Assalamualaikum wbt..(semua diminta senyum comel2 macam baby ni..huhu..)
salam dihulurkan buat semua pembaca yang dikasihi..moga hari-hari anda ditempuhi dengan penuh semangat..bukan macam hari saya untuk hari ini..sungguh tak bersemangat! tak tahu kenapa..pagi tadi je semangat jogging2 semua..kemudian semangat tu hilang..terbang melayang ntah kemana..tika saya sedang menaip entry ini, saya masih mencari2 semangat saya..harap boleh jumpe semula sebelum mata ini terlelap buat sementara..mungkin juga selamanya~wallahua'lam~
SIHAT. satu antara dua nikmat (selain kelapangan) yang sering manusia lupa dan lalai..tak bersyukur ketika sihat..bila dah sakit,baru nak ingat nak buat itu,nak buat ini..baru rase yang bila sihat tula yang best dan syok untuk buat semua kerja..hati mula meraung2,"aku nak sihat semula!!nak sihat semula!!"..dan alhamdulillah la kalau time sakit tu masih ingat Allah..kalau tak?asyik2 salah menyalahkan di sane sini..salahkan Allah??nauzubillah!
penting sangat ke kesihatan ni????
satu masa dulu,saya pernah menghadiri satu daurah di Muar,Johor..ketika itu,saya baru menghabiskan pengajian saya di matrik johor..kiranya,tengah tunggu masa untuk masuk universiti jela ni..dan daurah itu adalah daurah Ini Sejarah Kita..tapi bukan pasal sejarah yang nak saya bawakan..tapi, berkenaan dengan satu kata2 yang disebut oleh seorang pakcik merangkap suami kepada naqibah saya ketika di matrik dulu iaitu,makcik Sazira..
ayat pakcik tu lebih kurang macam ini lah..saya topup2 sket la ayat ni supaya sampai maksud yang ingin disampaikan..huhu..
"sepanjang perjalanan dakwah kita ni,kita dikira belum berjaya mengekalkan diri di medan ini sekiranya kita belum melalui 3 tempoh masa..iaitu;tempoh pekerjaan,tempoh perkahwinan dan tempoh mempunyai anak2..jika kita sudah melalui ketiga2 fasa itu dan masih kekal berada di atas jalan dakwah (tak kiralah umur ketika itu berapa pon..), barulah kita dikira berjaya..kerana tempoh2 tersebut adalah tempoh yang amat sukar dilalui oleh pendakwah sekiranya tidak merancang dengan baik demi untuk kelangsungan dakwah.."
sebab itulah agaknya,naqib atau naqibah kita sangat concern tentang tempat kita bakal buat latihan industri, tempat yang bakal kita bekerja, calon yang bakal kita kahwini dan macam2 lagi lah..itu semua demi menjaga dan memelihara kita dalam kelangsungan di jalan dakwah ini..
jap2..apa kaitannya dengan kesihatan???
macam ni..saya ada lagi satu kisah..hehe..ingat lagi entry2 saya tentang MUKHRIN?? di sepanjang program tersebut, saya dan ahli kumpulan saya di arahkan untuk temu ramah dua orang makcik..salah seorangnya adalah makcik Umi (yang saya dapat baju free tu..hehe..)..ketika saya temu ramah makcik Umi dan suaminya,saya teringat kata2 pakcik yang kat Muar tu..saya pon bertanya perihal 3 ujian besar tersebut (kerja,kahwin dan anak)..dan makcik Umi bersetuju dengan kata2 tersebut..tetapi makcik Umi menambah satu lagi perkara iaitu KESIHATAN..
sebenarnya,makcik Umi ni menghidap penyakit kencing manis yang memerlukannya setiap pagi menyuntik insulin pada badan sendiri..alamak aii..saya memang tak boleh la kalau bab2 cucuk mencucuk ni..takut!! bila saya tengok sendiri makcik Umi letak ubat pastu pergi cucuk badan sendiri..aduyai..tabah nya lah!
tapi saya kagum..ketidaksihatan diri tak pernah menghalangnya untuk meneruskan kerja2 dakwah..walaupun mungkin kadang2 membantutkan kerja2nya, tapi semangat nya tak hilang! kita??? sihat pon tak bersemangat nak jalani kehidupan..apatah lagi kalau sakit nanti..memang betullah,ujian keempat itu adalah kesihatan..sebab belum tentu kalau kita sakit,kita boleh tetap dalam medan dakwah malah mungkin akan menjadikan ia sebagai satu alasan untuk tidak berdakwah..nauzubillah~sama2 kita doakan agar makcik Umi dapat tempuhi ujian kesihatan itu dengan tabah..ameen~
kalau nak diikutkan,3 ujian yang pertama tu (kerja,kahwin,anak) insyaAllah pasti akan kita lalui..so,nak tak nak memang kene bersedia lah..tapi kalau yang kesihatan ni,boleh jadi kita tak kan lalui..means,kita boleh elak dari mempunyai penyakit la kan..so, kawan2?? jagalah kesihatan diri baik2..kalau rasa diri tu buat perkara2 yang boleh datangkan penyakit (cth: pemakanan tak jaga),haa..saya ada satu tips..dapat dari kak Ain..hehehe.. tipsnya adalah, lontarkan satu pertanyaan pedas pada diri sendiri.."wahai diri, badan kamu ni nak guna sampai umur berapa tahun? 21 tahun?? 22 tahun?? ke nak pakai lagi sebulan je??" amacam?? laser tak soalannya? menusuk ke kalbu bila dapat ayat tu dari kak Ain~huhu..
SIHAT itu NIKMAT..dan orang2 yang bijak menggunakan nikmat itu adalah orang2 yang bersyukur..
monolog dalaman:
"..yang penting jaga kesihatan ye sakinah..terutama kesihatan hati dan jiwa tu.." =)
sekian,wallahua'lam..
p/s: rancang nak buat medical check-up la..rasa something wrong pada badan..hurm..tapi kalau rasa something wrong pada hati??