjuang fi sabilillah

Wahai para pejuang maralah ke hadapan
Kerahkanlah tenagamu dan juga fikiran
Korbankanlah hartamu sekalipun jiwa raga
Berjuang membebaskan Palestin yang tercinta

Wahai para pencinta keadilan
Jangan gentar berjuang bersama
Kezaliman yang bermaharajalela
Kita gempur hingga ke hujungnya

Ayuh bersatu demi Palestin
Bersama kita berjuang untuk Palestin
Tak kira walau diancam senjata
Kerana Allah kita mara

Hentikanlah penderitaan dan juga kezaliman
Kembalikanlah keamanan di bumi anbiya'
Berdoa kepada Ilahi
Agar Palestin akan merdeka
Kekal sentosa selamanya

Ayuh bersatu demi Palestin
Bersama kita berjuang untuk Palestin
Tak kira walau diancam senjata
Kerana Allah kita mara
Kerana Allah kita mara
Kerana Allah kita mara


.:Rabbani, In-Team, Saujana, Nowseeheart:.



p/s 1: berderau darah bila sampai kat lirik2 yang di bold tu...huu... -_-!
p/s 2: mode PASCA merdeka..next and the last one --> 12 nov..tamat perjuangan untuk semester ni...all out x ?




[3nov2010, 1.38am]

Bring along your vehicles..don't forget it !


"Ya, Allah.. Thabbit Qulubana ya Allah!"

---------------------------

Tiba2 pihak universiti mengumumkan penukaran jadual exam final kerana memanjangkan tempoh cuti untuk Deepavali. Jadual baru tersangatlah padat. Hari pertama exam, dua paper pagi dan malam. ( jangan terkejut, malam pun diselit sekali ! ) Esoknya pagi2 ada exam satu paper lagi.( confirm syahid ! ) Kemudian exam hampir setiap hari berturut2. Gap yang panjang hanya pada minggu cuti deepavali tu sahaja lah. Itupun lepas cuti, tinggal satu paper jee. ( paper ni wajib A ye sakinah ! )

Ramai yang mengeluh. Termasuk saya. Kat facebook je, semua kemarahan dan ketidakpuashatian diluahkan. Sampai ada yang tukar nickname pada FB kepada nama2 subjek exam nanti. ( yang ni memang gelak guling2 bila dapat tahu. haha )

Pihak universiti perlu ambil kira semua keluhan2 ni. Study week pon takada semester ni. ( semester ni memang pelik betul ) Kenapa tidak di putuskan awal2. Oh, mungkin masalah teknikal berlaku. ( husnu dzhon lebih baik kut ) Tapi banyak betul masalah teknikal nya ye? huhu.

Sebagai anak muda ( yang jiwanya mudah memberontak ) dan juga seorang remaja yang punya tarbiyah Islam, saya cuba mencari keseimbangan dalam masalah ni. Koreksi diri dan kaitkan dengan Allah atas semua yang berlaku.

" Oh, ini ujian Allah. Pihak universiti hanya menjadi satu perantara untuk ujian ini. Lagipon, kalau diberi masa yang lebih, lebih jugak ke revision kamu tu ? Kalau diberi ruang dan peluang terlalu besar, hargai ke semua tu ? Asyik nak mengeluh je. Allah tak suka ! "

Perjalanan ini masih jauh. Diingatkan, jangan lupa bawa sekali 'kenderaan2' kamu.

------------------------


Ibrahim bin Adham keluar dari negerinya untuk menunaikan haji dengan berjalan kaki.
Dalam perjalanan, seorang lelaki yang menunggang untanya bertemu dengan Ibrahim lantas menegurnya:

"Tuan hendak ke mana?"

Ibrahim menjawab:

"Saya hendak pergi menunaikan haji."

"Mana kenderaan tuan? Perjalanannya sangat jauh!"

"Aku mempunyai banyak kenderaan yang kamu tidak nampak."

"Apa dia?"

Ibrahim menjelaskan:

"Apabila aku ditimpa musibah, aku menaiki kenderaan SABAR.
Apabila aku diberi ni’mat, aku menaiki kenderaan SYUKUR.
Apabila berlaku ke atasku qadha’ dan qadar, aku menaiki kenderaan REDHA!"

Lelaki itupun berkata:

"Berjalanlah tuan dengan iringan keberkatan dari Allah. Sesungguhnya tuanlah yang sebenarnya menaiki kenderaan sedangkan aku orang yang berjalan kaki."

---------------------------


Hentikan segala rungutan. Hentikan segala keluhan. Take an action. Prepare well. InsyaAllah Kheir. ^_^



p/s: Malam ni ada ziarah dari JK Tarbiyah KNL !! On my way to siapkan slide database ahli dan program. ( tiba2 rasa otak dah bercabang..huhu..i like! )


[ 19okt2010, 1.16pm]


Fatien: Rahsia Inspirasiku


Bismillahirrahmanirrahim.

