| Pengembara . Sebuah . Perjalanan |

"Sesungguhnya seseorang Muslim itu apabila berjalan di Jalan Dakwah, ia tidak berjalan dengan hatinya sahaja tetapi dibawa bersama hati saudara-saudaranya. Justeru itu, setiap pahala yang didapati di sepanjang perjalanannya, pasti akan terbias untuk saudara perjuangannya.."

Pages

Lilypie Kids Birthday tickers

Popular Posts

Acid-Base Titration

Bismillah..

Salam 'Alaykum.
Syukur Alhamdulillah masih ada yang sayang diri ni..terima kasih!

Tajuk entry tak de kene mengena dengan yang hidup atau yang dah meninggal dunia..sedang cari mood untuk menelaah nota2 chemistry sebenarnya ni..acid-base titration bla,bla,bla.. takpe2,kimia senang je..kan3?? =p

sementara tu,meh sini nak story sket pasal semalam dan hari ni..

petang semalam akak datang ambil kat kolej..syarikat abah ada buat dinner..Ikhtisas Companies Group..tak join dinner kolej tapi join dinner abah ni pon da cukup seronok..dah lama rasanya tak kumpul sebelas2 semua sekali..biasanya kakak atau budak2 asrama yang tak ada kalau saya balik rumah..dan sekarang,kakak dah grad..tinggal nak konvo je..alhamdulillah..

dengan abah hensem

abah dan ummi cayang

so,perjalanan ke tempat dinner tu,konvoi dua kereta tapi dari arah yang berbeza..ummi abah acik amin ierah dari rumah..dan yang lain ikut kakak dari bangi dan cheras..boleh tahan la sedapnya..kalau makan pon dah free,banyak la yang di bantai..huhu.. =D

balik dari dinner tu agak lewat..sebab abah kene tunggu sampai habis..hujung acara ada tangkap gambar semua kakitangan..terpaksalah tunggu kejap..tapi berbaloi jugak sebab abah dapat cabutan bertuah..berkat harapan menggunung oleh anak perempuannya,sakinah..haha..tak kesah la semua tu..yang paaaling saya puas hati,saya dapat borak dengan abah sikit2 pasal kerja dia..dengar la luahan isi hati dan komen serba sedikit.. =)

2 permata kecil ku

dan untuk hari ni,saya jadi tour guide usrah kak Liza..nak ziarah rumah adik usrah dia kat klang..tu pon boleh jugak la sesat2 sikit..padahal kawasan tu selalu sangat dah lalu..nak buat macam mana,ini lah saya..memang selalu macam ni lah..huhu..tapi apa yang penting,saya seronok berkenalan dengan adik2 usrah kak Liza dari GMI..budak2 pandai tuu..spm semua gempak2..straight A's sampai 10-11A..huhu..

sampai kat ukm ni around 6.45pm tadi..balik dengan diorang sekali la,senang..boleh saya 'sesat'kan diorang lagi..hehe..tak2,yang ni tak sesat sebab guna "siraatol mustaqim" a.k.a highway plus..kiranya,saya ni takdelah teruk sangat jadi tour guide diorang kan?tolong jangan nafikan ok.. =p

dan esok? biarlah rahsia..ada plan istimewa dengan seseorang.. =)

ok lah..got to go..see you guys later!

wallahua'lam..wassalam =)




.............acid.............base...................acid..............base..........neutral!!

| weekends |

BiSmiLLaH~

Oleh sebab lama dah tak update blog ni,saya nak story satu story yang tak berapa nak story..
which means,tak menarik pon..
sebab tak menarik la saya nak story kat sini..
ade orang kate,kadang2 yang tak menarik,tak cantik,tak skema tu la yang best..
betul ke? maybe.. :)

it's all about my weekendssss..
yang penuh padat mampat sampai semput2 and nasib baik tak lemas..
but it's ok..
alhamdulillah boleh nafas lagi even ade jugak la semput2..
dah la nafas pendek je rase sejak 2 menjak ni..
tak tahu la ape problem nye dengan peparu ni..hurm..

story yang tak berape nak story ni bermula dengan weekend yang diisi dengan adik2 comel dari tadika mane ntah..
kecik2 dan cute miut..hehe..
main lari2..aerobik..senam bengkang bengkok sket..macam2 ragam!
adik2 ni layan jela kakak2 dan abang2 izish ni..
saya tunjuk matang la sket kan..
tunjuk matang dengan lari sekali dengan dorg la! :p
best..release sket daya tekanan dari berbagai arah ni..
tak tahu lah 'net force' die mencecah zero atau berape dah..

badan kecik tapi lincah benor..cubit skit! geram! huhu..

khuyuk nye mewarna~

ok,continue the story..
next weekend,saya pergi melaka..
balik kampung yang da berkurun tak balik..
ooppss..bukan2..
saya tak balik kampung tapi ade lawatan ko-k..
pergi rumah org2 tua sampai tengahari..
then,kaki dibawa melangkah berjalan melihat dan mentafsir di sekitar kota melaka..
sejarah..sejarah..sejarah..
sesat di kota bersejarah oleh cikgu sejarah undang2,Mr Tan!

hujan sanggup diredah..demi sebuah perjalanan..

with them..

next! next!
and the next weekend pon datang lagi..
weekend yang ni memang memerlukan daya ketabahan yang mencecah hampir nilai luas region integration -ve infinity to infinity of ape ntah saya tak tahu..
sebab nya,saya nak balik jumaat tapi macam2 la..as usual..
memang time2 nak balik ni la macam2 ujian..
pakat buat tembok besar cina kat sekeliling saya pulak..huhu..
but,its ok..let by gone be by gone..
and saya dah dapat pon pulangan atas bayaran kesabaran seluas region tadi tu..
alhamdulillah..semuanya saya pulangkan semula kepada Allah swt..

tembok setinggi mana pon sanggup ku daki..
lautan seluas mana pon sanggup ku renangi..
hutan setebal mana pon sanggup ku redahi..

daki punya daki,berenang punya berenang,redah punya redah..
"okairi!"
kaki jejak kat rumah jugak~hehe..
mission nak teman kan adik ke pesta buku,harus dilaksanakan..
kesian ke die..nak jalan2 tapi tak de teman..
dua minggu sebelum lagi da ajak teman..harap sangat dah tu..
and as a good sister.........
eceh..dah sudah,tak payah nak masuk bakul angkat sendiri ok..

actually,terima kasih sgt2 kat adik saya tu sbb ajak pegi bookfair ni..
sbb ramai je kawan2 saya yang tak berpeluang nak pegi atas kesibukan yang melanda bak ribut taufan ni..
memang busy minggu ni..busy kalah PM..hehe..
kat bookfair tu,kawan2 saya je yang kami terserempak..kawan2 die takde..kesian..huhu..
dari kawan kat sekolah,kawan kat kolej,roomate sendiri (hehe..),and also my ex-naqibah,kak saibah with her husband.. :)

and finally,dis weekend~
waaaa..malas nye nak hadapi weekend yang ni..
nak pergi konsert esok..(padahal ade usrah..lupe lak..hehe..)
tapi masalahnya, saya dapat tahu yang saya one of the selected student math yang kene pergi kem motivasi kat PD..
PD lagi? waaaa..fobia2!!
hope takde ape lah yang buruk berlaku nnt..
and i really10x hope that dis weekend is the best weekend for me!

you know why?

firstly, becoz saya tak nak sia2 kan weekend saya dengan benda yang saya tak suke..so i have to love that camp! pusat wajibkan saya pergi so i have to wajibkan hati untuk ikhlas dengan aturan ini..(budget sedih..huhu..)
secondly, saya harus menjadikan hari2 seterusnya lebih baik dari semalam dan hari ini!
thirdly, sebelum bertolak esok, semua assignment akan di hantar..means??? there is no such bebanan yang saya akan bawa ke PD! let's celebrate it my friendss..ade hikmah tu kene pegi gak..Allah knows the best~ =)


by me: yang masih asyik sering selalu sedang belajar macam mane nak urus mase dengan baik..tolong ketuk saya kalau macam siput sedut ye..mekaseh! (^_-)v

Konsert LIFELINE 4GAZA : PERUBAHAN TERKINI!!

~BiSmiLLaH~

Jom ke konsert LIFELINE 4GAZA

"Break The Siege!"

(poster terbaru!)

(klik pada gambar untuk view yang lebih jelas)

PERUBAHAN TERKINI !!

Venue konsert telah ditukar ke DEWAN SERBAGUNA MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN JALAN DUTA| Pihak penganjur terpaksa mengubah lokasi konsert ke dewan yang lebih besar kerana sambutan yang amat-amat menggalakan dari pelbagai peringkat umur. Dapatkan tiket melalui wakil-wakil kami di lokasi anda. 2000 tiket sahaja disediakan. DAPATKAN SEGERA!