Oh ! Pagi yang sungguh cerah dan mendamaikan ! Dengan kemeriahan bunyi kicauan sekawan burung sahut-menyahut, yang didahului dengan salakan anjing di belakang rumah. (uik ? salakan anjing ??) Ya, salakan anjing ni memang hari2 lah ada. Mana tak nya, asal jalan kaki turun tunggu bas di hentian kajang je, mesti bertembung dengan anjing lah. Kadang2 siap main acah2 lagi dengan anjing2 ni. Saya nak jalan ke sana, dia pon lintas jalan untuk ke sana. Bila saya patah balik sebab taknak bertembung dengan dia, dia pon lintas jalan balik sebab sibuk nak bertembung dengan saya! haishh..kalau comel takpe la jugak. Dah la fobia dengan anjing2 ni. Pernah kena kejar sampai tercabut2 kasut kot ! Nasib baik kawan saya Fatien tolong kutipkan kasut tu walaupun muka dia lebih pucat ketakutan daripada saya. heheheh..

Ok, cerita pasal kawan saya Fatien yang comel ni, saya nak tujukan post ni khas buat dia.

(Ehem3.. Tien, ni aku nak balas entry ko yang ni --> sakinah (^_^) )


Memori.

Actually, lagu kehidupan tu memberikan banyak memori2 masa lalu. Jika dikenang memori2 lama ni, seriously nak nangis sangat. Sebab ada satu tanggungjawab yang dah diabaikan terhadap 'mereka'.

Dan Fatien bagai mencipta satu memori baru yang seakan dengan 'mereka'. Dan yang pasti, saya taknak mengulangi kesilapan yang sama terhadap dia. Sebab tu tajuk entry 'Inspirasiku'. ^_^


Makan.

Yang tadi, inspirasi dari segi lain. Kali ni, inspirasi tentang.....MAKAN. hehe. Fatien ni suka makan. Saya pulak suka tengok dia makan. Kalau orang lain kata pada saya macam ni: "Kinah makan besemangat ! Kalau makanan yang taksedap pon boleh tengok macam sedaaap sangat bila tengok kinah makan." Tapi Fatien lebih lagi la dari tu. Rasa macam nak makan setiap hari dengan dia je. Sungguh berselera ! hehe..


Tangis dan tawa.

Suka bila dia ketawa. Buat hati rasa gembira. Memang seorang yang saangat periang. Kalau duduk depan laptop tu, ada jelah yang menggembirakan hati dia. Sebab tu kalau dia nangis, saya tak tahan. Rasa nak nangis jugak. huu..


Cerminan Umairah.

Bila tengok Fatien, saya membayangkan macam mana adik bongsu saya Umairah bila sebaya dia nanti. Sebabnya, Fatien ni pon bongsu jugak. Kakak2 berderet kat atas dia. Same goes with Umai. Bertuah ada kakak2 dan abang2 yang baik macam Fatien jugak kot nanti. hee.. Atau mungkin setiap minggu pening nak balik rumah kakak yang mana satu ?? haha.. :p


Rahsia Inspirasiku.

Fatien, teruslah jadi inspirasi aku ok ! Kini rahsia, bukan lagi rahsia. Itu yang aku nak ko tahu. huhu.. ^_^v




p/s: Perancangan mendadak untuk pulang hari ni dibuat lepas dapat mesej dari abah tanya balik rumah ke tak minggu ni. Ada yang rindu rupanya. ahaks !




[8.56am]



Pengembaraan kembali bersiaran :)


Bismillah..

Assalamualaikum semua..lamanyaaa tak update..hati ni bagai di siat2 rasa rindu yang amat sangat untuk terus memberi di ruangan maya ni..namun apakan daya, atas kekurangan diri ini, terlalu banyak hasrat yang datang untuk berkongsi di abaikan begitu sahaja..kononnya sibuk sangat lah tu..minggu ni betul2 kritikal..kritikal betul lahh..sebab apa? sebab kurang dari 2 minggu lagi exam final akan bermula!! so, gear berapa sekarang?



Rasa dan waspada

Pabila terasa di awasi Tuhan

Rasa berdosa setiap masa

Rasa hina diri dengan Tuhan

Rasa bersyukur atas nikmat-Nya

Jiwa derita dengan dosa

Hati rasa kurang amal pada-Nya

Itulah hakikat jiwa kehambaan pada Dia

Mukmin sejati sentiasa waspada

Dari dosa tanpa sengaja

Apatah lagi dosa yang nyata

Ibarat gunung jatuh padanya

Gerak lakumu bertambah kaku

Lantaran nafsu yg telah jemu

Lalu dirimu bertambah malu

Pada-Mu ya Rabbi yg miliki

Sifat An-Nasru


p/s: Lirik nasyid kenangan dari bumi tarbiyah Hira'



Kehilangan

Apabila kehilangan sesuatu, kita akan berharap supaya ia kembali kepada kita..tapi kita juga harus berdoa supaya kita ditemukan dengan sesuatu yang lebih baik daripadanya jika takdir menentukan bahawa ia bukan lah rezeki kita lagi..

Dan alhamdulillah..Sony Ericsson W395 ini masih rezeki saya..satu tanda yang menjadi asbab saya mendapatkannya semula akan tetap menjadi satu tanda padanya..moga ia bakal menjadi asbab2 yang lain pula..insyaAllah~





Teruskan tembakan doa untuk saudara kita di Palestin.

Doakan saya tetap cekal dan tabah.

Begitu juga kamu.



[11.01am]