KONSERT "LIFELINE 4 GAZA" | Break The Siege

DAPATKAN TIKET DARI WAKIL-WAKIL JUALAN DI
LOKASI BERHAMPIRAN ANDA BERMULA
21 MAC 2010

TARIKH:
26 Mac 2010


LOKASI:
DEWAN SERBAGUNA MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN
KUALA LUMPUR, JALAN DUTA
(Pihak urusetia terpaksa mencari dewan yang lebih besar kerana permintaan yang amat tinggi)

MASA:
7.00mlm hingga 11.30mlm

SPEACIAL APPEARANCE:
Shoutul Harokah http://www.shoutulharokah.com
MUADZ http://www.facebook .com/profile. php?id=104680325 7

INTRODUCING:
Kumpulan Daie

HARGA TIKET:
Dewasa & Kanak-Kanak - RM10.00
VIP - RM30.00
(Tiket hanya untuk Derma kepada Palestin)

ANJURAN:
LIFELINE 4 GAZA http://www.lifeline4gaza.org
HALUAN Palestin http://haluanpalest in.haluan. org.my
HALUAN Siswa http://haluansiswa. haluan.org. my
Jamaah Islah Malaysia (JIM) http://www.jim. org.my
KARISMA-JIM http://www.karisma. jim.org.my
Pertubuhan Mawaddah Malaysia http://www.pertubuh anmawaddahmalays ia.blogspot. com
Palestine Centre for Excellence (PACE) http://www.pacemalaysia.net
Majlis Perundingan Pertubuhan-pertubuh an Islam Malaysia (MAPIM)
Viva Palestina Malaysia http://www.facebook.com/pages/Viva-Palestina-Malaysia/193531139517
Persatuan Aqsa Syarif & Gabungan NGO-NGO di Malaysia


TENTATIF
7.30PM: Solat Maghrib Berjemaah di Masjid Wilayah & Solat Hajat
8.30PM: Solat Isya Berjemaah di Masjid Wilayah
9.00PM: Konsert Nasyid
11.45PM: Tamat


JUALAN TIKET
Hanya 2000 tiket sahaja disediakan.
Dapatkan tiket SEGERA melalui wakil kami di mengikut lokasi berikut

Shah Alam@Klang@UiTM Shah Alam
Adam Kadir | 013 404 4787
M.Zakiran | 019 939 0304

Petaling Jaya@UM
Anaqi Ahmad Salleh | 013 590 0750
Nu’man | 013 434 0685

Subang
Mus’ab | 012 954 7861

Kuala Lumpur@UTM KL
Fauzan | 019 566 0576
Abu Dzar | 013 356 8932

Gombak@UiAM
Syed Zulfaqar | 013 384 5475
Muhammad Siddiqi | 013 296 8637

Kajang@Bangi@ Sepang@UKM@ UPM
Zamri | 013 779 5217
Abu Ubaidah | 013 628 4940

Pandan Indah
Hudzaifah | 019 987 4594

Negeri Sembilan
Hussein ’Azeemi | 019 610 6916

Melaka
Khalid Al-Walid | 019 734 1984


SHAH ALAM
9.00pagi | Pasar Ahad Berhampiran Stadium Melawati
11.00pagi | Plaza Alam Centre

KL CENTRE
2.00petang

KLCC
4.30petang

atau dapatkan di kaunter tiket di pintu masuk
Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan pada 26 Mac nanti


Sebarkan kepada rakan-rakan.
Semua dijemput hadir!



#Tiket VIP adalah terbuka kepada sesiapa yang ingin tempat di hadapan pentas tanpa kerusi
#Dewan adalah tanpa kerusi dan tiket adalah hanya utk masuk ke dewan sahaja sebagai sumbangan kepada Palestin
#Lelaki & Perempuan diasingkan
#Mohon share aktiviti ini di wall saudara/i. Copy link event ini kemudian post di mana-mana group atau page
#Bahan sebaran seperti poster, banner & flyer boleh minta pada urusetia di email
lifeline4gazahs@ gmail.com

Hubungi Kami:
Urusetia KONSERT "LIFELINE 4 GAZA"

About Us

Lifeline 4 Gaza, or Talian Hayat Untuk Gaza as we read it in Bahasa Malaysia, is a collaborative effort between Malaysian NGOs to join an international campaign to break years of Israel siege on Gaza. We are working along with Free Gaza Movement who is based in Cyprus, IHH in Turkey, MERC and Kispa Indonesia, and other NGOs from USA, Greece, France, Germany, Italy, Venezuella and many more.The fortilla is expected to depart Istanbul on 15th May 2010, comprising 20 ships and cargo boats to be laden with building supplies, generators, medical equipment and educational materials. They will sail through the Mediterranean Sea, carrying members of Parliament from countries around the world as well as high-profile journalists and human rights activists. Lets break the siege now, before it’s too late! For the Malaysian charter, the efforts are being carried out by collaborations of, among others, the following NGOs:

* HALUAN Palestin
* Palestine Centre for Excellence (PACE)
* Jamaah Islah Malaysia (JIM)
* Aqsa Syarif
* Pertubuhan Mawaddah Malaysia
* Viva Palestina Malaysia
* Majlis Perundingan Pertubuhan-pertubuh an Islam Malaysia (MAPIM)


http://www.lifeline 4gaza.org/
http://www.bernama. com/bernama/ v5/newsindex. php?id=476370
http://www.ihh. org.tr/13572/ en/
http://www.worldbul letin.net/ news_detail. php?id=54249
http://www.worldbul letin.net/ news_detail. php?id=54249


p/s: agak2 berbeza tak rasa pergi ke konsert bawa hati untuk berhibur dengan bawa hati untuk menghayati?? :)

Konsert LIFELINE 4GAZA

~BiSmiLLaH~

Jom ke konsert LIFELINE 4GAZA

"Break The Siege!"

(poster terbaru!)

(klik pada gambar untuk view yang lebih jelas)

p/s: agak2 berbeza tak rasa pergi ke konsert bawa hati untuk berhibur dengan bawa hati untuk menghayati?? :)

[Palestin] Kenyataan dan Pendirian Rasmi PACE: Pelaburan berjumlah RM1 bilion oleh Syarikat Coca Cola di Malaysia

Assalamualaikum wrt bth

Dengan Nama Allah Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani

Kenyataan dan Pendirian Rasmi PACE: Pelaburan berjumlah RM1 bilion oleh Syarikat Coca Cola di Malaysia.

PACE merakamkan rasa dukacita terhadap pelaburan berjumlah RM1 bilion oleh Syarikat Coca-Cola di Malaysia. Syarikat Coca-cola akan mendirikan kilangnya di atas tanah yang dibeli daripada TH (Tabung Haji) Properties di Nilai, Negeri Sembilan dan upacara pecahtanahnya telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Bin Tun Hj Abdul Razak pada 15 Mac 2010.

Lebih meresahkan lagi perkembangan ini berlaku di saat-saat Masjid al-Aqsa dikepung dan pihak Zionis Israel terus mengancam keselamatan Masjid al-Aqsa dengan mengumumkan perasmian kuil Hover di persekitaran kejiranan Masjid. Tindakan regim Zionis ini jelas merupakan provokasi terancang sedang di masa yang sama rakyat Palestin di bawah umur 50 tahun dihalang dari memasuki masjid al-Aqsa yang berada beberapa ratus meter sahaja dari kuil tersebut.

Mungkin orang ramai akan bertanya apa hubungkait di antara pembukaan kilang Coca-cola di Malaysia dengan ketegangan yang berlaku di Baitul Maqdis timur dan di Masjid al-Aqsa. Dua perkembangan ini saling berkaitan kerana Syarikat Coca-cola telah dikenal pasti sebagai penyokong kuat kepada ekonomi Israel dan kewujudan entiti haram Yahudi Zionis yang merampas negara Palestin dan mengusir rakyatnya keluar. Sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat, Malaysia berhak untuk menentukan dasar dan pendiriannya tanpa di pengaruhi oleh mana-mana pihak yang berkepentingan. Namun Malaysia telah mempertahankan dasar luar yang konsisten terhadap penubuhan negara haram Israel sejak mencapai kemerdekaan iaitu tidak akan mengiktiraf entiti haram tersebut, meskipun Israel adalah negara anggota penuh PBB. Berdasarkan kepada hakikat ini, tindakan membenarkan Syarikat Coca-cola melabur dan membina kilang pembotolan produk minumannya di sini adalah sesuatu yang bercanggah dengan prinsip yang dipertahankan sekian lama. Oleh kerana Syarikat Coca-cola menyokong ekonomi Israel secara terbuka maka mereka bersekongkol dengan regim Zionis yang tidak diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Membenarkan kilang syarikat Coca-cola beroperasi di bumi Malaysia boleh memberi implikasi merestui regim Zionis yang bertindak sebagai negara penyangak yang tidak pernah akur kepada undang-undang antarabangsa dan menghormati hak asasi rakyat Palestin.

Sokongan Coca-cola kepada Israel bukanlah berdasarkan dakwaan semata-mata bahkan terdapat dokumentasi lengkap mengenai penglibatan Syarikat Coca-cola di dalam membangunkan ekonomi Israel sejak tahun 1966. Pada tahun 1997, misi ekonomi Kerajaan Israel telah memberi penghargaan kepada Syarikat Coca-cola dalam majlis Penganugerahan Perdagangan Israel atas sokongan berterusan syarikat itu terhadap Israel selama 30 tahun dengan mengabaikan seruan boikot Israel oleh Liga Arab. Pada tahun 2002 Syarikat Coca-cola membuka kilang di atas tanah rakyat Palestin yang dirampas di Kirvat (Qiryat) Gat dalam negara Palestin yang dijajah. Berita ini dilaporkan di dalam akhbar rasmi Israel Haaretz pada 19 Julai 2002. Seperti yang dilaporkan oleh akhbar Ha’aretz pada 18 Oktober 2005, Coca-cola meningkatkan pelaburannya di Israel dengan menguasai 51% saham dalam Tavor Winery, sebuah syarikat pembuat arak di Israel. Ini hanyalah sebahagian dari rekod cemerlang Coca-cola di dalam menyumbang kepada kemakmuran ekonomi Zionis Israel.

Fakta-fakta ini adalah hakikat yang tidak mungkin disanggah tentang betapa eratnya hubungan yang terjalin di antara Syarikat Coca-cola dan entiti haram Israel.

PACE dengan ini mengambil pendirian berikut:

1. PACE memohon agar Kerajaan Malaysia mengkaji semula keputusan untuk membenarkan Syarikat Coca-cola melabur dan membuka kilang operasinya di Malaysia.

2. PACE juga memohon agar TH (Tabung Haji) properties tidak melabur atau terbabit dengan transaksi perniagaan yang meragukan kerana Tabung Haji terlibat secara langsung di dalam menjana pendapatan untuk urusan pengendalian jemaah Haji rakyat Malaysia. PACE mengajak semua pihak supaya prihatin dengan perkara ini kerana secara simboliknya ziarah, umrah dan ibadah haji ke tanah suci Makkatul Mukarramah tidak sewajarnya membawa kepada keruntuhan satu lagi tanah suci, masjid al-Aqsa al-Haram as-Syarif di Baitul Maqdis.

3. PACE menyeru seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan, bangsa dan agama supaya menyahut seruan boikot barangan Israel yang kini sedang berkumandang di seantero dunia. PACE menyokong kempen BDS (Boikot, Divestment and Sanctions – Boikot, pengalihan pelaburan dan sekatan) ke atas Israel yang diterajui oleh VPM (Viva Palestina Malaysia – sebuah koalisi NGO yang menganjurkan kempen boikot ke atas empat produk utama yang menyokong Israel iaitu Coca-cola, McDonald, L’oreal dan Nestle. PACE menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya mengutamakan produk tempatan dan hanya membeli produk luar khususnya produk Amerika Syarikat apabila perlu sahaja dan sebagai pilihan yang terakhir.

4. PACE akan terus menyokong Kerajaan Malaysia yang secara konsisten mempertahankan dasar tidak mengiktiraf Israel dan sentiasa peka dengan penderitaan rakyat Palestin dengan membangkitkan hak mereka di pelbagai forum antarabangsa terutama di Persidangan Agung PBB dan OIC.

5. PACE berdoa dan mengharapkan negara Malaysia akan terus dilimpahi dengan rezeki yang melimpah ruah dan penuh keberkatan dari Allah SWT.

Prof Madya Dr Hj Hafidzi Mohd Noor
Pengarah
PACE
(Pusat Kecemerlangan Palestin)

http://pacemalaysia.net/

mArYaM mAhiRaH mAzLaN


tanggal 14 Mac 2000,
seorang budak millenium dilahirkan..

budak yang digelar "yue junior" oleh abah..
mula2 ingat die lah yang paling bongsu dalam keluarga..
tak sangka wujud "ierah junior" pulak 3 tahun kemudian..
si umai la tu..huhu..

selamat ulang tahun yang ke-10
buat adik kak nurul,

Maryam Mahirah Mazlan


seorang yang bijak dan baik..
suke tolong kak nurul die yang suke membuli die..huhu..
walaupun selalu gaduh ngan umai,tapi sangat sayang kat adik die yang sorang tu..
selalu mengalah dengan umai..
kalau gaduh dengan umai,die nak main dengan siapa lagi..
abang2 die semua ganas2..huhu..

jadi anak solehah ye!

(^_^)v